Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, August 7, 2012

Balik Kampung

Salam 18 Ramadhan semua.. Puasa dak ari ni? Masih penuh? Alhamdulillah....

Selangor dapat cuti semalam kan? Alhamdulillah jugak, cuti yang aku dapat tu dimanfaatkan sepenuhnye dengan balik kampung aku. Yeyyy!!!!

Ceritanya, petang Jumaat abang aku call tanya tak nak balik kampung berbuka kat sana ke. Then aku saja acah kat dia, nak sangat, tapi hubby tak dapat cuti Isnin, tambahan dia nak servis kereta Sabtu tu. Tak sangka abang aku offer nak amik aku dari Kuantan.

Mintak izin dengan hubby dan alhamdulillah hubby izinkan. Lepas 4 tahun kawin, eh blom2.. minggu depan baru masuk 4 tahun ahhaahah... ni la kali pertama aku nak balik kampung sendiri tanpa suami yang hantar. Rasa bersalah sangat dengan hubby sebab nak tinggalkan dia berbuka sorang-sorang, bersahur sorang-sorang.. Tapi sebab kesihatan mak kat kampung pun tak berapa nak ok, cekalkan hati nak balik kampung jugak. Sebab aku tau, mak aku deman on off sebab rindukan anak bongsu dia ni hehehheh...*>_<*

Pukul 12.30 pagi abang aku bertolak, pukul 3.30 pagi dah sampai. Gilaaa la cepat. Aku tak tau laa dia bawak camne sampaikan boleh amik masa 3 jam je dari Beserah ke Shah Alam. Aku dengan hubby sendiri pun amik masa lebih 4 jam.. err tapi banyak berhenti laa haahhah ++ jem..

Tapi, tak mustahil kot, sebab pukul 4.00 pagi bertolak balik dari rumah aku, pukul 7.20pagi aku dah selamat sampai kat kampung huhuhuh.. dasat sungguh. Tapi, dalam perjalanan kat highway LPT tu, kabus tebal sungguh, dari Jengka sampai la ke Gambang.. Aku sendiri tak berani nak tido sebab risau ayah tak nampak apa2 halangan kat depan.

So, bergumbira la aku kat kampung, mak masak gulai ayam kampung, ikan talapia masak merah, sup sayur, serawa durian dengan pulut, makan ikan-ikan fresh yang baru beli dengan nelayan baru balik dari pantai... maniss woooo..

Tapiiiiiiii, niat asal nak berbuka dekat kampung punah, sebab aku dah period dari hari Sabtu tu lagi.. Tapi, aku tak makan pun, nak gak feel berbuka dengan mak ayah. Lagipun, aku tak nak kecewakan mak ayah yang nak berbuka dengan anak bongsu dia ni hihihihhi... Aku tipu diri sendiri takpe, janji mak ayah bahagia haahaha, buleh?

Tapi puas hati sebab dapat makan kuih-kuih yang aku nak makan kat sana.. Kuih kat Shah Alam dengan Kuantan beza yer kawan-kawan dari segi rasa, bau nak nikmat makannye hihihi... Antaranya bubur lambuk*tak sama dgn kl or Selangor, jauhhhh beza*, akok, kole kacang, asam gumpal *yummihhh* dan lain-lain laa..

Si Hakimi pun kemain seronok balik kampung, sebab bebas ke sana sini. Sepupu-sepupu dia pulak datang nak main dengan dia, kemain laaa tak tido petang, malam baru terbungkang tak sedar diri.. Tu nak balik semalam pun dia boleh cakap, kenapa nak balik mama? Esok kita balik kampung lagi ye mama.. Macam dekat je kampung kamu ni yer Hakimi.. Owh, Hakimi lahir kat Kuantan, so consider tu pun kampung dia la.. adik je lahir kat Selangor...

Ni pun, mak dengan ayah bertolak balik lepas sahur tadi. Masa call pukul 8 tadi dah sampai tol Karak, sekarang aku rase dah sampai Temerloh or Maran, ate ayah aku tu bawak kereta kemain laju.. Aku rasa ada 130 - 140 dia tekan semalam.. Kalau tak, takkan gerak dari rumah pukul 10 pagi, belum pukul 1.30 petang dah terpacak depan rumah aku dah.. Dasat aa ayah.. adik tabik springgg!!!!

Semoga, selamat perjalanan pulang mak dengan ayah... Ermnn dah terbalik kan dunia... Mak ayah rindu anak, mak dengan ayah yang bawak anak balik, anto anak balik uuhhuhhu... Tentiba rase macam si Tanggang... Tapi ni first time ni lepas 4 tahun, eh hampir 4 tahun kawin, pergi balik tanpa suami.. Kalau tak, memang takde pun nak susahkan mak ayah..

Tapi teringat dialog ayah aku masa aku tanya nak hantar balik Ahad or Isnin.. Kata ayah.. "Ooooo.. kalu ikot ayoh, takyoh balik aaaa, dok sini je.." Hahaahah... ada maknaaa tu...

6 comments:

qasehraihan said...

waaa..mesti banyak makan tu..hehe

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/tudung-raya.html

deelira@deeliraz said...

seronoksss...lg seronok kalau aku tau ko ada sini tau!!!

Tukang Karut said...

ermmm... memang si tanggang betul...

eima said...

wahh syok kan gitu .. lama tak pi kontan ...heeeee

izla said...

alahai, sayu dengar ayah cakap macam tu.
mendalam sungguh maknanya

Kesuma Angsana said...

mesti seronokkan dpt berbuka ngan abah emak dan family kan