Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, October 9, 2012

Sambutan hari lahir Eqal di Kuala Woh

Selamat pagi semua.. Dah sarapan? Aku sarapan bihun sup homemade je, alhamdulillah kenyang dah. Lama betul tak jenguk blog sendiri, berabuk abis dah ni.

Last week pergi picnic kat Kuala Woh, Perak. Kononnye sempena sambut birthday budak kecik ni yang baru je masuk setahun 2 Oktober lepas.
Ko tengok siap angkut baby seat car lagi kt tepi sungai hahaah...
Masa mula-mula sampai tu, cuma ada 1 keluarga je yang tengah berbeku. Macam pelik la kan sebab biasa pukul 11 dah ramai orang. Aku pulak baru teringat pasal virus kencing tikus, tu pun sebab terbaca kat pondok tepi sungai tu. Katanya mandi atas risiko sendiri.. Setakat ni takde lagi kes kt Kuala Woh, tapi risau jugak la..

Baru je letak2 barang..

Buat benteng, takut haiqal terjun ^_^

 Tapi lepas je pukul 12, makin ramai pulak pengunjung yang sampai, so rasa la cam lega sikit haahaha..

Menu homemade
 Antara menu, nasi putih, kari ayam, sayur buncis goreng, ayam bbq (sedappp rasa cam satey dah ahahah*sebab yang perap me & hubby ^_^), mee goreng, cup cakes, kerepek, goreng pisang, jagung & bubur untuk Eqal.

Ni la sepupu paling rapat dengan Kimi, ko tengok siap main buai lagi..
Buai askar hadiah dari pakngah
 Budak 2 orang ni, tak lepas dari mak uda, asiknya berebut mak uda diorang tu, so aku dengan hubby tinggal layan Eqal jela hihihihi... Bagusss...
Budak baju biru penakut nak masuk sungai, tp klu kolam, dia paling hebat

Eqal pun sama, nak main air tp nak duduk atas mama adeiii..
Cubaan tidurkan beday boi tak berjaya sebab abg kimi datang kacau..

Suka tengok gambar ni, ceria beno dak kimi


Kek batik 1st try, yummih not bad.. boleh buat lagi sebab semua pun cakap sedap.. mekaceh resepi yg aku google kt internet hihihi...

Owh, last but not least, cup cakes for birthday boy. Amboiiii bulat mata dapat makan cup cake ek adik? Hihihii... Kecik lagi tak sambut sangat la... Tunggu umur 2 tahun nanti baru sambut ye sayang...


Lepas tu kami gi Ipoh pulak, haaaa sambung sambut kat sana pulak ok ihhihi...

8 comments:

Nieyl said...

hepi besdat eqal..:)

eima said...

hepi besday eqal ....
kejap je kan anak kite membesar kan ....

bunga_rose said...

Nieyl:
Tq Auntie Nieyl ^_^

eima:
Tq Auntie Manje.
Kaaaannn, jap je dah setahun... Nanti dah masuk umur 2 tahun diorang tu dah rasa cam rindu balik nak ada baby hihihi

Fida Ghazi said...

selalu ingat eqal tu budak besar..umur 2,3 tahun..padahal dia baru 1 tahun! hihi..dah sama besar dengan abang qimie!

Kesuma Angsana said...

seronoknyer g ramai2 mcm nikan!

Tukang Karut said...

dah boleh ngorta awek dah ni...

~aSHa~ said...

hepi besday eqal..seronoknya berpiknik...lama tak gi air terjun

...mommy jue... said...

kemain sambut bday anak tepi sungai.. hehe. bestnya picnic.. untuk budak2 bestla main air, bapak budak pun sama.. tapi untuk kita mak budak, menahan nafsu je lah nak main air lebih2..