Jom klik

kENgkaWAn

Monday, July 30, 2012

Demam akibat mandi kolam?

Weekend minggu lepas balik kampung hubby. Tiap kali balik kampung hubby mesti akan pujuk biras & abang ipar balik sama kat kampung, ramai-ramai baru meriah kan.. Lagipun si Hakimi dah rindu sangat dengan sepupu dia si Qistina.

Then bila dah balik kampung, semua pun ada, harus la aku bawak kolam tuk bagi depa mandi, termasuklah adik Haiqal...
Kolam kesayangan sebab tak payah tiup cam dulu hihihi..
Dan, Haiqal bila masuk kolam, dia la yang paling excited. Abang dia tak lencun lagi, dia dah abis lencun satu badan. Dok main tepuk2 air, merangkak dalam air, main kejar2 alligator ijo tu dalam air. Tapi aku bagi dia berendam kejap jela takut gak demam sebab sebelum ni tiap kali mandi kolam mesti badan dia dedar or terus demam esoknye tapi masa tu macam tak pasti sangat sebab biasanya tiap kali mandi kolam dia macam tak cukup tido or berjalan jauh untuk hari yang sama.

Sekali, sah! Petang tu tangan dia dah start panas, perlahan-lahan, suhu terus naik sampai 37.4. Dia pulak dah start merengek, tak boleh aku jauh langsung dari sisi dia. Aku dah risau. Takut kalau panas dia naik lagi, kat kampung hubby mana ada klinik swasta, nak pergi hospital jaraknya lebih kurang 48 km. Ubat pulak aku lupe langsung nak bawak.

Bincang dengan hubby, terus pergi Hospital Slim. Keluar pukul 9.15, 9.45 baru sampai. Sebbaik dapat doktor lelaki muda yang alahai udahla tomey, layanan pun mesra. Tanya elok2, bagi jawapan pun memuaskan. Tengok kat jari, ada inai hikhik.. baru kawin ghopenye, mesti isteri tengah mengandung... kott ahhah.. memandai je speku.

Oleh kerana perjalanan dari kampung ke hospital lama, suhu Haiqal turun sikit, tak sepanas kat rumah. Tapi bila cek kt bilik rawatan tu, aik, naik pulak.. .Kat rumah 37.4 je, kat hospital 37.6. So doktor bagi ubat, katanya makan 3 kali sehari, tapi kalau demam tinggi sangat, bagi 4 kali. Okies.

Sampai rumah dah pukul 11, aku tengok Hakimi tak tido pun lagi, asyik main hp aku. Tu perjanjian supaya dia tak ikot, aku bagi dia main hp aku hhuhuhu... Dah cam hp dia dah, asik dia je pegang...

Sampai rumah terus bagi ubat dan alhamdulillah, esoknye dah cergas balik. Badan pun dah sejuk macam biasa. So, dengan ini confirmla si Haiqal tak boleh berendam lama dalam air... sebab 3 kali bagi mandi, 3 kali jugak dia demam.

Esoknye dia jadi penonton jela, tengok abang Hakimi dan kak Qistina mandi kolam haahahah.. Tu pun kemain dia meronta nak masuk kolam sama hiihih.. Sori sayang, mama tak boleh bagi, untuk kesihatan anak mama juge..

Moge anak2 kita semua dijauhkan dari mara bahaya dan penyakit.. aminnn..

8 comments:

eima said...

mungkin di etatahn sejuk kot.. yela main kat luar pastu angin sepoi2 plak....

kena tgu besar ckit la ni ....

MRS. K said...

ooo... cam tu pulak pesyen anak mu ni.. hehhe.. sian die

bunga_rose said...

mungkin laa kan...

Kesuma Angsana said...

budak2 mmg camtu lah tak sakit tak besar hehehe

mamyharraz said...

samalah mcm ank akk.
berendam je dlm kolam yg mcm pic atas konfem demam!

mari kita salahkan kolam tu hehe

ank sakit mmg kita susah hati kan bunga..akk tak suka feel itu..semoga ank2 kita sentiasa sihat dan gembira hendaknya amin.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam bunga Rose.Seronoknya main kolam ngan sepupu hingga demam ya..

Semoga cpt sembuh haiqal...

Tukang Karut said...

erm... ye ke sebab mandi je demam?

♥ ROS ♥ said...

Mgkin sjuk sgt kot..biasalah mood kampung ni :) hihihi.. Ros pun suka balik klu abg balik... Ramai2 meriah umah kan? :p