Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, December 13, 2012

Korang dah tengok video budak india kena dera?

~Aku baru tengok malam tadi.. Kalau korang nak link aku tak leh nak kasik, sebab sini tak boleh buka fb. Ko try la google ok. ~

Semalam tido lewat sebab tak boleh nak tido lepas tengok video budak india dalam lingkungan umur Kimi kena dera dengan bapak dia ke bapak tiri ke pak sedara ke aku tak tau. Tapi yang pasti lelaki tu memang bangang tahap lembu (cian lembu, dia gak dipersalahkan hahaha).

Aku rasa mungkin la budak tu ada buat perangai nakal, tapi normal la budak umur 3,4 tahun memang la tengah nakal. Tapi tak payah la ko sampai nak angkat dia lempar atas kerusi, sepak-sepak, tampar-tampar, ketuk kepala guna senduk bagai. Ko bodoh ek???? Dayus sungguh. Ko memang takde telor sebab sanggup buat budak sebesar tu tempat ko lepaskan amarah.

Tu mak dia ke sape tah tukang rakam tu.. Awal video tu aku dengar ayooo kadawaleeee... Tu je ko boleh buat???? Mana perasaan keibuan ko? Mesti ko ada pertalian darah dengan budak tu kan? Klu aku, sanggup aku kena belasah dengan mamat bangang tu daripada rasa or jadi loser, tengok je budak tu kena belasah. Wei, tulang budak tu mungkin boleh patah doh! Mungkin boleh berlaku kecederaan dalaman.

Budak tu dah elok duduk diam tak nakal, eh ko panggil dia suruh ngadap ko, pastu angkat tangan cam sembah tuhan. Mangkuk laa ko ni. Tak cukup tu, ko tolak dia sampai terjelepuk jatuh. Weh tenaga ko klu ko rasa slow pun, tapi bila tolak budak kuat la ngok!!! Bukan sekali dua, banyak kali. Amboii jari tu kemain panggil budak tu suh ngadap ko balik kan??? Eeeee aku rasa nak je ketuk kepala ko tau tak??

Terketar-ketar badan aku tahan sakit hati, marah bila tengok budak kena dera camtu. Tu yang kita nampak, ada yang rakam dan tunjuk kat kita, yang bersepah lagi yang dera anak tapi kita tak tau tu.. yang kena cucuh dengan puntung rokok, setereka? Weiii tak dapat bayang betapa sakit, sengsaranya diorang weh!!!

Aku dengan suami aku pun bukan tak pukul anak, tapi berpada. Bukan sampai jadikan anak tu punching bag. Rotan kaki tanda sayang, supaya anak tak buat nakal lagi (walaupun tetap nakal, baik kejap je pun). Dan kalau aku nampak laki aku menyinga, aku cool kan laki aku tu.. Aku akan back up anak aku tu.. Nak pukul, pukul je aku, bukan anak.. Tapi biasa menyinga dia pun dalam bentuk muka & suara je, jarang la nak angkat tangan kat anak.. yang selalu tangankan anak tu aku..

Aku cuma harap ada yang buat laporan kat polis, bio kena tangkap mamat ngek tu. Pastu biar banduan kat penjara nanti pulak buat menda yang sama kat dia. Bio dia ingat sampai mati, jangan pernah sesekali dera anak.

Dan gak aku berdoa agar, tak ada insan kecil yang comel ni semua kena dera dengan mana-mana makhluk yang takde hati dan sifat keperimanusiaan ni tak kira kat mana pelusuk dunia anak kecil tu berada.. Amin..

3 comments:

eima said...

tu la manusia .. tak penah nk hargai si kecik yg menjadi penyeri hidup ibu bapa die ..kesian betui ..aku mmg tak leh tgk fb ...

bunga_rose said...

manja.. aku pun tak faham, kenapa orang yang dah diberi rezeki anak dalam hidup tak nak hargai pemberian tu.. diorang tak tau ke yg anak tu lg berharga dari duit ringgit.. moga kita semua dijauhkan dari sifat2 tak perikemanusiaan tu

SYANI said...

Apa linknya?? Nak tengok gak.. Tapi tak patut la pukul anak teruk2 kan.. Teringat pesan Prof Muhaya ---> Jangan pukul ahli syurga.