Jom klik

kENgkaWAn

Friday, December 14, 2012

Ulasan aku bagi perlawanan Piala Suzuki AFF 13/12/2012

Hari ni aku nak buat ulasan permainan malam tadi. Tu yang post tadi tu baru permulaan eceh.. ni baru nak ulas.. Ulasan dari seorang penyokong pasukan kebangsaan yang sangat patriotik.. sebab aku hanya tengok bola bila melibatkan perlawanan Malaysia lawan negara luar. Kalau liga perdana ke liga super ke aku tak suka tengok, apa lagi kelab-kelab luar.

Ok, semalam adalah malam yang penuh emosional bagi aku, bukan aku sorang aku rasa, seluruh penyokong Malaysia pun emo. Separuh masa pertama tu, terang-terang pengadil dari Korea tu berat sebelah. Semua kesalahan pemain Malaysia dia nampak even kecik je pun, tapi asakan pemain Thailand dia buat tak nampak je. Bukan sekali 2 menda ni jadi, banyak kali.

Dan aku tengok bila dah pemain Thailand yakin, pengadil dipihak diorang, tanpa segan silu diorang guna kekerasan pada pemain kita. Mana keadilannya??? Panas punggung aku malam tadi. Hubby aku diam je. Dah la dia tak sihat, tambah tak sihat bila tengok pengadil bias camtu.

Yer aku tak nafikan, memang corak permainan Thailand malam tadi lebih  bagus dari pemain kita, tapi tak bermakna pemain kita tak boleh nak score. Paling aku dukacita tengok mat yoe dah dekat dengan kotak penalti, tapi tiba-tiba dia kena halang, dan ada body contact, tapi pengadil b oleh buat tak tau je? Sikit pun tak tiup wisel. Padahal Malaysia boleh dapat sepakan percuma kat situ. Tapi bila pemain kita asak sikit je pun pemain Thailand, wahhhh terus dapat sepakan percuma. What the ****??? Haa kan dah ada sensor word kat situ.

Tambah buat aku dukacita lagi tergamam bila Fadhli kena kad kuning ke 2. Ref buat keputusan tanpa tanya dulu penjaga garisan. Nampak sangat bias gila-gila kat situ. Ulang tayang kat tv tunjuk Mat Yoe dijatuhkan pemain Thailand, aku memang bajet kita dapat free kick dah kat situ, tiba-tiba insiden kad kuning pada Fadhli pulak yang jadik. Terus mulut aku maki ref haahahah... Emo gila aku. Kad kuning tu memang tak patut dan ref tu malukan diri dia sendiri dengan tindakan dia tu. Sepatutnya dia bagi amaran, bukan terus bagi kad, ngok!!!! Eh, dah 2 ayat tak elok dah aku keluarkan kat sini.

Ko tak tengok fb aku semalam, lagi banyak perkataan tak elok aku keluarkan.. Memang ref kena sumpah gila2 malam tadi. Eh, bukan aku je, rata-rata penyokong Malaysia pun sumpah ref bias tu.

Belum habis separuh masa lagi aku dengan hubby dah pasrah.. Memang susah Malaysia nak menang kalau atas padang Thailand ada kelebihan 12 pemain berbanding Malaysia 11. Pulak tu, tiba-tiba bukan takat 12 lawan 11, dah jadik 12 lawan 10 pulak.

Masa separuh masa kedua ko cam sedar sikit ek ref yang ko tu terlebih sudahhh biasnya so ko slow down kan skit bias ko ek. puiiii!!! Ko tau ke tak yang ko dah jatuhkan moral pemain Malaysia dengan terkeluarnya Fadhli. Fadhli antara pemain pertahanan terbaik malam tu weh, apsal ko buat camtu??? Kalau Fadhli tak terkeluar, aku jamin, perlawanan semalam mesti terikat seri.

Tu si jurulatih Thai ape nama tu Schafer, puihhhh!! Kemain bila suruh komen pasal layangan kad merah tu dia cakap, saay tak tau, saya tak nampak dan tak boleh komen. Sama seperti di KL, saya tak tau kenapa saya diarahkan meniggalkan bangku simpanan. Muka kooooo eeeee benci aku tengok ko tau!!!!!!! Dah pegi sana, pegi main jauh-jauh!!!

Dah la bagi padang latihan kat pemain Malaysia cam haprak. DKRG sampaikan tak leh nak rancang strategi, tak boleh nak uji pemain yang cedera... Pandai korang pysiko pemain kami ek.. Ni la ibarat madu di beri, racun dibalas.. Malaysia tatang punya baik masa korang kat sini, tapi sampai sana, layan pemain kami cam sampah. Weii sakit ati wehhhh!!!

Ok fine!!! Aku terima kekalahan semalam, tapi kemenangan korang tak dapat respect di mata penyokong Malaysia. Main penuh dengan taktik kotor, dasar tom yam gung sungguh!! Ref pulak dasar nak kena opah GANYANG kang!!! Huh!!!

Buat pemain Harimau Malaya, SELAMANYA..SELAMANYA..SELAMANYA HARIMAU MALAYA..  Aku tetap sokong korang. Takpe, korang dah buat yang terbaik, dapat mara sampai separuh akhir pun aku dah cukup bangga.. Tahun 2014 cuba lagi ok.

Buat Fadhli Shas, takpe... bukan salah kamu pun. Merah berkaca mata kamu malam tadi buat mata aku turut berkaca.. Tapi ada baiknya sebelum keluar padang tu bagi free kick kat bebird ref tu baru puas hati skit kami sebagai penyokong tengok muaahahahahah.. Ok tak lawak!

p/s:
Maafkan saye kalau ulasan ini berbaur emosi.. Hanya sekadar luahan seorang penyokong wanita yang patriotik. Sekian.

7 comments:

NM02 said...

emosi weh tgk bola smlm





♥cikmOt♥ said...

sedih baca kenyataan maaf dari fadhli shas..
katanya dia sebab pasukan kita kalah..
alahaii...sedihnya...

eima said...

cool2 ... aku tak layan sgt ......sbb boring

Sharifah Nadzarah said...

klu diingat balik..mmg emosiii..tgok bola smlm...sakitttttttttttttt ati dgn thailan & reff tu......tapi HM tetap disokong...

Ratu Hatiku said...

Mmg geram tengok bola semalam! Pengadil yg berat sebelah! Geram xhilang lagi nie...

ejaMaria said...

hehehe... rilek la yang... :p

Kesuma Angsana said...

terima kekalahan dgn reda bukan rezeki kita tu !