Jom klik

kENgkaWAn

Monday, December 17, 2012

Turkish Indulgence Cake from Secret Receipi

Sejuknya... Kat sini hujan kemain lebat. Dah la lebat, aku yang dok kat tingkat 5 ni, tepi tingkap boleh dengar bunyi angin bertiup masuk ke celah-celah tingkap bilik ni ha. Bunyinye agak sereeemmmm hhaah.. Dah la pagi tadi driver pegi cerita pasal anak sedara dai yang baru masuk kuarters polis kat Kangar, masa ambil gambar lantai & dinding rumah, tertangkap gambar makhluk cam alien. Kepala bulan, kaki tangan halus.. Haihhhh!!! Saje tauuuuu bikin ai penasaran.. Sebbaik la dok dalam bilik ni berdua, klu sorang maunya aku ketaq lutut hahaahah..

Ok, abaikan cerita seremmm di atas. Pagi tadi bos aku & Ct nak belikan kek sebagai buah tangan untuk tuan rumah yang jemput kami gi jamuan makan tu kan. Tentiba teringat kat kek Turkish Indulgence yang aku tengok masa nak beli kek untuk birthday suami Ct beberapa bulan lepas.

Then ajak la mak yong tu share, beli kek tu pastu makan sama-sama.. Then, tentiba bila kek tu depan mata dia boleh cakap, tak payah bayar la, Ct belanja. Wahhhhhh!! Ni ape ni Ct kek sempena birthday akak last week ek? Hhahahaah... Alhamdulillah, murah rezeki..

Turkish Indulgence Cake
Masa mula-mula makan tu, perut memang tengah lapar, so rasanya dia amboiii sedap sungguh. Siap dalam kepala ni dah rancang, birthday hubby bulan 3 nanti nak beli kek ni la kat dia. Memang aku menikmati sungguh-sungguh walaupun Ct cakap manis, tak leh nak terima..

Pastu petang tadi nak habiskan la baki kek tu.. Tentiba ya ampunnn baru terasa manis kek tu. Melekat-lekat rasa tu kat tekak. Aneh, kenapa rasa dia dah tak sama.

So sekarang confuse, sebenarnya sedap ke tak kek ni hahaahaha..

Anyway, thanks dak Ct, belanja akak mu ini kek. Yummihhhh... Kira amik perasaan sedap masa makan tengahari tadi jela erk.. Petang dah tak sedap sebab manis dia melampau.. Maybe kek ni sedap masa sejuk kot..

Tapi, klu sapa suka kacang-kacang, coklat, marsh mellow dan jelly, boleh la cuba kek ni. Confirm tekak ko rasa sedap.

4 comments:

Tukang Karut said...

ok... aku rasa nak cari sekarang jugak!!

mRs.aiRmaN haViT said...

baru kau tauuu manisnya..hahahaha...

bunga_rose said...

@TK:
ye dok tu? pepagi buta nak g cari kek hahahh

@mrs. airman:
hhahahh;.. manisss tapi sedappp hahah

Kesuma Angsana said...

aduhai SR mmg best ler