Jom klik

kENgkaWAn

Monday, December 3, 2012

Dating dengan MAH2 & MA

Ni cite basi dah kot.. Tapi sebab melibatkan orang tersayang, bagi aku tak basi lah.. so nak gak tempek gambo kat sini...

Gambar dak ligat ni masa bawak dia pegi tengok wayang kat JJ Bukit Tinggi. Masa ni hubby baru je amik aku dari ofis, datang kejap sebab bos suruh datang ofis, so even cuti, datang jelee.... Kimi tak ikut, sebok nak duduk kampung.. Tapi esoknya aku amik dah dia kat Bukit Beruntung, kebetulan ikot maklong dia gi berjalan rumah kakak maklong dia..

Ok, Eqal bila kali pertama naik mendalah ni.. Kemain seronok dia.. Yela siap ada streng.. Mamat ni antu steering kete.. Penah aku kena drive ke rumah pengasuh sambil dia duduk atas riba aku, sama naik nak pegang steering kete.. Sebbaik dekat je rumah pengasuh tu, tapi berpeluh gak laaa... Hahahah..

Ada yang cakap Eqal ikot muka aku, bukan papa dia, yeke?

Carik, mana laa abang Kimi ni, biasa berebut mainan dengan dia ihihhi...

Budak yang banyak bebel dalam wayang.. Ape dia bebel ntah, sebbaik la Skyfall tu cite dia banyak bunyi action haahah..

Saya naik kete!!!
Tak sama jalan dengan Eqal je tanpa abang Kimi.. Rasa kekosongan yang tidak terisi kat situ... Hanya aku dan hubby je yang tau ape itu kekosongan tanpa anak-anak kami tu.. Dan hanya korang tau kekosongan tanpa anak-anak korang disisi kan...

Tapi, kadang-kadang angin gak aku dengan hubby.. Sebok nak sangat kimi tu dok kampung, kang aku tinggal boleh sebulan baru dia tau nak balik rumah kang.. Mak uda dia sebok keje.. Acu.. Lelaki, setara mana sangat nak layan kerenah anak buah.. Opah pun sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan, takkan nak mengadap dia je 24 jam.. Sure dia boring punye bila takde mak uda dia 24 jam kat rumah tu.. sape nak kasik dia hp tuk tengok youtube manjang, sape nak layan kerenah dia yang manyak songeh tu.. Haahah.. aku jamin tak sampai berapa hari dah mintak balik...

Nak bagi gak dia rasa sebab tiap kali balik kampung, tak nak balik rumah.. haihhhhh.. Lagipun, tak kisah sebab dia balik kampung opah dia sendiri, bukan orang lain tapi mengenangkan aku sendiri yang takkan tentu arah tanpa budak yang makin menggebu badan dia tu..Hihi... memang tak laaa aku nak tinggal haahha...

No comments: