Jom klik

kENgkaWAn

Monday, December 17, 2012

Senda pagi

Adoiii pagi-pagi lagi dah ada orang buat lawak. Sakit perut aku tergelak.. Ceritanya..

Tengah aku cek emel bos aku tiba-tiba dengar bunyi bising kat luar. Aku cam, apsal ni ek. Dengar betul-betul rupanya ada orang mintak tolong. Risau gak takut ada kebakaran ke, kecederaan apa-apa ke.

Aku buka pintu bilik aku, sebelah laluan bilik aku ni tandas lelaki.Pastu aku dengar,

"Jurubahasa.. tolong..tolong.. Mana orang ni aduuuhhh"
"Kenapa ni?" 

Nak kata pintu tak boleh bukak, tengok tangan dia terkeluar dok ketuk-ketuk pintu, tarik perhatian orang nak suruh dengar dia.

"Air takde.. boleh tak suruh sapa-sapa bukakan air. Tolong laa"
"Air memang takde hari ni.."
"Haaa??? Takde? Alaaa macam mana ni???"
"Jap, jap"

Kebetulan jurubahasa aku selalu letak air masak dalam jug yang bos aku tak habis minum, letak dalam botol air mineral. Aku pass kat dia.

"Terima kasih ye"

Masuk je bilik selambak aku gelak. Ni mesti kes tak tahan sangat ni nak membuang sampai tak cek ada air ke tak dalam bilik air.

Moralnya, sebab tu setiap kali aku masuk bilik air, menda pertama aku buat mesti cek ada air ke takde.. Bahaya weh.. kalau buang air kecik tu ok la lagi, boleh guna wet tisu, tapi kalau dah air besar cam mamat tu? Haaaa sendiri mau ingat laaaa hahahah...



2 comments:

P.A. said...

betoi2x...bahaya kalau kena cenggini kan...TQ atas peringatan tu ye Nge :)

ejaMaria said...

adoi la... kesiannya mamat tu...