Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, January 31, 2012

Lirik Lagu Obsesiku by Aqasha (OST Gemersik Kalbu)

Suke.. suka..suka sangat lagu ni... Kalau tengok gemersik kalbu pun sebab lagu yang Aqasha nyanyi ni, cita tak layan sangat... Cara Aqasha nyanyi lagu tu sangat mencairkan hati aku ekekekek... Tapi tak sangka lak lagu dengan lirik ni ciptaan sepenuhnya dari Aqasha erk.. pandai la dia...

Aqasha- Obsesiku (OST Gemersik Kalbu)


Matamu.. bibirmu...
Pipimu dan juga senyummu
Membuat aku lebur
Hanyut di dalam ghairah
Kernamu...

Tubuhmu.. harummu...
Hatimu oh semua aku mahu

Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu
Luahkan perasaanku
Dan membisikkan
Aku cinta kamu
Hadiahkan asmara disetiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga kau tahu
Ku gila kamu

Auramu..
Memujuk rayu hatiku
Sering bergoncang jiwa ini
Siang malam ku gundah
Tiada melihat wajahmu
Ku rindu...

Tubuhmu.. Harummu..
Hatimu oh semua aku mahu

Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu
Luahkan perasaanku
Dan membisikkan aku cinta kamu
Hadiahkan asmara disetiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga kau tahu

Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu
Luahan perasaanku
Dan membisikkan aku cinta kamu
Hadiahkan asmara disetiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga kau tahu
Ku gila kamu...
Ku gila kamu...
Ku gila kamu...

Kau obsesiku...

Klu hubby petik gitar pastu nyanyi lagi camni kat aku mesti aku meroyan kejap hahaahah.. suka wehhhh!!!! Romantik wooooo

Jelaskan hutang tertunggak

Semalam tengok kalendar... Sebok nak cuti raya bila kengkononnye.. Sekali tengok, tahun ni bulan pose start awal, Julai dah pose kan.. Aiyokkk terus teringat hutang yang tertunggak.

Makanya diumumkan tarikh ganti puasa selama 10 hari tertunggak jatuh pada hari ini hahaahah.. Insyaallah, aku nak teruskan sampai Jumaat, at least dapat 4 hari dah. So next week or next 2 weeks baru sambung untuk habiskan baki 6 hari tu.

Nape tak terus je?? Mane leh, sebab minggu ni balik kampung aku.. Apa la ertinya kalau balik kampung pose.. Tak dapat la makan masakan mak yang super sedap hihhihi..

Oit2.. korang2 yang bace ni.. Dah bayar utang pose lom??? Hahahaha.. jom, jom start dari sekarang, takde la dekat2 pose gile2 struggle cukupkan pose yang blom terganti.

Ermn.. baru kol 10 dah terfikir nak berbuka dengan ape petang nanti.. Dah la hubby balik lambat sebab dia main badminton ari ni.. Beli jelaaaaa...

Monday, January 30, 2012

KFC dan staff

Semalam kan... Pergi la ke TESCO, hajat dari rumah nak beli pampers Huggies, tapi bila sampai TESCO tengok2 drypers pun ada buat jualan, beralihla ke Drypers sebab last week dah beli stok huggies kat Giant.

Ok, balik dari shopping tu kelaparan la plak, so ajak hubby minum2 kat KFC, tapi Eqal lak tentiba majuk2 tak nak stop, cam bagi syarat nak suh dok dalam stroller boleh, tapi sila bergerak, no stop2.. Huhuhu..

Jadinya nak tapau jela, sekali kaunter just buka 1, orang lak beratur panjang. So ajak hubby drive thru je kat kemuning. So kat Kemuning order la Dinner Plate dengan cheezy wedges.. (abis diet hubby haahahah) Sebabkan Eqal tido atas aku takde la aku nak check bagai kan dia bagi menu yang betul ker tak.

Sampai rumah terus buka periuk nasi, nak makan dengan ayam la sebab lapo giler kan. Masak malas sebab ntah, roh memasak tak datang. Sekali buka, ayam ada 2 ketul je. Aku panggil la hubby tanya dia order dinner plate ke snack plate. Dia suh check resit. Semangat aku amik dalam kete resit tu dan ternyata memang order dinner plate.

Kat resit tu ada nombor KFC tu kan, so aku yang tengah angin kan, terus dial la nombor tu. Lama gila kot baru manager dia pick up phone. Aku tanya dia dengan penuh emosi, marah wehhhh beli lain, dapat lain, lebih buat aku marah sebab aku lapar dan aku memang nak kedarah ayam tu.

Aku tanya la sekarang dinner plate ayam dapat 3 ke 2 je. Katanya 3, dah tu nape saya dapat 2 je? Dia tanya elok2 dengan aku, akak drive thru kol berapa tadi dan dok mana. Aku baca la pada ketas tu 18:58:47 tak silap aku, masanya. Katanya takpe la, akak datang sini, kami ganti dengan dinner plate baru. Owh boleh plak macam tu aku tanya, boleh la kak, sebab memang salah staff kami kan.

Mula2 aku macam nak gi amik la sebab kebulor kot aku masa tu, pastu fikir, set yang dia bagi tadi dah licin aku dengan hubby bedal, camne nak tukar. Aku tak nak la aku dah balun set yang dia bagi tadi pastu dia bagi set lain, aku makan lak dengan takde rase bersalah .. Cam tak patut lak.. Klu aku belum sentuh set tu memang aku nak gi tukar.. Tapi sebab dah makan kan.. Dan banyak lagi sebab2 lain aku tak jadi pegi.

Sebab dah masuk maghrib, Eqal ngamuk nak tido, malam tu ada AJL, tak nak terlepas hahaahah..., jauh pun dah satu hal & tepaling malas sebab hubby cakap nak gi, pergi sama2 abang malas nak buat kecoh, tau kan abang jenis camne.. Yerr tau awok tu bukan jenis panas baran, bini awok ni yang jenis baran.. Tapinya sebab manager dia ok cakap dengan aku so aku maafkan la kesilapan dia.. Lagipun bukan dia yang buat silap.Budak2 yang jaga kaunter tu, keje sambil sembang2 mula la tak fokus buat keje.. Sakit ati tu memang sakit, tapi nak buat cmne dah tu je rezeki kitorang untuk malam tu.

So bagi korang yang nak drive thru kfc, sila la berhati2 sebab ayam tu dia boh dalam kotak kan, so kita tak perasan dia letak berapa ketul klu tak check terus. Aku meroyan sangat petang semalam sebab aku teringat balik aku pernah terkena gak masa kat tesco aku beli dinner dapat snack plate gak. Tapi sebbaik masa tu makan kat situ, bukan take away. So boleh dapat balik lagi seketul ayam aku tu.. Fine memang la hanya seketul ayam, tapi ayam KFC kot, peberet aku & hubby, seketul pun dah lebih dari RM3 kan...

Fine, setiap manusia penah buat silap, tapi at least korang yang jaga bahagian macam tu sila la berhati2 kesian kat customer tau.. Sebbaik Qimie takde semalam, kalau tak memang tak cukup laa... Ok sekian bebelan dari mocik ekekeke...

Boleh tak aku buat peribahasa baru, "kerna setitik staff abis rosak KFC sebelanga" haahah.. Tapi, ini takkan buat aku stop dari makan KFC, sebab aku love KFC huhhu...

Friday, January 27, 2012

Cuti Maulidur Rasul & Thaipusan

Next week kan cuti tu.. eh ker next 2 weeks erk??? Balik ni nak pujuk hubby balik kampung aku la.. Hhaahahah.. sebabnya ari tu katanya minggu tu ada pertandingan badminton. Sekali tadi katanya tak jadi game tu makanya harus la balik kampung aku lak kan.. Kampung mertua dah balik last week, kena la adil kan...

Harap2 kali ni tak jem teruk cam cuti raya cina ari tu.. Weh korang yang dah balik pantai timur minggu ni, tak payah la balik lagi erk tuk minggu cuti Maulidurrasul tu.. Kasik can kitorang yang lum balik lak balik erk.. Plessszzzz...plessss.. Hahahahah...

Motip, rindu dah kat mak.. dekat 3 bulan woh dok dengan mak masa pantang ari tu...

Thursday, January 26, 2012

Gabra & Kad Parking

"Bunga, esok saya takde mesyuarat ye"
"Takde??"
"Ya, saya dah tengok emel tadi, tak ada mesyuarat"
"Owh, ye memang takde, dah tengok emel tadi. Ingatkan tiba2 ada mesyuarat"

Gabra... sokmo gabra berdepan dengan Hakim aka bos aku ni... Gagap sokmo klu tak prepare apa2. Tu yang jadinya bos bagitau SU apa jadual dia tuk esok bukan SU dia bagitau apa jadual dia tuk esok haahaha...

Mengoms punya SU.. Ni sumer gara2 tak puas ati ada orang amik parking lot bos aku. Aku kuar jap je tengahari tadi check up anak, nak park balik tengok ada kete warna kuning park baekkk punya.. siap angkat viper tu.. Sakit ati!!! Nak report kat pengawal kang, depa cakap apa lak sebab bukan laporan datang dari YA.. Adeiii...

Sebbaik aku dah bersemuka dengan bos besar admin kat atas tu. Kata orang dia kerek... aku tengok pun cam kerek, tapi tadi bila aku mintak kad parking, terus dia bertindak on the spot dapatkan aku 1 kad parking.. Bagus kan??? Betul la kata orang, don't judge a book by its cover... Tak semestinya dia pernah straight dengan ko, dia tak bagus kan... Tu tanda bagus la tu.. Hhahaha.. Ape ntah ayat aku..

So mulai esok aku dapat park free je kat MRCB ni.. Yahoooo...

Budak-budak sekarang

Morning all!!! Korang sibuk ker tu??? Aku dah settle keje2, jap lagi nak kuar amik baby Eqal, check up 3 bulan. Ni la nayanya bila tukar dari klinik kat kampung ke sini... Tarikh sumer penuh so terpaksa la dekat 4 bulan baru buat pemeriksaan berkala 3 bulan. Kata nurse takpe la janji dicucuk.

Just nak share ayat budak-budak zaman sekarang kat facebook.. Pening aku nak baca hahaha... Ni aku cilok dari FB anak sedara aku.. Ni umur 18 tahun la tahun ni...
aq xske r ad dax wat taik ngn aq!aq bnci dy smpai aq mati!!jgn harap aq akn maafkan dy!!
Korang faham maksud dia?? Hahahaah... Aku jadi aq je, dia jadi dy je.. Adehhh... Aku pun ada gak main short form, short form tapi takde la sampai pening kepala nak fikir ape maksud perkataan aku tu.. Eh ker ada yang korang tak faham pun bahasa aku haahahah...

Okla, nak melawat blog kawan mana yang sempat dulu adios...

Wednesday, January 25, 2012

Birthday party yang dipenuhi makanan yang super lazat

Ahad lepas pegi rumah kak fida, pasal dia buat majelis hari ulangtahun kelahiran ke 2 anak pempuan dia.. Dalam mesej tu je dia cakap, so memang beli hadiah tuk baby girl tu je la, sekali sampai tengok majelis tu untuk papa aka hubby dia jua ekekeke.... Takde la hadiah untuk baby boy bosa...

Sampai2 tengok dah ada akak yang bergambo dgn aku bawah ni.So bukan aku tetamu pertama. Tengok2 tuan rumah dah kuar peluh jantan eekek... Katanya, alahai temamu dah sampai makanan tak sampai lagi... Lawak laaa kak fida ni tau.. Katanya kalau kol 4 tak sampai gak dia bagi aku kupon domino's pizza. Tapi aku nak baliknya asik la tertangguh2 sebab dia umpan dengan menu sedap2 bunyinya. So sambil tunggu makanan sampai kami bergambar la..

Cubaan bergambar berudua2an tak menjadik sebab si abang sama sebok nak menyelit hihihi
Gambo gegor, sebab tuan rumah kerisauan tetamu sebok cakap nak balik dah haahahah...Akhirnya ada gakkk gambar lengkap satu kuarga.. Thanks to Selley ihihi...

Owh, by the way, nampak tak betapa naik dah badan aku.. Kan aku tak tipu aku cakap aku gemuk sudah sekarang huhuhu.. Program diet menemui jalan buntu sebab takut anak tak cukup khasiat.. So stop amik suntikan cegah kehamilan jela jawabnye, makan je la ubat perancang.. Tapi rasenya ubat tu pun naikkan berat badan.. Owh. pasrahhhh!!!!Gambar santai2 sementara balun kek yang super duper sedapnye.. nak upload gambo kek dengan menu yang ada cam malas sebab tuan rumah mesti upload kat blog dia nanti hihhi...
Sumer pakat nak manja dengan papa ni.. pehal nih.. hihihih... mama sedok kedarah kek kat sebelah nun.. hihihi..
Eqal & Qimie beri kejesama yang agak baik masa majelis berlangsung.. Eqal tu merengek tapi masih boleh diselamatkan huhuh.. apa da ayat...
X-cerun's PA yang makin meng'gebu... Miss our sweet moment in Jay Key Arrrr

Gambar harus diakhiri dengan aksi2 gedik kami kaum2 ibu dua anak ni hihihhi... Aduhh tengok gambar ni je terus rase nak diet gila mati.. Bulatnyaaa muka aku wehhhh.. Ape memang orang klu masuk anak 2 musti susah nak kembali ke berat asal erk??? Sebab masa 1st baby still leh maintain, masuk je 2nd... aduiii senduuuuu..

Owh, sori,.. tajuk cakap pasal makanan super sedap, tapi gambar makanan takde letak haahaha... Saje tak letak, takut korang kempunan lak tengok menu dia nanti hihihi...

Friday, January 20, 2012

Sale.. sale... sale... at Plaza Alam Sentral

Dengar sini penduduk Lembah Klang.. The Store Plaza Alam Sentral buat jualan gile2 dari 13 Januari (tak silap aku) hingga la 29 Januari 2012.

Kemuncak acara untuk hari ni bila tengahari tadi dia buat Happy Hour harga beg yang RM300 lebih dijual RM20 sajok.. Gile la klu aku tak rembat kan hahaah..Caye tak beg atas ni RM20 je wehhhh

Ni lak dia bagi harga RM38.99.. Diskaun 90%. Yang ni barang kedua happyhour.. Dan beg2 lain tu makin lama makin naik harga.. Sebab dia bagi diskaun 80% je.. So takdenye aku nak membeli beg lain hahaah...

Pastu gi cari hadiah untuk anak dara kak Fidaghazi, ahad ni dia buat besdey party katanya.. Yeeahaaa makan lagi... Tapi kan kok comel bangat baju2 budak2 pempuan ni??? Gile2 sale nyeee. Baju budak laki takde yang berkenan kat mata so takde la barangan untuk anak2 teruna... Lagi pun baju depa dah melambak sangat dahh (hahaahh alasan tutup rasa bersalah tak beli barang anak).

Dah nak balik tu tentiba nampak baju plak.. Almaklum saiz body dah lari, jadinya baju2 dalam lemari tu jadik stok tuk pandang je, so sambar 3 helai t-shirt ala2 wanita ekekek... ala2 katanya..Dan percaya tak niat asal nak gi sana hanya untuk membeli purse ganti purse aku yang dah merekah ujungnye.. Murah juge.. Cuma RM19.90... 70% diskaun.. Aku sambarrrrrr.. Alaen Delon ada gak purse nye tapi dah tinggal stok yang tak lawa pun diskaun 70% kooo...
Kesimpulannya abis sumer duit dalam purse aku sekarang tinggal RM5 je hahaah.. sebbaik minyak dah isi penuh semalam & sebbaik kad touch n go ada banyak lagi nilai eekekek...

Rewards untuk diri sendiri sebab penat keje.. Eceh...

Thursday, January 19, 2012

Serik diet secara tak sihat

Tengok tajuk pun dah tau kan.. Actually Senin lepas aku MC sebab aku hampir pitam kat rumah.

Citenye cenggini, pagi tu hubby kejutkan aku cam biasa (ekekeek kantoi di situ, suami kejutkan isteri..) then lepas salam (aku biasa salam awal sebab takut time aku siap mandi, dia dah gi keje) dia aku masuk bilik air la nak mandi, tentiba perut aku memulas, gila sakit la.. So duduk dalam toilet lebih setengah jam tibe-tiba aku rase pening gila, macam takde oksigen kat kepala ni. Kuar bilik air sambil terbongkok2 intai kat tingkap hubby lom gerak.

Terus gagahkan diri kuar bilik pegi ke ruang tamu. Dengan towel nak jatuh dahnye, mata berpinarnya, memang dah ding dong abis la. Mula2 terlanggar kabinet tv, pastu langgar siling door terus aku jatuh. Merangkak plak capai pintu nak buka sliding door. Sempat panggil "Abang, tolong" pastu terus jatuh terjelepuk.

Sebbaik hubby perasan weh, dia dah nak undur motor dah masa tu. Terus matikan motor buka grill, tarik langsir sebab wife dia dah separuh bogel hhihih.. towel dah jatuh terus, papah aku masuk bilik. Aku separuh sedar masa tu. Tapi perut still memulas, aku mintak dia papah masuk toilet tapinye masuk toilet pun takde apa kuar pun tapi tahap peluh aku tu tahap kuar peluh jantan kot...(peluh pun ada jantina ek hihihi).

Masa dalam toilet dengar hubby kejutkan anak-anak bawak ke pengasuh. Aku kuar toilet tengok semua dah takde, baring atas katil secara tidak tokmaninah ekekek.. ayat ape ntah guna sebab menonggeng sebab sakit perut. Hubby sampai je terus suh aku bersiap nak pegi ke klinik.

Kat rumah lagi aku dah rase seram sejuk, tangan aku memang sejuk, dalam kete pun tak tala ekon kat aku sebab aku rase macam dok dalam peti ais, hubby lak complain panas so amik sume ekon tala kat dia. Sampai klinik otomatik perut aku rase ok skit. Tak sesakit masa memula pagi tadi.. Sokmo la kat hospital ke klinik ke rase sakit mesti kurang sebab takut dengan doktor, boleh??? Hahha...

Jumpa doktor dia terus tanya, kenapa, aku cakap sakit perut, pening, nak muntah, sakit perut. Terus dia cakap baru lepas bersalin kan? Cek mata, perut bagai.. Katanya aku pucat, tak cukup darah dan cek tekanan darah, tekanan darah aku rendah. Huhuhuh...

Pastu aku cakap la darah kurang sebab aku period ker sekarang. Then aku cakap la aku amik perancang jenis cucuk, terus doktor terperanjat. Awak cucuk? Menyusu badan tak? Masih, tapi campur la bila keja takde bagi pun dan takde pun perah2.. Katanya ibu yang menyusukan tak elok amik perancang jenis cucuk, tak tau camne effectnya tapi elok ambil pil perancang keluarga dan doktor tu syorkan Noriday sebab dia tak keringkan susu. Aku ada tanya gak pil jasmin, tapi katanya tak boleh sebab takut keringkan susu.

So kesimpulannya dapat la MC dan 5 jenis ubat - ubat tambah darah, lancar darah, angin, sakit perut, cirit, dan gak serbuk untuk bancuh dengan air tu, tuk tenaga kata hubby. Lepas dah makan ubat-ubat tu aku rase perut aku ok sikit la tak la teruk sangat sakitnya dan loya, pening & nak muntah tu dah takde cuma sampai ari ni aku still rase perut aku tak berapa nak sedap. Hubby suh makan ubat sakit perut tu tapi malas la continue, klu betul2 sakit baru aku nak amik uuhuhuhu dasar culas ubat kan.

So, bila citer kat mak, terus kena bebel, tak bagi aku diet dah. Memang sekarang aku tak makan malam dah, tapi biasanya aku akan makan biskut or minum milo sebelum tido tapi minggu lepas aku asik tertido sebelum sempat amik milo or biskut. Anak pula hujung minggu memang fully breastfeed tenaga aku tak cukup untuk cover balik.

So, ni la alasan untuk aku tak diet lagi.. Ok tak.. cukup kukuh tak alasan ni?? HAahhaha.. ok2 lepas baby dah 1 tahun setengah baru aku on balik diet aku erk.. Tak berkesan gak aku jumpa Doc Rozmey terus ahahaha... Yang pasti aku memang serik dah nak diet secara tak sihat... Sekian eceh macam ucapan penutup majelis pulop!

Popiaku

Hai korang, dah makan??? Aku baru je abis makan.. Tapau sup ayam dari rumah hihihi... Kena berjimat pasal makanan kat sini humang aih mahalnye.. Kira aku brunch la tadi kan.. (breakfast+lunch). Makan awal sebab kol 12 jap lagi kena gi Ibu Pejabat, attending English class kekdahnye hhaaha.. Kehadiran diwajibkan tak dapek nak nolong.

Takde apa nak share pun just nak tunjuk kerajinan semalam (gedik kan nak tunjuk hahahah) buat popia suka ati. Nama dia popia suka ati pasal bahan dalam tu aku main taruk suka ati ape aje yang ada dalam peti.
Tapi, rasenye superb.. kata hubby laa sebab licin popia tu dalam tempoh sesaat... eceh, nampak sangat tipu kan.. Sesaat je abis.. Balik kang nak buat lagi la pasal nak habiskan stok kulit popia dalam peti tu rimas aku tengok.. lalala...

Wednesday, January 18, 2012

Lirik lagu Sesaat Kau Datang - Kak Melah juga Sleeq

Suka lagu ni sebab hubby suka lagu ni.. hahaahah boleh???

Tapi lama2 suka sebab memang suka sebab lagu ni best gilak..

Tadi sembang dengan dak ofis ni.. aku cakap lagu ni sesuai untuk dia sebab ada gurl ni asiknya buat kat dia macam lirik lagu ni... Siap dia pun cakap betul haahah... Cian.. biasa lelaki mainkan pempuan, kes dia lak, pempuan ni asik mainkan dia...

Lirik Lagu Sesaat Kau Datang – Ramlah Ram ft Sleeq
Sesaat Kau Datang
Sesaat Kau Hilang
Kemunculan dirimu
Penuh misteri

Kau Mendekat
Kau Menjauh
Kau tinggalkan diriku
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku

Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together
I hate to be cold but i got to let you go

Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Ha ha ha ha ha ha

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa

Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Ha ha ha ha ha ha

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena aku manusia biasa

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu kepadamu

Owh, lirik ni aku copy dari tuan punya blog ni. Tq ek...

Noriday & Jualan Gudang PAS

Semalam pergi la jenjalan kat Plaza Alam Sentral (PAS) kongkonon niat asal nak cari pil perancang keluarga aje.. Ate tak larat teman nak pakai pad asiknya period tak nentu sikit tapi amik masa lama gile nak kering.

Tapinya, ahli farmasi tu cakap kena tunggu period seterusnya baru leh telan ubat tu. Owh, katanya untuk yang menyusu badan Noriday je yang sesuai, sebab ubat ni tak keringkan susu badan, ubat lain keringkan susu badan. Tapi leceh perancang ni kena makan tiap2 hari, no gap... tapi takpe la sebab kecik je aku tengok pil. Owh lagi 1 untuk 14 hari pertama makan tu ko jangan cencuba nak try tengok klu bersama boleh preggy ker tak sebab kemungkinan lekat adalah tinggi. Sebabnya ubat tu baru nak stabilkan hormon.. Owh, sangat menakutkan kan... huhuhu...

Ok berbalik pada cite tadi, aku masuk je PAS tu tengok2 wahhh gila The Store buat jualan gudang sampai ke pintu masuk utama tu. Aaa sudah gila, rambang mata aku tengok ok. Terus cari bahagian lelaki. Aku nak carikan hubby wallet. Cian wallet hubby macam dah nazak dah aku tengok.
Tengok la dah koyak sana sini.. Ni wallet hantaran kawin klu tak silap aku hihihi... Ni hasil bedah siasat oleh Qimie abis sumer kad dia masuk, kuarkan.

Owh, memang ada sale.. sumer 50% - 70%.. Hahaha.. suke la weh.. Aku tanya dia naper sale gile2 ni habiskan stok lama ker.. haah katanya.. Padan la gila2 buat jualan gudang. Aku pusing2 gak cari wallet yang jenama best2 tapi yang best2 jualan dia takde la sampai 70% heeheh.. Crocodile langsung takde buat diskaun. Makanya aku sambar la yang buat diskaun tu. Ala pattern je lama kan, lelaki bukan kena tayang wallet cam pempuan tayang handbag.. so pattern lama pun lama la.. HAhaha.. kejam si isteri di situ.

So aku amik pattern ni.. lawa kan kotak dia...Hubby suka yang banyak tempat yang boleh letak kad & dia suka kepala tali pinggang yang beso makanya aku pilih la yang ni
Jenama Alaen Delon.. eh betol ke eja??? Tu siap ada model tak berbayo lagi tu.. Suh senyum tak nak, marah sebab nak main kotak ni aku tak bagi sebab aku nak amik gambar dulu, boleh?? HHaahaha..

So ni hadiah untuk hubby sempena saje suka2.. Hahaah.. sempena kita dapat second baby, u bagi hadiah kat ai, ai bagi hadiah kat u juge.. Bagi hadiah time sale so harge murah skit takpe kan, janji ikhlas hahaahah...

Korang klu turun Shah Alam jemput la jengok PAS sebab baju pun aku tengok murah2.. owh ada beg balik kampung, aku lupe snap gambo, cuma Rm5 lebih sajok.. jenama & berkualiti weh.. aku sambar 2 semalam.. ari ni nak gi cari purse untuk aku sendiri lak ahahah.. abisssss duit gaji cenggini..

Friday, January 13, 2012

Sesi tayang oreo cheese cake..

Wiu..wiuuu.... sangat seronot dan beronot-ronot... Terima kasih kepada Lynn sebab pernah buat kelas membuat ciskek dalam blog dia.. aku simpan dari aku mengandung sampeiii aaa dah kuar baby sebab nak cuba gak satu hari nanti.

Dannn akhirnya penantian untuk mencuba resepi itu sangat berjaya... rase dia sedap la korang... Tapi, resepi tulis kena guna 500g cream cheese aku tak tengok resepi pegi beli 200g nyer cream cheese makanya kecik jela ciskek aku sebab kena kurangkan separuh bahan2 nak buat tu.

Ni la hasil semalam, jap je dah siapNi view dari atas... maapkan ambe sebab agak comot di situ hhaahahah.. buat sambil lari2 tengok haiqal yang tengah sebok belajar meniarap sekarang.Pandangan dari sisi atas eceh.. ni setelah dipotong tuk bagi pada biras aku.. Dia awal2 lagi cop nak rase hihihi... petang ni baru nak kasik semalam dah lewat malam nak hantar pun..
Ni setelah dicilok sesudu oleh si Qimie.. Tanak la mama.. masyamm dia cakap haahahah... Apeee daaa...

Tapi serius korang.. sila la cuba, mudah, cepat & sedap weh... Tak payah dah beratur beli kat kedai kek, kita sendiri pun boleh buat hihhihi...

Tak sabarnyee nak balik rumah, nak makan, semalam tak berani makan banyak2.. kan tengah diet malam sekarang.. Hihih..

Monday, January 9, 2012

Kesan demam semasa bersalin secara operate

Hai korang... Jap jer dah masuk minggu ke dua tahun 2012 kan.. Pejam celikk pejam celik dah makin kurang umur kita kat dunia ni.. Ntah berapa tahun lagi umur di dunia yang berbaki untuk aku ntah..

OK just nak share pasal my second baby lepas kelahiran dia. Aku ada dapat comment dari cikpuanhady pasal niOk sebenarnya memang ada effect pada Eqal bila aku demam masa bersalinkan dia. Bukan aje sebab demam tapi sebab air ketuban aku dipecahkan terlebih dahulu.. bukan pecah secara semulajadi.. ni menurut doktor pakar tu laaa...

Ok, effect pertama yang terus kena pada Eqal, 2nd day dia bernafas dibumi Allah ni, petang tu terus dia kena masuk wad baby. Dia kena inject ubat antibiotik. Puncanya masa test darah, darah putih dia tinggi melebihi darah merah, so kena turunkan darah putih dia. Dia masuk wad khas sampai hari selasa. Sedih ok bila aku masuk wad untuk susukan dia sebab tengok tangan dia berbalut berwayar sebab nak masukkan ubat kat situ kan. Tapi tengok baby lain lagi kecian, ada yang ibu tak boleh susukan anak dia sebab tak boleh keluar dari kaca sebab kuning tinggi sangat kot, ntah aku pun tak tau punca tapi sangat2 kecian. Lebih2 lagi pada baby yang menangis gila2 perlukan perhatian ibu dia tapi ibu dia takde.

Tu yang aku rase kecian gila kat Eqal sebab mesti masa dia nanges takde sape nak tolong tepukkan, pujukkan sebab baby gile ramai tapi nurse kat dalam tu 2,3 orang je.. tak terlayan dia nak pujuk setiap baby. So selasa aku dah boleh kuar wad bersalin aku tu, tapi aku masuk wad kanak2 balik sebab nak jaga Eqal. Baby Eqal dok dengan aku la kat katil tapi katil dia Ya Rabbi tinggi ok. Dah la aku ni rendah, operate, nak naik tu.. memang aku nangis dalam hati.. Mintak tukar katil nurse dia cakap ape tau "Takboleh, sebab katil tak banyak" Padahal aku tau ada katil kosong 1 kat dalam tu, tukarkan la untuk aku sebelum orang nak masuk kan... Aku sakit ati betul dengan nurse tu. Sebabnya masa aku nak kuar esoknye tu dia leh cakap, "Eh, puan nak tukar katil kan semalam, ada katil kosong tu, nanti bolehla tukar" Aku cakap takpe la, nak kuar da.. Baik je aku cakap, klu ikut hati panas sebab aku nak naik katil tu pun kena panjat kusi dulu baru boleh naik. Tak fikir langsung keadaan pesakit diorang tu.. Maybe la penat sebab keje dari pagi kan.. sebab masa aku nak kuar tu dia baru masuk syif tu.

Ok, lepas hari ke 4, darah Eqal dah normal, takde jangkitan semua dah so petang tu kami boleh balik. Tapi lusanya nurse desa datang buat check. Ada kuning pulak. Aku perasan gak mata dia macam kuning2, tapi suke2 je sedapkan perasaan sendiri cakap takde pepe. Nurse tu risau so suh kami pergi buat pemeriksaan ari Jumaat kat Klinik Botanik Klang. Amik ko memang tinggi bacaan dia 227 kalau tak silap aku.. eh ke 247... skit lagi nak ke bacaan yang wajib masuk hospital. Kata doktor mungkin sebab aku minum pati ikan haruan poleney. Adui nyesal aku minum.. baru 3 botol je pun aku minum pati ikan haruan tu tapi memang menyesal la.

Hari sabtu doktor suruh cek lagi, bacaan naik pulak lagi 2... Jadi 249. Aku dah cuak gila,
 *** Edit here!!!! Ok sebab ramai sangat yang mesej nak tau camna cara turunkan bacaan so aku share jela kat sini ye. Aku edit part ayat sebelum ni atas sebab-sebab tertentu.

So caranya, campurkan bagi susu badan dan gak susu formula. Susu formula tu biar yang kosong macam lactogen sebab kalau macam S26 banyak nutrisi sangat katanya so tak sesuai. Bagi sekali or 2 kali sehari sampai bacaan turun. Macam aku kalau tak silap aku bagi sekali pagi dan sekali petang. Susu badan still bagi tau, jangan korang cakap tak payah bagi susu badan pulak, cadangan tu cuma campurkan je, sekali bagi pagi dan sekali lagi bagi petang.. Sikit je, tak payah banyak. Sebab untuk campur dia ada dibagitau cuma tak pandai pulak aku nak explain kat sini. Cuba la.. tak salah untuk kita cuba.. dan aku share sini sebab cara tu berjaya untuk anak aku. Jangan pulak ada yang bash aku cakap ape pulak, susu ibu la bagus untuk turunkan kuning anak, yerrr aku tau, tapi ni antara uji kaji yang pernah dibuat dan dicadangkan pada aku dan berjaya, jadi terpulang pada kawan-kawan sama ada nak cuba atau tidak. Sekian, terima kasih. ;-)***

Then Isnin tu aku cek alhamdulillah turun banyak bacaan dia turun sampai 205 ker barapa erk aku lupa.. then continuously dia turun dan turun. So masa aku balik kuantan tu check 1st day kat sana kuning dah di tahap ok, memuaskan dan tak perlu amik darah untuk check lagi.




Next effect ke 3. Aku tak tau la effect dari mana atau ape. Tapi ukur lilit kepala Eqal terkeluar dari graf. Masa kuar normal 35 ukur lilit dia tapi masuk sebulan naik mendadak 40cm ukur lilit, mas tu tak kuar lagi graf then after 2 weeks doktor mintak datang lagi untuk ukur kepala, naik jagi 41.5 so tak berapa nak normal. So sampai sekarang aku kena ulang alik buat appointment untuk pantau kepala dia. Setakat ni ok sebab kata pakar hospital Kuantan kalau ada something pada otak baby, baby takkan dapat minum susu, dia cam tak boleh nak terima arahan dari otak untuk minum susu, then kalau minum akan muntah balik. Lepas tu kalau kita panggil dia takde reaksi. Eqal normal macam baby lain takde tanda2 macam tu tapi still kena pantau sebab kepala kan takut apa2.. tapi aku doa sangat mintak dijauhkan dari semua tu. Oyer, Khamis ni next appointment aku kat HTAR.

Ok, effect ke 4 plak. Yang ni aku tak sure sebab aku demam ke sebab doktor tak sedut betul. Anak aku ada kahak kat tekak dia since kuar dari hospital. Kat hospital takde dengar lak bunyi tu, ke aku tak perasan tak tau la kan sebab sebok nak balik sebab tak tahan sakit turun naik katil tinggi. Dia asyik bunyi je kahak kat tekak dia tu. Tanya doktor katanya normal, akan ok nanti. Tambahan paru2 dia clear. Dari doktor kat klinik botanik sampai ke klinik balok aku tanya, suma kata normal. Sekali masa cek untuk ukur lilit kepala Eqal tu macam aku citer kat atas, doktor situ risau sangat then mintak anak aku amik nab untuk ilangkan bunyi kat tekak dia.

After an hour jumpa dia balik untuk tengok ada perubahan atau tak. Still sama, still ada bunyi so dia takut penyakit lain then refer aku ke HTAA lak. Aku masuk wad kecemasan ada la dekat 2 jam tanpa layanan dari doktor. Orang lain aku tengok masuk je terus doktor layan, masuk je ada rawatan dari diorang tapi aku dipandang sepi. Pehal, sebab anak aku baik je tak nanges camtu??? Sakit ok tangan aku nak pangku naak aku yang masa tu dah 6kg. Last2 aku sakit ati aku tanya nurse dia berapa lama lagi aku kena tunggu sebab gila lama takde sape assist anak aku kan. Tentiba aku dengar doktor tu cakap, kenapa takde sape bagitau.. Ko rase nak lempang tak semua orang dalam tu??? Dengan anak aku yang agresif kat luar tunggu dengan mak aku yang dah tua, risau gila aku kot. Bila doctor tu datang aku tanya apa sume dia explain cantekk punye sebab tau aku tunggu lama gila.

Tak pasal kena masuk wad, sebab takde sape nak hantarkan aku kena tunggu lagi dekat 1 jam. Perut keroncong jangan cakap la memang lapar gila, Eqal lak asik mintak minum je. Kol 2 lebih gak la baru aku disorong naik wheelchair masuk wad. Tapi korang tau, doktor yang assist aku pun tak tau nak tulis sebab ape anak aku kena masuk wad, dah tu acane? Sebab perkembangan dia normal je. Cuma ada kahak, ukur lilit kepala besar terlebih dari graf tapi perkembangan aby positif. So bila ketua pakar datang buat lawatan ketua tu senyum2 tanya aku "Puan rase anak puan patut diwadkan ke?" Harus la aku cakap tak hihihi then dia balas, "Doktor pun rase macam tu, jadi puan dan baby boleh balik ye" Gile suka aku weh, terus call husband cakap tak payah amik cuti balik.

Ok tu la antara effect yang jadik pada baby Eqal.. ntah la aku pun naik risau sebab kahak tu still ada sampai sekarang. Khamis ni nak tanya boleh tak diorang sedut sebab takut jadi astma kan.. Kepala tu aku tak risau sangat sebab aku tengok perkembangan dia ok sejak lahir sampai sekarang, pandai senyum, pandai gelak, siap sebok nak jalan dah kepala pun boleh angkat kalau aku tiarapkan tangan kaki semua boleh gerak secara normal so just pantau perkembangan jela.

Ntah la mungkin la ni dugaan2 kecil Allah nak bagi pada aku sebab masa mengandung aku banyak sangat ngomel, tak puas ati la semua, macam tak bersyukur kan sebab dugaan mengandung 2nd baby ni banyak tak macam masa Qimie, semuanya smooth je. Makin lama kawin makin banyak dose kot kat laki haahah dan mungkin makin tambah umur makin banyak dose secara sedar atau tak sedar aku buat kat bumi Allah ni.. mungkin sebab tu Allah bagi dugaan supaya aku beringat, who knows kan..

Ok tu je nak share dengan korang. Chill hihihi...

Friday, January 6, 2012

Kesan Operate

Korang, ada tak kalangan korang yang kena operate time bersalin???? Korang lepas 3 bulan ada tak rase ngilu2.. Errr tu aku memang selalu rase tapi start semalam bila tekan kat perut rase cam sakit skit.. Dia tak la rase sakit gila tapi ada rase sakit tu.. Apa ayat aku ni tapi camtulaa rase dia. Nape ek???

Dekat tempat jahitan tak sakit pun, dok elok je aku tengok. Kalau tekan pun tak rase. Aku takot jahitan bahagian dalam bengkak je.. Risaunyee.. nak kena makan ubat gamat balik ke erk?? Ke ada solution lain debooo doh ni wehhh!!

Aku rase sebab semalam aku pakai kain kat pinggang ketat sangat kot.. almaklum body size lari berteraburrrr dari 26-27 jadik 30-32... gile lari wehhh.. Ari tu kan lepas bersalin tak leh pakai bengkung.. aduyaiiii acane wehh acanee... Ada effect ke bila pakai kain or seluar ketat2?? Aduiii...

Sape tau sila2 bagi pendapat... Time kaseh.

Antara Avon, Breast pump & Sour cream

Hai sumer.. jap je dah ari Jumaat kan, hilang terus rase lemau dibadan sebab esok adalah cutiiii yeaaahaaa!!!

Tengahari tadi time lunch korang kuar ker??? Shopping errrk?? Aku pun terjebak sama hahahahah...

Actually keluar lunch time tadi sebab nak beli breast pump dengan sour cream. Breast pump adalah kerana aku dah tak tahan sakit sebab asyik la membengkak. Eqal dah kenyang minum susu kat rumah pengasuh so bila balik rumah dia minum sekadar hilangkan sakit bengkak susu aku aje, pastu dia tido sampai ke malam. Kadang-kadang puas dikejut mintak dia minum susu sebab aku bengkak gila sampai sakit2. Tapi minumnya adalah ciput. So ingat nak beli pump dengan warmer sekali untuk mudahkan pengasuh. Dah tengok tadi tapi harga dia agak mahal tak cukup dengan duit yang aku bawa.

Pusing2 SACC dengan harapan jumpa kedai jual barang untuk buat kek, tapi hampa. Aku just beli selipar kat giant pastu kuar gi PKNS pulak. Pusing2 still tak jumpa sekali jumpa kedai AVON. Hahahaah... ni kira pucuk dicita ulam mendatang ni. Dah berapa minggu dah aku nak gi AVON nak beli baju dalam (bahasa sopan) sebab baju yang ada tak boleh tampung size sedia ada bila bengkak susu. Jangan tak tau aku asik la pakai jaket nak cover breast bengkak. Sekali tu katanya klu jadi ahli dapat diskaun 10%.

Ermmm setuju la aku sebabnya aku memang suka pakai bra eh, perkataan sopan, baju dalam avon. Ntah la selesa bagi aku kot.. untuk aku la orang lain aku tak tau la... So daripada tujuan asal yang nak beli breast pump dan gak sour cream habis melayang RM80 untuk AVON, selipar, tudung dan botol susu anakku. Adeiii.. padahal tambah lagi RM150 dah dapat dah breast pump kan.. Adeiii tak bersungguh betul la aku ni.

So secara rasmi saya telah menjadi ahli AVON, anyone nak beli barang AVON??? Hahaahah... Balik ni nak khatamkan 1 fail ni ha dia kasik buku katalog.. gila banyak promosi awal tahun ni erk!!!

p/s: Sour cream tetap akan ku cari petang ni.. tadi da lobi hubby ajak dia cari kat kedai kawasan Sri Muda ihihihi... Nak gak buat Oreo cheesecake....

Wednesday, January 4, 2012

Alkisah nota dan berat

Bosan lak aku rase.. Biasa sampai je ofis terus mata, tangan dan telinga fokus pada video rakaman mahkamah bersidang.. Taip nota keterangan sampai nak muntah dengar suara lawyer yang jap dengar tak dengar, jap kang speaking tak berbutir..

Tapi sekarang!!! Haiihhhh!!! Dah takde sumer tu. Bos aku putuskan lawyer yang buat sumer nota keterangan. Bos tak mau kasik SU dia pening, penat, pitam dengan keperluan mengejar tarikh akhir kena siapkan nota.

Ermnn... aku memang la suka bila dengar jurubahasa court aku cakap dah tak payah taip nota mulai bulan Oktober 2011 ari tu, yerla kalau tak mesti aku hidup dalam stress.. mana nak fikir kerja ofis, mana yang tak siap kena bawak balik rumah taip, nanti kat rumah lak anak2 nak perhatian terutama yang bongsu tu...

Tapi bila dah tak taip... Ermnn macam bosan la pulak. Ada... memang ada kerja-kerja yang bos bagi.. Tapi takde la banyak sangat. Semua arahan dia macam pagi tadi ada dekat 10 arahan, tapi sumer simple2.. Aku leh siapkan sebelum lunch time. Da tu petang camni apa aku nak buat.. Adeiii..

Aku hanya mampu pandang je pintu ni ha, tunggu panggilan dari bos ni ha.. Kot2 nak bagi aku tugasan yang best2.. Tapi sejak lunch time tadi, takde ape pun lagi arahan lisan dari bos. Kes ada, tapi dalam kamar.

Haih, bila takde keje mula la mulut aku ni nak mengunyah.. tapi dah cakap pada diri sendiri nak diet.. Berat naik secara tidak tokmaninah.. 5kg terus dia bagi lepas aku abis pantang ni. Dasar nak salahkan sebab tak leh berbarut sebab operate.. da ko makan cam perut tu beso cam gajah lagi nak salahkan perut yang tak leh dibengkung, dibedung, di barut... Arrrgghhh!!!! Kata aku kepada aku.

Kawan2 ofis kat sini memang la cakap aku kurus, sebab diorang jumpa aku masa aku tengah mengandung, tapi kalau pergi ofis lama aku mau kena kutukan... Yerla bayangkan la baju kebaya sendat, kain kebarung sendat, baju2 joli2 aku pun sendat.. Da tak leh pakai saiz S or M.. Saiz L sekarang..

Sedeh... tibe2 mood sedih on.. Nak turun bawah la nak beli jajan.. Hahahaha acane nak diet??????

Tuesday, January 3, 2012

Alkisahnye....

Seronok gak beranak ni... Tau kenapa??

Dulu masa bersalinkan Qimie... hubby bagi hadiah rantai.. hihhhi...

Pastu bersalinkan Eqal.. hubby bagi ni lak..
Hikhik tapi katanya hadiah tu 2 dalam 1.. bagi zuriat & kebahagian pada dia & sempena birthday aku bulan 12 tahun lepas. Ngeh2

Tapi....... tepon aku tu.... tak macam hak aku pun... sebab budak niaasik laaa "mama, qimi nak main angry bird, mam qimi nak main bowling, mama qimi nak main moto..." arrggghhhhh!!!!

Papa, u beli hp ni untuk i ke anak u ni??? Huhuh...

ops lupe.. Tq papa.. sayang u deep2.. hikhik... tahun depan nak.... errrrr...!!! Hahaahah....blom terfikir tunggu erk!!!

Cerita disebalik kelahiran my baby Eqal...

1 Oct 2011
Admit HTAR. Masuk bahagian kecemasan bahagian ibu mengandung. Ibu-ibu lain semuanya masuk sebab sakit nak bersalin, turun darah, air ketuban pecah. Aku sorang je pagi tu yang masuk sebab kena paksa bersalin sebab kes kencing manis.

Sedih gila tengok dari atas wad si Qimie panggil aku ajak balik. "Mama, balik la.. jom la balik, balik laa.." Hubby dukung dia sebab dia tak nak balik. Sampai seberang parking kete turunkan dia, sekali dia lari nak lintas jalan nak datang pada aku. Menangis beriya2.. Kata hubby sampai rumah nak mama.. Sedih wooo.. aku nanges2 sama..

Aku ditempatkan kat wad kelas 3. Wad 1 & 2 penuh.. just waiting list.. Kat keliling katil aku sumernya kes kencing manis.. Dasyat betul aku rase. Tapi kebanyakannya dah tahap insulin, sebbaik aku on diet control lagi.

Dalam tengahari tu doktor2 muda datang. Aku masa tu atas katil cek pergerakan jantung baby. Sekali datang doc lelaki ni periksa suhu aku. Aku demam katanya.. Aik biar bebenor, aku rase aku normal, tak sejuk, tak panas.. terus dia cucuk tangan aku masukkan wayar tuk masuk air. 1 botol gak la untuk stabilkan demam aku. Lepas da abis masuk air & telan panadok , terus diorang suh aku mandi tuk ilangkan panas dalam badan.

Serius aku heran, tak rase demam langsung kan... Duduk la atas katil was 3 tu, udahla tinggi seksa aku nak turun naik dengan perut yang sendat gile tu. Petang tu hubby datang, aku takde selara sangat nak makan nasi so share dengan hubby lagipun aku tau hubby tak sempat jamah apa2 lagi sebab terus datang sini dari kelas.

Still tak dapat jumpa Qimie masa ni sebab semua takut Qimie tak nak balik nak tinggal dengan aku.

Malam tu dapat good news, dapat masuk wad kelas 1. Nurse tanya nak pindah tak? Gile tak nak??? Kelas 3 dengan katil tingginya, bilik air asik basahnya... owhhh syukur gila ada kosong malam tu jugak.

Layanan kelas 1 dengan kelas 3.. gila jauh!! Thanks to those nurse yang jaga aku... Lembut, baik & willing to help.

Owh, masa ni?? No... takde apa2 tanda pun, darah pun tak turun banyak, skit2 je, air ketuban pun tak pecah... bukaan baru 2 kot.. lupe.. Tapi sangat berdebar sebab tau esok wajib bersalin gak secara normal atau paksa...

2 Oct 2011
Pagi2 aku dah kena mandi.. Kol 5.30 pagi mandi sebab kata nurse lepas Subuh nak cek jalan dan mungkin nak kena masuk ubat. Ok.. tunggu..tungguu... Adoiyai pukul 7.30pagi baru aku masuk tempat cek tu cek jalan. Still 2 dan masih keras, belum lembut pun laluan tu.

So, ubat pun dimasukkan... Dok la aku terbaring selama 1 jam baru dapat minum pagi. Dalam masa 2 jam takde apa2 yang aku rase. Tapi start dekat pukul 11 dah rase sakit gile. Sakit dia.. adudu... sangatttt laaa mencengkam.. tapi takde la aku cam sesetengah orang yang dok jerit2, merengek2.. Tahan jela.. Jiran2 katil pun sama naik sakit tengok aku tahan sakit.. Tapi still aku leh gelak2 dengan diorang.

Tangan aku lak membengkak. Sebenarnya dari malam tadi lagi aku rase sakit gila macam jarum kat tangan aku ni dah bengkok, mintak izin cabut nurse beso tak kasik.. Tapi tengahari tu aku merayu jugak sebab tak leh nak gerak tangan ni, nak mandi, nak buang air susah sebab tangan sakit. Bila dah tengok tangan aku bengkak baru nurse tu bukakan, kecian kat aku gamaknya.

Pukul 12 bacaan contraction aku dah 5 bacaan dalam 10 minit.. Mak dengan hubby sampai dalam kul 12.30. Masa tu aku memang dah rase sakit2 dah, ubat tu betul2 berkesan kali ni, tak macam masa Qimie dulu aku leh gelak2, jalan sana sini, yang ni aku terbaring je atas katil.

Jam 2 doktor check jalan. Sakit gilos ok masa dia cek tu, rase nak nanges, sebab dia buka laluan aku guna jari dia. Ok bukaan dah 3, dah boleh masuk ke labor room, paksa bersalin & pecahkan air ketuban.. Slurrrppp!!!! Sama situasi macam nak deliver Qimie la jawabnye ni. Hubby dah kena kuar hospital masa tu sebab masa melawat dah tamat, terus call bagitau aku kena masuk labor room dah. Tapi hubby cakap nak kena balik gak dulu sebab nak hantar mak aku.

So, siap2 pakai baju, aku terus naik katil, sorong terus masuk labor room. Ok, memang debar gila sebab takde sape nak tenangkan aku. Masa qimie ari tu hubby boleh masuk temankan aku bersalin kat HTAR tak boleh. Adui....

Masuk je terus diorang cek suhu aku, pasang alat untuk cek pergerakan jantung baby & contraction. Aik, magik again, aku demam lagi... Suhu 38. Terus diorang masuk air.. Time tu contraction aku dah 6 bacaan dalam 10 minit. Yang bestnya ada doc lelaki tu dia boleh tanya macam situasi aku yang 6 hingga 7 bacaaan dalam 10 minit ni sakit ker tak. Marah nurse tu pada doc tu, harus la sakit, tengok la muka adik ni berkerut2 tahan sakit. Itu pun bagus sebab dia tak menjerit macam sesetengah patient. Aku boleh senyum lagi dengar nurse tu explain. Tak lama lepas tu datang doctor ni pakaikan aku tiub kencing & cucuk ubat tahan sakit kat peha aku. Kata nurse yang jaga aku tu ubat tahan sakit tu akan buatkan aku mengantuk, so jangan lawan rase mengantuk tu kalau rase nak tido just tido.

Pelik gak sebab berlawanan dengan arahan nurse yang jaga aku masa nak deliver Qimie. Katanya lawan rase mengantuk tu sebab takut baby tak nak cari jalan kuar. Itu yang sampai lebam tangan hubby sebab aku genggam tangan dia masa tahan sakit tu.

Dah orang suh tido kan... memang aku tido jela haahha... aku macam mamai-mamai je masa aku dengar diorang kecoh2 cakap demam aku naik sampai 40'C..

Aku masuk labor room pukul 3.15 petang kalau tak silap aku then dalam kol 4.30 macam tu ada doc perempuan kejutkan aku bagitau aku tak boleh normal sebab baby besar so aku kena operate. Doc tu tanya aku setuju atau tak, aku angguk je.. tak kisah la doc mana2 jela janji baby selamat... Eh tak aku tak cakap tu.. aku angguk je sebab badan rase lemah sangat. Masa tu jugak aku dapat rase badan aku menggigil sampai aku minta diorang selimut sebab tak tahan sejuk.

Diorang terus siapkan aku untuk masuk ke bilik operation. Dalam mamai-mamai aku nampak huby & aku lambai pada dia bagitau aku kena operate & minta dia ikut. Muka hubby nampak penat sangat, berkejar ke sana sini.. time tu nak pegang tangan hubby pun tak sempat konon2 nak feel2 macam dalam filem2 drama2 tu "Abang ampunkan yah abang, halalkan makan minum yah" Eceh drama gituuu.. hikhik..

Badan aku gile lemah masa ni, effect demam & ubat tahan sakit kot, so masa masuk bilik operate tu aku cuma nampak lampu yang biasa guna untuk operate tu, doktor & nurse gila ramai dalam bilik tu, barang nak belah perut aku, aku tak perasan. Cuma yang dasatnya aku boleh ingat doktor yang nak cucuk tulang belakang aku tu hensem hahaahahah... Yang pasti bukan orang Malaysia, klu Malaysia pun maybe mix. Masa cucuk tu aku kena dalam posisi duduk tp sebab aku terlalu lemah & mengantuk diorang tolong pegangkan badan aku dan mintak aku jangan bergerak. Tapi tetap gerak, ngantuk camne pun tp kesan cucuk tu sakit gila dah tentu badan aku terkejut2...

Owh, sebelum cucuk tu aku kena sign 3 surat. Aku macam dengar tak dengar je doc pempuan tu cakap apa sebab gile lembik aku weh. Aku cuma ingat dia cakap
Ibu, ibu tahu tak kenapa kena masuk sini? Ibu tahu tak kenapa ibu kena bedah? Ibu, bangun ibu jangan tido. Ibu kalau faham semua, sila tandatangan dekat sini.

Hahahah.. Dasatnya keadaan aku masa tu sampai kena tegur dengan doc mintak celik mata.. sebab setiap kali jawab soalan dia aku tutup mata, jawab soalan je tutup mata. Apa aku sign pun aku tak tau, aku pakai boh je hahaha...

Ok, aku ngaku aku tak tau ape yang diorang buat kat badan aku. Aku tak rase gerun sebab aku memang totally lembik. Masa dah deliver tu aku dengar baby aku nangis, then ada suara sebut 17:19, boy. Owh, dah selamat da baby aku syukur. Then aku tutup mata balik. Tiba2 aku dengar orang separuh jerit sebut bleeding... bleeding.. Aku terjaga balik, pastu aku rase perut aku digerak2.. Omg.. jangan cakap ko nak jahit lagi, nooooooooooooo!!! Hahhaha dalam ati je cakap tu sebab aku tak larat. Tangan aku yang doc suh letak atas tempat letak tangan untuk dia cek ape ntah pun tangan tu asik jatuh je macam tak boleh nak imbang badan je haahah.. ape ntah.

So, kuar je dari operation room aku nampak hubby datang dekat dengan aku, tunggu lif. Dia senyum je walaupun muka dia nampak penat.. gile tak penat, aku kuar dari bilik operate dekat kol 9 malam, dengan tak makan apenye..cian hubby huhuhu..

Aku ni plak bila da dapat tengok wajah kecintaan terus rase ok skit tanya kat nurse,
Mana baby saya?
Dah hantar kat bawah (hubby cakap kalau tau dia turun bawah dulu tengok baby.. dah lama dah diorang anto baby ke bawah, dari petang lagi)
Oo.. berapa ye berat baby saya?
Rasanya 4kg.. eh berapa baby tadi? (Dia tanya kawan dia) 4.05kg
ERk!!!! Sebbaik tak normal (hahaahah terus kuar perkataan tu dari mulut aku. Gile rabak weh kalau normal..)

Sampai wad diorang angkat aku sebab aku takleh banyak bergerak, 1 sebab aku baru lepas jahit, 2nd sebab aku memang tak daya.. OKU sementara huhuh.. Diorang bawak baby dekat kitorang.. owh... bambamnyeeeeee baby aku tak caye dah kuar dah baby & sebeso itu dari perut aku.

Sepanjang malam tu aku asik keje telan ubat, masuk air, masuk ubat sebab demam tak kebah lagi.. ntah acana leh demam ntah aku ni.. Takot gamaknya.. Pad pun nurse gantikan, nak air pun nurse suapkan.. eh kena pose lepas 12 jam ke berapa jam ek aku lupe dah baru leh minum.. tapi sebab tekak aku tak tahan sangat aku mintak gak air skit dengan nurse tu.

Baby aku sempat susukan 1 kali je pastu dah tak bleh sebab aku tak larat nak angkat dia ke sisi aku.. nurse memang la tolong tp bila dah badan aku still panas diorang cakap biar diorang jagakan, yer la takot jangkit kan.. Lagipun... malam tu sekali lagi aku bleeding.. nurse panggil doc tapi doc cakap bukan jahitan terbuka, so just compress je dengan pelakat yang di tampal dengan kapas2 aku rase.. tapi aku ada dengar la nurse tu omel2 cakap ape la doc ni, ai tau la itu bleeding, katanya bukan pula.. dan so on.. Aku... terbaring je la berserah diri huhhuhu..

Anak aku ni depa panggil big baby... si bambam, si comel ape lagi ntah.. sebab semangat sangat2.. dan diorang tak caye orang sekecik aku tapi baby nyer macam mak nyer tinggi lagi sasa haahah sasa..

Adui penat la nak taip dah.. aku letak gambar dia masa usia 1 hari dengan masa usia 2 bulan jela erk..
Tengok mulut bersusu.. cian dia, baru usia 1hari da kena minum susu lembu dulu pastu baru dapat minum susu mama.. Ermnn punye la beso sampaikan dah bukaan 10cm pun tak bley nak kuar ikut pintu, nak gak ikut tingkap
MUHAMMAD ARIEF HAIQAL BIN MOHD AZLI

Kata hubby arief diambil sempena aku jaga YG ARIF... amik berkat katanya lagipun nama tu dekat dengan nama abang dia AIREL v ARIEF.. L dengan F je beza.. Haiqal tu sebab dia suka nama tu hihihih...

Sekian cerita di wad 404 eceh.. tak la.. Cerita disebalik kelahiran baby Eqal...