Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, December 13, 2012

Operator vs Interpreter

Semalam odeli ofis bercerita, katanya last week time aku dah cuti or aku dah balik, katanya ada call masuk. Dia jawab la cam biasa.

"Hello,boleh cakap dengan operator?"
"Eh, ni bukan operator, tadi yang encik call la operator" Tepon kami takde direct line, semuanya melalui operator
"Oh, sorry"

Pastu telefon berdering lagi.

"Hello, boleh cakap dengan operator?"
"Ni, bukan operator, kalau nak cakap dengan operator cal 03-5510****"
"Saya dah call, tapi kenapa dia sambung ke sini? Ok sorry"

Tak lama lepas tu bunyi lagi..

"Hello, boleh cakap dengan operator?"
"Encik ni nak cakap dengan sapa sebenarnya? Ini bukan tempat operator" Dah mula hangin.

"Saya nak cakap dengan operator la, dia sambung ke sini." Tinggi suara jugak peguam tu.
"Encik nak cakap dengan operator ke interpreter?"
"Eh, operator ke interpreter yer jurubahasa ni?" Suara perlahan dan malu.

Muahahaahah.. apeee dahhhh!!! Firma mana laaa agaknya tu. Camne jadik firma peguam kalau operator dengan interpreter pun dah tak boleh nak beza. Tak pasal nak marah orang yang angkat telefon. Sebbaik bukan aku yang angkat, klu tak aku taruk sini nama firma tu ekekeekek.. 

4 comments:

eima said...

HAHAHAH ini klakar sbb aku pun tatau pe tu interpreter .... gelak jugak le ke aku ni ...

bunga_rose said...

ahhahaha... alaa aku tau ape tu interpreter pun sebab keja sini weh.. klu tak sampai sudah tak tau ape menda tu hahah..

Tukang Karut said...

saman! jangan tak saman!!!

Kesuma Angsana said...

dtg baca lepas abis cuti2 mesia