Jom klik

kENgkaWAn

Monday, July 16, 2012

Yazid Burger Seksyen 7 Shah Alam

Sabtu lepas janji dengan biras, nak pekena Yazid Burger (YB) kat Seksyen 7, Shah Alam. Tengok kat blog YB ni katanya buka pukul 11 pagi sampai 11 malam. Sekali kami sampai tu pukul 3 lebih, aik, tak buka lagi... hampa sungguh, terus la order makan nasi arab kat tempat yang sama..

Owh, kalau korang yang nak tau macamana nak pergi ke kedai YB ni, landmark dia UNISEL. Ala tempat yang macam syurga makanan tu, kedai makan aje kat situ tau. Kedai YB ni ada kat dalam bangunan Anjung tu. Bangunan yang sama dengan Restoren Bisik-bisik yang penah masuk JJCM (masa Qi jadi pengacara). Korang jangan ingat kedai YB ni kat luar-luar bangunan je, dalam bangunan ok, cam kat food court tu.

Kami pun meraban gak cari, sebbaik jumpa kawan hubby yang memang expert jalan or kedai-kedai kat Shah Alam ni, dia la yang bagitau.. Mulanya memang kecewa la sebab ingat tak dapat pekena YB ni kan. Sekali, baru je lepas order nasi arab, nampak diorang buka gerai dioarang. Waaaa melompat kegumbiraan tengok kedai dah buka.


Aku dengan biras terus la pergi amik order. Oleh sebab baru buka so tak payah beratur cam dalam JJCM tunjuk tu kan. Siap orang ke 2 yang order. Makan 4 orang , budak tu cadang amik yang setengah kg. Aku tanya gak, kenapa tak buka pukul 11, sebab dalam blog buka pukul 11, katanya sebab terlalu awal so permintaan kurang, sebab tu dia buka pukul 4 petang. So dah siap order, janji pukul 8.30 malam nak pergi amik burger tu sebab kami rushing abang ipar nak pergi dinner kat KL, tumpang kawan dia so kena balik rumah.

Malam tu kol 8.10 aku gerak dari rumah, tepat 8.35 sampai sana. Biras aku yang amik YB tu. Katanya orang beratur panjang kemain. Masa dia pergi tu pelik, sebab orang keluar dari food court tu ramai yang bawk kotak kek, siap tertanya pehal ramai beno beli kek, padahal ada bege beso dalam kotak tu haahah..

Dan, korang tau, YB tu dah sold out dah. Pukul 8.30 dah tarak burger. Dan orang beratur punye laaa ramai. Semuanya tunggu nak order or order siap. Sebbaik kami order awal, tak payah penat-penat nak beratur kan..

OK2, tau korang nak tengok YB tu kan.. Ni aku tunju gambar YB dengan model2 cilik haahaha..
The burger

Seronok kimi... dia makan pun roti tu je pun, isi tadenye dia nak makan..

Perbandingan dengan tangan.. alaa nampak tangan lagi besar kan.. adala beso 2 tapak tangan dirapatkan.
 Masa untuk model cilik beraksi....

Ops! Tercekci lak si syina, hiihih

Pakwe makwe ni....haahha...
 The best part..
Hasil bedah siasat
Rasa dia???? Ok mengikut pandangan biras aku, sedap gila2.. puas hati makan katanya.. dia makan hampir setengah daripada burger tu.. Gila suka sampat tersendat perut ahhahah...

Pandangan aku.. oklaa, not bad..cuma mungkin sebab daging dia tebal sangat so aku cepat muak.. tapi sos dia sedap laa, worth to try kata mat salleh.. hihhhhi...

Berbaloi untuk dicuba... yela kalau tak sedap takkan orang sanggup beratur panjang.. Gilaaa aaa meriah situ kooo...

Owh, 1/2kg RM20, tambah 3 keping cheese, RM 23 totalnya..

Aku dah cuba, korang bila lagi??? Silaa..silaa...

8 comments:

Nana said...

ada tgk dalam jjcm
tunggu la kot nnat terlalu area situ
bole terjah
klw g semata nak beli beger
blom lg kot hahaa

♥cikmOt♥ said...

hurmm...lama kut tak ke seksyen 7 sana...tempat jatuh lagi dikenang...inikan pula tempat jatuh chenta...lallaa...

owh abam apai...erkk...

J.Syazwana said...

boleh tahan murah jugak. rasa nya burger bakar kaw2 wangsa maju tu lagi mahal kot.

tak pernah try.
maybe nak kene try jugak ni.
hehehe

Fida Ghazi said...

nampak juicyyyy! teringin tahap 9/10 ni! cane ni??

bunga_rose said...

nana:
ni penangan tgk jjcm la ni haahahah... nana suka jalan kan, boleh la pegi situ compare dgn kat wangsamaju, mana lg sedap

cikmot:
abg apai??? siapakah? apakah? aahhahaah...

nanti dok sh alam gi sokmo agaknye akak tu kannnn

j.syazwana:
tu la, rasanya yang kat wangasamju tu lagi mahal kan..

cube la try ihhihhii

fida ghazi:
pegi la kak.. ate makan ape pun tak gemuk... baby pun nak rase tu hahahaha

Tukang Karut said...

aku diet... hummmmpppp...sedap!

azievee said...

alahai bunga...x sempat lg nak tembusi burger bakar nie...mana2 pun sama gak...org beratur panjang...hehehe

aTy _faRed~ said...

rasenyer ritu masuk jalan2 carik makan...nak gi annti..dekat jer tu ngan umah family...:)