Jom klik

kENgkaWAn

Friday, December 21, 2012

Kaitan 20.12.2012 dengan aku

20.12.2012, tepat 4 tahun, 4 bulan dan 4 hari Ulangtahun pernikahan aku dan hubby. Kata orang Cina nombor 4 tak ong ek, takpe, aku orang Melayu Islam, kitorang tak percaya sama itu ong ke tak ong haahaha..

Semalam cuti sebab pengasuh ada hal so senin lagi dia dah mintak aku amik cuti. Tapi bos pulak nak kena apply cuti hari Khamis gak, so aku cakap kat bos, takpe la saya datang sekejap just untuk mohon cuti dia. Datang ofis kejap tu pun dah rasa cam huru hara ofis ni. Dengan si Eqal patahkan pembaris panjang pastu meraung, time tu aku kat dalam bilik bos, terima arahan dia. Kimi bising nak tengok Youtube.. dia ingat takde sekatan internet macam kat ofis lama mama dia. Stress aku. Tak sampai setengah jam pun, siap keje terus mintak diri hahaah..

Jalan-jalan kat JJ, eh dah tukar AEON kan.. jalan dengan anak-anak je. Nak cuba, boleh tak shopping dengan anak je, tanpa suami. Permulaan memang ok, semua terkawal kecuali dak kimi jela sebok nak mainan, lepas dah beli dia diam la, siap ajak balik sebab nak main kete yang baru beli tu adalah.. Kete flash and dash katanya hahah...

Pergi kat Ground Floor tu tentiba tengok Polo buat jualan untuk jam tangan lelaki. So, teringat la jam tangan hubby rosak, so terus la belikan dia konon sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan ke 4 tahun, 4 bulan dan 4 hari hahaahh... Dengan ucapan "Terima kasih sebab menjadi suami dan papa yang terbaik buat Ida dan zuriat kita, love u" Kihkih... datang mood romantik camtula, siap balut2, tulis kad bagai.. konon buat hadiah surprise.. Klu takde mood romantik tu, aku bagi camtu je haahah.. Kalau dia? Takde, dia cuma cakap, pilih la nak apa, abang bayar. Takde makna nak buat surprise ni, tak pandai katanya.. Takpe, i paswahh ahahaah..

Tengok pulak sebelah tu sale cermin mata. Tanya salesgirl tu original ke sebab aku tak pernah dengar jenama Salsa. Tapi sebab sale 50%, aku terbeli gak 1. Tapi yang boleh pakai untuk lelaki dan perempuan. Khas untuk memandu time panas terik, sebab cermin tu ada UV protector. Bukti dia suruh aku tengok 1 kertas, tanpa cermin cuma nampak jalanraya dan pokok, tapi pakai cermin mata tu, nampak 2 biji keje.. Pakai pun selesa, so terus beli. Bila try pakai masa drive, yup! memang banyak beza dengan cermin mata yang aku selalu beli harga RM10 tu hihihih.. Hubby siap tanya kenapa tak beli untuk dia sekali, menda tu kan kena test, kang beli tak sesuai dengan muka membazir je duit ai tau.

Masa nak bayar 2 barang ni, stress aku sebab kimi dah mula nangis, nak makan KFC. Bila aku lalu kat KFC, ramai pulak orang, so pujuk dia cakap beli aiskrim, tengok kat MC D semua cina je yang makan situ, segan aku nak beli walaupun sekadar aiskrim dan nasib baik sangat Kimi tak perasan Kiosk aiskrim McD tu. Kalau tak sure dia ngamuk pulak kat situ. Masuk JJ beli aiskrim kat situ je.

Sebbaik la Eqal sangat tertib.. Takde langsung buat hal. Elok je duduk dalam troli tu. So next time kalau nak gi jalan better bawak Eqal, Kimi tinggal dengan pengasuh hahahah.. Kejam tak mama? Tu la banyak akal lagi nak itu ini tu pun sebbaik nak duduk dalam troli, kalau dia takmo duduk dalam troli sekian hal aku kena kejar dia lari sana sini.

Tapi walaupun aku rasa penat macamkan aku penat lepas upacara lari 50km tanpa henti, dan kat FB aku kata aku serik, tapi sebenarnya aku seronok. Best gak jalan-jalan dengan anak je.. Kalau ada hubby mesti hubby sibuk nak ajak balik je.. Ate dia tak suka window shopping, bini suka window shopping hahah..

So kesimpulannya mama tau, Eqal ikut perangai mama, Kimi perangai papa.dalam bab shopping.. Sebab lepas beli mainan tu dia cakap, ok mama, yang ni murah, kita beli yang ni je ok hahaahahah.. Sekian cerita 20.12.2012 aku. ^_^

1 comment:

suhaina laui. said...

wah seronoknya...kimi mcm akif jugak....ssue dh seriu nk g shopping mall dgn akif...pernah nangis nk mainan...kalo dh harge nk hampir 2ratus mmg xde maknanyer...huhuu