Jom klik

kENgkaWAn

Friday, March 30, 2012

kejang

Hai sumer.. korang buat ape tu? Tengok?Incik hubby ai tu tengah bengkek sbb Perak xscore pun lagi hihi.. Maka sila jangan buat sesuatu yang voleh datangkan amarah dia hihi.. Aku baru je balik dari main badminton ni.. Group penpuan je. Main dengan akak2 kt taman ni.. dasat gak diorang main.. penat gak la aku.. tambahan lak dah lama xbersukan gerakkan otot2 & gegarkan lemakctepu kt badan ni. Dapat la main sejam tanpa henti td.. Kira okla kan Kitorang dah setuju nak kekalkan nak main seriap hari jumaat.. harap dapat la bertahan lama.. majlum la yg maon ni sumer mak2 orang hihi.. Ok selingan.. hubby masuk bilik pastu beradoi adoi sebab perak kalah 3-0 katanye kihkih.. bertttabahlah hubby ye kihkih... Kla i need my rest & beauty sleep.. eceh padahal sakit otot sebab badan tekejut kihkih.. Good night ollz

Masyukkk bersama

Selalu ambil anak musti pasang radio hot fm.. Pastu sekarang kan tengah hot pasal masyuk bersama.. So bila keluar iklan

Fafau suke.. fifi pun suke.. ahahahaahk (fifi gelak)

lagi satu,

Apa yang penting, masyukkkk bersama.. ahahahk (fifi again yang jadi tukang gelak)

So, bila dah hari2 si Qimie dengar, dia pun ikut dialog tu & gelak cam fifi gelak.. Fifi nyer gelak versi gedik, tapi my son versi so comel hahaha...

Tapi, respek laa si AG, boleh erk dia buat suara manja2 gitu.. Suka dengar sesi "Sendukk sendukk fifi..." Errr.. nampak sangat aku suke dengar hot fm hari2 kan hahaah..

Wednesday, March 28, 2012

Wordless wednesday @ gurau kasar adik beradik

Suka sangat letak kepala kat dada adik, dulu adik merengek, sekarang adik balas.. tarik rambut abang hahaah..

Duduk rapat2 dengan adik, sampai kadang2 adik naik rimas sebab panas..

Suke buat aksi camni.. camne laa mama tak menjerit
Camni pun sokmo, blum lagi part dia lompat2 badan adik dia tu... seriau aku tengok takut terpijak adik

Adik pasrah mama.. kihkih..


The celebration ~

Just nasi goreng daging, telur mata & ayam KFC for celebrate birthday hubby. Sebabnye, bila aku fikir balik, most of favourite food hubby adalah masakan aku sendiri, so bersilat la kejap kat adapur semalam sambil jerit2 kat si Qimie jangan kacau adik dia, cam tarzan rumah semalam hahaahh...

Ok, layan gambar k 

Kengkonon seperaisss le sangat.... 
 Choc Indulgence (all time fav)
 Strawberry mw cheese
Durian (sedap giler2 bg penggemar doyan cam aku ni)

Ok, ada cerita disebalik gambar atas tu.. cerita sedih tapi lawak, haahhaha...
Semalam pukul 8.15 dah susun2 kek atas tray tu, just tunggu 8.30 hubby sampai rumah, so takde la rush sangat nak pasang lilin bagai kan.. So tepat je 8.30 nampak cahaya lampu motor hubby kat gate, ok, terus lari2 ambil kek dalam esbok & pasang lilin, punya la kelam kabut buat keje sbb takut hubby masuk rumah cepat. Kipas dah tutup awal lagi, pasang ekon je sebab takut lilin padam, then duduk la dalam bilik bertemankan cahaya lilin 3 beranak.

Tunggu, punye tunggu, tak masuk2 hubby, sampaila lilin terpadam sendiri. Ok, elok je lilin padam hubby buka pintu bilik.. Perasaan exited nak nyanyi lagu ilang, just cakap,
"Hepi bedey yang.. eeeeeeeee... nape lambat masuk??????" Haahahah... majuk pulak orang yang nak buat seperais kan... Hubby gelak2 je, tapi nampak la muka dia terkejut, pastu dia buat2 tiup lilin, padahal lilin dah padam. Saje je tau...

Katanya lambat masuk sebab kena hujan, so kena bukan baju hujan dulu, lipat balik baju hujan, kunci gate.. alaaa nape aku tak terfikir... rugi tau tak menjadik sangat seperais itu... Lagi kecian kat Qimie la, semangat dia nak tiup lilin, tapi aku cakap tunggu la tiup dengan papa.. sebbaik dia ok je..
Ko tengok, sumbu dia dah takde so tak leh nak pasang balik hihihi
Elok je aku gubah, sekali hubby gegar tangan masa angkat terus roboh istana hahaha..

Hadiah? Blom ada... tak tau nak kasik ape.. boleh?? Hahahah..

Owh, ni lak pre bedey hubby.. Sabtu lepas, aku masak pulut kuning.. 1st trail.. oklaaa cuma dia takde lembik2 cam biasa kita makan tu.. yang ni lembut cam makan nasi tu..
Hubby suke, menambah2..
Rendang daging ni..
Errrrr guna perencah paket adabi je.. malas nak tumbuk2 bawang hahahah, tapi boleh tahan laaa rasa dia.. Nak lagi sedap kena tambah daun kunyit dgn daun limau purut.. ok abaikan minyak tu.. aku takde letak minyak pun, minyak dari perencah tu sendiri or minyak santan.. aku pun tak tau..

Gigih tepon mak & kak long tanya cara nak buat.. cam nasi minyak lak aku tengok hahaha


Ok, gambar harus diakhiri dengan 2 hero kesayangan... Owh, bedey boboi dah tidur, kekenyangan akibat menambah nasi goreng & ayam KFC.. ^_^..

Tuesday, March 27, 2012

Pilihan..

Mood tingtong ni.. tengah fikir nak beli ke nak masak untuk celebrate birthday hubby.. Masak, cam nak buat nasi goreng daging je tapi cam malas je sebab sampai je rumah ni kang, si abang mesti nak main basikal kat luar, tak berani nak biar dia main sorang2 kat luar, sekarang kan macam2 kes.. Nak harapkan jiran, takut diorang pun terlepas pandang.. Tapi klu kurung dalam rumah, dia stress dia ngusik adik dia lak.. Ermn.. so masak tolak tepi kihkih..

Nak drive thru kfc kang, cam sejuk lak ayam tu by the time hubby sampai rumah.. Eee.. tu la sebok sangat nak main futsal, dah pening wife dia nak buat kejutan... Nak makan kat luar sekarang macam dah susah, dengan perangai si abang yang terlebih aktif, tak duduk diam, diam hanya bila dia lapo, so dia akan makan, takde la sibuk nak lari sana sini.. Ermn.. ape erk solution ni...

Nak call Mc D delivery, takut takde deliver sampai ke rumah... Nak keluar drive thru lepas maghrib kang, takut tak terkawal dua anak teruna aku dalam kete tu kang.. Aduuuiiii... Celebrate Sabtu ni aje aci tak, hahaha..

Surat cinta buat si dia

Buat yang tersayang,

Saya tak pandai nak karang lirik buat awak, tapi kalau nak describe perasaan saya dalam versi Melayu so lirik ni bertepatan untuk saya gambarkan perasaan saya..

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia akan aku coba

Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti

Kan... kamu...

Sayangku

Jangan kau persoalkan siapa dihatiku

Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Tapi, ermnn time zaman bercinta dulu sesuai kot lagu tu klu nak tujukan.. tapi lepas dah kawin ni, rasanya lagu versi mat saleh ni lebih sesuai kot untuk gambarkan hati saya buat awak


How do I, Get through one night without you? If I had to live without you, What kind of life would that be?
Oh, I .... I need you in my arms, need you to hold, You're my world, my heart, my soul, If you ever leave, Baby you would take away everything good in my life,

And tell me now How do I live without you? I want to know, How do I breathe without you? If you ever go, How do I ever, ever survive? How do I, how do I, oh how do I live?


Without you, There'd be no sun in my sky, There would be no love in my life, There'd be no world left for me.

And I, Baby I don't know what I would do, I'd be lost if I lost you, If you ever leave, Baby you would take away everything real in my life,

And tell me now, How do I live without you? I want to know, How do I breathe without you? If you ever go, How do I ever, ever survive?

Errrr, panjang plak mukadimah kan?? Hahhaha..

Ok.. Sebenarnya saye nak wish HAPPY BIRTHDAY kat awak

...dan saya nak awak tau betapa saya sayang, cinta, kasih & perlukan awak dalam meneruskan perjalanan hidup saya.

...sebabnya, awak la suami, awak juga kawan baik, kawan gaduh, teman yang paling setia mendengar luahan hati saya, juga bebelan saya hikhik.. still kekasih saya sejak pertama kali kita jumpa dan papa pada zuriat kita...

So.. 28 just a number.. to me, u still the same person that i met 8 years ago.. Cuma, sekarang dah chubby skit, ahaks!! But still cute to me..

Yours truly, deeply,
always yours ^_^

Monday, March 26, 2012

Pecah rumah

Sekarang gempar kat taman aku kes pecah rumah. Last week, hari Jumaat, taman perumahan pengasuh aku kena pecah rumah, time solat Jumaat. Tu seberang jalan taman aku je tu..

Sabtu tu pulak, kecoh jiran sebelah rumah aku, rumah dia hampir dimasuk pencuri. Tingkap dapur dia dah nganga, dicabutnya satu2 cermin. Dalam pukul 2 pagi camtu, jiran aku bangun nak buang air, dia nampak lembaga kat cermin dapur rumah..

Katanya, cermin dapur dia lupe nak rapatkan.. Orang tu tengah berusaha nak buat pintu dapur.. Seram ok.. Jiran aku slow2, pegi jirus air panas kat badan orang tu.. Ramai yang cakap, kenapa tak keluar rumah jerit pada geng2 lelaki yang lepak kat depan jalan.. Ish, klu jadik kat aku pun (mintak sisih) aku tak tau nak buat apa.. Ada yang cakap lain kali amik pisau, potong terus tangan orang tu.. Eh, takut gak, klu lepas potong terus dapat tangkap takpe, ni terlepas, pastu orang tu berdendam dengan kita, lagi menakutkan.

Lepas kejadian tu, ahli taman buat mesyuarat tergempar.. Cadangan untuk buat pagar keliling taman dibangkitkan balik.. Harap2 kali ni jadi la buat.. Takpe la kuar duit banyak sikit pun, janji keselamatan terjamin sikit.. bukan ape... belakang perumahan kitorang tu, ada asrama untuk bangla, indon pun ramai.. mana kita nak tau kan..

So, korang pun berjaga2 la ye.. Jenayah sekarang tak kira siang or malam.. Jangan kita leka, sebab diorang ni pantang kita leka, memang terus ambil kesempatan.. Hubby pun lepas insiden tu, pergi kelas dia mangga habis grill dengan pintu pagar.. sebab dia tau isteri dia lambat bangun, takut gak kan, kalau ada yang berniat jahat.. Seram.. ni dah kes ke 3 sejak aku duduk perumahan ni..

Bantuan 1 Malaysia vs undi

Situasi: Nak gi keje
Tempat: Dalam lif

A: Eh, esok aku kena gi sekolah pukul 11
B: Buat ape?
A: Ala, sekolah suruh datang ambil bantuan 1 Malaysia tu, yang dapat Rm100 tu
B: Ooo.. RM100, eh bukan ko orang PAS ke?
A: Memang la PAS, tapi dah orang nak bagi duit, amik jela, pangkah ape belakang kira
B & A: AHahahhaha..

Aku sengeh je dengar dialog diorang ni.. Cool erkk!! Kihkih..

Friday, March 23, 2012

Demam tatkala di ambang 6 bulan

Akhirnya.. pada usia seminggu sebelum berusia 6 bulan, Eqal demam.

Sebenarnya semalam Eqal dapat suntikan untuk 5 bulan, nurse cakap kalau masa cucuk untuk sebulan dan 3 bulan tak demam, so maybe untuk cucuk 5 bulan pun tak demam.

So, aku just pesan pada pengasuh kalau Eqal demam je baru bagi ubat. Petang tu ambil dia, ok je takde tanda2 nak demam. Tapi start je magrib, nampak muka dia cam tak sihat, aku cek suhu pun dah jadi 37.. Sebab 37 je aku cam, ok kot, just bagi dia susu badan & tidurkan dia.. Sejam lepas tu dia bangun, aku rasa badan dia eh tadi tangan dengan kaki je panas, sekarang dah naik ke badan & kepala.. cek suhu naik 37.7.. alamak.. Terus bagi ubat & lap2 badan dia.

Oye, ubat tu paracetamol 120, aku bace label tu untuk umur lingkungan Eqal 2-5ml, tapi nurse letak 5.3ml.. Aku cam risau nak bagi sukatan dia bagi tu, takut overdose so aku just bagi 2ml je. Lepas 10 minit, amik bacaan, tengok dah turun ke 37.3, tapi still nampak dia cam sakit je.. Teruskan lap-lap badan, kecuali kaki, sebab aku penah bace jangan lap semua badan, tinggalkan bahagian kaki supaya panas tu keluar ikot situ.. Memang menjadi, sebab sebelum ni aku selalu lap semua so suhu dok camtu je tak turun2, bila tinggalkan kaki, suhu memang turun.

Eqal pulak dalam sakit2 tu still lagi nak gelak2, senyum2 bila aku letak kain kat kepala.. Dia cam suka lak.. bahagia aku tengok muka dia senyum, at least tak la risau aku klu dia muka muram je aku memang haru laa...

Dalam kul 11 camtu aku cek bacaan turun ke 37.. Then kol 12 dah turun ke 36.8.. Then tiap kali aku terjaga aku cek bacaan makin turun dan turun.. Alhamdulillah.. Nasib la turun, klu tak turun, aku tak keje kot hari ni.. Risau laa..

Thursday, March 22, 2012

Eqal 5month +

Baru lepas check up baby Haiqal.. Tapi tadi, boleh tak dah pukul 10.30 pagi aku terlupa ada temujanji pukul 11pagi untuk Eqal. Sebbaik kawan ofis ingatkan hhuhuh.. Masuk mintak izin bos pun, bos cakap dia pun pelik napa aku tak pegi2.. Tu la sebok isi borang income tax bos sampai lupe sume benda kihkih..


Ok, hari ni Eqal kena cucuk untuk 5 bulan, walaupun minggu depan dia dah nak masuk 6 bulan.. Cian anak aku, sebab penuh temujanji untuk budak terpaksa dilambatkan check up dia setiap bulan.

Masa nak timbang kan dah telanjang bulat dah anak aku tu, nurse yang nak amik ukuran naik geram sebab bulat2 badannya tak padan dengan umor.. katanya dah macam 7 bulan, maknye kecik je hihihihi... Nak buat camne, maknye gak yang silap makan gula terlebih masa preggy hihihi..

So perkembangan Eqal... ermnnn yang terkini dia dah angkat badan dia tinggi2 pastu hempap jauh ke depan or ke belakang.. Dah nak merangkak kot.. Sebab kadang2 lepas angkat badan dia tinggi2, dia letak lutut ke lantai.. comel je.. hihihi..

Gigi belum tumbuh pun lagi.. tapi takpe, next week gigi tumbuh ke tak, mama buat bubur untuk Eqal k.. Dah kena belajar makan... sebab mama tengok Eqal cam tak suka makan.. bagi makanan lembik2, buat muka pelik hiihih..

Berat dia naik sikit je 8.6kg.. ramai yang tegur Eqal dah susut.. mana tak susut lasak kemain lagi.. BMI dia pun menurun tapi masih dalam kategori ok.. tak obes tak kurus.. Kategori sasa hhaaha..

Sekarang dah pandai melawan kalau abang dia letak kepala kat atas dada dia.. Dia akan tarik rambut abang dia. Haahahah.. mula la si Qimie, adik.. aduh..aduh.. pastu Qimie letak kepala kat kaki adik dia.. Hahhah.. kena tendang lak.. tu la buli sangat adik.. Lagi 5 bulan adik lak buli abang.. tengok laaa....
Asik entry pasal adik je.. nanti nak update pasal abang lak.. cian abang hihihi..

Wednesday, March 21, 2012

....

Tak tau nak cite ape kat blog.. mungkin betul rabu tanpa kata2 kan...
Tepek gambo sudah... jadik gak 1 entry kan haahahah...

Dah, jom balik!!

Tuesday, March 20, 2012

HUarrrgggghhhh

Menguap, menguap, menguap....Mengantuk gileeeeeeeeeeeeeee!!!!!

Sejak 2 menjak ni agak kebizian.. sebab.. aku baru tau banyak nota dalam kamar yang aku kena taip rupenye.. hikkhik.. ingatkan sebab bos dah suh lawyer taip so takde keje dah nak kena buat berkaitan nota rupenyeee perbicaraan dalam kamar aku yang kena taip.. lawyer taip untuk dalam mahkamah aje.. Huhuuh...

Ni ngantuk pun sebab dok edit nota yang lawyer taip... dengan takde spacingnye, lintang pukang.. Baik ko suh aku taip je sebab dok edit nota korang naik pening aku tengok.. Kalau nota tu 20-30 mukasurat je takpe, ni 200-300 dan lebih muka surat.. arrgghhh!!!

Ok, bw jap la mana yang dan, buat ilang ngantuk..

Monday, March 19, 2012

Mamai

Semalam, sambil2 tidurkan anak, mama dia pun sama naik tertidur. Bangun2 aje dapat mesej dari hubby. Masa bangun tu kat kepala memang dah set nak sembahyang, tapi pi terkam hp dulu kan tengok sms dari hubby. Lepas letak hp atas kabinet, terus capai kain sembahyang, bentang sejadah, solat..

Tengah baca tahyat awal teringat, eh.. aku blom amik air sembahyang laaa!!!! Haahaahahah... gelak sorang2. Mengoms!! Nasib baik la teringat belum amik air sembahyang, kalau tak perasan terus, harus laa solat sia2 namanya..

Moral, jangan tido siang kihkih...

Friday, March 16, 2012

Cheetah

Tengahari tadi ekceli takde plan pon nak kuar, sekali cam malas lak dok sorang2 dalam bilik, sms hubby mintak izin gi Plaza Alam Sentral.. err.. sebelah ofis je, tapi tetap wajib kena mintak izin kan hihihi..

Gi la cucuk duit, konon nak beli barang makan skit untuk letak kat ofis. Sekali tengok.. wahhhh!!! Duit tanggung keje aku dah masuk..Syukurr alhamdulillah.. Terus berjalan macam takde arah tuju.. pegang itu, pegang ini.. Pastu teringat nak cari kain, lorr takde jual kain kat The Store tu. Mengingatkan dah lama tak beli jeans, aku sambar la jeans ni. Cheetah diskaun 70%.. harus la grab haahah..
Ok, ada saiz kat situ, kantoi hahaahah.. cari saiz 29 tadi, tapi takde.. sekali sarung, eh ngam2, pinggan je longgar sikit.. Ok sila sedar diri yang anda dah gemuk huwaaaa..sobb..sob..

EH baju tidak dilupakan, rembat gak.. Rege RM15 je, amik la haahah..

Boleh pakai jalan2 gi Melaka nanti..

Sekali masa nak bayar tu tengok baju lelaki ada 50% diskaun gak.. Teringat kat hubby, dah lama tak beli baju untuk dia.. So sambar 1Adeiii sume gambar senget. Cheetah gak.. Rege RM66.90.. Diskaun 50%.. Oklaa sebab kain dia best pegang.. Awak, kira ni hadiah pre-birthday k.. Untuk birthday u nanti i dah tau nak beli apa hihihihi... Tunggu... (ber'i' 'u' plak, gedik!!)

Ok admit.. aku memang tak boleh ada duit dalam tangan, mesti tangan gatal nak shopping.. Tadi aje dah abis RM100.. sebbaik aku tak beli sandle.. klu tak, melayang lagi RM50.. Tapi, tak salah pun beli untuk hargai diri sendiri kan.. Ok, next week nak potong rambut jadi pendek.. rambut asik gugur je, rimas..

Single or duet

Comel je situasi tadi.

Ada budak admin datang hantar fail. Masa tu aku tengah buka blog ni, so ada gambar sarung cincin. Lepas serah fail, aku sign bagai dia gerak nak balik, sekali dia pusing balik tanya aku,
"Nak kawin ke?"
"Ha?"
"Tu, tengok gambar tu, nak kawin dah ke?"

Aku macam.. hahahahah.. lawak laa, selama ni budak pempuan ni, agak comel orangnya & muda dari aku klu tak silap ingat aku tak kawin lagi ke? Aku jawab, sambil gelak2
"Dah anak 2 laa"
"Eh, yeke? Dah 2 anak??"
"Haah"

Sengeh2 malu, terus berlalu.. Tapi aku dapat tengok la reaksi dia macam tak pecaya..

Hahaha.. tu la untung orang rendah macam aku ni, selalu orang ingat muda belia lagi.. errrr jap2 rasenya mmg muda lagi kan selagi tak masuk usia 30an hahahah.. Kalau keluar dengan hubby je, pegang2 tangan, mesra gedik2 lebih skit, mesti orang pandang serong hahaahah... Ingat couple per? Macam masa dating ari tu, uncle tu bagi bilik belakang sekali, tersorok, konon bagi privasi kat kitorang haahaha.. Comel je uncle tu..

Eh, dah nak balik la.. selamat berhujung minggu kawan2 ye

Amah buat satu kerja gaji RM700.. wow!!!

Yup! Wow!!! Satu keje je RM700.. gile!! Tak relevan langsung!!!

Ok, aku bace paper BH pagi ni, kat hot fm pagi ni pun buka topik yang sama. Aku taip skit la berita tu

JAKARTA: Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus samada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji MINIMUM RM700 sebulan.

Berdasarkan peraturan itu, jika seorang pembantu rumah di ambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.

Ok, so klu nak bibik jaga anak dengan kemas rumah kena la amik 2 bibik.. RM1400. Wah diorang ingat semua rakyat kat Malaysia ni banyak duit ke nak bayar. Klu dapat bibik yang bagus takpe.. ni kang tentiba dapat bibik yang rajin time kita kat rumah je, layan anak dengan baik time kita kat rumah je, belakang abis di kejekan anak kita, kat rumah pulak asyiknye guna telefon sampai bil melambung tu belum lagi masuk bab mandrem dan goda-menggoda.

Ehhh aku pelik la nape kerajaan kita ni baik sangat ikot je cakap orang Indonesia ni.. Agak2 la kot ye pun nak letak harga tu.. 1 keje je kot.. Gaji punya mahal.. Padahal makan minum, tempat tinggal dia majikan yang tanggung.. klu boleh cas makan minum dengan tempat tinggal dia aku setuju sangat la.. Hahahaah..

Owh, ada lagi 1, diorang diberi 1hari cuti setiap minggu & passport diorang pegang sendiri.. Memang senang sangat la berlaku risiko untuk bibik tu lari kan.. Aku tak rase la majikan ni jahat2 belaka, kebanyakan majikan aku rase baik je dengan bibik, segelintir je yang betul2 dera bibik tu buat keje dari A to Z kot.. Biasanya majikan masak sendiri untuk bagi suami & anak2 makan, bibik tolong je kan..

Aku rase kalau dah jadi kes camni, lagi la majikan guna betul2 bibik tu, biar berpadanan dengan gaji RM700 tu.. aku rase basic kerajaan untuk Pembantu Am Pejabat pun sekitar 700 je sebulan.. Tu pun dah macam kuli kena buat itu ini.

Kesimpulannya aku tak setuju la dengan peraturan baru ni. Tapi jap2.. aku mana penah amik bibik, nape aku lak meroyan ni?? Hahahaha.. takde la, aku cuma concern.. Kesian dengan orang kita yang betul2 perlu guna bibik ni.. Lagi bertambah la beban kan.. Padahal tujuan amik bibik ni untuk kurangkan beban.. Ok, tu just pendapat aku la kan.. Orang banyak duit tak kisah kot hhihhii...

Thursday, March 15, 2012

Keje sape ni?

Baru je sat aku pegi toilet, tinggalkan tempat aku, balik je dengar cite bos amuk kecil-kecilan hiihi...

Kata odeli court ni, bos buka pintu, then tanya, kenapa tak angkap telefon, banyak kali dia call. Erk!! Terkejut la odeli tu, sebab memang takde bunyi.

Aku terus la check telefon ofis aku ni.. Laa.. ada yang gatal tangan pegi buat silent mode.. Acane nak dengar bunyi phone ringing.. Aku pun perasan gak, dari pagi aku sampai tadi takde langsung orang call. Tapi aku takdela telah bukan-bukan sebab cam rase biasa kot coz sini memang jarang orang call sebab bukan nombor direct line, kena melalui operator, so just ignore. Sampai la bos komplen.. Dan, muka bos agak tegang.. maybe bengang call tak diangkat, biasa pada deringan 1st aku dah angkat dah so dia takde tunggu lama.. Abis laaa peguam2 untuk bicara dalam kamar hahaahh...

Tapi, masalahnya, kenapa jadi silent mode nih? Hairan, sebab yang ada kunci pintu bilik aku ni cuma odeli dan jurubahasa... Sumer cakap takde usik pun tepon. Owh, misteri di situ...

Floor ni, ada dengar cite ada bunyi2 jugak.. serammmmm huhuhu...

Wednesday, March 14, 2012

Nak resort Melaka, tapi..

Hari ni hari pening aku.. Pening cari apartment or resort kat Melaka yang boleh muat 7 dewasa 2 kanak2..

Bukan takde... banyak yang aku jumpa.. tapi sebab kriteria yang aku nak mesti
1. ada kolam renang
2. harga berpatutan

Ada yang ada dua2 tu, tapi dah fully book. Ada yang ada kolam tapi harga mahal erk!! Ada yang harga ok dah tapi takde kolam.. Aku, hubby & Qimie suka mandi kolam (walaupun aku tak pandai berenang tapi ada Mr Penyelamat aku hihihik), so musti nak cari yang ada kolam kihkih..

Ada sape2 ada cadangan tak??? Nak pergi time hujung April + awal Mei nanti... Rindu nak bercuti...

Tuesday, March 13, 2012

Ragam

Situasi 1

Azan berkumandang di tv, si anak sulung terpisat2 baru bangun dari tidur petang. Si ibu terus masuk bilik nak siapkan air untuk mandikan baby. Tiba-tiba si sulung tepuk-tepuk belakang si ibu.

"Tepi la mama.." Suara perlahan, si ibu pulak,
"Kenapa mi? Nak apa?"
"Tepi la mama, qimie nak amik semayang ni" Suara dikuatkan sikit.

Si ibu keluar dari bilik air memerhati perilaku sang anak. Dicelup tangan dalam baldi & basuh muka juga tangan. Siap tu kuar bilik air, terus capai sejadah kecil khas untuk dia.

Terus angkat takbir, rukuk, sujud, bangun balik dan ulang. Berair mata aku, dalam terharu dan gelak. Terharu sebab tak sangka dengar je azan terus otomatik dia nak sembahyang, biasa tengok mama & papa nak sembahyang baru sama sebok nak sembahyang sama. Gelak sebab dia buat cam dalam mamai ahaahah.. comel sangat... terus teringat nak candid gambar dia..

Belum sempat candid, dia dah merajuk.. gantung balik sejadah, kuar bilik, dok depan tv, tengok sponge bob... Ekekek... dah pandai no camera pleaseee!!!


Situasi 2


Qimie, mama nak mandi ni, tolong tengokkan adik ye. "Ok" Sepatah jawabnye.. Lepas gosok gigi, buka pintu, jengok, ok dia tak kacau adik dia.

Cuci muka, jengok balik, dia dah sedia dengan aksi dia, sebab dia tau aku akan jengok banyak kali; "Mamaa, Qimie nak pijak adik..."

Ok masa tu sebelah kaki dia memang dah atas adik dia, tunggu masa je nak pijak.. Maunya aku tak meroyan. Sebab tu kalau nak mandi, aku rela bagi hp aku pada dia, biar dia asyik dengan game dalam hp tu daripada dia usik nak buat apa2 pada adik dia. Belum lagi dia nak angkat adik dia la, cucuk mata adik dia la, klu ada makanan kat tangan dia, nak suap adik dia la.. Adeiiiii

Suka tau buat mama takut si Qimie ni.. Aku akan mandi puas2 bila ada hubby kat rumah je, biasa selasa & khamis hubby main badminton, lepas Isyak baru sampai rumah.. so memang mandi kebau laa aku setiap Selasa & Khamis.. sobb..sobb
Ni la contoh2 pembulian terhadap adik.. kadang2 slow je dia cium adik dia tu.. kadang2 dia tekan skit, so adik dia gelak2.. tapi selalunye, dia tekan kuat.. so adik akan nangis, mama lak akan menyinga huhuhu...

Buli2 gak.. tapi, pernah dia menangis tak mau masuk kereta selagi adik dia tak balik sama2 dengan dia.. Kejadian di rumah pengasuh.. Katanya, "kecian adik mama... adik nak balik jugak.. mama... ambik la adik.. mamaaa..." nanges2 hahahah.. sayang, tapi buli sama naik dengan sayang dia tu..

Monday, March 12, 2012

Hot & Roll & Ciken chop air tangan


Hari masa ngedate dengan hubby perasan stall ni..
Sori, makanannye udah habis baru teringat nak snap.

Aku suka la hot & roll ni. Sedap, rangup. Masa makan kat Kuantan Parade last balik kampung ari tu dah jatuh chenta.. Ingat ada kat Kuantan je, rupanya ada jugak kat sini haahahah...

Walaupun baru lepas makan KFC masa tu, still muat makanan ni masuk dalam perut aku haahaha... acane tak boroi perut..

Cuba la korang, sedap..

Owh, ni plak percubaan aku buat chicken chopIdok le nampak ayamnye kan... Aku tiru resepi kat buku je haahah.. tak guna minyak deep fry pon, just goreng guna butter atas nonstick pan.. Gravy dia je fail skit, sebab aku gi campur air perap ayam tu.. so terlebih rase kicap..

Tapi yang penting hubby cakap sedap & Qimie makan bertambah2.. jarang dia nak makan ayam camtu je.. Biasa makan nasi je semata.. Fun fries tajaan tesco aje.. Aku goreng garing pastu tambah garam skit. Yummy, terus rasa cam fun fries MC D hahaahah..

Hubby kata sedap, cuma next time kena kurangkan masin.. next time?? Mintak buat lagi la tu.. hihihih.. Ok nanti cari peha ayam gabak2 ai masak lagi k..

Ok, balik ni masak ayam masak merah sudah.. Lapo...

Sabtu yang panjang

Awas, entry ini banyak gambar, sila jangan muak! Hihihi..

Sabtu lepas ikut hubby pergi ofis dia kejap, ambil barang tertinggal. Kat rumah lagi aku dah request nak pekena makanan kat Satay Station, dah lama dengar tapi tak penah sampai.

Kitorang lalu ikut KESAS, memang maklum la akan ada beberapa tempat jammed tahap cipan,(eh cipan lak disalahkan hihih). Tapi that day herannya, jam nyer melampaui batas eceh, ayat! Hahahah.. korang tengok niSesak teruk, tengok la meter kete, tu sambil gerak slow2 la tu.. Sesak ni sampai ke mana erk tempat tu, aku tak sure hihihih tapi rupanya jem ni sebab ada kemalangan... 3 ke 4 buah sekali eksiden.. Tapi aku rase tak melibatkan nyawa cuma kereta jela agak teruk kemek, kes laju tak sempat brek kot sebab kat laluan memotong ni, lane paling kananAku sempat snap kete proton ni je, takut2 nak snap sebab mangsa2 kat kete tu cam pandang je bila aku sua hp nak snap gambar hahahah.. tu kemik belakang kete dia. Lepas je lintas kawasan eksiden tu ko tengokClear gila jalan kan.. tapi tu arah bertentangan lak yang jem.. Ntah aku pun tak faham nape tiap kali belah laluan aku yang eksiden, laluan bersebelahan tu mesti akan jem sama. Concern sangat kot orang Malaysia sebab mesti bawak slow sebab nak tengok kemalangan tu.. Tapi mungkin la concern tu bertempat, mana nak tau, kot2 kita kenal orang yang eksiden tu kan.. Tapi tula, sikap tu akan buat jalan sesak teruk la.

Sebab jalan jem sangat aku banyak amik gambar anak2 jela, antaranya..
Kelakar tengok gambar Qimie yang ni, dia cakap, mama, masam la coklat ni, pastu mama, emmm manisnya coklat ni.. eh mama, masam la.. Rupenye masam2 manis candy ni hihih..
Eqal yang membulat
Suka bergambo buat peace sekarang
Eqal cakap, takde keje betul mama aku ni, bergambo je hikhik
Eh, aku lagi enter-frame.. muka makin molat haahah
Ok,ok, jangan mencemuh.. bukan gambar-gambar anak je aku tangkap, gambar aku sekali hhaahahah...

Dok dalam kete sejam lebih, memang tu jela pun kejaannya kan hahaahah.. Sampai kat ofis hubby berebut parking dengan orang yang datang kenduri plak.. Situ memang full booking tuk kenduri, depa guna dewan..cantik weh dewan dia..

Pose sementara papa abiskan keje.. Alas jaket papa je, takde sofa kat level ni.. hihihhi

Dah settle je keje, apa lagi.. tuntut janji la.. So pergi la kami ke Satay Station kat Jalan Bukit Belacan. Orang tak ramai so cepat la dapat makanannye.. Siang hari rupanya takde banyak kedai yang buka so pekena mee rebus dengan nasi+sup daging+telur dadar. Sup daging dia ermnn RM10 sekali dengan nasi klu tak salah aku.. Sedap tu sedap la tapi isi dia sikit sangat, cam tak berbaloi dengan harga, tapi telur dadar dia sedap haahah..Mee rebus dia memang sedap, RM6 semangkuk klu tak salah aku.. Mee rebus dengan air je sempat aku snap, lepas tu takde bateri dah hp huwaaaa...
Tembikai laici untuk aku dah teh o ais untuk hubby & Qimie.. Aneh, order teh o ais, yang sampai kopi o ais... Tak abis la Qimie minum jawabnya..

Satay tak sempat nak snap, so pinjam gambar kat google, tapi ada tagging nama owner gambar tu, kalau empunya terpandang gambar ni, mintak halal ye, tampal sini..
Sebijik camni la dia hidang..

Cantik presentation, buat teruja nak makan. Rasa satay dia memang sedap, lembut.. lagi sedap dari satay samuri aku rasa.. Besar pun besar, juicy pun terasa.. Order 10 cucuk ayam, 10 cucuk daging, tapi aku makan 3 ayam 1 daging.. Tak leh nak masuk dah sebab besar2 satay dia.. Kenyang dah.
Time makan, Eqal tido, so leh makan dengan puas2.. Dia bangun pun sebab abang Qimie sebok goncang2 stroller.
Muka puas ati dapat makan kenyang..

Balik tu lalu ikot lain, takmo lalu KESAS dah, takut terperangkap dalam jem lagi haahah..

Thursday, March 8, 2012

SBPA batal SSM kembali

SBPA dibatalkan.. SSM ditambahbaik..

Setuju gila sebab baru rase adil pada semua penjawat awam sebab:
1. Senior dan junior takkan sama gaji ahahaha
2. Takkan ada sesi bodek2 bos.. rimas ok!!

Harap2 gaji ni diorang backdated seperti yang diorang janjikan dulu.

Paling penting, harap barang tak naik la regenye sebab kalu barang naik.. sia0sia kenaikan 13% ni weh....

Dan the best part, dapat je tunggakan ni, hubby janji nak bawak jalan2.. dah lama tak bercuti 1 family... Miss that moment already.. cepat aa abis belajar papa k ihhihi

JM5... Jem, apakah?

Selamat pagi semua.. Dah makan ke? Aku minum oat dengan ambil epal merah je tuk breakfast. Konon2 nak cuba diet baru.. Itu hari sebok cakap makan Jusmate 5 kan? Padahal 5 hari je aku telan, pastu takde selera dah tengok JM5 tu haahaha...

Tapi, oleh kerna dah gatal order sekotak dengan adik aku, rugi pulak kalau tak makan.. So, mulai ari ni, menu tengahari aku bertukar kepada JM5 aje.. 20 hari je la.. sebab aku tak nak order dah lepas abis 1 kotak ni haahahah.. Harap2 aku bertabah untuk konsisten dengan menu pagi oat, tengahari JM5.. Cumanya petang@malam, aku tak sure lagi nak amik ape.. Maybe nak makan sup2 sayur je kot dengan bebola.. Or letak je ikan bilis kan, dah ada rase.. Tapi takut takde protein lak, so tengahari ni nak mencari bebola ayam la kejap hikhik..

Eh, korang, tempat korang jem tak pagi tadi? Aku kuar cam biasa la 7.30 pagi, dan biasanya jem bermula kat flyover sebelah CIAST tu dan tu pun jem yang bergerak la, dan biasanya paling lama pun 10 minit je sangkut situ. Tapi hari ni, lepas je aku kuar tol LKSA RM1.20 tu... rase cam tak bebaloi sebab terus sangkut jem.. Heran gak aku apsal kete depan aku dok terbrek-brek, sebab aku tengah nak laju masa tu, rupanya lepas selekoh tu dah jem. Sebbaik boleh kawal kete, jalan basah kan, main brek ngejut memang cari pasal la...

So, sampai ofis pukul 8.08 minit.. Hahahaaha... lantakkan. Tapi, aku rase semua tempat jem kot hari ni kan.. sebab hubby yang naik moto tu pun sangkut sebab jem, dia sampai ofis pun pukul 8.02 minit.. biasa paling lambat pun kol 7.45 dah sampai dah dia tu... Maybe sebab pagi tadi hujan kan tambah pulak banyak tempat kat Lembah Klang ni banjir, so semua tempat pun stuck.. Hulu Langat dengan Ampang la paling teruk banjir kilat kan... Dugaan di bulan Mac..

Tapi, malam tadi anak2 tido lena sebab sejuk... hujan non stop kan.. Owh, ada jugak 1 mangsa tanah runtuh kan.. Takziah pada keluarga mangsa.. Dan lepas ni, bizi balik la staff x-ofis aku.. Akan buka Jawatankuasa Kumpulan Kerja Tanah Runtuh (JKKTR). Selamat bertugas kawan2 kat Cerun..

Wednesday, March 7, 2012

Rumusan hari semalam

Hai semua... Sihat? Aku, harus la sihat, semalam kan dah dapat tengok cite Adnan Sempit 2 (AS2)

Weh, best la cite AS2 ni, dari mula sampai last aku dok gelak je. Tengok AS dulu cam tak berapa nak gelak, maybe sebab bukan tengok dalam panggung kot hahaaha.. Orang pun tak ramai tengok, rasanya yang tengok semalam tu budak2 lepasan sekolah kot.. ramai yang ngedate je, tapi ok la ada gak orang yang tengok sebab bagi aku gelak secara berjemaah yang buat tengok wayang lagi best kan..

Jap2, harga wayang time hari biasa memang murah ek? Tiket kitorang semalam murah je RM7. Ke kat Summit je yang buat offer camtu? Owh, kitorang jalan2 kat Summit USJ je semalam. Hubby cakap, kata nak dating, harusla pergi tempat dating masa bujang2 dulu, mengimbau kenangan silam katanya hahahh.. romantik statement la kononnye..

Padahal kitorang nak gi pusing2 tempat baru, ape nama erk, Plaza Montarez ke ape ntah tapi tak jumpa kat mana tempat tu kehkehkeh.. Tak pasal bazir masa kat perjalanan aje tau... Nak guna papa go tentiba mendalah tu buat hal, jadi cam pening. Dah nak sampai kat Summit USJ baru otak dia elok balik, mencik!! Hubby pujuk, katanya kita gi len kali hukhuk.. tunggu dia survey tempat tu dengan kawan2 dia dulu katanya, idok la sesat lagi adei..

Siap perli aku sambil gelak2 katanya, dulu kalau sesat, tak kisah pun, sekarang tak boleh pulak.. Bukan tak boleh la hubby, tapi dulu takde komitmen, balik la lewat malam pun takpe, sebab lum ada anak, la ni dah ada anak.. klu terlepas wayang tayangan awal, tak dapek la tengok sebab kol 5.30 dah kena amik anak dah.. Udah la giliran jumpa doktor terlepas gara2 kitorang pegi makan.. Aku tanya nurse pelatih tu, no aku dah lepas ke blom sebab no selepas aku, aku tengok dah masuk bilik doktor.. dia gamble je cakap belum..

Lepas 30 minit, aik dah lebih aku no 542 tapi no 560 ke atas dah naik untuk masuk bilik doktor.. memang pelik la kan. Aku tanya nurse kat kaunter pendaftaran, sebbaik nurse tu baik & aku suka nurse tu sebab dari hari pertama aku daftar dia layan baik je setiap pelanggan yang datang. Dia checkkan dah cakap no aku dah dipanggil, tapi sebab aku takde so diorang hold dulu.. Tak sampai 5 minit, terus no aku naik. Ko tengok... nak je aku ngadu, nurse pelatih ke student ek.. aku rase student budak tu sebab baju tak sma cam nurse.. Klu aku buat aduan, mesti teruk prestasi student tu.. Takde inisiatif nak tolong langsung tau.. aku ingat dia dok selak2 kad tolong semak kad aku, so aku tunggu luar bilik, tapi sampai sudah dia ignore je aku, padahal dia tau aku tunggu confirmation dari dia samada dah naik ke belum no aku.. Eeeeeeiii panas ati.

Gambar masa ngedate ada gak tangkap, tapi nyampah la.. dia tau aku nak letak dalam blog, terus dia tutup muka, mencik! Katanya klu nak letak gambo, letak gambo aku sorang je, gambar dia tak payah.. Eee tak faham jiwa aku sebagai blogger yang tak berapa nak tegar ni betul la..

Owh, pasal Haiqal.. Alhamdulillah, lepas sesi pemeriksaan & pertanyaan itu ini.. setakat ni disahkan Haiqal ok, perkembangan dia sama cam baby lain. Siap nurse2 'culik' anak aku jap bawak main sebab si Eqal ni kemain gelak time diagah.. Tapi doktor still akan buat observation. So pertemuaan seterusnya lagi 5 bulan. Ok la, aku cek kalendar, tarikh tu belum start pose.. so leh ngedate lagi ekeekek.. Hope ada wayang best2 bulan tu dan pakcik tempat karok tu dah update lagu2 baru... boleh la nak karok lagu terkini, ni alahai yang terbaru sumer lagu indonesia, mana aku tau sangat weh!

Ok, sekian.. Eh kesimpulan.. Aku rase pasangan dah kawin patut ngedate or luangkan masa dengan pasangan sesekali berdua aje.. Buat apa saja aktiviti yang dulu masa sebelum korang kawin dulu selalu buat, cam aku contohnya, tengok wayang, karok, main bowling, makan.. Gunakan masa berharga berdua tu dengan sebaiknya, aku jamin ia akan lebih menghangatkan cinta dan mengeratkan hubungan korang yang secara kita tak sedar mungkin makin jauh atas kesibukan urusan kerja masing2...

Eh, tapi terpulang la pada persepsi memasing kan.. Ni persepsi aku dan hubby.. coz we think we both need quality time together, walaupun masa dating tu asiknya memasing teringat kat anak.. dah makan ke, makan ape... klu ada anak2 mesti kitorang dok terkejor2 kan dia yang sebok lari sana sini ihhihii...

Ok kali ni baru la, sekian... ^_^

Monday, March 5, 2012

Pre-date

Esok cuti yey!! Tapi, kena bangun awal gak sebab ada appointment baby Eqal.. Jumpa pakar kat HTAR. Harap2 diorang tak sambung appointment lagi... penat la nak amik cuti tiap 2 bulan sekali, pastu nak tunggu jumpa pakar la, lahai lamanya nak tunggu, tapi demi anak, gagahkan jela..

So esok, agenda selepas temujanji tu yang penting.. Nak dating dengan my dearest hubby. Lama gila kot aku tak dating. Eh jap.. last 2 month ada laa date, tapi kejap sangat sebab banyak hal nak kena buat hari tu jugak.

Tapi esok.. aku bagitau kat hubby, tak sabar nak tunggu selasa.. cam debar2 lak.. cam zaman kita cinta dulu2.. cinta belum kawin dengan lepas kawin, bagi aku ada kelainan haahaha.. bagi aku laa... korang tau ape reaksi dia.. Sengeh ngejek, pastu gelak2.. Hampes betul.. Aku amik bantal baling kat dia. Potong tau nak buat suasana romantik, dia gelak2.. Yeee suami saya tidak romantik dari segi percakapan, tapi dia tunjukkan dari perbuatan Hihih..

Esok nak tengok Adnan Sempit 2 la.. Walaupun filem tu filem lawak tapi nak buat2 takut boleh tak? Tutup2 mata.. takot..takott... Gediks di situ haahahaah.. memang nak kena lempang la jawabnye tu. Pastu nak karok.. dah lama tak karok sebab Eqal takut bunyi bising.. bunyi kompang pun dia melalak takut... beza beno dengan qimie, siap leh tido dalam bilik karok hahahah...

Ok, daaa nak balik dah..

Mary Kay & Pavlova

Semalam, kat rumah aku ada buat kelas basic untuk facial dengan make up. So malam sebelum tu gigih la gi cari kek barang seketul dua dengan epal untuk jamu tetamu.. Tetamu kan bawa rezeki so sila jangan kedekut.. Owh, tapinya hanya kek yang aku ingat nak potong, epal tu lupe sampai sudah hahahaah..

Ok kawan aku ni agen produk Mary Kay.. Tu sebelah aku tu la dia, Selley..Ok, ni antara sebahagian barang yang dia ada.. aku lupe tunjuk masa dia susun elok barang tu.. ni aku snap lepas abis upacara mekap2 hahaaha...Oh, aku guna produk loofah Mary Kay ni.. produk ni sebagai scrub or lulur tapi dipakai macam kita pakai body shampoo tu laa.. Senang. Aku pakai sekali dengan set losyen.. Bau dia ala2 buluh.. Ok la bau dia lembut, tak menusuk hidung. See sebab hubby putih, nak lawan dia la ni so kena pakai body scrub, baru la tak nampak perbezaan ketara hikhik..

Tetamu yang datang sama-sama mekap ni idok le aku snap gambar, kan semua tak pakai tudung tapi lepas cuba produk ni cam best je aku rase.. sebab produk ni agak mahal so lupakan saja haahah...

Eh, tapi kalau ada yang berminat nak cuba produk ni, tak beli pun takpe, just kalau nak cuba produk ni boleh la contact dia.. Selleyna 019-3209614 . Dia akan datang tempat korang dan buat demo.. eh demo ke namanya? Err maksud aku, dia akan ajar korang basic facial dan make up dengan gunakan produk Mary Kay tu. Ermnn bagi aku berbaloi la kalau korang nak cuba produk ni sebab produk dia kebanyakan berasaskan mineral. So kalau berminat just give her a call ye kawan2..

Ok ni nak suggest sangat2. Aku tau tuan punye takkan promote sebab dia adalah pemalu ya amat untuk promote barang-barang dia hahaahah..

Korang tau kan pavlova? Aku selama ni bila tengok sana sini sibuk pasal pavlova, aku macam, alahai sedap sangat ke? Aku takde la teringin beno nak rase.. Tapi bila aku tengok kat fb kakak kawasan ni buat pavlova, terus la usik dia suh anto ke Bukit Naga. Sekali semalam dia tunaikan kooooo.. Terhawu adik, kakak... Ni la kakak kawasan.. tutup muka ala2 malu (padahal tutup hidung sebab nak cover jerawat haahahahah..)Bersama pavlovanye yang waduhhhhhh sedap sekaliiiiiii!!!!!
Ok, saje letak banyak2 gambar sebab nak bagi korang terliur. Ok ni bukan puji sebab tukang buat tu kawan aku, tapi memang kek ni betul2 sedap.. serius tak tipu.. Aku tengok kerak dia cam keras kan, tapi tak... dia cam soft crunchy, bila masuk mulut lembut je, cair dalam mulut. Kombinasi kek dengan buah-buah masam manis tu sangat perfect..

Korang, aku jamin korang takkan nyesal klu order kek dengan kakak kawasan ni.. sedap ok!!! Klu korang nak order just pergi kat blog dia fidaghazi.blogspot.com or click sini.
Ok seterusnya pujian harus diberikan pada sibambam aku Eqal sebab tak banyak bunyi sepanjang proses kelas ni dijalankan hiihi.. Juga kepada hubby sebab bagi kebenaran nak buat kelas ni hiihhi..
Cian baby Eqal, ngantuk sebab tidur asiknye ido tak lena kena kacau dengan abang.. Ni tak berbaju sebab aku nak mandikan dia tapi dia tak nak, sebok nak tido je hihihi...

Sekian...