Jom klik

kENgkaWAn

Monday, December 3, 2012

Diet SDII / Ofis Lama / Cirit

Holaaa... Petang sudah.. Lewat pulak bersiaran hari ni. Tu dia panjang tajuk aku.. Hahahah...

Lama tak buka blog.. last buka Khamis kot.. Pastu Jumaat tu aku amik cuti, saja nak perabihkan duit yang suam-suam kuku tu kat Jalan TAR & Sogo.. Bajet kaya kan.. Sekali dah pergi sana kejap je tu.. tak sampai 3 jam kat situ dah licin RM300.. Ok, tak mo dah pegi lain kali hahaahah... Sekarang saya adalah semikin.. ada yang nak bagi derma kilat tak? Ahaahah...

Ok, hari ni aku dah start makan SDII... Harap-harap menjadi laaa kempis perut aku ni. Pergi ofis lama Jumaat lepas buat aku rasa bahagia, seronok je.. Even dah ramai anggotanya bukan lagi anggota lama dulu, tapi still, jumpa kawan-kawan lama rasa terubat rindu... Even ex-boss yang masa aku sampai tu tengah ada discussion, siapsiap je discuss keluar dari bilik cakap, macam kenal je suara.. Hahahah..

Musti la kenal kan.. PA kesayangan dia.. cece.. tentiba nak up diri pulak.. Serious, kembali ke ofis lama buat hati aku berbunga-bunga.. Aku boleh jadi diri aku sendiri bila aku kat sana... Aku rasa muda, bertenaga, tak macam kat ofis sekarang.. Rasa tua, tak bermaya.. ahahahahah.. So sape-sape yang nak tukar masuk mahkamah tu fikir la banyak kali.. Social life is zero. Jangan mimpi nak menggedik cam dok ofis lama.. Kat sini keje, keje, keje.. Sekian.. Eceh, macam kan ofis lama aku tak buat keje je yer..

No, sangat tak sama.. Ofis lama aku enjoy buat keje aku, even aku ada lebih dari 1 bos yang mintak aku tolong buat keje diorang, but aku enjoy.. Sini even sorang je boss aku tapi, nikmat kerja tu aku tak rasa.. Rasa kosong bila datang pejabat... Tapi the bright side harusla, aku ada lebih masa untuk keluarga dan diri sendiri.. Takde la matahari belum kuar, aku dah kuar rumah dan matahari dah nak terbenam baru nak muncul kat rumah.. Ok, positif, positif.. Baik stress kat tempat kerja, at least kat rumah aku tenang melayan kerenah anak dan suami.. Chill!!!!

Sebenarnya, Khamis tu aku kena cirit.. gila teruk ok, dari tengahari Khamis tu aku berulang alik tandas, smpai ke malam..dengan hubby takde kat rumahnya lagi.. Nasib laa anak-anak cam alahai behave betul.. Tak banyak ragam dan tido awal.. Kalau hari biasa jagan harap aaaa... Hihihi..

Patutnya Jumaat tu aku rehat kat rumah, tapi sebab terlalu teruja nak jumpa kawan lama, so aku paksa badan aku untuk sihat. Dan disebabkan asik dapat pujian, cakap masih macam dulu, kecik, shomel kikiki, so perut aku tak meragam... Bahagia, sebab takde yang cakap gemuk.. Kecuali ada satu cctu cakap ponggong aku dah beso skit.. standard laa anak 2 hahaahah....

Tapi... jap je baik perut tu... Sabtu lepas makan kenduri, pastu Ahad tu, panaskan pulak lauk yang dapat masa pegi kenduri.. Amik ko, malam tu gak dia meragam.. Nak nangis aku asik jadi tetamu bilik kecik tu..

Tapi pagi tadi alhamdulilllah... Aku pujuk perut supaya tak meragam kat ofis, nak pegi klinik cam tak bagus lak, sure dapat mc, nanti apa lak cakap bos, baru senin lepas dah mc nak mc lagi... Dan perutku dengar pujukan.. Sampai sekarang dia ok tak mintak ke bilik kecik untuk pembuangan besar, cuma pembuangan kecil sebab aku banyak minum air.. Kata tengah try SDII..

Ok, aku dealer SDII, sapa nak harga ahli RM150 err tak termasuk penghantaran, kecuali yang duduk area Shah Alam aku leh la antokan, sila la bagitau kat aku. Insyaallah, aku bagi harga ahli je.. Tolong kengkawan nak kurus atenya.. Well, teruja sebab ada orang terapat dah menjadi.. Dalam masa sebulan, dari pinggang 36 sekarang dah boleh pakai suar lama saiz 33 dah.. Tu dok aim at least leh pakai suar saiz 31-32 tu.. Moge berjaya la yer.. Hihihi...

4 comments:

P.A. said...

hehehe moga berjaya ye Nge....:)

Tukang Karut said...

ok... kalau berjaya kurang kan size bagitau aku!

bunga_rose said...

As:
Aminnn... moge2 berjaya la kan.. leh kurus cam as hhihihi

bunga_rose said...

TK:
Hahaahah... ko dah membeso dengan jayanya kan? kan? Hahahaahah..