Jom klik

kENgkaWAn

Monday, December 10, 2012

Terkenang~ Cinta monyet/skandel: Part 1

Hari ni rasa macam nak share cite dengan ex2 boipren masa time sekolah dulu pulak. Wahhh cam banyak je boipren ko dulu yer munge.. ahaahah..

Cop2 sebelum tu.. kata2 buat hubby.. Kalau la kan.. kalau hubby terbaca post yang ni harapnya tak kisahlah yer.. Saja-saja nak kenang balik zaman sekolah dulu.. Zaman tengah hot haahaha.. takpe kan?? Kan??? Lagipun masa ni tak kenal hubby lagi ngeeeeee

Nak start dari mana dulu ek... Ok sekolah menengah...

Tingkatan 1...

Masa mula-mula aku masuk tingkatan 1, memang aku sangat glemer sebabkan nama aku yang unik. So, memang selalu la kena kacau. Tapi tu normal la kan.. Masih hingusan hahaahah..

Tapi dalam ramai-ramai tu, ada la sorang ni, dari aku tingkatan 1 sampai la ke tingkatan 3, selalu dok gosipkan aku dengan kawan dia, sampai la satu hari tu masa tingkatan 3 aku dapat tau rupanya dia sendiri yang pendam perasaan kat aku.. Padan la boleh katakan hari-hari call aku hahaaha.. Aku pulak gatal gak melayan ekekeek.. Ate bosan kat rumah, mak ayah kan keje balik lewat malam. Tapi, cam biasa, aku layan je, tapi hati aku aku tak bagi kat dia pun haahahah.. dasar.. Maaf yer N. Yang ni aku tolak cara baik.. aku cakap aku anggap kawan..

Ok, ada sorang mamat ni pulak aku panggil F jela. Ya Allah, suka sangat kat aku. Dia dah ada makwe, tapi aku tak tau kenapa dia nak gak tackle aku. Tapi aku tak suka dia sebab dia tak hensem haahahahahah.. Tapi sebabkan dia, aku jadi tak bertegur sapa dengan awek dia.. Tapi, bukan salah aku kot.. Pakwe dia yang nak kat aku, bukan aku yang terhegeh-hegeh. Hahahah.. Eh tapi lama tau mamat ni tak putus asa.. Sampai tingkatan 2.. Masuk tingkatan 3, dia putus asa sebab aku tak layan haahahaha... Dasar layan yang hensem je kekdahnya..+_+. Yang ni aku tolak secara kejam hahahaahahahah...

********
Masa tingkatan 2..

Ok, aku kenal dengan budak Sungai Buloh. Budak ni sepupu kepada best friend aku. Mulanya, kawan aku ni nak kenenkan dia dengan kawan kami yang lagi sorang.. Kami berkawan baik 3 orang, aku, Zura dan Mai. Tapi tak sangka sepupu dia, ok aku namakan Y berkenan kat aku bila ditunjukkan gambar.

Dengan Y, kitorang declare sebagai kapel start hujung 1998.. Kira dia la boipren rasmi aku. Hahahaha.. gatal kan, baru umo 14 tahun dah galak bercinta. Dengan dia lama gak la.. tahun 2003 baru aku mintak putus. Tapi walaupun kapel dengan mamat Y ni lama.. hampir 6 tahun, tapi aku rasa jumpa dia baru 12 kali kot.. tak sampai 20 kali pun dating. Jumpa pun ramai-ramai.. mesti ada kawan baik aku, tak pernah keluar berdua pun. Apa-apa pun contact melalui surat dan gak telefon.

Tapi mak ayah aku tak suka dia.. dia budak skinhead, pastu mat motor. Pastu aku dapat cerita, kat Selangor dia banyak pasang awek.. Dan dia mengaku, katanya aku je steady girlfriend dia, yang lain dia main-main je buat isi masa lapang. Hamboiii ayatttt... tapi aku tak suka.. Tu pasal aku mintak break off. Owh, SPM aku tak cantik result pun sebab dia, boleh gaduh time dah di ambang exam ahahahah.. bodoh betul aku rasa masa tu.. Apsal aku tak concentrate pada study.

********

Tingkatan 3..

Walaupun aku serius dengan Y, tapi aku ni pun pangai sama cam dia, pasang gak kat Kuantan.. ingat dia je boleh pasang kat selangor haahaha.. Dasar prinsip ngok kan haahahah... Alaa.. berkawan biar 1000 kan...

So, masa tingkatan 3, aku cam suka la kat kawan abang aku ni. Dia pulak selalu sangat main mata dengan aku. Orangnya tinggi, putih, hensem. Kawan baik abang aku, sekelas dengan abang aku. Kalau jumpa, selalu laaaa buat aku lahaiii berbunga2.. Ekekek.. lawaknya abang aku sendiri tak tau, pasal hubungan aku dengan abang H ni.. Kitorang kontek melalui pandangan mata yang memanah ke hati (ayat tak menahan hahah) & gak tepon.. Tapi, hubungan ni tak ke mana pun.. sebab lepas abang aku sambung belajar kat sekolah teknik Bentong, dia dah tak datang rumah aku..

Masa tingkatan 3 gak, ada sorang mamat ni.. H jugak pangkal nama dia. Alahai mamat ni sweet gila ok. Memang romantik sangat.. Cara dia tackle aku, memang mana-mana perempuan pun boleh cair.. Muka memang tak hensem.. tapi manis la tapi dengan dia memang aku agak cair la hahaahah.. Kalau cakap, tenung mata, kalau nak ke mana-mana mesti dia akan temankan aku.. Aku masa tingkatan 3, penolong ketua kelas. So apa-apa dia selalu tolong aku, back up aku. Aku ingat aku je perasan yang dia cuba ngayat aku, rupanya memang betul.

Masa tingkatan 4, aku dapat tawaran masuk teknik.. Dia kecewa sangat.. Lepas tu dia mintak kawan baik dia bagitau aku yang dia suka kat aku. Oloooo sweet ^_^.. Aku jumpa dia, aku tolak cara baik sebab aku cakap aku dah ada si Y tak guna tu haahahahah.. Marah betul ek aku dengan Y tu ngeeeee...

Naik sekolah teknik.. Aku berskandel lagi.. kali ni lagi dasat kot.. Esok la aku cerita pulak.. Nak habiskan skit lagi keje ni. Hahahaha...

To be continue to part 2 ok haahahah....

8 comments:

Tukang Karut said...

"Zaman tengah hot"?????

Hot sangat ke????????????????????

P.A. said...

xsabaq nk baca next part....cpt2 update..hehehe

eima said...

hahaha gatai ....

MRS. K said...

kasanova ko nih munge...

bunga_rose said...

Tukang karut:
Muahahahah... I hot masa sekolah ok kehkehkeh.. Jeles la tu, dia bukan lelaki hot masa sekolah muahaahahahah gelak jahat lagi

bunga_rose said...

PA:
As, smlm Selangor cuti, makanya ari ni baru update deh ^_^

bunga_rose said...

Eima:
kannnnn gatai sungguh bila ingat balik..

bunga_rose said...

Mrs. K:
Eh, tak salah berkawan ramai kan.. muahhahah