Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, December 12, 2012

Terkenang~ Cinta monyet/skandel: Part 2

Holaa.. Badan lemau.. Pagi tadi bangun pukul 7.05 pagi. Boleh tak tersedar langsung.. Ni la bahana kemas rumah, mengcangkul depan rumah dan menguruskan 2 super boy aku yang sangat hyper active tu.

Owh, semalam kan cuti sempena Keputeraan Sultan Selangor, so kami yang keje kat Selangor bergumbira laa sebab dapat cuti. Ok-ok, nak sambung kisah terkenang. Amboii ada yang komen tanya hot ke yer haahah.. Well, zaman sekolah menengah adalah zaman kegemilangan gadis-gadis ok. Sememeh mana pakaian or rupa kita pun tetap pakwe-pakwe kat sekolah cakap hot dan gak sendiri mengaku hot hahaahahah..

Ok, aku dapat tawaran masuk Sekolah Teknik Rompin dalam aliran Pengajian Kejuruteraan Awam. Masa ni aku agak berisi kalau tak silap aku. Yela, dari sekolah rendah sampai sekolah menengah aku aktif bersukan.. Lari 100m pecut, 4x100m, 200m, lompat tinggi (pecaya tak??? hahaahaha) lompat jauh dan gak bola jaring. So bila stop badan naik gak la.. kat sekolah teknik tak boleh nak aktif sangat pasal dah ramai yang berbakat lagi hebat hahaah.. Ate kaki pendek camne nak bersaing kannn hohoho..

So, minggu orientasi kat teknik campur baur suka duka tu. Disebabkan nama aku terlalu pelik maka senior-senior dan cikgu cekgi sibuk nak tau camne gerangan muka orang yang bernama pelik ni kan. So kerap la kalau ada apa-apa perlukan sukarela, aku dipaksarela tuk diri kat depan. Kalau kena menari ayam, menari ayam la, menari itik, itik la..

Tapi part yang seronok, kelakar dan menyakitkan hati tiap kali balik sekolah or balik surau. Laluan untuk balik ke asrama mesti kena lalu asrama lelaki. So, memang tiap kali aku lalu, memang akan ada senior or junior aku tak tau tapi akan jerit nama aku or nyanyi lagi yang berkaitan bunga. Antara yang aku ingat bunga tak sekuntum... oh bungaku... Errr ok, aku dah lupa hahahah.. Lama dah kot.. dah 10-11 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan tu.. Eh, 10-11 tahun, wehhh tiba-tiba rasa dah tua.. dah tak hot hahahaahh...

Tapi budak-budak laki ni kelakar gak, bila diorang panggil kita tak pandang cakap belagak la, bajet lawa laa.. Bila pandang kenyit-kenyit mata pulak. Kelakar ok. Tapi bukan la nama aku sorang diorang panggil, awek2 hot gila, lawa, seksi lagi laaa jadi bahan siulan. Diorang tak pandang lagi laa diorang kena maki, bila pandang katanya perasan. Kesian gak aku tengok member-member yang lawa-lawa ni haahah... EH, kecian tapi gelak.. Ape dahh..

Eh, panjang pulak mukadimah yer. Ok, aku kenal dengan mamat vokasional ni masa awal-awal masuk teknik la. Bermulanya perkenalan tu sangat kelakar dan aku rasa bongok ok.

Aku kat kelas baik dengan Elly, budak ni memang kepala masuk air sikit. So, one day tu aku kena cabar dengan si Elly ni untuk tegur dan dapatkan kad matrik (kad pelajar) mana-mana senior lelaki yang dia pilih. Tak kira sapa saja yang dia nampak depan mata. Sekali nampak mamat ni. Sebbaik hensem haahahah.. Masa tu aku main redah jelah kan, ate darah muda, pantang dicabar.

Orangnya alahai, sangat laa pemalu. Aku, bila dah orang pemalu memang mudah la keje aku hahaahaha.. dasarrr!!! Aku pegi kat dia, cakap elok-elok, aku nak pinjam kad matrik dia sehari, petang nanti aku bagi balik dan gak aku explain kat dia yang kawan aku kat tepi tangga tu cabar. Kalau tak dapat jatuh laa standard aku kononnya... Dia tergelak je. Orang Teganu. Kelakar gila ok, dia malu-malu, lepas tu dia bagi syarat kalau aku nak kad matrik dia, ape ye syaratnya. Rasanya dia mintak tukar kad matrik dengan aku. So, aku pakai dia punya dan dia pakai aku punya.

Gila bangga la aku dengan Elly masa tu sebab aku menang pertaruhan. Owh, dia pun buat pertaruhan yang sama, dia pun berjaya dapatkan kad matrik senior kami. Tapi pasangan dia sama-sama kepala masuk air macam dia.

So bila dah pulang balik kad matrik petang tu aku andaikan takde apa-apa akan jadi lepas tu. Tapi tak sangka pulak, asiknya terserempak dengan mamat senior aku tu. Tiap kali jumpa dia malu-malu, or aku tak tau la kalau dia sengaja buat-buat lalu depan kelas aku banyak kali kan hahahah... Dan satu hari tu dia dengan beraninya datang kelas dengan partner yang si elly tukar kad tu, panggil aku dengan elly ajak sembang. Masa tu, kat kelas aku ada gak la 2,3  pempuan yang hot-hot, so kalau ada senior yang bersadai tepi tangga ke tepi kelas jumpa 'adik angkat' masing-masing tu adalah pemandangan biasa hahaah.. So aku dengan Elly salah sorangnya la.

Lepas jumpa tu kerap gak la lepas tu kami jumpa, jumpa kat tepi kelas, sembang-sembang biasa.. Aku lupa ape kami sembangkan. Tapi masa tu aku memang tak tau rupanya dia ni bilal kat surau asrama. Aku dapat tau pun bila pegi surau, bila tirai terbuka nampak dia pakai serban atas kepala. Alahaiii masa tu memang cair habis la sebab yelaa dapat berkawan dengan mamat alim ekekek.. Padan la pemalu. Lepas tu jugak aku baru tau yang dia ni orang panggil Ustaz disebabkan penampilan dia yang ala-ala alim dan gak pemalu dengan perempuan. Eh, jap-jap, dengan aku je pemalu rasanya, dengan kawan-kawan yang lain dia tak malu pun.. Hahhah

Tapi lepas kawan beberapa bulan, aku mula dengar, ada yang cakap-cakap sebab kawan dengan aku imej 'ustaz' yang dia dapat macam tak valid lagi sebab terlalu rapat dengan aku. Lorrr.. bukan jumpa kat tempat gelap pun.. jumpa kat tempat ramai orang, gila ke nak jumpa tempat tersembunyi, tak pasal kena tangkap dengan warden. So bila dengar orang dah pertikaikan ke'ustazan' dia, aku renggangkan hubungan kami.

Owh, adik angkat dia pun cam tarik muka dengan aku sebab ustaz ni abang angkat dia, bila ada aku, ustaz ni cam lupakan dia la. Ajak jumpa cam sibuk sebab nak jumpa aku kekdahnya. Ok laa aku undur diri gitu... Tapi bila aku nak undur diri, dia cam tak puas hati, katanya biar la apa orang nak kata, janji aku dan dia tau kami tak buat menda salah. Tapi aku tetap aku, aku tak nak rosakkan imej dia sebab dia baik dengan aku.

Kalau tak salah, lepas dia balik dari mana yer, dia bagi kat aku 1 keychain,(sekarang aku  dah tak tau kat mana keychain tu haahah) dia bagi melalui senior perempuan aku. Kakak tu cakap, ustaz ni payah nak bagi barang kat orang or rapat dengan perempuan cam mana rapatnya aku dengan dia. So kira aku pecah rekod bersih dia la hahaahh.. hebattt!! Tapi, aku keras hati, walaupun rasa sayang tu ada kat hati, tapi tetap lepas tu aku layan dia biasa-biasa je, tak seistimewa dulu, ate kate dah undur diri kan...

Bila dah undur diri, aku kacau senior lain pulak. Wahhhh sangat drama lagi kasanova ko kan bunga hahahah...Jap lagi aku sambung ok. Nak buat keje ngeee...

11 comments:

eima said...

hahaha dasar bunga wang semua kumbang nk hinggap ....hahahhaha


wei ko kena tak yusran .. tu member baik panjang .....mangkuk tu amik kos elektrik ke econ ke gitu2 la....
yusran mohammed budak muadzam putih² nk gambo nanti aku email ade kot gambo die kat aku ...saje tanya kot2 la kenai ....

bunga_rose said...

ahaahahah... cerita zaman hingusan, sambil taip sambil aku gelak sendiri ekeekek..

yusran... macam penah dengar je.. ce ko emel ke emel gmail aku.. mana tau aku kenal ke..

~LeeyanaRadhi~ said...

hhaa..cite ko ni buat aku gelak n imbau balik cerita zaman techsas dl..bongok je kan..haha

weh btw, sape ustaz n sape adik angkat ustaz tu? aku xdpt hint orgnye sape..haha

P.A. said...

wah3x...bunge pun berani orgnya....pantang dicabaq nie..hehe :)

~aYu~ said...

suka sgt topic ni.. mmg kelakar sgt biler ingat time skolah dulu.. cinta monyet... hihihi..

bunga_rose said...

Leeyana:
Muhaahahah.. tak leh.. tak leh.. kang ko kenal lak sape adik angkat dia tu, pastu terus teringat sape ustaz tu.. Kisah aku dgn dia tak femes dikalangan kita, tapi dikalangan sesetengah senior yg sukak kt ustaz tu boleh tahan panas la.. Hahah.. tu yang aku takut dulu tu..

Tapi lawak la time sekolah dulu.. priceless memory wehhhh.. Love Techsas much!!

bunga_rose said...

PA:
ahahaha.. dulu kan zaman darah panas, orang cabar je selamber je sahut.. cuba suruh buat sekarang.. memang tak berani punya haahahah

bunga_rose said...

Ayu:
Hahahah... tapi cinta monyet la yang buat hidup kita masa kecik dulu berwarna warni kan.. ^_^

azievee said...

Banyak nyer cinta monyet cik bunga...kita usahkan cinta monyet...cinta kura2 pun x de...sian zaman remaja yg suram...

♥cikmOt♥ said...

hurmm...kalu akak karang citer dan imbas kembali citer cam ko ni kan bunga...akak rsa, hurmm....berpart2 tak abis...makan hati suami akak ni kang..hahaha...

bunga_rose said...

haahahh... kak, saya cite mana yang terkesan di hati je.. yg sikit2 tu abaikan..

up la cita cinta akak.. nanti dah tua seronok baca balik haahahah