Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, July 25, 2012

Demam Campak

Wahhh bersawang sudah blog aku ni ha.. 1 minggu menghilangkan diri kann... Nak up cite guna tepon asiknye tak lepas.. so biokan jela dari aku sakit hati taip kemain panjang pastu at the end, tak dapek nak post hiihihi...

Ape kabo semua kawan-kawan, puasa tak? Alhamdulillah, aku still pose takde tanda lagi bendera merah nak berkibar iihhihi...

Sebab aku amik cuti lama adalah kerana budak kenit ni 

 Kan dari Ahad tu dia asiknye demam je kan.. tak mo kebah-kebah, then hari rabu tu aku amik la cuti kecemasan sebab pengasuh cakap dia asik merengek, nak nangis je, dia kesian. So Rabu aku el. Jaga dia kat rumah. Rabu tu memang dia ok la, takde suhu naik ke apa, cantik je bacaan dia.

So oleh kerana dia ok, malam tu aku tinggalkan dia kejap dengan pengasuh sebab nak amik hubby kat KLIA, aku bawak dak kimi je. Masa dalam kete tu pengasuh call tanya kenapa muka Eqal naik bintik-bintik merah cam ruam, aku tak perasan pulak masa siang tu..

Then malam tu lepas amik Eqal, aku nampak la ada cam ruam sikit kat muka, memang tak banyak pun, so takpela mungkin ruam sebab panas dalam, kan dah 4 hari demam kan.

Tapi pagi esoknye, aku bangun nak bersiap pergi keje, Eqal pun bangun sebab dia membuang. So masa nak bersihkan dia, tengok kat kepala, badan, muka kaki semua dah ada bintik2.. Terus kejutkan hubby. Ajak dia pergi hospital pagi tu jugak. Takut Eqal kena jangkitan lain.

Sampai hospital terus nurse suruh pergi kecemasan. Nasib la orang tak ramai, duduk sekejap dah kena panggil. Kata doktor campak. Tapi yang tak teruk la. Tapi kena asingkan la sikit, takut jangkit kat budak lain. So aku amik la cuti sambung Khamis sampai Selasa (semalam).


Bintik2 merah, balik dari hospital terus amik gambar.. hhihhi..
Petang tu juga aku bagi Eqal minum air kelapa muda 2 sudu dan terus mandikan dia dengan air kelapa tu. Malam tu & esoknye keluar lagi banyak. Pastu sabtu tu dah kurang.. Ahad terus takde..

Heran sungguh. Isnin tu ada check up dia ke 9 bulan, so terus tanya nurse, dia pun pelik, sebab cepat sangat hilangnya. So dia suspek cuma ruam lepas demam je, mungkin doktor salah tengok. Ok takpe la.. Huhuhu..

Selasa, pulak aku gi hospital, ada temujanji pakar Eqal. So tanya pakar gak, katanya maybe campak mizer ke ape tah dia sebut hahaha.. aku bukan faham sangat terma-terma kedoktoran ni, belajar biologi dulu pun 2 bulan je lepas tu masuk sekolah teknik hhuhuhu..

Dan hari ni, masa hantar Eqal, dia takmo dengan pengasuh, yela 1 minggu dok bawah ketiak mama je hihihi.. Pastu pandang aku sayu je.. Alahai anak.. petang nanti mama amik adik dengan abang ok.. takmo sedih2 hihihi..

5 comments:

Nieyl said...

ololo~cian eqal yer...Alhamdulillah dah kembali sembuh..:)

♥ ROS ♥ said...

Moga cpt sembuh yer... Risau klu anak2 naik campak ni... Bg mkn sup ayam pun bgus... Die leh kuar suma... :)

Kesuma Angsana said...

sian lak, moga cepat sembuh ye

izla said...

sama macam zarif.
lepas demam ada ruam2.
doktor kata tak sakit. macam ruam peluh je sebab panas. letak calamine lotion je. 2 hari dah hilang

Fai CeritaCinta said...

nasib baik cepat hilangnya kak.. org ckp campak ni gatal kn? fai tak pernah kena lagi. kalau budak2 yg kena memang kesian la..