Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, September 19, 2012

Mee Ketam Seksyen 7, Shah Alam

Lunch hour tadi, pergi hantar surat akuan penerimaan kad YAWAS Haiqal kan. Then sebelah tu ada la KFC. Teringin pulak nak makan KFC, tapau snack plate. Tentiba makyong yang neman ni tak lalu nak makan KFC, so pusing Seksyen 7 jap cari ape nak di makan. Almaklum tekak mak yong tak sedap, asik mual nak muntah. So aku cadangkan gi makan mee ketam memandangkan aku sendiri pun blom pernah try.

Dah sampai tu order la mee ketam untuk aku & nasi + ketam masak cili untuk mak yong. Lama tak lama la tunggu, dalam15 minit baru sampai apa yang kami order.

Nasi putih dia banyak gila

Ketam  masak cili.. makyong suka bebeno, sedap katanya

Mee ketam mabeles untuk aku
Berbaloi la tunggu sebab rasanya memang sedap sungguh. Mee dia pun punye banyak, ada ketam sekor,  crab stick, fishcat, tauhu, telo separuh . Aku punya Mee Ketam & Sirap Limau RM9.50. Makyong punye nasi putih dengan ketam masak cili & air limau ais RM7.50. Ok la tu.. Sebab kenyangnye sampai ke tekak. Mee tu aku tak habis.. banyak weh...

Dah siap makan baru teringat Haiqal alergik.. lahaii harap2 takde la terkena kat dia... Ermnnn.. balik ni makan ubat alergik la jawabnya sebab aku sendiri pun dah rasa cam gatal2 ni.. Huhuhu..

KFC? Owh, bawak balik makan kat rumah jela dengan anak-anak.

Kedai Mee Kari Ketam ni dah penah masuk Jalan Jalan Cari Makan, paper & majalah pun banyak kuarkan artikel pasal menu2 dia. So, kalau sesapa yang rasa teringin nak makan tu, kedai dia sebelah kedai bisik-bisik, bangunan yang sama dengan YB Burger Bakar tu. Insyaallah, berbaloi la rasanya sebab sedap.

Sekian laporan dari Kiah tak berapa nak propa ngeeee...

5 comments:

Tukang Karut said...

aku dah pi sini 2kali... tiap kali pi ketamnya dah habis... kuciwa...

Mama Gee said...

sejak tgk jalan2 cr makan tu..teringin nk try..tp tak gak sampai2 sana... :)

eima said...

hmmm seb baik aku tak suka mkn ketam klu tak mmg aku ngap monitor aku ni .....

Fida Ghazi said...

errrr..errrr...mu punya blog skarang ni pon dah mcm blog jalan2 cari makan bunga oiiii!

Mama Aimi Najla said...

salam perkenalan ...sedap mee ketam tu boleh cuba ..