Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, August 9, 2012

Baskin Robbin percuma, korang pergi ke?

Haiiii... rasa mcam dah lama tak jenguk blog sendiri... blog kawan-kawan ape tah lagi.. Agak sibuk kejar deadline, cehh deadline tuu..untuk cari kes rayuan dari tahun 2006 sam,pai 2011. Yang bestnya aku tak baca borang betul-betul then pegi cari kes rayuan sampai 2012.. Lagi 3 surat nak complete, baru perasan dia nak sampai 2011 je.. Cehhh bazir masa sungguh.

Semalam kan ada 1 scoop free from Baskin Robbin kan.. Ada sape2 terjebak tak dalam sesi beratur panjang tu? Hhahahaah..

Ok, nak terus terang, aku adalah salah sorang yang hampir buat keje gila nak rebut peluang makan aiskrim percuma. Kemain ajak hubby berbuka kat luar *lebih kepada malas masak ahahah* pastu pergi BR tuk aiskrim percuma. Kitorang pergi kat BR Kota Kemuning je, dengan harapan tempat orang-orang kaya, takkan la ramai orang kaya nak pergi makan BR percuma kot, kan diorang banyak duit, setakat 1 scoop tu, golongan sederhana cam aku ni je yang kegilaan nak merasa hikhik...

Sekali, sampai sana... jalan agak sesak tapi masih boleh gerak & tengok orang beratur.. gileeee.. kemain panjang wohhh.. Tergelak besar aku dan hubby sebab tak sangka ramai yang nak makan aiskrim tu free. Tapi disebabkan memikirkan ada 2 anak yang confirm tak terjaga kalau nak beratur panjang dan jugak barisan yang beratur, aku rase lebih dari 2km sebab dah jadi beratur mengelilingi bangunan kedai BR tu dan masa tu dah pukul 8.20 malam, so kitorang cancel je impian tuk makan eskrem free tu.. Bayangkan deretan kedai yang ada lebih 10 kedai dan orang beratur sepanjang2 deretan kedai dan membentuk pusingan U.. Dasat penangan BR nih..

Hubby ajak pergi JJ Bukit Raja, tengok view kat sana pulak camne.. tapi aku tolak.. Malas laa.. kawasan orang kaya pun dah berderu orang serbu, and mostly Chinese inikan pulak JJ Bukit Raja yang ada pelbagai golongan yang pergi sana. Wuiii tak sanggup den..

Gambar tempat kejadian dirakan guna hp hubby, so tak dapat la aku nak upload sini.. Tapi memang best la tengok scene semalam, dah macam pesta dah hihihi.. Last2 kitorang pergi makan kat mamak Kg. Jawa je.. Ok, kenyang, burrppp!!!

Aiskrim tu? Hakimi dok berzikir sepanjang jalan mintak aiskrim, last2 aku beli aiskrim kat luar Giant tu, baru singgit berskop2 Hakimi dapat makan dan tak payah beratur pun kehkehkeh... Ok takpe, hubby dah janji, len kali dia bawak aku gi makan aiskrim tu yeyy!!!! Sesia je kan, dah tak dapat hubby gi terawikh sebab nak penuhi hasrat hati isteri kesayangan dia.. kesayangan? Eh cam banyak pulak isteri hubby aku ni haahah..

10 comments:

qasehraihan said...

dengar citer beratur panjang kat semua tempat..ank2 murid saya ni pun duk cbuk crita..haha

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/aku-dan-suppliment-makanan-tambahan.html

eima said...

klu aku pun mls nk beratur free ke penat so aku pilih penat tu so tak de nk beratur

Myra Jay said...

Myra taka sanggup nak p beratoq untuk eskrem free 1 scop tu... ;) Lagipun kat rumah ada jamuan berbuka puasa, kenyang makan :D

bunga_rose said...

qasehraihan:
wahhh msti diorang pun sama naik beratur malam tadi kan.. budak2 kan mmg suka la aiskrim ni..

bunga_rose said...

eima:
aku semangat gak nak pergi, igt klu pendek je barisan, aku sanggup je beratur, ni sampai berkilometer.. takpelaa wat susahh je haahah

Tukang Karut said...

isk isk isk...sanggup ko gi ek... aku lagi sanggup duduk rumah je...

Fai CeritaCinta said...

fai tak pergi pun kak sbb dah tau confirm sesak yg amat. hehe..

CikLily Putih said...

tak pi beratur pun, malas lah.. bagi chance org tak pernah makan jelah

Kesuma Angsana said...

idak lah KA pg satu scoop je, kalu berscoop2 tu len citer hehehe

pena rozie said...

Kalau bab2 free ni memang ramai giler. hik3....