Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, September 18, 2012

Akhirnya berjaya

Ini budak...


Manyak pandai.. Akhirnya lepas berumur 3 tahun 3 bulan, dia telah free diapers sepenuhnya. Tido malam dah tak pakai, jalan-jalan ke pasaraya dah tak pakai, paling penting, nak buang air besar pun dah tak pakai.

Hati mak bapak sangat gumbira sebab dah dapat jimat banyak $$$$ kat situ hahahaa..

Sebenarnya Hakimi dah lama free diapers kat rumah pengasuh, cuma dengan aku je dia manja terlebih. Sebabkan aku tak tahan nak bau najis dia tu tiap kali buka pampers lepas berak, aku terus nekad, tegas dengan dia.

Malam tu aku warning dia cakap ni last pakai drypers untuk buang air, lepas ni kena masuk tandas klu hajat tu datang. Dia buat tak tau je aku cakap. Aku tak puas hati, aku cakap lagi sekali depan muka dia,
"Mama serius ni mie, kalau nak berak lepas ni masuk tandas. Tak mau pakai pampers lagi. Mama tak nak bagi dah pada Kimi. Kat rumah mama Lina boleh je berak dalam tandas, kat rumah sendiri mengada-ngada nak berpampers bagai. Ingat tu!!"

"Baik mama.." Pastu lari gelak-gelak.. haiihhhhh.. Dia ingat aku main-main.

Esoknya tengahari dia lari-lari..
"Mama, Kimi rasa nak berak la, cepat mama pampers"
"NO!!! Nak berak masuk tandas"
"Alaaa.. mama, tolong laaaaa"
"No! Meh sini cepat, mama temankan"
"Taknak la... Takpe la mama, dah tak nak berak dah.."
"Kimi ingat, mama memang tak nak bagi dah pampers. Kalau kimi berak kat lantai, siap kimi, kutip sendiri taik tu, pastu basuh lantai bersih-bersih. Ingat tu!"
"Kimi tak nak berak dah laa mama"

Ko tengok, sanggup dia tahan tu... Tapiiii, lepas tu tak sampai sejam dia lari-lari balik kat aku..
"Mama, mama.. nak berak.. nak berak"
"Haaa, cepat-cepat buka suar, masuk tandas..."

Tak sampai seminit, dah settle. Membasuh punggung dia pun tak seksa sebab najis tu tak melekat dah kt punggung...

Wohhhhhh!!! Seronok gila aku rasa sebab aku berjaya hahahaahah....

Tapi, lepas tu harus la di puji anak itu. Kan ke dia dah buat sesuatu yang bagus, membanggakan ibu bapak hihihih..
"Waaaahhhh!!! Anak mama dah pandai laa.. bagusnyaaa dah pandai berak dalam tandas.. Haaa macam tu la anak mama, pandai, dengar cakap, hensem.."
Terus tersengeh2, kembang lobang idung, jawab "Mestila.. Kimi kan pandai mama..."
E,eh... lebih-lebih pulak hhaha...

Walaupun kamu free diapers sepenuhnya lepas umur 3 tahun.. *walau kat rumah pengasuh dah free diapers sepenuhnya masa 2 tahun lebih, mama consider kamu free sepemuhnya 3 tahun 3 bulan laaa sebab dengan mama minggu ni baru pass berak dalam tandas* namun pencapaian itu sangat membanggakan mama sebagai ibumu nak!! Keep on good job! hahhah..

Lepas ni mama nak ajar basuh berak sendiri pulak yerrr.. Yerrrr, basuh sendiri.. Sokmo geli kan klu mama suruh basuh sendiri.. we will see... muntah ke tak muntah kamu nanti yer nak... Next month mama mula latih yer.. haahhahha...

6 comments:

eima said...

tahniah utk kimie...utk mama sekali ....

klu jalan jauh kena gak spare diapers dlm keta ..kot² tgh2 hiway taknyabar nk berak kencing....

deelira@deeliraz said...

beso nnt suh dia baca entry ni ye.. hehe

MRS. K said...

yeay!!! duit peruntukan beli diapers mak boleh soping

Tukang Karut said...

nanti suruh suri je la basuh berak anak...huhu...

Kesuma Angsana said...

tahniah yek

bunga_rose said...

eima:
haah, klu jalan jauh tu mmg kena spare la jawabnye hihihi..

deelira:
aahaahaha... abis aku kena marah dgn dia kang sbb cite kesah dia hahaahah

mrs.k:
wahhh idea bernas tu haaahah

tukang karut:
haa tu laaa mentaliti org lelaki.. sila tiru suami2 yg boleh bantu isteri, cam suami i, boleh je tlg menolong haaahah