Jom klik

kENgkaWAn

Monday, July 30, 2012

Derita dunia

Selamat berpuasa buat hari ke 10 kengkawan... Dah ada ke yang terpaksa tinggal puasa? Yang sengaje tinggal puasa? Or yang buat-buat lupa dah masuk bulan puasa? Hihihi... Klu ada yang buat-buat lupe dah masuk bulan puasa memang nak kena itu orang, masuk van mayat, silaa hihihi..

Puasa ke 7 sampai ke 10 ni, aku menderita.. errrr sikit jela menderita tu bandingkan kesengsaraan nergara luar cam Palestin, Syiria dan lain-lain yang derita akibat perang tak berkesudahan kan.. Derita aku ape?

Bibir aku dah merekah 4, bukan satu je. Makanya sangat la menderita nak senyum nak cakap, nak gelak apatah lagi. Lidah aku pulak ulser.. Bukan 1 tapi 2 bijik dia tumbuh betul-betul kat lidah depan sekali. Mula-mula kecik je, tapi makin hari makin membesar pulak.. Ni kes sebab tak tahan tengok hubby minum air tebu.. aku balun 2 cawan je pun... Terus serik, tak penah minum dah sejak lidah tumbuh ulser, nak cakap pun takde mood.

Derita yang.. adeiiii sangat laaa sakit juge. Mahkota aku yang sangat digemari Eqal.. Bukan rambut tapi tempat susu original keluar tu hiihhii.. Dua2 luka teruk. Sampaikan aku meraung setiap kali dia minum. Tak kasik, kecian. Tu pun aku dah campur-campur bagi susu formula. Memang la niat tak nak campur susu formula bila Haiqal dengan aku, tapi ni kes dah tak tahan sangat dah ni.

Ni pun aku nak tunggu luka tu sembuh baru nak bagi Haiqal menyusu balik, harap susu tak kering.. Kecian anak, hak dinafikan, tapi kalau sampai mama sakit, takde nikmat gak dia nak minum, susu mesti tak nak kuar banyakkan, sebab mama dia stress tahan sakit.

Harap dalam 2 hari dah boleh sembuh la, tak lengkap hidup ni tanpa susukan anak-anak tersayang.

Eh, ada ke yang dapat sakit dunia cam aku ni? Huhhuu.. adat la kan, puasa, cuaca pulak terik gile.. Moge kita semua dapat habiskan puasa dan beramal di bulan mulia ni.. >_<

4 comments:

eima said...

untung ko eqal nk lagi ..alisha tu kerja nye refuse je .. semua die refuses ..mkn netek ... hissh budak tu ...

dugaan la tu kan .... tp bab nipple tu aku mmg serender ..ngeri

bunga_rose said...

haiqal tu tolak batu dgn kayu je manje haahahah...
weh alisha tamo minum susu badan dah ke?

ngeri kaannn.. aku dah tahap hampir menyerah, tapi bila pandang mata dia, sayuu je mintak, aku kecian, bagi gak.. pastu jerit, pejam2 mata tahan sakit hahahah

Tukang Karut said...

ermmm... terbayang limau ais...

Kesuma Angsana said...

minum air byk sikit ye N jaga diri