Jom klik

kENgkaWAn

Friday, December 14, 2012

Terkenang~ Cinta monyet/skandel: Part 3



Ok, sambung cerita erk... Nak baca par yang sebelum ni klik je sini PART 1, PART 2.

Lepas aku putuskan untuk tak lagi seakrab dulu dengan Ustaz tu, member baik aku minat pulak dengan sorang abang senior ni. Orangnye well not bad, putih, tinggi, muka lahai lembut, baik je. Vokasional gak, Course ekon kot.. lupe dah aku..

Aku pulak pantang dengar member minat, pastu mesti nak tolong kenenkan hahahah... Abang ni satu kelab dengan aku, Kelab Sejarah. OMG Bunga masuk kelab Sejarah???? Hahaahh.. ni akibat pengaruh rakan sebaya la ni. Member aku kesian dengan kelab ni sebab takde sapa nak join, so dia ajak la kami join gak.. Ok fine.. Ahli tak sampai 10 orang aku rasa haahah... sedehhhh!!

So, misi untuk kasik member baik aku ni rapat dengan abang senior tu bermula. Aku selamber je pergi kat abang tu, cakap member aku berminat nak kenal. Weiiii bila aku kenang balik, ape ke ngek sungguh aku dulu kan. Berani tak bertempat dan juga tak tau malu aku ni kan hahaahahaha...

So, abang tu pun cam ok la. Tapi abang ni, ok aku namakan abang A la.. Dia pun cam malu-malu, tapi setuju, pastu kenakan syarat, aku kena jadi adik angkat dia.. Pulak??? Ok, fine.. demi member baik, aku ok kan aje laaa.. Tapi dia ni pulak selalu dengan sorang mamat ni. Yang ni aku namakan S, budak Pekan. Mamat S ni pun pemalu gila. So bila lepas abis kelas Sejarah, kami akan balik bersaing ke asrama masing-masing, member baik aku jalan dengan abang A dan aku saing dengan S. So, aku suka la sakat si S ni, dah pemalu sangat kan. Dia pulak aku perasan suka sangat tenung aku bila dalam Kelab Sejarah tu, tapi bila aku balas tenung dia balik, dia tunduk malu-malu.. Haahahah.. comel sungguh.

Owh, walaupun S ni senior aku, tapi aku tak panggil pun dia abang.. Well mungkin sebab dia sedang-sedang je, tak tinggi tak rendah, muka comel so aku tak sampai hati nak panggil abang.. haahah boleh tak camtu?? Eh semua dalam cerita aku ni muka comel2 kan.. Owh abang A & S ni muka ala Chinese look, memang ala2 citarasa aku untuk jadikan stok2 boipren laa hahahaha... dasarrr!!!!

Dipendekkan cerita, aku pun baik la dengan S. Tapi start rapat pun lepas diorang habis SPM. Dia selalu contact aku. Kalau nak balik Kuantan or nak naik sekolah balik lepas cuti, aku selalu amik bas lompat, so aku boleh jumpa dia kat Pekan. Sanggup ok, dia naik bas even dia ada moto semata-mata nak jumpa aku, naik bas dengan aku sampai dia turun kat simpang rumah dia or hantar aku sampai Kuantan dari Pekan & aku pulak samada teruskan perjalanan ke rumah or Rompin. Ok, ni pun semua atas permintaan dia, sebok rindu konon nak jumpa. Ok, aku layankan aje hahaah.. Tapi kami jumpa, tak pernah la bersendirian, semuanya berteman. Mana aku berani jumpa sorang-sorang, aku ni jenis penakut, & susah percaya lelaki.

And guess what, masa semua ni berlaku, aku masih memegang status sebagai makwe si Y, budak Sungai Buloh tu. Ape, dia ingat dia sorang boleh pasang banyak??? Hahaahah... S, dia serius dengan aku, tapi aku pulak, sayang tapi tak bagi hati aku untuk dia. Belajar lagi kot masa tu.. errr ke ada ramai sangat pilihan sampai tak tau nak pilih yang mana hahaahah aku tak percaya pada cinta..aku tak pecaya pada cinta.. Aku tak percaya C-I-N-T-A.. ahaa.. Sekali lagu liyana jasmay kuar..Hhahaah..

Aku kawan dengan S lama gak.. dari hujung tahun 2000 sampai aku masuk Poli.. Dia pulak keje kat Pekan, sesekali turun Kuantan, jumpa aku pun berteman, tak pernah berdua, tu pun tanpa pengetahuan mak ayah ahahhahaha.... Ayah aku halang dia dari call aku. Masa tu takde hp, so hubungan tersekat camtu jela.. Ayah aku garang ok, dia tak suka lelaki call anak pempuan kesayangan dia ni.. Huhuhuu.. So lepas ayah potong talian telefon, antara aku dengan dia terus terputus hubungan. Surat, kad pun dia dah tak utus.. klu tak ada aje kad cinta aku terima setiap kali raya or hari lahir. Dia dah kawin ke belum aku tak tau.. Memang terus terputus hubungan. Tapi faktor utama, aku rasa dia merajuk dengan aku... ermn.. dia selalu ungkapkan sayang, tapi aku tak penah balas... Soriiii ek S walau di mana anda berada.. Sayang tu ada, cuma mungkin sebagai kawan.. tak lebih, tak kurang..

**********************
Owh, abang A.. Still contact.. ada dalam friendlist fb. Tapi antara aku dengan dia kekal sebagai abang dan adik angkat. Dia la yang selalu contact aku kat kampong, melalui kad, call. So, bila aku dah ada hp, silaturahim tak putus camtu je. Last jumpa dia masa aku buat open house raya kat rumah, err tahun 2009 kot. Dia bawak sekali isteri dia, owh, isteri dia bukan kawan baik aku, tapi kakak tu 1 ofis dengan dia hiihi.. Dan.. aku dah tak rapat dengan dia cam dulu sebab pakwe aku masa tu aka hubby aku, tau aku ramai kawan lelaki so tak suka aku rapat dengan mana-mana lelaki hahahah.. Kuat jeles betol hubby ni taoooo.. Hahaah.. Hubby, awak tau sape abang A tu..

 **********************

Owh, lupa. Dengan ustaz tu, aku kawan balik dengan dia.. Status.. ermnn aku tak tau nak labelkan sebagai ape.. Teman tapi mesra kot antara aku dengan dia.. kami tak penah declare apa-apa.. tapi hati masing-masing je rasa ape yang ada kat hati masing-masing.. well I guess like that la kot..

Teringat scene jumpa dia kat dalam kelas. Dia nak sangat jumpa aku, so petang tu aku gi sekolah dengan Elly.. Elly jumpa abang angkat dia tu dan aku jumpa dia. Duduk atas kerusi berdepan, cuma meja yang jarakkan kamu, bertentang mata... tak cakap ape, hanya mata berbicara.. pastu sebab aku tak kuasa nak tentang mata lama-lama, aku baling tisu kat muka dia. Woo aku rasa masa ni romantik gila kot.. siap si Elly & abg R mengekek tengok gelagat kitorang, katanya romantik gila ahhaahah...

Pastu ayat yang aku takkan lupa, dia cakap.. Tak pernah sebelum ni, dia buat menda-menda macam dia buat dengan aku, sanggup datang kelas petang hari sebab nak sangat jumpa aku.. Gila kalau ada warden lalu memang kena tangkap kami berempat hahaahh.. dulu pergi surau tumpu pada ceramah, lepas kenal aku, mata asik meliar cari mana aku dalam surau tu hahaah.. So aku penyebab dia jadi macam tu.. Tapi, dia tak nyesal, sebab dia bahagia kenal aku. Boleh tahan gak ek ustaz di umur 17 tahun mengayat pempuan erkk!! Wanita itu merrrbahayaaaa hahah..

Last jumpa Ustaz ni.. owh, aku memang panggil dia ustaz tiap kali jumpa, sampai la dia suruh aku panggil nama dia je A.... So last jumpa masa hari senior2 kitorang ni amik result SPM. Tu la kali terakhir jumpa dan yang pasti, dia tak pegang pada kata-kata dia lepas jumpa tu. Sebab dia yang menyepikan diri.. bukan aku. Maybe memang dah tertulis bukan dia jodoh aku, walau masa tu aku rasa antara kami ada satu perasaan yang boleh tahan laaa hahaahh... Tapi perasaan tu on off la, ada bila dia ada & takde bila dia jauh..

 Mungkin la ianya on off sebab masa tingkatan 5 pulak, aku dilamun skandel lagi hahahhaha... Kali ni dengan star sekolah.. Wowww!!! Ikutinya di episod akan datang... Wahh cam telenovela pulak..

p/s: 
Wei, sapa cakap zaman sekolah tak best, best laa.. Muaahahhaah.. Cerita ni bukan untuk up diri atau malukan sesapa, sebab aku takde mention nama lelaki2 yang pernah rapat dengan aku tu.. ianya cuma sekadar coretan di hari tua aku nanti.. Cam sekarang semuanya dah lebih 10 tahun berlalu tapi bila diingat balik, aku rasa semuanya antara memori yang indah untuk dikenang balik dihari tua nanti.

So, klu ada yang tak suka baca atau rasa loya tekak bila baca cuma tekan butang pangkah di atas hihhi.. Takde paksaan untuk baca haahahaha..

No comments: