Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, December 26, 2012

Bandar Kuantan Banjir ~ Hari ini dalam sejarah

Hujan kat Kuantan non-stop dari Sabtu sampai aku balik Selasa semalam. Hujan paling teruk dalam sejarah sepanjang aku balik kampung. Tak boleh keluar ke mana pun sebab hujan tak pernah seminit pun berhenti.

Isnin tu, niat hati nak pergi jalan-jalan kat bandar Kuantan, nak pergi ECM sebab nak bagi anak-anak main kat playground kt ECM tu, so pagi tu tanya hubby jadi ke tak nak jalan dia cakap tak kisah. So bila bagitau mak nak kuar tengahari, mak cakap pegi la lepas Zohor, at least tak la susah nak cari surau solat Zohor dan sempat makan tengahari dulu kat rumah. So, ok la, kitorang ikut cakap mak.

Tiba-tiba dalam kol 11 lebih tu abang aku call, katanya air naik kat jalan Beserah dan sesetengah tempat kat bandar Kuantan. Bila bagitahu ayah, ayah macam tak percaya, yela, tak pernah kot Kuantan banjir. Tapi sebab risau, aku dengan hubby tangguh dulu niat nak pergi ke bandar, tunggu berita lain. Pukul 1.45, kakak ipar aku call tanya tengok tak berita kat tv3, pasal banjir kat Kuantan. Woh, memang serius rupanya.

Selasa tu, beli paper tengok-tengok berita muka depan Metro gambar ni ha..

Terkejut aku tengok gambar tu. Tu bangunan depan Mega Mall, dan belah kanan atas sikit gambar tu East Coast Mall yang kitorang nak pergi tu. Woooo memang keje gila kalau kitorang gerak pukul 11 pagi Isnin tu. Sure tak balik lagi Shah Alam. Kete sure dok dalam bengkel, sure duit bonus habis camtu je.

Syukur, sebab terselamat dari banjir kilat tu. Semalam nak balik Shah Alam pun, kitorang lalu ikut jalan Kuantan by pass. Tak berani nak lalu jalan Semambu or bandar even kata orang air dah surut pukul 6 petang hari yang sama. No, no no, tak berani amik risiko.

ps: Owh, kampung aku pun air naik.. nanti aku upload gambar tu, ada dalam hp hubby.

2 comments:

~aYu~ said...

ayu pun dah book hotel vistana tau utk isnin - selasa. nasibla xjadik pegi. ada hikmahnya gak xde bajet.. alhamdulillah..

azievee said...

Teruk juga bajir tu ekkk...besa dgr kelantan n ganu je banjir