Jom klik

kENgkaWAn

Friday, August 3, 2012

Ending Dejavu di Kinabalu puas hatikah?

Dengar topik kat hot fm pagi tadi tentang ending cerita Dejavu tu. Fafau tak puas hati sebab ending dia habis macam tu je.. Yup aku setuju..

Aku sebenarnya tak layan cerita ni, tapi sebab tiba-tiba dapat tau minggu ni minggu akhir cerita tu so layan jela kan.. sebab minggu akhir biasanya best. So kalau aku yang tak berapa nak layan cerita ni pun tak puas hati dengan ending, apatah kalau yang tiap2 hari dok tercongok depan tv tengok cerita ni kan..

Bagi aku la, tak kisah la kalau sape ek nama untuk watak Tiz tu? AHahahah.. ntah tak ingat, tak kisah la kalau dia nak pilih Bazli pun tapi biarlah yang derma jantung tu Amar (eh nama watak untuk pelakon lelaki ingat pulak yer hahaahah..). Sekurang-kurangnya takde la adegan kat airport tu.. Jumpa siap nak pegang2 jantung.. haihhhh ko kawin dengan Bazli tu ikhlas ke tak? Adeiii...

Patut matikan je watak Amar, takde la rase sakit hati. Tapi member aku ada tengok versi Tiz pilih Amar, Tiz mati katanya dan sedih gila ending tu. Fafau sendiri cakap dia menangis tengok ending tu kat Tonton tu..

Pelikkan watak untuk Nadira.. haaa nama watak Tiz Nadira kan?? Dia macam playgirl lak, mainkan hati 2 lelaki.. sayang Bazli tapi cinta Amar.. haiihhh..

Eh, jap..jap.. apsal aku pulak terlebih emo ni? Padahal aku rasa aku tak penah tengok mana-mana episod sebelum ni dari mula sampai akhir, minggu akhir je tengok betul2 haahah.. Ok sudahla.. Cerita je pun, tak payah emo haahahah... Err.. ke ada yang emo ni haahah.. tak dapek nak nolong >-<

12 comments:

MRS. K said...

apa pon cite ni dah habis.. yeahhhhhh

minggu depan jangan lupe tengok drama terbaru Bazli dengan neelopak ok

ain1914 said...

Setuju... Mula-mula dulu layan gak citer ni tapi lama-lama macam boring plak... pastu endingnya semalam memang le tak best...

eima said...

tak kisah la pe pun ending nye ..aku tak tgk pun ... hahaha

sbb rasa cam tak besh ..kiki

izla said...

tulahh..tak paham ending.
siap pegang jantung.
maybe diorang nak buat musim ke-2 kut

Falsya said...

sokong sgt2 yg Nadirah tuh playgirl..heheh..xsuke tgk cite tuh..

Myra Jay said...

Heheee Myra ari tu tengok citer ni emo gak, memang geram dengan Nadira mainkan hati dan perasaan lelaki..

Tp dah 2 minggu tak tengok sebab sibuk meniaga kat pasar ramadhan :D

bunga_rose said...

Mrs.k:
tu laa.. ada nampak dah preview citer tu.. weh tentiba si bazli tu glem skrg kan aahahah..

Ain:
tula.. tengok minggu akhir ni pun sbb hubby bgtau dah minggu akhir, kawan dia layan cite ni, tu yg kitorang nak tau sgt tu, best ke cite ni haahah, sekali ending adoyaii

eima:
tu la, aku tak layan dulu pun sebab rasa cam tak best.. pastu sebok bersilat kat dapur kan masak hahah..

bunga_rose said...

izla:
tu la.. ramai cakap nak buat musim ke 2 kan.. tengok la klu ada mungkin nak tengok, eh, tentiba addicted haahah

Falsya:
hahaahah.. tu la emo btl bace entry kamu tadi haahahah.. gelak sorang2 bace

Myra:
Patut nadira tak payah kawin dgn sape, matikan je watak tu, ngade sangat haahah..

masyuk laa meniaga kan..

Kesuma Angsana said...

wlpun citer, but KA ttp x puas hati mood : geram!

Mama Gee said...

makin lama tgk makin meluat dgn jalan cerita...meroyan2 semua org mcm takde Allah je...cer buat watak tu sembhyg, minta petunjuk Allah ke..ni tak..asek meroyan2..sampai masuk spital...huhh

qasehraihan said...

huhuhu..kita nak ammar.huhu

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/ending-deejavu-yang-tetiba-diubah.html

Tukang Karut said...

ala... kalau tak puas hati pun, bukan boleh nak ubah dah cerita tu...