Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, December 19, 2012

Tips hentikan tabiat anak suka mengamuk minta aiskrim dari penjual motor

Hai, nama saya Kimi. Ingat Kimi lagi tak? Lama dah kimi tak men'azwan ali' kan kat sini kan. Ok kali ni nak gosip pasal aiskrim dan kimi, baca ye ^____^
Tengok gigi saya cantikkann.. ^_^

Kimi adalah peminat/penggemar aiskrim tegar. Setiap hari akan ada motor aiskrim tak kira bangsa india, bangla owh 2 bangsa aje akan datang ke kawasan perumahan jual aiskrim. Bila diorang datang Kimi akan berlari-lari masuk dalam rumah mintak duit dengan mama sebab nak beli aiskrim.

Kalau mama tak bagi, Kimi akan menangis macam orang kena dera. Pernah je Kimi berguling dekat tempat parking kete sebab mama kunci pagar, tak bagi keluar beli aiskrim. Nakal kan Kimi ahahha.... Tapi sebab keciankan Kimi dan gak mama malu jiran-jiran tengok macamkan mama sengkek takde duit, mama bagi gak Kimi beli aiskrim.. yey!! Kimi menang, mama kalah.

Tapi, sebab hari-hari Kimi mintak mama belikan aiskrim, kadang-kadang aiskrim moto pun Kimi nak, aiskrim yang ada lagu "MAT COOL MAT COOL MAT COOL MAT COOL..." pun Kimi nak jugak. Mama memang hangin la sebab Kmi tamak haloba. Alaa Kimi mintak aiskrim yang RM0.50 je, bukan yang mahal, tu pun mama kedekut, huh!!!.

Tiba-tiba 1 hari  tu mama cakap tak boleh beli aiskrim dari bangla moto tu, mama kata aiskrim tu buat Kimi sakit perut. Memang la, ada satu hari tu Kimi asik berak-berak dalam tandas, pastu mama cakap sebab makan aiskrim banyak. Bila Kimi tanya, eskrim mat cool boleh mama? Mama pandang papa, pastu nampak papa angguk, pastu mama cakap boleh. Sukanyaa Kimi dengar ^______^

Sejak hari tu Kimi beli la aiskrim mat cool je. Aiskrim pakcik bangla tu buat perut Kimi sakit, tak mau beli dah..

Tapi, kejap je boleh makan aiskrim mat cool =____=. Petang tu, Kimi mintak aiskrim dengan mama lina (pengasuh) pastu mama lina cakap ada lipas dalam tong aiskrim tu. Bila petang tu mama datang amik Kimi, Kimi tanya mama betul ke dalam tong aiskrim mat cool tu ada lipas mama cakap betul.

Eeeee... Kimi tak nak la makan aiskrim mat cool dah. Kimi bukan takut lipas, kimi geli je tengok lipas. Sekarang, kalau aiskrim mat cool lalu Kimi tak beli dah, kalau ada orang beli Kimi tengok je, eee geli laa...

Mama cakap, kalau nak aiskrim, mama boleh beli, tapi kat Giant ke Econsave, Tesco je boleh beli. Haaa kedai pun boleh, tapi kalau dari moto tak boleh.

Oklah, kimi nak main 'ketbol' ni, semalam mama tak bagi kimi hp mama, kecian kimi, kimi nangis sampai tido. Mama buat tak tau je.. Papa cakap mama demam, cian mama, tapi kecian gak kat Kimi sebab tak dapat main hp mama. Ok babaiii nak main 'ketbol'  ^_____^


Kimi & Mama ^___^

p/s: Mama suruh taip, yey mama menang, Kimi kalah sebab mama berjaya psikokan Kimi.. Ape ek maksud mama? Ermnnn....


2 comments:

Me said...

hahaha..berjaya akhir nya

P.A. said...

hehehehe mama yg bijak la ni...:)