Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, November 21, 2012

Dating dengan si teruna - AEON, Windmill & Wet World

Cerita ni walaupun berlaku masa akhir bulan 10 lepas tapi sebab aku nak abadikan kat blog ni maka aku nak cerita gak boleh dak? Hahahaah...

Pada hari kejadian, biras aku tiba-tiba sms cakap nak datang tido 1 malam dan dia akan extend 1 malam lagi if aku ambil cuti ikot dia pegi jalan-jalan kat Shah Alam. Kalau aku tak amik cuti, dia nak pergi rumah kakak dia kata Bukit Beruntung. Ugut yer kak hihihi.. Tapi disebabkan aku dah lama gak tak mothers out dengan biras aku, so aku on kan aje... lagipun kebetulan memang bos pun cuti panjang.

So keluar la kami dengan anak sulong masing-masing. Eqal aku saja tinggalkan pada pengasuh. Memang tak terkejar aku sorang nak layan kerenah dua2 anak lelaki aku.. Nak layan peel kimi seharian tu pun dah cukup memenatkan ahhaah..

Mula-mula perancangan nak pergi Wet World Shah Alam.. Yer, tempatnya sebelah ofis lama aku tu je tapi tak pernah-pernah masuk dalam pun lagi. Tapi plan tak jadi sebab tengok cuaca mendung. Terus ke AEON Bukit Tinggi melayan anak-anak main playground dalam tu. RM8 keluar masuk tanpa had untuk sehari. Tapi kejap je budak2 ni kat dalam tu.. Mainan tak banyak pilihan, so tak sampai sejam diorang dah sibuk request nak keluar.

Fine, masa tuk mak-mak lak shopping.. tapi tak shopping mana pun sebab takde saiz untuk kasut kimi.. Yang lain aku tak berkenan, yang berkenan tu laa takde saiznya.

Then belanja biras makan kat Windmill. Amik lunch set.. Ok la harga dia mampu bayar hhihihhi.. Rasa pun sedap.


Sedapppp Chef Micheal buat hidangan ini hahaah.. Mushroom soup, sedappp!!!
 Kimi yang lupe mama bila ada sepupu gorgeous dia dak comel Qistina.. Jangan tak tau diorang ada nama manja tau.. Kimi panggil qis "SYINA" dan Qis panggil kimi "AIMI".. Sweet kan hahaahahahh
 Gambar makanan? Hahaahah.. dalam fb laa... sini tak leh buka fb so tak leh nak download la kekdahnye. Next time la aku tunjuk erk... tapi aku nyer sedap.. Biras aku nyer menu tak sedap. Dia amik lemon chicken chop klu tak silap aku.
Ni je gambar terbaik aku dgn kimi yang ada.. payah benoooo nak tangkap mamat ni..


Lepas siap makan, keluar dari AEON tengok cuaca cerah, terus shoot ke Wet World. Gambar takde sebab masing-masing takut hp masing2 hilang kalau bawak so tinggal je dalam kete.. Hahahah..

Tapi mandi kat Wet World tak happening sangat sebab takde suami masing-masing kan.. Biasa klu ada hubby aku akan main semua game yang adventure sebab tau aku ada penyelamat, tapi sebab takde hero aku tu, maka berendam dalam kolam je.. Tak pueh ati bayo RM20 tuk aku & RM15 tuk kimi tuk berendam je.. Hahahah...

Sekian cerita dating saya. Yey ada 2 entry ari ni hahaahah...

1 comment:

azievee said...

Dah lama x dengar celoteh cik bunga...hehehe...