Jom klik

kENgkaWAn

Friday, July 6, 2012

Makan batu, pasir

Semalam, tengah aku lepak-lepak sembang dengan jiran-jiran kat kawasan rumah, tiba-tiba Kimi datang, "uwek, uwek". Terkejut la aku. Ingatkan dia main-main, sekali tengok-tengok dia muntah.

Terus la tanya, kenapa. Dia tunjuk kat tangan dia batu kecik2 dengan pasir.
"Kimi makan ni" dia cakap. Aku pun ada dengar bunyi cam dia gigit-gigit sesuatu.

Terkejut aku. Terus la bagi Eqal kat jiran mintak pegangkan, balik rumah suruh dia kumur dan muntahkan balik batu dengan pasir tu. Dia boleh gelak je bila aku marah dia. Haihhhh!!

Geram betul aku. Sebelum ni dia cuma kutip batu-batu kecik tu pastu buang kat dalam longkang depan rumah. Tiba-tiba je buat hal makan pasir dan gigit-gigit batu tu. Tak sangka la pulak dia nak buat macam tu. Dah umur 3 tahun, aku ingat dah tak payah pantau apa dia masukkan dalam mulut, rupanya kalah si adik. Adik pun takde nak masuk apa2 dalam mulut, cuma sekarang je dia dah start gigit mainan sebab gatal gusi.

Hai laa abang Kimi, lapar sangat ke sayang? Mama tak bagi makan ke sayang? Ke otak budak-budak tengah membesar memang macam tu, nak cuba, nak tau apa rase batu, pasir yang dia selalu main tu. Mama nampak, mama marah la main batu, pasir tu, tapi kalau dia main jauh sikit dari mama, sape nak halang?

Malam tu aku bagitau kat papa dia, terus la kena marah. Papa cakap, nak ke ada cacing dalam perut tu? Kimi gelak2 je pastu dia cakap tak nak, main-main tau... Hai laa sayang mama ni...

7 comments:

♥cikmOt♥ said...

mama masak tak best...larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Imaan09 said...

hah??no sis..umur tu deria bau dah cukup matang utk bezakan menda boleh makan atau tak.. dia saja memain laa tu

aTy _faRed~ said...

heheh...betul2 jimat tu makan batu ngan pasir..;p budak2 biase ar..nak mencuber..hah..dah tau rase baru tau sedap ker tak..;p

Tukang Karut said...

mama masak tak best...larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk jugak!

eima said...

budak2 gitu la semua nk rasa ... tu maknanye otak tengah berkambang tu...bagus

azievee said...

alahai...awatnyer makan pasir nak wat eksperimen ke? khik3

Kesuma Angsana said...

ala.. budak2 kecik gitulah!