Jom klik

kENgkaWAn

Friday, September 21, 2012

Cemas tak cemas laa

Semalam aku amik cuti kecemasan. Si adik malam tu tiba-tiba muntah dengan banyak. Ceritanya bermula kelmarin.

Petang balik kerja, biasa dia akan melekat kat aku mintak susu, tapi petang tu bila aku sua susu, dia tak nak. Ok aku agak mungkin dia kenyang. Tapi sampai ke malam, still dia refuse nak minum susu, pelik la aku kan.

Masa aku tengah kemas-kemas dapur, dengar Eqal nangis & suara hubby marah Kimi, katanya kenapa tolak adik. Pastu aku dengar Eqal batuk & dengar Kimi cakap adik muntah. Hubby bawak Eqal ke dapur, suruh aku tengok ada lebam or benjol tak sebab dia tak nampak. Jatuh pun dari atas tilam ke lantai, rendah je, bilik aku takde katil, aku pecat takut anak jatuh. Aku cek, takde & nampak dia ok je.. so aku teruskan sikit lagi keja aku then aku masuk bilik susukan dia.

Mata Eqal dah tutup sebelum tiba-tiba baju aku basah kena muntah dia. Aku dirikan dia, tengok dia nak muntah lagi. Cepat-cepat bawak dia masuk tandas. Habis semua susu dia minum keluar. Aku agak susu baru sebab tak bau busuk. Masa dia muntah atas lantai tu aku nampak ada gelang getah. Aku tak sure dia muntahkan gelang getah tu or memang gelang gerah tu memang ada kat situ & dia muntah elok2 atas gelang getah tu. Sebab Eqal sekarang pantang nampak ape2, semua pun dia masuk mulut. Aku pernah tengok ada kulit kuaci dalam najis dia, pengasuh pernah nampak serpihan plastik jugak dalam najis dia. Marah betul aku & salahkan diri sendiri sebab tak make sure lantai betul-betul bebas dari serpihan or sampah apa2. Tapi kalau gelang getah ni aku takut dia amik masa dok merangkan pegi dapur, situ semua pun ada.. Ermnnn...

Dah siap muntah tu, tukar baju, dia merengek2. Aku dah risau sebab takut kot-kot effect dia jatuh dari atas tilam tadi. Tapi tetiba tengok abang. mata dia segar balik & dia aktif je main dengan abang dia. Aku tukar baju & kemas kat luar pulak. Then buatkan susu formula kat dia sebab mahkota aku tu still tak ok, sakit kalau dia menyusu time susu tak penuh, kan tadi dia dah minum banyak kan so tak penuh la susu badan tu.

Bagi susu, tengok dia dah layu, aku sendawakan dia, tak sendawa2 gak, baringkan balik tiba-tiba dia muntah balik susu tu. Kali ni memang abis la cadar & bantal. Cepat-cepat tadah dengan tuala & suruh hubby bawak dia ke bilik air sambung muntah sana. Habis kuar muntah ikut hidung, tengok dia cam susah sangat sebab cam abis isi perut nak terkeluar kan.

Berdebar abis aku. Terus ajak hubby gi klinik. Dalam kereta, elok je Eqal tido, tak perlu minum susu, tak perlu bertepuk, lena terus, penat + ngantuk kot. Sebab masa tu dekat pukul 10. Sampai klinik tanya doktor, takut2 dia tercekik apa2 ke. Doc cakap tak mungkin, sebab kalau tercekik, dia memang takkan boleh bernafas, pastu muka dia mesti kebiruan, ni kat kerongkong takde apa2. Kalau sebab jatuh pun sebab rendah takde effect sangat, lagipun dia tak pengsan & aktif. So oklah, puas hati dengan penerangan doc, kami balik. Adik cam biasa, masuk kete je terus lena. Sampai rumah dia tersedar, aku susukan sikit, terus tido..

Pukul 12 malam pengasuh sms tanya anak-anak muntah2 tak. Aku cakap la ada, Eqal la, kenapa. Rupanya anak-anak pengasuh pun muntah-muntah teruk. Macam keracunan, tapi puas dia fikir makanan apa yg sebab kan keracunan tapi tak ada. Sebab aku memang tau pengasuh aku ni bab kebersihan  & makanan dia cukup jaga. Tu yang tak tau punca. Then aku cakap takpela, esok aku tak hantar anak-anak sebab dia pun cakap nak pergi klinik bawak anak2 cek kan. So aku pun boleh la pantau sikit Eqal.

Tapi tak lama Eqal tido, dia bangun, muntah balik. PAstu menangis-nangis. Aku peluk tak nak, aku dodoi tak nak, aku tepuk pun tak nak. Aku memang tak tido la... Tengok hubby dah lena sangat dah. Antara kecian hubby & kecian anak.. Aku kejutkan hubby bila Eqal muntah teruk balik. Kali ni pun muntah kuar ikot hidung. Aku ajak hubby gi hospital sebab doc cakap muntah kerap kali, terus bawak hospital. Pukul 12.20 malam gerak ke HTAR, bahagian kecemasan.

Boleh dia kategorikan anak aku tak kecemasan hanya kerana dia tak demam, so bagi tag hijau. Tunggu nak mendaftar aje sampai 30 minit, padahal nak bayar RM1 tu je dengan daftar kat komputer. Masa siap daftar tu dah 2.30. Aku tunggu punye tunggu 2.45 baru kuar no 4001, no aku 4019. Jenuh ni aku fikir. No yang asik dia panggil kepala 5000 & 1000. Pukul 2.55pagi baru naik pulak no 4002. Dah tu pukul berapa nak naik 4019? Maunya pukul 4,5 pagi baru panggil nama.

Aku tengok Eqal pun cam ok, nampak dia letih & mengantuk sangat. Memang kecian la nak tido kat kawasan yang banyak wabak penyakit ni. Yela nama pun bahagian kecemasan kan. Dengan Kimi yang dok lari sana sini, seronok sangat di tengok ramai orang kat situ. Tak boleh jadi ni, sms hubby, dia aku suh tido dalam kete sebab esok dia kena jaga audio untuk perhimpunan bulanan. Hubby cakap terserah aku. Terus balik jela.. geram gak, patut bagi la keutamaan pada baby kan.. ni tak, kena tunggu bak kata sesetengah orang la, klu nak mati tu mati dulu laaa ermnn...

Balik rumah, Eqal tido tak sedar-sedar dah. Sedar pun dah dekat pagi, minum susu & aku tengok dia tak muntah cuma cam ala-ala nak muntah tapi dia telan balik susu tu. Pastu sambung tido. Aku terus sms bos & kawan2 ofis cakap EL. Buka fb, tanya pendapat kawan2 apa pendapat diorang kes cam anak aku ni. Ramai yang respond, terima kasih banyak2 sebab ambil berat.

Tapi aku tak pegi pun jumpa pakar, sebab aku tengok perkembangan dia pagi tu alhamdulillah, takde muntah-muntah dah. Cuma ada la cam nak termuntah tapi tak keluar muntah tu. Makan bubur pun ok. Siap nak susu botol lagi.. Abang dia minum susu botol dia nak rampas ahahaha.. sabarr jela. Minum, main semua ok, tapi tak nak tido. Puas jugak aku tepuk, peluk, dodoi, tak jalan. Dia tido la kejap-kejap, pastu bangun. Tapi ok la at least tido dia kejap2 tu ada la 1jam jugak setiap sesi.

Then sebab tengok perkembangan dia ok sampai ke malam, tak jadi la bawak jumpa pakar. Aku agak mungkin terjangkit sikit keracunan makanan or sebab angin. Ni pagi ni aku tengok dia ok je then hantar la cam biasa. Harap pengasuh ok la sebab katanya anak dia yang keracunan tu demam pulak start petang semalam. Dah bagitau dia kalau tak boleh nak jaga anak2 dia dalam masa yang sama nak kena layan anak aku lagi, just sms la aku balik halfday je.

Ermn.. harap-harap diorang semua cepat la sihatnya. Aminnn

4 comments:

eima said...

keracunan la tu .. pttnye Dr tu bekalkan ubat tahan muntah ...tp klu mkn ubat tahan muntak tak semua kuman tu keluar plak lambat plak sembuh .....hmmmm

Tukang Karut said...

ermmm...cemas gak la...

Kesuma Angsana said...

risau juga bila berlaku mcm ni kat anak2 kan!

...mommy jue... said...

akhirnyaaaa, aku blh gak comment dari tab nie...huhu...ank muntah, xde selera mkn mmg cuak beb.. apa2 jd kat ank, mula la kita nk salahkn diri sendiri kn? Gitulah makk...