Jom klik

kENgkaWAn

Monday, July 2, 2012

Hari ni 9 bulan ~ demam

Bantal busyuk saya nombor 3 tiba-tibe demam pagi tadi.
Bantal busyuk III
Pukul 5.30 dia merengek, then bila sukat suhu 37.7, tapi badannye tak macam suhu 37.7. Kerisauan, terus amik kain lap lapkan badan dia. Suhu tetap tak turun. Bagi makan ubat. Sebbaik dia telan, tapi merengek2..

Aku buka baju, salin pampers, slowkan kipas. Baru dia selesa sikit. Lap badan, lap kepala, takut sangat kalau panas sangat boleh sawan kan.. Aku memang takut anak-anak kena sawan, sebab tu walau camne tingtong pun aku *penat+pening sebab baru balik kampung* tetap gagahkan mata ni lawan ngantuk tuk jaga anak. Betul kata orang kan, kasih ibu tak  bertepi..eh yeke perumpamaan itu? Hahaah..

Tengok jam dah pukul 6.45 pagi, ape pun tak siap. Baju laki bini tak iron, bubur eqal tak masak lagi, ubat untuk stok pengasuh takde. So memang niat nak EL dah tadi, tapi teringat yang bos kena hantar nota-nota semakan dia kat ketua dia so nak tak nak kena gak datang.

Sms bos bagitau masuk lambat sikit sebab nak kena amik ubat anak kat klinik. Siap-siap terus gi klinik amik ubat. Balik rumah semula untuk siap gi ofis. Sementara nak bersiap tu aku dok lalu lalang depan Eqal, masa ni suhu dia dah turun dah, badan pun dah sejuk. Lepas tu tak tau nape kemain galak dia gelak ingat aku main cak-cak dengan dia, padahal aku pakai baju, sure la tutup muka, then nampak muka. Haih dia punye gelak tak hingat, gelak sambil goyang kepala.

Aku baru je terdetik kat hati, ada kang makan lantai ni, then, tak sempat nak amik bantal alas dia. Buk!! Kepala dia kena lantai, ape lagi.. uwaaaa laaa.. Melalak tak hingat.

Hasilnye...

Nampak tak bawah hidung tu? Mulanya aku ingatkan darah, sapu2, takde pun melekat pada tisu. Buka mulut dia, tengok ada darah sikit kat gigi.. Dah tu apsal bawahhidung yang merah?

 Rupenye ada luka sikit kat bawah hidung tu dan lebam sebab hentakan tu. Itu dah alas toto tu, kalau betul2 kepala dia tu dia hantuk atas lantai aku tak tau laa camne.. Cepat2 amik paket ais dalam esbok tuam pada hidung dia, takut membengkak kan..


 Ni tadi aku tinggalkan dia kat pengasuh, tangan dia tiba-tiba cam suam balik. Aku dah pesan pada pengasuh, apa-ape call dan kalau dia demam balik, bagi je ubat pukul 10.30 nanti, risau kan..

Aku syak demam ni punca pada penat berjalan semalam dan gak sebab ada 2 batang gigi atas nak tumbuh lagi.. Owh, puting mama dia luka pada kedua2nya hasil kunyahan budak bertuah ni.. Dia gatal gigi, mama jadik mangsanya.. sobb..sob..

Nak je bagi fm sebab tak tahan sakit bila dia menyusu, tapi sayu hati ni kalau bagi anak botol sedangkan kita ada susu tu, so tabahkan je hati bagi dia minum walaupun tiap kali minum tu laa dia akan menggigit, kecuali dia ngantuk sangat dan lapar sangat, dia takkan gigit. So dari hari Jumaat sampai Ahad memang kerja mama menjerit aje ahahahah...
Cepat sembuh ye anakku..

8 comments:

Riny said...

alamak...dah x ensem laaa...da ade tande bwh hidung.....hehehehe..demam sbb dah nak besar la tu..:)

Zana Adieyza said...

ciannya dia.. nmpk merah kat bwh hidung tu yg buatkan makin cian kat dia..

semoga cepat sembuh yer syg.. meh auntie zana cium cikit, mmmmuuuuaaahhhhh!

Tukang Karut said...

puting luka? hik hik hik...

bunga_rose said...

Riny:
takpe aunty, nanti 3,4 hari ilang laa lebam tu hencem balik kan? kan? hahaaha

bunga_rose said...

Zana Adieyza:
ihhihihi.. malula auntie... auntie dah cium mesti cepat eqal sihat camni hihihih...

bunga_rose said...

tukang karut:
ko gelak laaa.. sat gi anak dah lahir, ko pulak sedih sbb kena kongsi dgn anak haahhahahha... eh!!

~aSHa~ said...

ini la anak teruna...ehehehee....
dia cuba gagahkan diri..tapi bedebuk jatuh jugak...dia rasa dia gagah sgt kan..ehehehee...

jap jer dah 9 bulan kan...

eima said...

dulu qimie skrg eqal plak ..ngeri ... alisha jugak kalah tak de gigi lagi