Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, July 3, 2012

Slot seram TV3 ~ Waris

Slot seram tv3 setiap Khamis pukul 10 malam memang antara rancangan kegemaran kami suami isteri. Pukul 10 malam je sure kami tecongok depan tv sebab tak mo ketinggalan episod seram tu. Walaupun Kimi berpuluh kali ajak aku masuk bilik sebab dia takut, aku buat taktau haahahaah.. kejam gila kan..

Akhirnya Kimi pasrah, duduk belakang kerusi meja makan main game kat hp aku kihkhihki.. Tiap kali hari Khamis, mesti ajak aku masuk tido awal, macam tau-tau je cerita seram tu nak start jap lagi..

Ok, sekarang kami tengah addicted dengan cerita WARIS tu.. Sambungan pada KEKASIHKU SERU. Gigih aku google ni, untuk bagitau pada sesiapa yang tak tengok tu untuk tengok sebab besttt!! Memang seram woooo hihihih

Webmaster TV3 06/06/2012 10:50:00
“Maaas....” Suara yang telah menghantui hidup mereka sudah kembali... Kebimbangan Mas Suri tentang kebangkitan Waris akhirnya menjadi kenyataan dan dia perlu bertindak pantas untuk melindungi keturunannya daripada ancaman Waris. Terbaru di slot Seram, drama bersiri 13 episod, WARIS terbitan Filmscape Sdn. Bhd. yang bakal menemui penonton TV3 pada 14 Jun 2012, setiap     hari Khamis jam 10.00 malam merupakan sekuel kepada Kekasihku Seru (Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2009). 

Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama seperti Datin Paduka Umie Aida (Mas Suri), Emelda Rosmila (Marisa), Fizz Fairuz (Rashad), Hairi Othman (Waris) dan Kuza (Mas Ayu), drama 13 episod terbitan Filmscape turut menampilkan Liza Shadan (Aida), Mozalfa Faisa (Fariz), Syamiem Alnisa (Sarah) dan Fadzrin Danial (Amar).

WARIS merupakan buah tangan terbaru daripada pengarah berbakat besar, Kabir Bhatia dan garapan skrip oleh Mira Mustaffa, Tommy CT Loh dan Nik Naemah. Sekuel drama tersebut mengisahkan kehidupan Rashad dan Marisa selepas 10 tahun yang tenang bersama anak lelaki mereka Amar. Waris menjadi igauan ngeri bagi Marisa pada suatu ketika dulu kerana dia merupakan mangsa kepada Waris yang memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan. 

Marisa bersyukur kerana dapat memulakan kehidupan baru bersama suami tersayang dan anak lelakinya yang sangat ceria dan aktif. Kadang-kala dia akan berasa sedih apabila terkenangkan anak kembarnya yang sudah meninggal dunia pada hari kelahiran. 

Rashad dan Marisa telah membawa Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh secara kejam dan meninggalkan anak perempuannya yang masih kecil, Sarah. 

Marisa menjadi panik apabila Amar hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan. Namun, doktor mengesahkan keadaan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu, Amar berubah menjadi murung dan cepat marah. Buntu melihat perubahan anak mereka, Rashad dan Marisa telah membawanya pulang berjumpa dengan Mas Suri, Ibu kepada Marisa. 

Mas Suri mula berasa bimbang jika masalah yang sering membelenggu fikirannya selama ini telah menjadi nyata. Dia risau jika Waris telah bangkit semula. Mas Suri terpaksa membuka rahsia yang anak kembar perempuan Marisa masih hidup dan berada di bawah jagaan Rokiah. Mas Suri terpaksa memisahkannya daripada Marisa kerana dia tahu Waris akan kembali memburu anak perempuan keturunan mereka. Rokiah yang dipertanggungjawabkan menjaga anak perempuan itu telah menyerahkan anak tersebut kepada sepupunya kerana menganggapnya sebagai beban.

Marisa seakan tidak percaya mendengar pengakuan Mas Suri. Tergamak Mas Suri melakukan perkara yang sama dia pernah lakukan pada Marisa. Mas Suri memohon maaf daripada Marisa kerana dia tiada pilihan lain bagi melindungi cucu perempuannya daripada ancaman Waris. Selama ini, Mas Suri sedar bahawa Mas Ayu tidak akan berputus asa dan dia akan menyeru semula Waris. 

Amar menjadi sasaran baru Waris yang terdesak untuk mencari Tuan baru kerana keadaan Mas Ayu yang terlalu lemah dan sedang nazak. Waris perlukan badan baru untuk berkuasa semula. Walaupun masih marah terhadap ibunya, Marisa perlukan bantuan Mas Suri untuk menjejaki anak perempuannya, Sarah yang kini dijaga oleh Aida dan suaminya, Fariz. 

Sarah membesar dalam keadaan yang daif tanpa belaian kasih sayang. Selepas ibu angkatnya meninggal dunia, Aida telah mempelawa  Sarah untuk tinggal bersama. Tanpa disedari, Aida telah mengundang bahaya dalam kehidupannya. Sarah yang dipengaruhi oleh kuasa jahat telah memberi ancaman nyawa kepada ahli keluarga barunya.

Sempatkah Mas Suri dan Marisa menjejaki Sarah sebelum Waris? Apakah muslihat Waris akan berjaya pada kali ini? Berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya daripada ancaman Waris buat selama-lamanya?

Jangan ketinggalan untuk menonton WARIS bermula 14 Jun 2012, setiap hari Khamis jam 10.00 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan WARIS boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Kredit pada web portal tv3.

Setakat ni dah 2, ke 3 episod ek, aku lupe la plak haahah... kata peminat tegar, tapi dah lupe episod ke berapa kan haahahah, tapi aku rase baru episod 2 kot. Tapi kan memang hebat la budak pempuan yang nama Sarah tu berlakon, menjadik muka psiko dia tu. Dan betul tekaan hubby aku yang Sarah tu anak Marisa. Tapi mana pergi Mas Ayu erk... ermnn... Lama dia menghilang tu...

Ok, lusa kena tengok lagi.. untung hubby out station biasanya Isnin sampai Rabu je, so ada teman tengok setiap Khamis tu.. Kalau tak, errrr tengok gak, tapi volume tv slow la haahhah...


Errrr... korang suka layan slot seram ni tak???

13 comments:

♥ ROS ♥ said...

Ros lgsung xtgk... Hahha.. Asben xbg tgk citer hantu.. :p

Riny said...

riny pon tengok gak...tapi bantal kat muke..jgn kate kimi..riny yg dh tua bangka ni pon penakut giler...riny siap termimpi2 yg pocong dy kelip mate kat kereta episod hr tu..jd tobat x nak tgk..hahahaha....berdebar2 sedar tdo...:P

Mama Gee said...

episod dulu dah tgk...eisod baru ni tak tgk sgt....rs malas nk layan citer hantu sgt...takut jadi penakut..hehe

Bazilah (^0^) said...

Dulu masa belajar layan jgk cite seram nih tp since dah kawen nih, cm jadi penakut plak haha

ejaMaria said...

hehehe... yg kekasihku seru tu pun akak seriau nak tengok... ini kan pulak yg ni... harus la... harus la tak tengok... kikiki...

tapi yg KKS tu skrg ada ulangan... petang jumaat ke sabtu... petang berani la nak tengok... hihihi

deelira@deeliraz said...

rashad - acad = fizz fairuz

rashaad - acad = acad (anak aku)

bunga_rose said...

Ros:
tak tengok ke? rugi..rugi.. hihiih

riny:
hahaahah... alaa anggap je time diorang berlakon tu penuh krew kat sekeliling dia, so ilang la takut tu.. kimi pun main jengok2 camtu laa.. time takde hantu dia tengok laa haahah

bunga_rose said...

Mama Gee:
tengok la kak.. episod kali ni cam seram jee.. cam cite pocong sebelum ni bunyi tiap kali pocong datang tu je yg menakutkan, cite takde la menakutkan sangat hihihi

Bazilah:
aik terbalik plak.. biasa time belajar la takut, sbb time belajar selalu disogok cite hantu, dah kawin takpe sbb ada peneman tido haahah

bunga_rose said...

ejaMaria:
haah kak, ada ulangan.. tengok gak ulangan tu nak refresh balik cite KKS tu, dah lama kan

~aSHa~ said...

owh patut la pelakon kekasihku seru dan waris orgnye sama...

masa tgk tu sambil berfikir..mcm sambungan jerk...tapi jarang tgk kekasihku seru..tak dan dan lupa selalu

Tukang Karut said...

seram... serius...

eima said...

my fav since kekasih seru ...
time aku ngandung fahim ni la cite fav aku .. fahim keluar tak takut tgk cite hantu die ckp hantu org mls mandi ...hahahha

Myra Jay said...

Kekasihku Seru penah tengok..

Citer WARIS ni bukan penah main ke dulu? Rasa macam dah penah tengok