Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, November 27, 2012

Senggugut dan hormon

Hai korang.. Dah besiap nak kuar lunch ke? Aku tunggu bos tekan tombol kunci pintu je ni, pastu nak gi kantin tapau lunch.. Perut dah berbunyi mintak di isi.. Almaklum.. sejak 2 menjak ni selera makan bertambah-tambah.. Adooii laaa..

Semalam MC, puncanya sakit perut yang teramat. Terasa cam nak membuang hajat, tapi bukan, terasa nak muntah, tapi tak keluar. Kalau posisi duduk, tak boleh nak berdiri, kalau posisi baring, tak boleh nak bangun.

Puncanya aku rasa sebab dia datang seminggu lewat dari tarikh biasa.. Eceh, padahal baru je 3 bulan konsisten lepas bersalinkan Haiqal hihihi..

Ape 'dia' tu? Bulan yang selalu mendampingi wanita laa.. teman setia setiap bulan ngehehehe... Cuak kot, last week bulan tak menjengah2.. haihhh lewat seminggu dah.. Pikir punye pikir, rasanya takde kantoi lagi kiraan ecehhh kiraaaaa laaa sangat kannn..

Sekali otw balik kampung dia menjengah, elok2 aku baru siap solat Asar jamak sekali dengan Zohor... Jauh woo perjalanan aku Sabtu lepas.. Dari Shah Alam ke Bentong.. wooo tengok durian sepanjang perjalanan gilaaaaa menceceh air liur, harap je memang lepas tu nak balik kampung.. Dari bentong, patah balik KL, gi kenduri kawin kawan ofis lama.. Then, balik perak. Kol 10 pagi kuar dari rumah, kol 7.30 malam baru sampai Sungkai, Perak.. Wohhh perjalanan yang amat memenatkan..

Ok sambung balik.. Aku sakit senggugut ni start Ahad malam tu. Memang serba tak kena dah malam tu, berapa kali aku terjaga tengah malam sebab tahan sakit.. nak kejutkan hubby mintak carikan ubat cam tak gamak, sebab kecian dia penat.. Sabtu dah seharian memandu pastu ahad tu, pagi lagi dah tolong jiran sebelah kenduri kawin. So pagi tu bangun, iron baju hubby, then tentiba perut cramp balik.. Aduiii, terus sms kawan ofis bagitau masuk lambat sebab nak gi klinik.

Sampai klinik doc cakap tak boleh buat ape sebab menda ni berkaitan hormon.. Mungkin sebab aku baru lagi bersalin even dah setahun pun hormon blom stabil. Ok.. fine. Kesimpulannya, senggugut adalah kerana hormon wanita or kalau nak lebih pasti, doc suruh buat ujian hormon, tapi mahal katanya.. takpe laa.. Takpun scan, takut ada fibroid. Errrrrr.. tengok laa uhuhuhuh. Doc bagi ubat tahan sakit & mc sehari dia suh rehat je kat rumah. Sms bos bagitau mc, balik rumah sambung tido hahaah...

Hari ni alhamdulillah, takde la rasa sakit sangat... Bisa2 cam tu.. Still boleh gelak, buat keje semua. Sekian cerita semalam saya ngeeee

No comments: