Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, July 11, 2012

Eksiden di LKSA

Warga Shah Alam or Klang yang lalu LKSA hari ni confirm akan lambat sampai ke tempat dituju. Sebabnye? Meh aku kasik story.

Keluar je tol RM1.20 or RM0.60 tu terus je semua kereta perlahan. Heran gak aku takkan sebab hujan renyai-renyai dah hujan sejauh tu. Aku amik lane paling kanan. Tengok lepas simpang pertembungan 2 tol tu lancar je. Sah laa ada eksiden.

Yang buat jemnye dari 3 lorong jadik 1 lorong dan semuanye nak pandu perlahan nak tengok eksiden tu. Masa lalu kat kawasan eksiden tu, dah kebetulan kereta depan pun bawak slow, aku pandang la kat kereta tu. Wahh memang remuk teruk depan tu.. Dan aku rase pemandu tu tak dapat dikeluarkan pun lagi, aku syak kaki dia tersepit.

Orang berkerumun, moto seberang jalan pun banyak yang berhenti nak tengok kemalangan tu. Kat depan kereta tu berair, aku rasa minyak, nak kata darah bukan, sebab dia warna hitam cair je. Punca kemalangan aku tak tau, tapi aku rase mungkin dia bawak laju then nak elak sesuatu kemudian terlanggar divider jalan eh ke ape nama mendalah tu ntah. Jenis kereta aku tak sempat nak tengok, ate tengah drive kan.. tapi warna silver.

Kemudian jalan lancar, dan macam biasa jem lite2 kat depan CIAST tu. Masa tu aku tengok ada bomba dari arah bertentangan, mesti nak keluarkan mangsa kemalangan tu aku rase..

Dan akhirnya aku sampai lambat ke ofis, 8.05 minit.. tu pun gara2 Avanza depan aku ni takmo bawak laju, dia trauma agaknye tengok eksiden tu.. Habis semua kete pun pintas depan dia, haihhh.

Sekian berita dari Cik Kiah Propa kahahkah..

8 comments:

Tukang Karut said...

memang sah cik kiah propa!

nuyui a.k.a miss YUI said...

kmlgn ada di mana2 kan..hihi.

eima said...

seb baik la aku keja dlm putrajaya rumah pun cni je klu tak tak larat nk tempuh jem ....

Kesuma Angsana said...

amboi leh jadi renjer traffic lah cik rose ni! hehe

izla said...

trafik pagi di ERA..hehe

mamyharraz said...

musim hujan skrg ni jadi hatilah kita dijalan raya.

Scya Lollita said...

wuhh nasib baik dah balik rumah semalam :D

nn lylyn said...

laporan berita dari bunga rose =)