Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, April 26, 2012

Cerita rumahtangga

Semalam balik rumah, tengok rumah, wahhh bersih, kain kotor dalam bakul pun dah kosong, tinggal baju baby je sebab nak basuh asing. Periuk, blender yang aku rendam sebab buat bubur untuk Eqal pun dah dicuci, sampah dah buang. Kain yang dah kering, terletak elok je dalam bakul. Lantai nampak berkilat, bilik pun kemas. Wahhhh!!! Terus cakap kat hubby thanks, dia sengeh pastu cakap, ermnnn harap kat Ida... Caittt!!!! Kutuk nampakkk!!! Hihih...

Sebenarnya malam semalam, hubby basuh baju, then mintak aku jemurkan, tapi sebab dah penat, time tidurkan Haiqal dengan aku-aku sekali tertidur. Tu yang hubby perli baikkkk punye tu. Kihkih... Tapi terus terang memang rumah aku hari2 biasa adalah tidak kemas.. nak kata bersepah tu cam teruk sangat kan hihihi.. Sebab tu aku tak suka kalau orang datang tiba2.. bukan tak suka akan kedatangan orang tu, cuma malu sebab rumah agak tidak tersusun ihiihihi...

Tapi, kadang-kadang suka gak kalau orang call cakap esok nak datang, memang zap zap je dah kemas rumah. Cam magic gitu, cuba kalau pagi dia call cakap nak datang lunch time, haaa ko boleh tengok kat bilik hujung aku, memang kat situ la aku campak sume barang kalau last minute bagitau ni hikhik.. Sebbaik kalau mak mertua nak datang bagitau sehari sebelum, idok la nampak sangat menantu dia ni pemalas khikihkih..

Terus terang la aku bagitau, aku mop lantai memang time hujung minggu, kalau kotor sangat je baru mop time hari keje. Baba kain, memang hujung minggu gak la proses basuh, jemur dan lipatnya. Sekali basuh 3 bakul, sekali lipat pun 3  bakul, tapi mesti tak habis sebab sambil-sambil lipat layan kerenah anak-anak. Belum bab masak lagi tu, sebab hujung minggu memang aku akan  masak, kecuali kitorang nak keluar, eh tapi kalau kuar pagi, petang tu tetap aku masak untuk makan malam dan kalau keluar tengahari, pagi tu aku akan masakkan sarapan pagi dulu.

So memang terkejar-kejar. Kadang-kadang rase macam tak cukup pulak 2 hari rehat hujung minggu, sebab bukan rehat, tapi habiskan kerja-kerja rumah yang tertunggak hiihi.. Pendek kata, celik je mata, buat keje tak berhenti sampai la tutup mata, tu pendek kata la kan. Panjang lak kata, eh, dah tutup mata pun still kena bangun wat eja, ops!!! Haip!! Haiipp!! jangan fikir lain, bangun untuk buat susu anak & menyusukan anak laa bukan nyusukan apak eh, eh!!! Kihkihkih..

Maybe la ramai yang sempat je kemas-kemas rumah, basuh kain bagai, tapi tak bagi aku. Masa anak 1 dulu memang ye, agak tersusun jadual waktu aku, tapi sejak beranak 2 ni, memang tak cukup masa aku rase untuk sehari di rumah. Tunggu Haiqal besar sikit kot, baru boleh manage masa balik.

Sebab tu kalau ada yang tanya, bila nak menambah, dapatkan anak pempuan pulak. Owh, aku dengan hubby awal-awal surrender. Bukan menolak rezeki, cuma kalau boleh nak jarakkan banyak tahun sikit sebab trauma bersalin secara operate masih aku dan hubby rase sampai sekarang.. sakit kat tempat operate tu kadang-kadang pun terase lagi ngilunya, nak tambah lagi??? Owh, tunggu la 4 tahun lagi, kalau ada rezeki, insyaallah..

Wednesday, April 25, 2012

Eeee... kotornyee..

Selamat pagi semua. Dah makan ke? Minum?

Owh, tadi kawan seofis tunjuk megi. Aku yang keheranan tanya, takkan nak makan megi pagi2 camni, nak kata takde duit, gaji masyuk hari ni, siap dengan tunggakan. Rupenye katanya, kawan-kawan yang selalu lepak makan kat gerai bawah ni bercerita. Tukang masak kat gerai tu kukunya panjang, tak tau la hitam ke tak (update).. tapi klu panjang ermnn.. macam2 leh boleh lekat kat kuku tu kan.. Tukang buat air pulak, buat air dengan tangan basah-basah lepas tu air tangan eceh air tangan tu maknanya air dari tangan dia tu sendiri masuk dalam air yang dia bancuh.

Eeeuwwww!!!! Terus nak kena band kedai tu camni. Geli ok. Kalau dah lelaki pun boleh cakap putus selera, apa lagi kita-kita yang perempuan ni kan huhuhuh.. Kembang tekak kot, sebab aku pun memang klu pagi-pagi beli sarapan kat situ. Sebbaik laa aku puasa hari ni. Ermnn harap-harap dapat bertahan sampai ke petang, sebab tak bersahur pun pagi tadi. Tapi, insyaallah, niat yang baik akan mendapat jalan yang mudah dari Yang Maha Pencipta.

Oye, semalam tak jadi masak sendiri. Bodek hubby belanja makan kat kedai. Pekena ikan kerapu 3 rase, tomyam ayam+daging, telur bungkus dan sayur kailan ikan masin. Gambar?? Alaaa, hp semalam abis bateri sebab Qimie asiknye main game pingpong, kalau tak boleh tempek kat sini kan hihhi..

Ok, jom buat keje, jap-jap lagi baru jalan kat blog korang erk! Chill!!

Tuesday, April 24, 2012

Masak lemak pucuk ubi

Ahad lepas dok kejar ke mesin baju yang selambak tu, lepas tu kemas rumah, lipat kain 3 bakul, owh, dasat pemalasnya aku kan.. Petang lapar, terus paksa hubby beli santan sebab nak masak pucuk ubi yang dah 2 minggu usianya dalam esbok aku.. AHahhaha.. beli semangat, nak buat takde masa.

Maka terhasillah Menu Ahad, aka menu orang malas masak +__+

Sayur pucuk ubi masak lemak bersama labu
Ayam goreng resepi sendiri hikhik
 Untuk Adik Haiqal mama buat puree labu.. Kemain seronok dia dapat makan puree ni.. Sedap weh, dapat labu yang betul2 manis. So terus aku buat stok untuk 3 hari. Owh, balance labu ni aku buat cucur.. Sedapppp!!! Aku suka cucur labu, lagi sedap dari cekodok pisang kot hihihih...

Puree labu kesukaan adik
Semalam, sebabkan sayur pucuk labu aku masak macam untuk makan 5-6 orang, aku hangatkan balik, pastu masak ayam masak merah. Jadiklah untuk santapan hubby. Aik, hari Ahad menambah 2 kali, semalam 3 kali menambah hihihih... Kena kot gabungan lauk tu hiihih.. Qimie pun makan bertambah.

Hari ni puasa, tengah fikir nak masa apa untuk berbuka petang ni. Dah minta hubby belikan ikan tadi ermn... Kari ikan pon sodap!!

Posisi tidur 2 budak kuning

Gaya tidur anak-anak aku pagi tadi...

Ngantuk sangat sampai nganga luas mulut tu hahaah..
Yang ni, dari tido terlentang, bangun, pastu tido camni kihkih


 Comel kan kalau tengok ragam anak-anak tidur.. Gelak besar aku dengan hubby pagi tadi tengok posisi tidur cinta hati.

Nota cinta:
Good luck hubby for your paper today. Do the best, I know u can do it!!

Monday, April 23, 2012

Kalau sayangkan suami..

Tentiba teringat kata-kata pujangga my bos pagi tadi, "Kalau kita sayangkan suami kita, ingatkan suami kita tanggungjawab suami kita pada ibu bapa dia. Jangan rebut kasih sayang suami seorang je. Syurga seorang suami bawah telapak kaki ibu" Ermnnn... berair mata aku dengar. Eh, bukan la berair sebab aku rebut kasih sayang hubby aku untuk aku dan anak2 je. Tapi kesian dengan nasib sesetengah suami yang ikut telunjuk isteri or tersepit antara isteri dan ibu. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab dapat mertua yang memahami & tak pernah persoalkan kasih sayang hubby untuk kuarga. Lagipun aku sendiri yang selalu ingatka hubby untuk telefon MIL tanya khabar. Mak aku sendiri tak payah cakap la, sebab memang boleh dikatakan setiap hari aku akan telefon untuk bertanya khabar.. Paling lama tak call pun selang 3 hari, tu pun aku dah rase serba tak kena.Dan kalau hubby ajak balik kampung MIL pun aku ok je sebab tau itu tanggungjawab hubby untuk mak. Berbalik pada cerita bos aku tadi, katanya kata2 tu dia titipkan buat biras dia, sebab terlalu merebut kasih suami hinggakan suami dia lama tak jenguk ibu sendiri. Betul kata dia, kalau kita sayangkan suami kita, biarkan dia berbakti pada ibunya selagi hayat dikandung badan, jangan biarkan sikap kita sebagai isteri membuatkan suami kita berdosa dan menjadi anak derhaka. Sekian mutiara petang dari ambe. Renung-renungkan dan selamat beramal hihihih..

Tuesday, April 17, 2012

Titipan dari abang untuk adik

Hola, soy Qimie. Hari ni saya nak cerita tentang adik saya, Haiqal.

Sejak minggu lepas, saya selalu dengar mama jerit bila adik minum susu dengan mama. Mula-mula tak saya faham lama-lama baru saya faham kenapa mama jerit.

Mama cakap adik suka gigit masa minum susu dengan mama. Kata mama lagi adik dah tumbuh gigi, ada 2 batang saya tengok. Ni saya letakkan gambar.. gigih mama saya cuba tangkap malam tadi hihihihi...


cubaan pertama, tak nampak

cubaan ke 2 pun tak nampak

nampak skit

haaaa.. baru nampak.. tu putih tu la gigi adik
 Bila adik dah tumbuh gigi ni, adik macam perasan dah besar. Selalu berebut makanan dengan saya. Bila nampak aje makanan dalam pinggan, adik macam askar, menyusup laju je tuju kat makanan. Lepas tu adik suka main air liur, dia buat macam buih2 guna air liur tu, pastu mama mesti marah adik sebab mama cakap comot.

Lagi satu adik suka jelir lidah, seronok agaknye adik dapat rasa gigi baru guna lidah tu. Bukan tu aje, adik pun suka gigit2 jari, kain, mainan.. semua pun adik nak gigit. Mama cakap sebab adik gatal gusi sebab gigi baru nak tumbuh.
Gigit jari sendiri
Jelir-jelir lidah, eh gambar saya pun ada.. cantik tak gigi saya??? hihihi...

 Kat sini saya nak bagitau pada adik saya, walaupun saya selalu buli adik saya, saya tetap sayangkan adik saya. Saya tak suka kalau ada orang pukul adik saya, saya je yang boleh pukul adik saya. Kawan-kawan mama nak pegang adik saya pun saya nangis tak nak kasik, sebab saya takut diorang ambil adik saya, nanti saya takde kawan, sunyi..

Apepun buat adik saya yang tersayang.. Tahniah abang ucapkan sebab dah tumbuh 2 gigi baru & abang sayang adik ketat-ketat.. Bak bahasa ringkas remaja zaman sekarang XOXO hikhiks.

Salam kenyit mata dari abangmu,
wink, wink =__=
 Muhammad Airel Hakimi


Monday, April 16, 2012

Diet & period

Hola soy Dora... kihkhi.. Kepala aku dah tepu dengan cerita2 dora dah ni sebab hari2 si bujang pasang CD Dora tu.

Korang dah sarapan? Aku pekena oat je tadi, tengahari ni baru nak balun nasi. Kadang2 bila datang kesedaran tentang kegemukan badan, aku akan diet, tapi bila takde kesedaran, pagi2 lagi aku dah pekena nasi lemak hihiihih..

Owh, aku pernah cakap aku ada ambil Jusmate 5 kan. Tak payah la tanya result kurus ke tak sebab jawapannye tak. Bukan salah produk tu, tapi salah diri sendiri yang tak konsisten makan  & tak ikot peraturan makan mendalah tu. So bila makan Jusmate tu 1 minggu je, aku terus stop. Tak tahan la rase dia tu, mual. Tapi padahnye pada aku la.. badan naik sebab selera makan cam makin menjadi huhuhhu...

So, aku putuskan diet je sendiri. Kalau lepas Eqal habis BF nanti gemuk jugak, pegi je Slimming World, eceh! Berangan hahahaha...

Actually aku risaukan period aku. Tak menentu la sekarang. Dulu masa Qimie, umur dia 8 bulan baru aku datang period. Tapi Eqal ni.. period datang tiap 2 minggu.. Kadang2 tu selang 1 minggu je. Tapi darahnya sikit jela.. Cam dia datang hari ni sikit je. Malam kang takde langsung, esok ada balik. Pastu takde 2 hari then datang balik banyak sampai 5 hari camtu. Then selang 1 minggu datang balik, tapi untuk 1 hari je. Gila tak???

Nak cakap ada barah pangkal rahim ke, aku baru je buat pap smear, & resultnye ok.. errr ok kot, katanya kalau diorang tak call then ok la. Risau gak.. tapi takpela, hujung bulan ni nak balik kampung, nak jumpa ustaz, mintak air penawar skit, lagipun nak tanya gak pasal kes menyerupai tu.. serammm hiiihi..

Friday, April 13, 2012

Aroma Ikan Bakar, Pantai Remis

Hai sumer, dah sarapan? Aku just minum oat je sebab hari ni rehat awal kan, so lunch nanti baru makan heavy. Baru hari ni nak up citer time cuti Pertabalan Agong tu hihihi..

Kitorang ke Aroma Ikan Bakar kat Pantai Remis, Kuala Selangor. Perjalanan dari Shah Alam ke sana lebih kurang 40 minit la. So pergi 3 keluarga, aku sekeluarga, abang ipar sekeluarga dan juga mertua serta adik2 ipar. Dah janji dengan diorang dapat backdated gaji ni nak belanje tapi sebab alang2 diorang turun Shah Alam terus la decide belanja.

Pukul 4 gerak dari rumah dekat pukul 5 baru sampai sana. Tol pun murah je, RM1.70 kalau tak salah aku. Aroma ikan bakar ni kedai dia atas sikit dari simpang pantai peranginan pantai remis tu kalau korang dari Shah Alam.

Kitorang pilih tuk duduk kat ape erk nama tempat duduk ala2 meja jepun ni. Owh tempat ni dikenakan charge Rm10, kalau yang besar sikit RM20. Tak kisah la bayar RM10 janji selesa dan anak2 takde la nak merayap sana sini sebab dah kena kepung kan hihihhi..

Kitorang order ketam masak black-pepper, butter prawn, sotong goreng tepung, ikan siakap 3 rase, kerapu sweet-sour, tomyam campur, sayur campur dan ikan pari bakar. Air pulak cuma order jus tembikan 1 jug dan jugak sky-juice 1 jug. Tapi sebab ramai sangat orang dan jugak menu terlampau banyak di order, maka makanan tu sampai lambat. Aku rase lebih sejam kot kami tunggu. Tapi sebab sembang-sembang sambil layan anak2 so tak rase sangat la lamanye penantian tu.. Cuma perut jela berlagu2 minta di isi.

Sebelum sampai makanan harus la bergambar dulu kan ihihi..

Qis, mak uda, qimie & opah

Gorges mama with heroes & heroin ^__^

Peace from qimie

Adik Eqal sebelum amukan

Cikgu ude ^__^

Eqal mula tunjukkan protes

With my loves

Eqal spoil this pic tau hihihi..

Ok, rasenya dalam pukul 6.15 petang baru laaa makanan sampai. Aku tak sempat nak snap menu sebab Eqal dah mengamuk. Tak menikmati tau makanan time tu sebab dia marah panas. Ni je yang sempat hubby snap. 1st round yang sampai, 2nd round masing-masing takde pegang kamera dah, semua tala kat makanan, kebulor kot lama nunggunye..
Siakap, kerapu, sotong, tomyam & sayur campur
Review menunya adalah:-
Siakap 3 rase & kerapu masam manis memang sedap gile.. 
Sotong dia pun sedap, manis & memang betul2 sotong tu disalut tepung, bukan dibuat macam cekodok sotong
Tomyam, oklaa.. tak layan sangat sebab makanan lain dah sedap sesangat
Ikan pari kurang ditekak aku
Sayur campur, cam biasa je.. boleh masak sendri kat rumah hhihihi
Ketam black-pepper ermn... ketam tak berapa fresh laa, isi lembik, tapi tang sepit sedap lak.. Cuma tak best sebab diorang tak ketuk dulu sepit tu, nak patah gigi aku gigit sepit tu tau
Udang butter... ermnnn tak segar.. sedap lagi kat Restoren Tasik Indah, Shah Alam tu.

Pukul 7 baru settle makan. Owh, kalau nak tau masa kitorang tengah tunggu order sampai tu kakak aku call. Sepupu MIL dia bagitau ada gempa bumi, ala yang kecoh masa 11 April tu kan. So katanya jauhi pantai, takut tsunami kan. Kitorang dah serba tak kena masa tu, nak tunggu ke nak blah. So masing2 cam kecut gila la perut sebab masa kitorang sampai tu air tengah surut, tanda-tanda tsunami kan air surut, then pukul 6 lebih tu air dah mula pasang. Aku siap tanya pakcik keje kat situ lagi, memang normal ke air pasang & surut time-time camni. Bila dia kata normal baru lega.

Then lepas setengah jam dapat berita gelombang tu menuju ke Sumatera so cam lega banyak la.. Takut weh tsunami... Oh ye, view kat Aroma Ikan Bakar ni cantik time petang tau sebab dapat tengok matahari terbenam so ala2 romantik gitu hiiihi..

Sebelum gerak balik kitorang makan dessert aiskrim goreng yang ada jual kat tepi kedai tu. RM2.50 sebiji.. sedap okeh!

Eh, tak cerita pasal harga lagi ye.. Ok total makan untuk kami 7 dewasa & 2 kanak-kanak owh serta 1 baby (sebab eqal pun makan ikan siakap tu siap jerit2 bila lambat suap) hanyalah RM198 tambah RM10 untuk sewa tempat makan tu jadilah RM208. Bagi aku sangat berbaloi sebab menu dia banyak gila kot tapi harga murah dan berpatutan, sangat dicadangkan kalau korang nak makan besar.

Ermnn balik Kuantan nanti nak belanja family Kuantan pulak la... Ada rezeki lebih elok dikongsi kan. ^__^

Thursday, April 12, 2012

Makanan yang bantu tingkatkan daya ingatan

Sape yang kurang daya ingatan terutama lepas bersalin, sila baca kihkih..

Baca paper Berita Harian dan ada rencana pasal Makan ikan sekali seminggu bantu tingkatkan daya ingatan. Wah menarik kan, sebab sekarang aku agak pelupa. Meh kita tengok sikit fakta dalam rencana tu;

1. Memori atau daya ingatan yang teruk boleh diibaratkan sebagai kecacatan yang serius kepada seseorang.
~ errr rasanye tak teruk sangat daya ingatan aku kihkih.. takut dikategorikan cacat serius tu hihiih

2. Menunjukkan otak anda berfungsi secara perlahan.
~ errrr.. ihhihi..

3. Faktor usia, tekanan, tempoh tidur san sama ada ia berkualiti atau tidak, pengambilan ubat-ubatan dan paling penting aspek pemakanan boleh mempengaruhi sejauh mana kemampuan daya ingatan seseorang itu
~ takde lak tulis ibu yang bersalin sebab putus urat ke apa kan hahaaha

4. Dari segi psikologi, daya ingatan yang baik bergantung kepada bilangan sel otak atau neuron, kelancaran 'komunikasi' antara sel ini serta tahap kesihatan sel berkenaan
~ no komen kihkih..

5. Makanan bagi minda menurut kajian
- ikan (kaya asid lemak omega-3) contohnye spesis ikan seperti herring, salmon, tuna, tenggiri, halibut, ikan bilis & sardin.
~errr ada tak kawan2 yang tak makan ikan, ingatan korang ok tak??

- buah beri (kaya dengan anthocyanin, phytochemical) contoh buah, blueberry, raspberry, epal & anggur yang berwarna gelap bagus diambil sebagai diet harian

- sayur-sayuran hijau (asid folik) contoh sayur, bunis bunga, brokoli, kubis, tauge, daun slah, bayam

- kacang (ada vitamin E dan B6, omega-3, asik lemak omega-6)
~katanya untuk kekuatan mental, sape rase mental tak stabil, leh la makan banyak2 haahaha
 
6. Tukar tabiat apa yang anda makan
- Jika anda mengambil makanan segera, makanan diproses, maka peluang untuk menjadi pelupa atau mengurangkan daya memori (macam tak abis je ayat penulis ni)
- Tidak sahaja kepada orang yang berusia yang kerap berhadapan dengan masalah oti, malah kini turut dialami remaja.

Ermnnnn tu hasil penyelidik America  Syarikat, Australia & Britain la... Tapi bagi aku dari kecik lagi yang aku tau, makan kismis paling bagus untuk kuatkan memori so, tiapkali nak exam, musti beli kismis haahahaha.. Tapi, boleh jugak amalkan makanan yang diorang syorkan tuk kembalikan daya ingatan aku cam muda2 dulu kan.. korang lak camne? Ada yang dah kuat pelupa cam aku ni??? Hahaahha..

Monday, April 9, 2012

Sweet thing

Tengah2 aku susukan Eqal tiba2 Qimie yang tengah main game ikan kt pc bersuara.. "mama, nk mandi" aku suh dia tunggu papa dia mandi dgn papa. Dia jawab ok tapi still gerak masuk bilik air. Aku tegur la dia jangan main air dia jawab "kejap ye mama"

Aku membelakangi dia masa tu. Bila aku paling tengok dia tengah pegang sejadah kecik dia. Muka basah, tangan basah, kaki pun basah..bkn kaki je dgn suar dia pun sama naik basah.. Then dia buat sesuatu yang menyentuh hati aku..

Mulut siap kumat kamit
 Masa ni aku dok snap2 gambar dia, dia marah.. katanya, mama amik gambar adik la.. Haip, masa solat mana boleh cakap sayang hihihihi.. Sebijik rutin solat dia buat tau.. rukuk, sujud, duduk antara 2 sujud.. ^__^
Sujud
 Ok, abaikan kesepahan rumah aku ahahha..

Sweet kan?? Tanpa sedar airmata aku bergenang, terharu kot... Kadang2 perangai dia camni la sweet je, kadang2 buat mama naik hantu.. hihih.. Tapi bab ni mama suka, teruskan.. nanti dah pandai sikit lagi mama ajar amik wuduk dengan bacaan betul solat ye. Love u my dear son.. Cam ni la abang contoh ^____^

Friday, April 6, 2012

Cirit birit

Muka aku sekarang sembab, otak aku sekarang terawang2.. Ni sume gara2 si bujang sulung keciritan.

Pukul 3 pagi tiba2 aku dengar Qimie panggil, papa.. papa.. Ermnn papa tengah kepenatan jangan harap la nak sedar selagi aku tak kejutkan dia betul2. Aku buka mata tengok dia dah berdiri atas katil. Terkejut gak aku ihihihi kot la ngigau ke apa kan.. Pastu dia cakap, mama Qimie berak lah, mama basuh laaa.. 

Aku bangun then buka pampers, alahai bau dia cam ke apa ntah.. aku dah syak lain macam dah sebab bau dia lain dari biasa.. dasat tak siap leh cam bau kahkah..

Dah cuci sume, aku suh dia naik katil nak pakaikan pampers, pastu tiba2 dia cam cemas;
mamaaaa cepat laa pakai pampers Qimie rasa nak kencing ni!
haa, nak kencing.. cepat2 masuk bilik air!!

Tentiba yang kuar bukan kencing taip &*$%, dia cirit... kecian sangat tengok muka tahan sakit. Dia start la nangis2, merengek2.. mama...mama... sakit perut.. mama...

Lepas pujuk2, basuh berak dia, suruh dia tido, tapi dia tak ngantuk so dia mintak nak main hp aku. Tak sampai 2 minit pun dia cakap,perut qimie panas la mama. Aku pujuk dia, memang la kan mama letak minyak yuyi tadi. Dia pun ok..tapi, tak sampai 10 minit, baru je aku nak lena.. Mamaaa, perut Qimie sakit..mama,mama,mama mamaaaaaaaaa.. Qimie berak lagi ni, mama....

Menangis2 dia.. aku peluk, tepuk2 belakang dia, bagi tenang, pastu baru basuh, salin pampers bagai. Masa yang dia terbuang dalam toilet yg dia ingat nak kencing je tu aku dah cakap dengan hubby, klu Qimie berak lagi sekali terus gi klinik je. So memang dia buang gak makanya  terus la kami berempat ke seksyen 15 sana, klinik panel 24 jam yang kami tau huhuhu.. Jauh tu, seksyen 32 ke seksyen 15, sebbaik malam so kete tak banyak leh sampai sana tak sampai 15 minit.

Yang herannya, kuar je rumah dia rileks je, muka ceria, dalam kete punye banyak soalan dia tanya. Kenapa takde kete atas jalan la, pastu kenapa papa bawak slow, bila laju, kenapa bawak laju, bila ada kete sebok bagitau eh tu ada kete laaa, macam2 la.. Aku layan je sandar kepala kat seat belakang, adik dok dalam bakul kat depan hihii, adik pun layan abang dia, gelak je tengok gelagat abang dia.

Bila jumpa doktor, ermnn aku tengok doktor ni ngantuk bebeno, soalan tak banyak tanya, aku pun jadi malas nak tanya hahah.. Tapi bila dia cek perut katanya banyak angin.. Ok, terus aku tau sebab apa...

Aku rebus ubi kayu petang tu, lepas magrib tu tengah aku pulun sorang, dia sebok mintak suap.. tapi yang potong2 kecik tu, separuh je dia makan... tapi biasanya ok je dia makan ubi kayu tu.. cuma biasa cicah gula or lauk2, semalam aku cicah dengan kelapa parut+garam+gula je hihihi.. Kelapa parut kan mentah, tu sakit perut kot dak Qimie tu.. Cian dia..

Tapi.... balik je klinik, kol 4 sampai rumah tu... sampai la aku hantar dia ke pengasuh, sikit pun mata dia tak pejam.. dok gelak2 tengok doraaaaa juge.. adehhhh antu dora sungguh sekarang.. tu ada bunyi2 nak Go Diego Go dah tu.. matik!!!

Thursday, April 5, 2012

Aku ada saka kah??

Pagi tadi, lepas je punch kad nak ke bilik la, tentiba dari jauh lawyer singh ni tersengeh2.. sengehan dia tu cam dah lama kenal aku. Aku pun buat muka pelik la kan, tapi still senyum dah orang senyum kat kita kan. Tapi oleh kerana senyuman aku tu sambil muka pelik, lawyer tu terus cakap, "oh, no think I've just met you just now there"  Aku pun tanya la, kat mana kan dia tunjuk hujung bangunan tu kat toilet.. Aku cam..aik... Aku baru sampai, camne leh nampak aku lak.. Aku cakap, bukan then dia cakap "Owh, sorry maybe that person just look like you"

Aduuui, terus tak sedap hati. Bila cerita kat member kat ofis, katanya lawyer tu nak ngayat, ngayat ape nye.. dia bangsa singh pastu dah tua lak tu.. koser dia nak ngayat2 nih. Ermnn udah lah kat sini khabarnya kalau balik lambat skit musti ada dengar itu ini.. Ok...finee.. huhuhu..

Benda ni mengingatkan aku pada kes yang hampir sama masa aku kat rumah bujang kat Pantai Dalam dulu...

Kes pertama:
Aku balik kerja, tentiba member aku tegur;
Aik, bila masa ko tukar baju? Pagi tadi ko pakai baju warna lain kan?
Mana ada, aku pakai baju ni la
Tapi, aku nampak ko bersiap pagi tadi depan cermin, pakai baju lain
Ish, mandai je ko ni tau... salah pandang kot..
Ermn.. mungkin la..

Ok, kes ni aku biarkan je sebab maybe betul member aku tu salah pandang warna baju aku..cuma, aku tak tau masa dia nampak aku tu, aku ada kat rumah lagi or dah pergi keje huhuhu..

Kes kedua:
Member aku, orang yang sama tengah layan megi depan tv. Sekali bunyi salam, member bilik sebelah aku balik rumah & ditawrkan makan megi & dia menjawab soalan tu, katanya nak mandi dulu. Tak sampai 5 minit bunyi salam lagi..(eh jap ke takde salam, aku lupe) then 'aku' masuk. Member aku tawar megi, 'aku' tak menjawab then terus masuk bilik..

Lepas siap mandi member bilik sebelah aku ni lepak2 la kat depan sambil makan2 megi berdua. Diorang siap tertanya-tanya, nape 'aku' tak kuar join makan sebab biasa aku lepas balik letak beg, cabut tudung musti terus lepak kat ruang tamu.

Elok je pukul 6 lebih aku yang sebenarnya bagi salam & masuk. Muka member2 aku pucat, terutama yang offer megi tu la.. tengah aku cabut kasut, dia tanya;
Nge.. serius ko baru balik?
Ko pehal? Aku baru balik la ni..
Bukan ko dah balik ke tadi?
Balik apenye weh, aku main pingpong kat ofis tadi, tu yang lambat sampai ni..
Abis la ko.. sape yang ko tengok tadi weh...

Pucat muka dia, pucat gak la muka aku hahaahah..Dia pun cita la yang dia nampak aku dah balik.. Aku gabra la weh, nak masuk bilik pun berdebar huhuh.. sebbaik takde ape2 pun jadi lepas tu..Tapi agak menakutkan kat situ.. sebab dia mati-matian cakap dia memang nampak aku, bukan orang lain, even dia pandang dengan ekor mata je pun.. mata pandang tv anak mata tengok aku..camtu la lebih kurang..

Kes ketiga:
Aku dengan member aku yang sama jugak.. (wei K~ko tau ko sape klu ko baca haahah~ asik2 misteri kat rumah tu jadik time aku dengan ko je erk haahah) kitorang tengah tengok tv.. Masa tu senja, nak masuk maghrib..

Tengah2 lepak tu, tentiba kawan aku ni terpaku pandang sesuatu.. aku pun pandang tempat yang sama. Menjerit aku, dengar aku jerit je terus member aku ni cam tersedar, jerit sama. Kitorang nampak ekor ular panjang, warna hitam, tengah cuba menyusup masuk dalam aircond. Terkejut member2 kitorang yang lagi 2 orang tu terus kuar bilik masing2... 2 orang turun panggil tuan rumah & 2 lagi tunggu depan pintu, tengok2 kot2 ular tu pegi ke tempat lain.

Tapi aneh ye kawan2.. ular tu tak dijumpai... Abis ekon tu kena bukan, cek sana sini, tapi takde.. Aku la paling risau bila jadi cmtu.. sebab bilik aku betul2 sebelah ruang tamu.. Lepas kes tu, aku tak berani dah buka tingkap bilik.. walaupun rumah kami tingkat 13, mana nak tau kot2 dia terbang naik ...eeee serammm

Tapi tu semua kisah masa anak dara.. Dah kawin ni aku cam dah lupe kisah dulu, cuma bila singh tu cakap ada yang namapk serupa cma aku.. terus aku teringat balik.. Member aku tu siap cakap, aku ada saka ke? Aku jawab, saka takde, sakai ada hahaah..

Tapi serius la... cam takut lak aku.. betul ke menda tu saka? Klu saka, baik aku gi berubat,buang kan... kuarga aku takde saka weh.. Ke mainan perasaan je tu weh.. ke?? Arrgghhhh misteri sungguh!!!

Wednesday, April 4, 2012

Dora The Explorer

Qimie sekarang, hari2 nak ngadap komputer.. Korang tau dia nak buat ape?

Tengok CD cite nih

 Hari-hari ok. Sampai rumah dalam pukul 5 lebih, kalau aku tak bagi dia main basikal kat luar, memang dia terus on switch computer, pasang CD cite ni. Stop tak stop kol 11 or 12 nun nanti laa.. Hadapp je.. Aku tegur jangan dok dekat skrin sangat, dia beralih la kejap,pastu rapat balik.. geram sungguh.

Pastu kejap2 kang dengar la dia gelak sorang2.. pastu menari cam dora & boots nari aduuuii
 Jangan tak tau, aku siap leh hafal lagu2 dalam CD ni hhahahah..

Ni lagu permulaan cite tu..

Do-do-do-do Dora! Do-do-do Dora! Do-do-do Dora! Do-do-do Dora!
Dora Dora Dora the Explorer
Boots and super-cool explorer Dora
Grab Your Backpack!
Let's go!
Jump in!
Ivaminos!
You can lead the way!
Hey! Hey!
Do-do Dora, Do-do Dora
Swiper, no swiping! Swiper, no swiping!
Aww man!

Lagu untuk backpack & map pun ada tau kihkih..

Backpack (4 times)
I'm the Backpack
Loaded up with things and nick nacs too
Anything that you might need I got inside for you.
Backpack (4 times)
YEAH!

ni lak map..
If there's a place you got to go
I'm the one you need to know
I'm the Map
I'm the Map
I'm the Map
If there's a place you got to get
I can get you there I bet
I'm the Map (12 times)

Lagu bila tengah dalam perjalanan ke tempat tujuan yang ni..
Come on, vámonos.
Everybody let’s go.
Come on, let’s get to it.
I know that we can do it.
Where are we going?
Pap..pap..pap (clap hand sound)
To the tallest mountain.
Where are we going?
Pap..pap..pap (clap hand sound)
To the tallest mountain
Where are we going?
To the tallest mountain
Pap..pap..pap (clap hand sound)
Where are we going?
To the tallest mountain
Hahahahahahaha.
Hahahahahahaha.
  Tallest mountain

Lagu bila dah berjaya dengan visi lak yang ni

We did it, we did it
We did it, yeah
Lo hicimos
We did it 

and so on bla.. bla... terpulang pada apa aktiviti dia buat hhaha..

Demam upin ipin dah abis, ape plak dia mintak nanti... jangan lepas ni mintak Go Diego Go pulak udah la.. pening mama & papa hihii...

Tuesday, April 3, 2012

Sebelah Jiwaku by Jaclyn Victor

Korang pernah dengar lagu baru Jac ni tak? Aku dengar mula2 tu macam.. ermnn ok agak nice lagu ni.. then bila aku tengok bait2 lirik dia.. wahhh bagus lagu ni sebenarnya.. boleh bagi motivasi pada orang yang putus cinta... hihihih.. Ni Edry KRU cipta kan?? Ke aku salah erk? Sebab yang aku tahu sekarang Jac bernaung bawah KRU..

Jac ni bagus suara dia, cuma sayang, bila nyanyi dia cam tak letakkan jiwa dia dalam lagu.. so suara sedap, tapi takde jiwa jadi kurang terkesan di hati hikhik.. Tentiba nak jadi juri kahkah... Owh Mania dia bawah Aubrey Suwito.. well let see dia akan letak jiwa tak dalam lagu2 dia lepas ni ihhihi.. Errr Manje.. ko mesti nak cakap ko tak penah dengar lagu ni kan?? Hehehehe...

Sebelah Jiwaku - Jaclyn Victor

Ketika kau ucap kata selamat tinggal
Ku sangka diriku kan hancur oh, oh
Nestapa menyiksa membuat aku sedar
Hanya ku yang bisa mengubah arah hidup

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri 
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku..

Oohh

Ku tahu kau mahu melihat aku sugul
Tapi tak akan ku menzahirkannya oh, oh
Meskipun hatiku berderai bagai kaca
Ku kutip serpihannya dan cantumkan semula

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri 
Kerana ku yakin masih lagi mampu ooo..
Bernyawa dengan sebelah jiwaku..

Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa
Oh, oh,
Kini ku berani lebih berdikari
Yeah, yeah, yeahhh

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri 
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku..

Bernyawa dengan sebelah jiwaku.. ooohh..
Bernyawa dengan sebelah jiwaku..

Monday, April 2, 2012

Kek Mentega aka butter cake

Ahad lepas yaitu semalam.. bosan dok rumah sorang-sorang.. pastu gigih google resepi kek yang sedap2..

Pi kat blog Mat Gebu, tengok resepi yang mudah & ada bahan2 kat rumah.. Eh ada laaa... kek butter, katanya sedap kek tu rase basah je.. Waaahhh harus dicuba.. Gigih aku putar telur dengan marjerin, masuk tepung bagai sambil2 lari tengok si adik kejap2 jaga dari tidur..

Hasilnyaaaa..
Pandangan sisi
Pandangan atas.. owh, abaikan kesan tusukan garfu itu ahahah..
See.. nampak moist je kan
Sedap uolss
Sangat berbaloi klu korang try.. aku tepek resepi erk.. resepi asal leh klik kat abang Mat Gebu..(mintak izin salin resepi ye)

BAHAN2
125 gram mentega berkualiti tinggi (aku guna marjerin biasa je, malas gi kedai)
90 gram gula kastor
125 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A (takde gred A, aku guna gred C hihihi)
1 camca teh esen vanilla & perwarna hijau
2 camca besar susu cair (susu cair takde, aku amik susu Qimie je bancuh jadi 2 sudu beso kihkih)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C (api bawah sahaja), lenser tin bulat berukuran 7 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga gula hancur dan bancuhan menjadi putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang. Jarak masa sebelum dimasukkan telur dalam adunan ialah 1 minit.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar. Putar rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2.  Satu letak esen valina, dan satu lagi pewarna hijau. Gaul rata.
  5. Tuang dalam tin, korang pusing2 la bagi nampak cam corak sikit,. Pastu ratakan dan  bakar selama 1 jam. Lepas 45 minit, bakar kek tadi dengan api atas dan bawah, guna suhu yang sama. (ovan aku tade bakar bawah je, ada untuk bakar atas sahaja & bakar atas bawah,so aku bantai je bakar atas bawah dari mula sampai masak kek tu)
  6. Bila kek masak, sejukkan sekejap dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk sebelum dihidangkan untuk minum petang....
 Cara buat aku tak tukar pun.. sebijik cam resepi asal, cuma aku ikut idea Mat Gebu tambah 2,3 warna tuk bagi cantik kek tu dan aku tak letak hiasan bagai, tak pandai menghias.. Tapi rase dia memang sedap.. lembut je.

Hubby balik kelas pun terus terjah meja.. Siap tanya, beli mana? Ehhhh masak sendri laaaa.. Sedap katanya... hikhik.. sukaaaa.

So selamat mencuba...^_^

Qimie sekarang

Qimie sekarang sangat suka bertanya.. sungguh mencabar kesabaran mama & papa. Contohnye;

Situasi: Papa bersiap nak ke kelas.
Q: Mama, papa nak pegi mana?
M: Kelas
Q: Kelas buat ape mama?
M: Belajar la
Q: Oooo patut pon.. Papa belajar kat mana?
M: Kat poli
Q: Poli kat mana mama?
M: Kat Shah Alam
Q: Ooo.. salam tu kat mana mama?
M: Mie, gi la tengok dora tu, kang mama tutup komputer klu tak nak tengok. (alih topik hahahah)

Situasi: Mama gigih nak buat kek butter
Q: Mama buat ape tu?
M: Mama nak buat kek
Q: Buat kek? Mama nak buat kek ape tu mama?
M: Kek butter
Q: Mama, (sambil geledah barang atas peti ais) ni apa ni mama.
M: Pengcungkil gigi papa tu.. jangan mai la tajam tu
Q: Ok..ok. (ambil ubat pulak) mama qimie makan ubat ni ye (dia panjat kusi tuk capai barang atas peti ais.. wah nampak sgt banyak barang atas peti haahahah)
M: Jangan ngade la mi.. Letak!! Eeee.. qimie ni.. potpetpotpet (aku marahkan dia..  korang tau ape dia jawab??)
Q: Mama ni, cakap la elok2 (ajuk cara aku nasihat time dia ckap menda yang aku tak suka)
Aku terus, gelak2 dengar dia cakap camtu haahah.. anak mama dah beso.. Kak Fida baru je last week baca pasal Miyen tegur akak.. la ni Qimie lak tegur saya ghaahahah.. Maluk sndiri..

Situasi: Dalam kereta

Q: Papa, kita nak pegi mana ni
Mama & papa tengah sembang, tak jawab soalan dia...
Q: Papa, nak gi mana ni?
Tak jawab lagi, sebab bincang topik serius
Q: Ish papa ni, qimie tanya niiii jawab laa.. Nak gi mana ni???

Papa & mama berpandangan sesama sendiri pastu gelak.. Comel sungguh bicara anak2 sekarang.. Petah cam orang beso dah... Ada dia kat rumah, hingar jadinye tak terkawal... tapi takde dia, even ada adik Eqal.. sunyiiii gilaa... Tula the power of children.. hihi