Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, May 30, 2012

Diary seorang mama tinggal bukan tunggal

Mengantuk la.. menaip entry kat blog ilang sikit mengantuk kot.. Padahal bil-bil boss bersepah atas meja ni untuk buat claim hahaaha..

Penat sebenarnya.. Hubby takde kan, so rase macam terkejar-kejar sangat kat rumah. Balik ni, rushing ambil anak, kalau lambar yang sulong bising, cakap "Ape la mama ni, lambat amik kimi". Buka je pintu rumah, si adik sibuk nak minum susu dan-dan tu jugak, kadang tak sempat aku buka tudung dah kena bagi dah sebab dia dah jerit cam nampak antu.

Si abang pulak, asiknya "mama, kimi nak main basikal boleh?" Kalau aku jawab tak boleh, dia cakap "Ok, kimi tunggu mama semayang lepas tu main basikal ye". Kalau aku cakap, pergi la, tapi jangan main jauh-jauh, dia kuar jap je, pastu masuk balik rumah tarik-tarik ajak aku teman dia main. Aduii..

Kadang tu aku sembahyang kat ruang tamu, janji si kecik tu nampak aku ada depan dia. Nak masak pulak, kena letak adik dalam bilik tengah, letak dalam baby-court. Pastu kejap-kejap agah dia, tak bagi bosan. Klu abang dia ada, dia ok je dok situ sebab dah jarang-jarang letak dalam baby court bila dah sesekali letak dia cam leka main dalam tu, so aman la sikit aku nak masak.

Maghrib time, aku rase aku mandi 5 minit pun tak sampai kot. Gosok gigi, cuci muka, kena buka pintu bilik air, pantau si Kimi, takut dia main lompat2 atau pijak belakang adik dia. Ntah nape tah dia tu, dia ingat dia main dengan anak pengasuh dia kot.. Adeiiii adik tu kecik lagi laaa.. Dah siap gosok gigi, cuci muka, tutup pintu pastu laju-laju siram air, sabun, bilas. Dah siap. Syampu? Scrub? Mimpi laaaaa.. Tunggu sabtu ahad laa nak buat gitu, tak pun tunggu hubby ada kat rumah, kan selalu gak dia balik lambat sebab main badminton dengan dak2 ofis.

Dah siap tu melayan anak-anak main. Lipat kain.. yey, hubby takde ni sempat pulak aku lipat 3 bakul kain.. wahhhhh bangga. Apsal masa hubby ada tak leh lipat erk??? Kihkih..

Pukul 10 dah masuk bilik tidokan anak-anak. Adik cepat je tido, tapi si abang, mama, nak tengok dora, mama nak tengok mickey, mama, upin ipin, mama otromen.. Arrrghhhh!!! Blom campur risau-risau ada bunyi itu ini lagi tu. Tapi alhamdulillah 2 malam dah lena je tido, sedar tak sedar bila kimi jerit sebab jatuh katil or adik merengek nak susu haahahah...

Kol 6.20 pagi, bangun. Terus ke dapur buat bubur adik. Pastu dengar adik dah bangun, mintak susu, susukan dulu.Pastu laju-laju mandi. Siapkan bekal adik. Sebbaik baju diorang memang buat stok untuk 1 minggu terus. Si abang, pengasuh memang letak kat rumah dia je, dia rajin nak basuh bagai. Baju adik jela aku angkut seminggu sekali.

Pukul 7.25pagi, angkut dua-dua bawak pergi rumah pengasuh. Tengok jam dah 7.35pagi baru gerak dari rumah pengasuh. Sebbai minggu ni cuti sekolah, so boleh sampai pukul 7.50 kat ofis. Phewww!!

Oh itulah diari aku sokmo bila hubby keluar daerah... Ermnn..tu baru 2 orang, aku tak tau la klu Eqal dah dapat kaki nanti. Baru menyusur pun dah laju asik nak masuk bilik air tau, hantu air, cam kimi gak! So, panjang lebar tak reason aku mengantuk petang ni? Hahahahah...

P/s: Tadi hubby cakap nak balik gak malam ni. Suka dengar tapi risau pulak kalau dia balik malam ni.. jalan Kelantan Gua Musang tu cam bahaya kan?? Ermnn.. harap-harap selamat sampai suamiku & sobatnya itu.. Aminnn..


P/s 2: Jun pinjam perkataan mama "tinggal bukan tunggal yer"

ABC terbaik kat Shah Alam, setakat yang aku jumpa

 Tekak rase cam na makan sesuatu... 


Dapat makan ABC cam bawah ni kan sedap
ABC terbaik, dekat dengan UiTM
Licin bedal sorang-sorang

Satu-satunya geng yang sekepala dengan aku kat sini
Arrghhhh!! Rase macam nak dapatkan sekarang jugak!!!


Terapi otak

Penatnye, dari pagi tak stop keje.. Bos kat dalam pun nengok bizi bebenor. Kalau tak ada gak edisi masa sembang-sembang 5 minit dengan bos. Petang ni ada kes untuk keputusan, tu dok bizi mikir tuk buat keputusan tu haahah..

Aku nak rehat otak jap, dari tadi tumpu kat keje je kan.. terapi adalah dengan baca blog kawan-kawan hahha..
Lagi pun nak hilangkan sedih, sebab malam tadi hubby cakap hari Khamis baru balik sebab kursus habis petang, bahaya pulak nak jalan malam.. Jalan kat Kelantan kan cam bahaya sikit.. eh yeke? Aku sendiri pun tak penah lagi pergi direct dari Shah Alam, kalau dari Kuantan pernah la..

Owh, katanya kain songket 3 pasang RM50. Murahnye, betul ke???


Tuesday, May 29, 2012

Kalau suami bercuti dengan kawan-kawan...

Pagi tadi nak up cite pasal topik hot fm, tapi tak berkesempatan. So sekarang nak sembang pasal topik tu.

Suami bercuti dengan kawan-kawan, apa pendapat isteri. Hahha... pendapat aku sebagai isteri... NO!!! Kihkih.. Queen control tak aku?

Sebenarnya bukan queen control, tapi bagi aku cam tak patut je bagi suami bercuti dengan kawan-kawan lelaki. Kalau setakat nak hang out, keluar lepak2 minum kopi ke, main bowling, tengok bola ke bagi aku okla, memang aku lepaskan je. Tapi kalau sampai bercuti, again, NO!!!

Nama pun bercuti, harusla percutian tu melibatkan tido kat mana-mana kan. Mana boleh.. nak bercuti dengan keluarga pun boleh hitung berapa kali je setahun, lagi mau bercuti dengan kawan-kawan. Haruslah aku menentang.

Haloo, lelaki ni kalau dengan kawan-kawan harusla berlagak macam bujang. Boleh pewwitt awek sana, boleh ushar awek sini.. owh menanah mata, telinga kalau bayangkan hahahah..

Dan, hubby aku sendiri pernah bercuti tanpa aku sebenarnya. Tapi bukanlah dengan kawan-kawan, dengan keluarga aje, tapi dia sendiri nampak tak seronok. Macam takde roh sebab anak isteri takde bersama. Masa tu aku tengah pantang dan family belah hubby nak bercuti kat Langkawi, sob...sob.. terase ai tau sebab tak dapat ikut. Tapi biras aku sendiri cakap nampak macam jasad hubby je ada kat situ, jiwe takde hahaha...

Natijahnye abis semua coklat yang aku mintak dia belikan, rindu + rase bersalah la tu sebab tinggalkan anak bini tuk berseronok yang akhirnya dia rase tak seronok kahkahkah..

Kalau kawan-kawan ajak dia bercuti pun, biasa dia tolak. Sebab dia nak ajak aku, tapi kitorang  pulak ada anak kecik, so terpaksa tolak.

Bagi aku, biasanya lelaki yang dah berkeluarga, jarang la nak bercuti dengan kawan-kawan ni tanpa ajak anak isteri. Sebab dah biasa dengan anak isteri, bila takde mesti rase lain kan, tak tau la kalau ada yang jenis mak okeh je. Setakat ni tak jumpa lagi la suami yang bercuti dengan kawan-kawan tanpa ajak keluarga, kalau yang bercuti dengan kawan-kawan, tapi keluarga tetap dibawak bersama melambak dah jumpa.

Again, terpulang pada penerimaan si isteri sendiri. Kalau dia rase tak kisah suami bercuti dengan kawan-kawan asalkan pandai jaga diri then fine. Or maybe sebab si isteri pun selalu je bercuti dengan kawan-kawan perempuan, so ok je la kan.

Tapi aku, lepas kawin, perasaan nak bercuti dengan kawan tu ada, tapi still aku nak orang yang aku sayang ada disisi.. Takde suami, takde anak-anak, rase cam tak seronok je cuti tu. Like, pergi kursus la, rase cam tak best even ada rakan-rakan pejabat yang riuh. Oh, atas alasan itu, aku tak penah mohon gi kursus mana-mana yang perlu bermalam & jauh setakat ni haahahah.. Tak sanggup tinggalkan haiqal sebab masih menyusu badan... Next week pun kursus kat Putrajaya je.

So, kawan-kawan putrajaya, jom ngedate... Tapi, tumpang orang nanti gi Istana Kehakiman tu, meh la amik ai kat sana haahahah..

Biar lambat asal selamat?

Hai, lambat pulak bersiaran hari ni. Settlekan keje-keje penting dulu tadi.

Semalam on the way balik rumah follow kereta viva ni. Bawak around 60-70 speed dia. Jarak dia dengan kete depan tu ada la 1 tiang lampu or lebih, tapi asiknye dia terbrek-brek. Sakit jiwe aku. Aku yang dok tekan minyak kat belakang pun naik takut.

Mulanya ingatkan dia brek sebab kereta depan brek-brek, rupanya tak. Asal ada kete cam besar je sebelah dia (kitorang kat lane laju) asiknye tekan brek. Asal kete depan tekan brek pun sebok dia nak tekan brek. Aku intai kat depan, jarak kete punye jauh dan kete depan dia takdenye pun asik brek2. Aku nak pintas pun susah sebab kereta lane tengah banyak.

Tunggu depan sikit masa nak naik flyover ke highway LKSA tu, aku potong kiri, masuk lane kanan balik. Macam agak kurang ajar, tapi dah ko tak nak tukar lane kan... Pandang dalam kete tu, lorrr ingatkan driver nye pompuan. Lelaki rupanya.. Adeiii...

So moral of the story, kaum lelaki sila jangan salahkan kaum wanita aje yer yang slow or tak beretika bawak kete, sebab aku dah jumpa ramai jugak pemandu lelaki yang macam hampagas bawak kete kat jalanraya ni.

Kalu rase-rase tak confident nak bawak laluan laju, sila tukar ke lane kiri, kalau rase kete belakang dah rapat, sila juga tukar lane ke kiri. Sila kedo ke diri okies huhuu...

Owh, se lagi... Kalau kat simpang or bulatan, punye lama amik masa dok kat simpang tu. Gamaknye nak tunggu kete takde baru nak jalan. Kalau pagi-pagi, aku dah lambat nak masuk keje, cam cacing kepanasan aku dalam kete sebab sakit jiwe, mulut bebel dah suh orang depan cepat. Patut kena la pandai-pandai cari peluang nak jalan, sebab biasanya kereta memang akan slow dekat jalan yang ada simpang empat ni or bulatan. Owh, dalam kes ni aku tak nafikan la, biasa pempuan la selalu lambat haahaha... kutuk kaum sendiri pulak kan..

Moral lagi satu, memang la biar lambat, asal selamat, tapi kalau lambat sampai menyusahkan pemandu lain, releven ke slogan tu untuk semua situasi? Bak kata nabil, lu pk la sendiri.. Assalamuaikum...

P/s:
Ops!! Sori, terbebel lak hari ni, maklumlah, pendengar setia setiap bebelan isteri takde kat rumah, terpaksa bebel kat blog kihkhikih...

Monday, May 28, 2012

Lauk pengubat rindu

Malam tadi do potong-potong ikan, sayur untuk buat puree adik Eqal. Sekali aku tengok ikan merah ni macam beso la pulak, klu biar dalam esbok lama-lama rosak pulak.

Sekali hubby masuk dapur tanya buat ape, dari nada dia aku dah boleh agak dia harapkan aku masak sesuatu untuk dinner. Then bila aku cakap nak masak untuk dinner, lebar je senyum. Alasan dia bagi ok gak tu, masak lebih ye, kepala abang pening la, perut masuk angin kot.Eceh, alasan.

Klu korang nak tau, dah lama aku tak masak kat rumah. Sejak aku cakap nekad nak diet kan, memang takde dah la aku nak masak2 kat rumah ni. Hubby pulak menyokong, tapi bila time dia balik dari main badminton cam kecian gak, sebab biasa dia balik je mesti ada lauk atas meja hahaahah..

Ok, ikan merah semalam aku masak asam pedas & ayam yg beli tuk emergency stok, aku goreng je. Asam pedas tu rase dia cam errr fail sikit la kat tekak aku ni. Orang tak pandai nak masak kuah-kuah, tentiba gatal tangan nak buat kuah2 *tu la hubby, tak minat lagi, dah bini tak pandai masak lauk berkuah kecuali kari & sup tau*. Tapi, aneh, hubby makan rileks je, macam sedap je kat tekak dia tu, ke sebab lapar erk? Kimi pun makan bertambah-tambah.. ermnn.. tekak aku yang tak kena kot..

Ayam goreng berkasih *eceh nama
Ikan asam pedas lautan cinta

Hahahah... gedik kan nak letak nama lauk-lauk tu. Ala, aku tau, hubby aku tu rindukan air tangan bini dia ni ha.. Yela, esoknye nak gi Kelantan pulak 3 hari, kang tak merasa masakan isteri kang, rindu pulak kihkihkih..

Rojak pasembur ada, rojak buah pun ada

As-salam semua, eh dan salam sejahtera pada yang non muslim, tapi ada ke yang non muslim baca? Kihkih..

Pagi ni agak membizikan diri. Banyak menda jadi hujung minggu baru ni..

Pagi sabtu tu, kemaskan rumah, mop lantai, cuci kipas syiling, alih-alih perabot. Tengahari ngedate satu family. Pastu start Maghrib, kaki aku tiba2 krem. Tak leh nak gerak. Sakit gile okeh. Hubby amik yoko-yoko sapu, lepas 5 minit baru boleh rase kaki. So nak gi amik air sembahang macam robot sebab tak leh nak pijak kaki.

Hubby lak sampai ati, ingat aku ok,dah boleh jalan ke bilik air, dia kuar gi amik reket yang dia tinggal tuk pasang tali kat Ole-ole.. Majuk aku.. cittt tak sayang  bini sungguh aku cakap. Dia gelak je, takut reket ilang katanya, ngade okeh. Sebbaik balik tu dia tapau makanan.. Tapi tak lalu la nak makan, kaki sakit kan.

Sebbaik bangun Ahad tu dah ok, tapi tak berani nak buat keje-keje berat. Siap-siap kuar nak gi beli barang. Cakap dengan hubby nak beli jam tangan, jam yang ada tu tali dia dah rosak. Sehari sebelum tu ada beli kat gm Klang, tapi yang harga RM15.. dah biasa pakai jam ori, even takde la yang beribu rege tu, bila letak yang rege RM15 rase lain, tak sedap pakai.. huhuhu.. ngade-ngade kan kihkih...

Tengok jam kat situ tak banyak pilihan, so pilih yang murah sikit. Sekali hubby cakap, amik la, abang belanje. Wahhh, terus amik yang mahal sikit haahahahah... dasar.. So dapat la jam ni

Dah selamat aku pakai kat tangan ni. Suke sebab nampak cam comel tapi sporty kunun-kunun.

Ok, cerita pagi tadi lak, Eqal jatuh katil lagi.. Buat kali kedua. Sedar2 dah dengar jeritan. Cek-cek, takde pun benjol or lebam, maybe sebab dia jatuh menyelungsur. Masa aku angkat tu dia dalam keadaan meniarap, hope takde apa2 yang serius pada Eqal.

Aku tengok bantal penghadang pun dah tergolek jatuh bawah.. abang dia la ni tolak.. ermn... Rasa macam kena gak tidurkan dia dalam katil baby camni.. tapi kecian sebab nnt dia akan cari bau aku.. ermnnn...

Owh, berita baik pulak. Pagi ni sarung-sarung je kain, wahhhhh dah boleh zip penuh dan letak penyangkut lagi. Yey.. sebelum ni terpaksa zip separuh je sebab badan membesar dengan jayanya kan..

Ok, akan teruskan makan oat aje pagi2 hahaaahahh... Seronok bangettttt!!

Sekian, entry yang caca marba, campur-campur cam rojak pasembur pun ada, rojak buah pun ada kihkih..

Friday, May 25, 2012

Saluran tersumbat aduan ke pemaju

Hola!! Me again. Tengah seronok ni sebab baru lepas call pemaju perumahan. Tanya pasal warranty rumah. Alhamdulillah ada lagi 1 bulan sebelum tamat.

Sebabnya rumah aku sekarang ada masalah. Last time tu tersumbat dekat dapur. Sekali ayah aku korek guna tangan ok, ayah sangat la tidak penjijik. Menantu dia aka hubby aku yang aku rase bukan penggeli tu pun cakap tak sanggup nak korek. Tapi ayahku yang superb telah berjaya menemui punca kenapa saliran tersumbat. Iaitu sebab tukang rumah ni sumbat plastik, sisa bancuhan simen ke saluran tu. So jadi la tersumbat.

Jahat kan pekerja yang buat rumah ni.. Settle la masalah tu. Tiba2 last 2 month bilik air kat dalam bilik aku pulak problem. Tersumbat. Mula-mula tu dia macam slow nak masuk dalam saluran tu kan.. lepas tu tiba2 macam tersumbat pulak. Ok, hubby cakap jangan guna bilik air tu untuk sementara supaya kering dan dia nak tengok punca tersumbat.

Belum sempat cek tentiba that day hujan lebat dan air kat longkang memang penuh la, pastu aku balik keje tu tengok bilik air tu penuh dengan air. Hairan sebab bilik air sebelah takde pun air, kering je. So macam, mungkin tiris hujan, fikir macam tu jela. Sekali after a week air penuh lagi. Kali ni memang lebih banyak dari yang sebelum ni.

So tanya jiran-jiran. Ada jugak yang alami perkara yang sama. Maknanya pemaju ni just buat rumah ibarat lepaskan batuk ditangga. Sebab bukan sebuah dua je jiran yang kena lebih dari 10 kot. Dah la nak panggil diorang datang cek sekian hal.

Tapi tadi call, katanya kena datang isi borang aduan dulu. Tak kisah la, lagipun hari ni rehatnya panjang. Hope diorang dapat datang esok untuk periksa. Rindu dah nak mandi kat bilik air sendiri huuuhhu..

Sapa-sapa ada yang nak ke Klang Parade tengahari ni? Jom ngedate haahaah..

Thursday, May 24, 2012

Seluar jeans tu akhirnya...

Lunch hour tadi pergi kat tempat beli seluar jeans tu. Cakap elok-elok dan bermanis muka dengan salesgirl tu. Akak tu ada semalam, tapi bukan dia yang uruskan pasal potong kaki seluar ni.

Mula-mula dia cakap mana boleh, bukan salah kami, kitorang cuma potong ikut kehendak customer. Lepas tu aku cakap elok, tapi yang potong staff kan. Aku cakap la, memang ada amik ukuran, tapi bila pakai senteng, memang atas buku lali, cam MR. BEAN dah gayanya. So dia mintak detail sapa yang potong dan sape amik ukuran. Tapi cakap sambil pandang tempat lain, sambil buat muka. Aku dah sakit rase kat dalam hati ni, tapi still bermanis muka la kan dah kerjasama dari diorang kan. Sebbaik ada adik SU sebelah ni temankan aku tau.

Then aku cakap la, sape potong tak tau sebab kitorang tinggalkan seluae dan pergi makan, tapi yang amik ukuran tu budak laki, muda lagi, kurus-kurus pakai tag visitor, tak pakai baju staff pun. Dia pun panggil budak laki tu, sebab yang pakai tag visitor & pakai baju lain semalam budak tu sorang je. Nasib budak tu memang budak lagi, so takdela aku rase takut kena gertak ke ape kan.. Yela, kitorang dua-dua pun pempuan huuhu.. Tapi budak tu tak admit kesalahan dia, siap cakap bukan dia buat.

Tapi sebab aku dah bagi detail pasal budak yang potong, akak tu cakap ha ko bayar la xxx(nama budak tu). Kesian gak tapi kalau kecian kat dia rugi la kat laki aku.. Yela, selama ni memang beli dan potong terus seluar kat sana dan memang takde masalah pun, tiba-tiba semalam seluar tu senteng.

Akak tu aku rase dah lama keje situ, sambil cakap sambil dia buat keje. Kejap2 stop dia tanya soalan2 kat aku, pastu pegang seluar tu.. semuanya sambil buat muka la. Adik SU yang teman aku ni pun cakap sakit ati sebab akak tu buat muka ahahah.. bertabahlah, nak buat camne kan.

Dan lepas dok depan dia selama lebih kurang 10 hingga 15 minit, akak tu pergi kat seluar tu dan amik yang baru.. Dia lipat seluar tu, lepas tu bagi aku. Katanya, kita tak boleh potong, takut salah lagi. Aku pun, ok takpe la.

Lepas masukkan suar tu dalam plastik dan ucap terima kasih aku blah la gi beli KFC haahaha... dan-dan.. Promosi tamat pada 27 Mei, harus rase kihkih..

Mintak pendapat korang boleh??

Selamat pagi semua. Dah minum pagi? Aku macam biasa, just amik oat + milo 0 juga roti Massimo sapu lepa kacang lady;s choice. Ate nak dapatkan balik berat ideal, bertabahlah hahaah..

Semalam hubby ada beli seluar jeans kat PAS, then sebab labuh, mintak potong. Balik tu takde pulak nak test pakai ke apa sebab setakat ni elok je tukang tu potong. Sekali semalam pukul 9.30 malam, dia try, aik senteng. Memang atas buku lali jeasnya, kalau pakai gak memang cam mr bean nengoknya.

Ambil jeans lama dan ukur.. Amik, sampai 4 inci larinya. Tapi yang pelik masa budak tu ukur semalam, aku pun tengok dia ukur, tapi kenapa bila siap jadi senteng? Tu baru berdiri, kalau duduk memang teruk la. Hubby dah bising, mintak aku tolong tanyakan pada pekerja tu tengahari ni.

Tapi boleh ke diorang betulkan balik.. sebab dia potong sikit je.. maknanya cukup2 untuk lipat je, lepas tu kalau mintak diorang ganti baru pun dapat ke? Korang rase sape salah? Budak tu dah ukur, dan kitorang takde argue apa-apa sebab selama ni memang hubby beli dan potong kaki seluar terus kat situ, tak penah pulak seluar tu senteng ke ape, tapi tiba-tiba semalam jadik camni.

Dan aku perasan semalam budak yang potong tu tak pakai baju pasaraya tu dan ada pakai tag visitor kat baju dia. Salesgirl tu yang panggil budak tu suruh tolong sebab salesgirl/salesman yang biasa potong tu takde kat tempat, rehat mungkin. So, ada keraguan kat situ, budak tu pandai potong ke tak sebenarnya.

Dan aku ni nak pergi tanya ni pun dah risau-risau.. Nanti diorang pandang aku cam nak makan lak kang.. Tapi nak juga keadilan.. takkan bayar duit untuk barang yang kita tak boleh nak pakai kan.. Rugi laa..

Korang rase??? Pendapat korang??

Wednesday, May 23, 2012

Worldless Wednesday: Outing JJ Baru kat PerakMy

With my 2 MAH & the only MA

2nd Version.. bila nak ada RAH pulak ni hahaahah

My family with MIL & BIL

Again with MIL, SIL & BIL
Family outing.. Eldest BIL nak belanja makan sebab tolong dia pindah rumah dari Shah Alam ke Simpang Pulai, Perak nun.. Tenyam pewott burrpp!!! Ops!

Progress Eqal banding Kimi

Eqal Next week dah nak masuk 8 bulan. Aku tengok perkembangan dia dengan abang dia beza sangat.

2 bulan, dah boleh mengiring ke kiri or kanan
3 bulan, dah boleh meniarap
4 bulan, dah berpusing 360 darjah dah, pandai main agah
5 bulan, dah boleh menyusur ke semua arah, gigi dah ada putih2 cam nak tumbuh
6 bulan, keluar 1 gigi atas, 2 gigi bawah dah boleh buat pose merangkak, kalau letakkan dalam posisi duduk, suka goyang2kan kaki dia cam bos haahah..
7 bulan, tumbuh lagi 1 gigi atas, so total 2 gigi atas, 2 gigi bawah. Baru tunjukkan skill merangkak 2,3 langkah pastu give up

Ok, kalau nak tengok perbezaan abang dia si Kimi masa usia lebih kurang dia boleh klik SINI.

Betul kot kata orang tua-tua, kalau gigi tumbuh dulu, lambat sikit progrees untuk merangkaknye.. dan juga berjalannye.. 

Well just wait n see for Eqal's next step!

Till then, bye.
Eqal @ 7 month ++

Tuesday, May 22, 2012

Bubur dan Eqal

Lemaunye la rasa badan ni. Dah berapa hari aku rase tak cukup tido.

Semalam gigih ajak hubby belikan bahan-bahan untuk buat stok puree untuk anak teruna aku yang kedua tu. Maklumla, tekak dia demand sikit, tak mo makan makanan segera ni like nestum or biskut milna ke ape, tetap nak makanan yang dimasak mama. Kalau bagi instant or ready made dia luehkan balik, tak sedap gamaknya.

Dia tak tau, abang Kimi dia mendalah tu la mama dia dok sua sampai umur 9 bulan haahhaha... Maklumla, dulu takde ilmu dan pengalaman, sekarang dah kawan dengan ibu-ibu yang rajin buatkan bubur untuk anak diorang so rase terdorong tuk buat menda yang sama. Lagipun bersemangat la sikit nak masak sebab memang Eqal berselera makan dan habis satu bekas makan pengasuh dia suap.

Semalam buat stok keledek yang warna kuning dengan purple tu. Then stok brokoli. Ikan tenggiri aku rebus siap-siap dan letak dalam bekas asing-asing untuk bekukan. Kalau tak cepat rosak kan, ikan ni. Dapat la untuk 4 kali masak. Beras pun dah aku blend siap.

Semua puree tu sangat berguna bila aku, sebagai seorang mama yang agak malas nak bangun awal *hikhiks* untuk masak bubur ni. Sebab sekejapan aje siap bubur untuk anak teruna. Campak-campak je bahan beku tu. Tak sia-sia belajar dengan ibu-ibu yang otai ni. Biasa stok tu aku buat untuk 4-5 hari je. Nak sangat buat bubur campur ayam ke bilis ke tapi anak teruna ni kan alergik.. Ayam pun dia tak boleh sangat apa lagi seafood. Takpe, tunggu kulit dia betul-betul sihat baru cuba letak ayam pulak kan..

Gambar? Takde la, kalau korang nak gambar pegi tengok kat blog kakak ni, rajin bebenor. Selalunye aku akan rase bersemangat bila tengok dia upload gambar-gambar puree yang dia buat untuk anak dara dia. Anak dara dia pun kemain suka makan, kalah anak teruna aku tu hahah..

Progress Eqal...ermnn.. udoh ada tanda-tanda nak merangkak dah.. tapi baru gerakkan satu langkah ke depan je.. Tak pun dia lompat-lompatkan badan dia, laju lak tu. Macam semalam, hubby baru masuk bilik, dia teruja terus lompatkan badan dia sambil masa tu posisi dia merangkak. 2 kali lompatan dah hampir jatuh katil. Nasib hubby sambut. Aku lak kaku depan pintu sebab terkejut.

Kalau berdiri dengan bantuan, macam pegang sofa ke katil ke dah kuat sikit dah kakinya. Duduk tanpa bantuan pun dah ok, tapi tak boleh lama hihhi..

Kalau tengok mama bersiap dah seronok gelak-gelak dah, siap hulur tangan nak ikot, olololo.. kalau buat tak tau mula la nangis cemek-cemek muka.

Gigi dah tumbuh sepenuhnya 2 atas dan 2 bawah. Gusi pun dah tak gatal kot, so aktiviti gigit puting asli pun dah dihentikan. Legaaaa... hahahah..

Owh, kalau korang nak tau, muka Eqal sekarang sebijik muka Kimi masa umur 7-8 bulan tau.. Nanti ada masa aku nak upload sini.. aku maknye tengok pun dah keliru mana satu Kimi mana 1 Eqal.. Rambut je yang membezakan muka diorang hahaah..

Monday, May 21, 2012

Upacara Masyarakat India yang aku tak tau nama

Korang perasan tak background 1 gambar masa aku kat bengkel kete dalam post aku sebelum ni.

Aku tak tau ape nama upacara atau perayaan tu, tapi orang India berarak dengan pakaian kuning, yang perempuan siap bawak ape tah atas kepala. Kaum lelaki pulak dengan pedang samurai ke ape ntah, pastu ada pukul gendang bagai.




Errrr natijahnya? Jalan jammed sekejapan.. Hahhaha.. dah tu suku space jalan diaorang amik untuk tujuan perayaan tu.

Sempat aku tanya uncle India yang stop kejap tepi jalan hisap rokok, katanya pemujaan ape ek, lupe dah aku. 
Tapi sekejapan aku rase macam cerita-cerita tamil kat tv tu. Diorang kan kalau sambut apa-ape, meriah camni.. 1st time tengok so jakun jap haahahah..

Small excident at homesweethome.. +_+

Selamat pagi Malaysia. Sudah makan? Sudah minum? Owh belum, sila pergi sekarang sebelum perut berbunyi hihihhi..

Nak share cerita sedih di pagi senin ni boleh? Boleh la ye, kasik la can ihhihi..

Sabtu lepas keluarga MIL datang. BIL nak pindah ke Simpang Pulai Perak sana sebab dapat keje best kat sana, so datang untuk tolong pindah rumah la. So anak BIL tumpangkan kat rumah aku, kasik main dengan dak Kimi tu.

Kecian tengok diorang main dalam rumah aje, aku ajak la SIL aku kuarkan kereta. Anak-anak pulak sebok nak ngikut sama keluar, daripada bahayakan diorang dok kat luar, dikhuatiri tengah-tengah aku mengundur kete, tak sedar terlanggar diorang baik aku suh diorang naik keta. Aku terus dukung Eqal masukkan dia dalam keta and agah-agah, terus undur keta.

Sekali... 'PRAKKK!!!" Kuat, aku dah risau, ape lak aku langgar ni. Maju ke depan sikit, pandang sisi. Arrrgghhhhhh!!! Pintu belakang tak tutup, so terkipap ke belakang, langgar tiang. Rumah aku ni tak sistematik. Apsal tah pemaju mesti letak tiang tu kat tengah2 rumah, muatkan masuk sebiji kete aje. So, gigil2 aku tutup keta and undur je keluar kereta.

Dah park kat luar rumah tu aku periksa. Alamak, alignment dah lari. Pintu belakang dah tak boleh tutup, dah lari ke depan so pintu depan pun jadi tak boleh tutup la. Call hubby bagitau kat dia isteri dia telah buat kesalahan besar. Aku tau bagitau pada masa yang salah, sebab dia tengah sibuk angkat barang nak pindah rumah kan. Dia cakap, pegi settle sendiri, sebab dia tengah kemas barang. Nada dia tak tinggi sangat, tapi aku tau dia marah haahahah..

Siap SIL aku cakap dia bising kat sana cakap bini dia ni cuai kihkihkih.. Hello bang, baru kali ni ai cuai tau, after almost 10 years dapat lesen memandu.. before this orang yang langgar belakang kete tau, ai tak salah. *kelip-kelip mata sambil buat muka tak bersalah* hahahah..

So, terus susukan Haiqal nak kasik dia tido, tapi anak teruna tu banyak songeh that day, tutup mata jap, aku lepas susu, dia merengek. Ish, tak boleh jadik, kejap lagi nak pegi Ipoh dah, camne kalau hujan, mesti air masuk kete. Call abang aku tanya kalau ketuk berapa orang cas bagai.

Terus mandi, bersiap. Tanpa secalit mekap, kuar gi cari mana-mana bengkel. Bengkel ke 3 baru boleh buat ketuk2 ni. Fuuhhh lega ok.
Nampak tak lekuk di situ? *abaikan kete yg kotor ok ihhih*

Pintu belakang naik ke atas, tak boleh tutup

Dia ketuk, dia angkat, dia tarik, dia kakikan kete aku tu.. cian kete aku .. sob..sob..
 Hasilnya setelah 1 jam aku kat bengkel.. Dan juga melayang RM150..
Merah sudah akibat disimen
Katanya tak boleh ratakan sangat sebab tempat kemik tu ada besi. Tak boleh nak ketuk sangat, so dia suggest simenkan aje.. Yolah, janji kete boleh pakai aje.

Cat katanya tambah another RM120.. adeiii hujung bulan ni, mana nak cekau, udahla nak pegi perak lepas tu. So cat next time aje lerr.. Lagipun kena tinggal kereta tu untuk seharian. Pasrah ajela dengan pandangan mata orang terhadap simen tersebut.

Hubby balik dok wat muka garang.. pujuk2 baru sengeh, tu pun sengeh siniss tau.. Sebbaik dia bayar balik duit aku guna tu, klu tak takde duit mak nak belanje sementara gaji tau huhuhuh...

Friday, May 18, 2012

Misteri di ofis aku...takotzzz

Misteri berlaku lagi dekat ofis aku ni..

Semalam, ada staff nak pergi tandas. Masa dia nak masuk tu, tandas tu gelap, belum switch on lampu lagi, so dia tekan suis, lampu pun menyala. Baru je nak masuk, dia terdengar bunyi orang tolak pintu, kuat, "pangg!!! *eh gitu ke bunyi pintu ditolak kuat?? hihihi*

Terus staff ni tak jadi masuk, lari masuk bilik dia semula. Ok logik akal, ada ke orang nak masuk tandas dalam keadaan suis lampu tak dipasang, gelap gulita. Masa tu pukul 7.40 pagi.. aiseh, pagi-pagi pun nak main-main tau.. Dah la aku kerap ke tandas tu untuk amik air sembahyang, surau kat tingkat 6 tu..

Natijahnya aku takut nak gi tandas hari ni. Dari pagi tadi, baru 1 kali aku masuk tandas.. haru tak??? Hahahah

Then semalam jugak kitorang dok kumpul sembang pasal mistik kat pejabat ni. Rupanya odeli sebelah bagitau, baru-baru ni ada yang kacau dia. Ceritanya....

Masa tu dalam pukul 7 lebih, dah nak masuk maghrib. Dia tak balik lagi, dok main komputer. Tiba-tiba dengar suara odeli court aku ni gelak. Bilik diorang bersebelahan bilik aku je so memang boleh dengar la kalau ada yang ketawa, pulak tu time tu sunyi sebab aircond pun dah dimatikan.

Dia pun hairan la, then pm kat facebook. "Apsal ko gelak sorang-sorang?" Odeli court aku jawab la, takde, dia ada kat tingkat 3. Dia tak percaya sebab memang dengar suara gelak2 dalam bilik kitorang ni kan. Then dia ketuk-ketuk pintu, panggil nama. Senyap je. Dia tengok bawah pintu, gelap, maknanya lampu tak terpasang, so memang takde orang la.

Terus dia tutup pintu bilik, buat macam biasa, turun ke tingkat 3. Tapi sepanjang perjalanan dia nak keluar dari ofis ni ada bunyi yang cam ketuk-ketuk dinding, ikot je setiap langkah dia. Sampai ke punch kad, then bunyi tu hilang. Odeli court sebelah ni cerita, jantung dia usah cakap la macam nak pecah, menda tu ikot dia kan.

Ok cerita lain pulak. Yang ni dari kisah orang bawah tingkat aku. Staff ni cakap, dia rajin datang Sabtu, Ahad. Then selalu la dengar ada cam orang bertukang la kat tingkat atas dia, means, floor aku ni la. Pastu time tengah buat keje, mesin printer bunyi macam ada orang print la, padahal takde apa pun yang keluar. Ada yang berdehem. Bunyi pintu tutup, tarik kerusi. Macam-macam la dia cerita. Agak seram la kot..

Yang part kelakarnye. Odeli court aku ni lepas hantar bos tak naik dah atas sebab takde siapa dah kat floor ni. Bos aku paling lambat balik semalam. Tu pun katanya berdebar-debar tunggu sorang-sorang hahahha...

Misteri sungguh bangunan sewa ni.. Kalau kat kompleks sana nanti tak tau la camne plak versi cerita orang sana.. Emn...

Anakku jatuh, lebam dan bergaris dahinye

Semalam, tidurkan Haiqal. Sambil susukan dia, mata aku sama naik mengantuknya.Sedar kemungkinan aku akan terlelap sama, aku sendal bantal keliling Haiqal, kot-kot da guling-guling, terjatuh.

Sekali, huwaaaaa!!!! Bergema tangisan. Aku yang terlelap terus melompat bangun, tengok ada anak kat bawak. Ingatkan si Kimi,sebab masa aku tidurkan Haiqal tu, dia ada penjuru katil, dok kunyah corn flakes. Sekali aku raba sebelah aku, Haiqal takde.

Ya Allah, Haiqal rupanya yang terjatuh. Keadaan dia tertiarap. Menangis sayu. Aku terus angkat, bawak ke ruang tamu. Badan dah ketar-ketar dah. Buka lampu tengok dahi dah benjol, dan bergaris luka. Lari ke peti ais nak ambil ais untuk tuam. Melalak tak berhenti-henti Haiqal, sakit dengan terkejut barangkali. Sedih aku dengar dia menangis weh.

Lepas dia dah tenang, Mintak hubby tuamkan sambil aku susukan dia, tapi dia menolak. Cek pampers, berak rupanya. Padan la dia bangun balik tido, sebab nak suruh mama basuh berak. Bangun pulak terus mengadap belakangi aku kot. So tak nampak mama ada sebelah, cube menyusur turun katil nak cari mama.

Biasa, dia tak boleh lepasi bantal-bantal yang aku letak keliling buat pagar, rupanya dah boleh. Menyesal pulak tak tinggikan lagi bantal semalam. Ye la benda nak jadi kan.. Lepas dah salin pampers, susukan dia terus dia tidur. Ingat nak ambil gambar benjol dia semalam, tapi Kimi pulak main hp aku, dok tengok spongebob dia tu.

So just amik gambar dia pagi ni. 

Nampak garis kat dahi dia?
 Ermn... ni kali ke dua dah dia jatuh.. Yang 1st itu hari takde lebam, yang ni siap benjol dan bergaris. Bergaris tu sebab dia jatuh tertiarap, atas tikar buluh yang bergaris sekeping-sekeping tu.
Close up skit adik.. Lebam dah ilang, garis masih bersisa

 Ermn.. anak mama dah lasak la sekarang, tak boleh tinggal sorang-sorang dah... kena paksa masuk katil baby kalau mama nak buat keje kat dapur..

No more cuai-cuai ok mama, saya dah buas sekarang ^_^

Thursday, May 17, 2012

Janji pada diri bukan pada orang lain

Hola, soy bunga.

Intro pun cam kanak-kanak riang dah kan.. memang betul penangan dak Kimi la ni.

Mengantuk sebenarnya ni, lewat tidur malam tadi, layan cerita hindustan.. Nak letak tajuk cerita, aku dah lupa tapi cerita yang bikin panas gak la sebab suami A dan isteri B yang curang, si A dan si B baik je... haihh!! Eh tentiba emo.. Sebbaik abe Shah Rukh belakon, klu orang lain aku memang tak tengok dah sebab sakit hati kalau pasangan masing-masing curang nih hahahaha...

Semalam pergi rumah jiran, hantar barang sekali tengok badan sendiri kat sliding door. Gulp, telan airliur sendiri. Insaf tentiba. Gemok sangat weh. Padan la hubby dok perli-perli, jiran pun tegur badan naik. Balik kampung itu hari pun mak cakap dah naik, tapi tak sedar diri. Entah la, tengok kat cermin kat rumah takde la cam bulat benor.. Semalam memang bulat la sangat weh. Apekah selama ni cermin kat rumah aku menipu diri aku? Cermin sliding door pun sama? Semuanya nak amik hati aku ke apa buat aku nampak aku cam tak gemok nih?? Adolahai..

Nekad terus dengan hubby, tak mau makan malam. Pagi pun aku tak mo dah amik nasi lemak, nasi goreng or bihun goreng (ko tengok makan pagi, camne tak gemok hahahah). Aku nak on balik diet lama, telan oat je pagi. Tengahari nak ambil nasi sesenduk dengan lauk sayur dan ikan je. Malam just ambil makanan untuk kesihatan dalaman wanita. Eceh ayat haahaha.. Snek, coklat, makanan ringan, aku nak sorok jauh-jauh dari pandangan mata aku. Sebab, kalau nampak, tangan ni mesti gatal nak makan.

Malam, kalau lapar pun just nak buat air milo je. Malam tadi baru start tak makan nasi time malam. Hasilnya? Memang perut aku berdondang sayang sebab kelaparan. Hahhaa.. mungkin hari pertama je kot.. hari seterusnya boleh. Perut ni kalau dilatih ok je sebenarnya kan.

Ok, aku tau.. Aku ni memang jenis yang semangat time awal-awal je (bak kata hubby dan kawan aku Zue  hiihhi, yeah u both right!!). Lepas tu senyap, malas dah nak teruskan haahah.. Tapi, aku kena nekad jugak kali ni. Sebelum ni rase ok sebab baju-baju still muat, tengok cermin pun takde melampau tumbesaran aku tu. Tapi kali ni tidak, I really need to do something. Kena janji dengan diri sendiri, bukan cakap pada orang lain... kata aku kepada aku hiphip..

Harap sangat at least dapat turun 3-5 kg. Wah target kemain. Tapi serious, aku memang gusar tengok penampilan diri sendiri. Padan la baju-baju kebaya, kebarung semua tak muat, aku memang dah membesar. Doakan aku berjaya dan tak terpedaya dengan godaan-godaan seperti KFC semalam hahahha..

Dan korang kat luar sana yang cakap, eh tak gemuk pun ko bunga.. Owh, pakai baju kurung memang dapat menyembunyikan lebihan lemak di setiap bahagian badan, tapi tidak dirumah, hubby siap tepuk2 lemak berlipat-lipat kat perut ni sambil gelak2 huwaaaa...

Ok, kita tengok hasilnya hujung bulan ni. Kalau turun aku bagitau, kalau aku senyap je, maknanya berat aku still sama tak turun malah makin naik khikhikhihkhk.. Jangan korang rajin lak nak tanya kurus ke tidak ahahahah...

Tapi buat masa ni, aku memang janji pada diri sendiri, bukan pada orang lain.. Sebab ini untuk kesihatan aku, orang lain tak peduli pun kan.. eh tak, hubby aku peduli ahahahaha...*asik gelak je, cover sedih ke ape ntah hahahaha.*

Wednesday, May 16, 2012

WW: Camne tak gemok??

Lunch tadi, balun sorang-sorang, meraikan kedatangan 'bulan' kihkih..
total RM8.30 sajok
Pastu balik rumah kang timbang berat. Pastu amukan puaka sorang-sorang sebab berat naik tak turun-turun, malah makin bertambah 1kg isk!!

Ok balik ni tak payah makan nasi, makan paratha wholemeal+keju+sosej sudah. Eh jap tu.. ada keju tu bukan menggemukkan jugak ke?? Isk!!

Eh, ni bukan wordless wednesday dah ni, ni wordmore madness day hahaahah

Wordless Wednesday: A&W slurrppp!!!!

Apsal tah, air ni tak cam biasa, kureng rasenya... Larat tau...

Ape tah nama menu ni, tapi yang paling murah sekali kihkhi..
Menu masa girls outing last 2 weeks.. Kihkih gambo peram, busuk dah bau haahaha... Pekena kat A&W depan UiTM Shah Alam..

Kaitan bulan dengan mood

Bulan terang dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam...

Mood ada happy.. Mood bos sudah tukar ke ceria, dan aku juge suda ceria.

Bendera jepun sudah berkibar.. Tak perlu gusar.. Sebbaik ikut naluri hati jangan beli pregnancy test lagi hihihi..

Ok, Eqal lambat lagi dapat adik ye tawan-tawan... Jap lagi nak beli pil terus hhahahah.. tankutz.. 

Tapi... makan pil ni kang susu badan cepat kering pulak kan... Tak sanggup nak pisah susu dengan anak lagi.. At least  2 tahun minum susu badan, even tak sepenuhnya.. Biar cam abang dia dulu..tu pun sempat 1 tahun 8 bulan sebab lekat dak Eqal...

Ape erk solution... ermn...

Bila bos moody, aku steady... laa sangat ahahah

Habis laaaa... Bos mood tak baik ari ni...

Bermula appointment untuk ibu dia tak dapat set pada tarikh sebelum ubat ibu dia abis. Lepas tu cleaner buat hal sebab datang lambat, then bos dah masuk dia takut nak masuk cuci bilik. Kantoi sebab sampah semalam still dalam bakul sampah. Masa bos tanya aku cuma cakap nampak cleaner berlegar kat depan bilik ni tapi tak sure dia masuk ke tak. Yela, aku sampai ofis pun selalu ngam-ngam 5 minit, 2 minit, 3 minit sebelum jam 8, mana nak tau hihihhi.. Bos pulak angin ape ntah terlebih awal sampainye hari ni..

Huh!! Tegang-tegang. Ni lawyer pulak tak datang-datang lagi, patutnye kes dalam kamar mula pukul 9, sekarang dah dekat 9.30 batang idung tak nampak2.. lawyer untuk responden je ada nih.. Abis aaaa korang kena kang klu silap banyak dalam kamar kang huhuhu...

Jarang bos garang cam hari ni. Aku rase mesti dia susah hati sebab tak dapat tarikh untuk appointment ibu dia je ni.. so meleret-leret la. My bos ni bab keluarga memang dia cukup jaga, sebab tu dia tak puas hati klinik tak nak selit nama ibu dia. Sorang je pun, patut consider warga emas didahulukan tapi bertegas tak boleh bagi tarikh. Lantak korang, aku dah dapat nombor handphone dengan emel doktor yang selalu rawat ibu bos, so mayne bos sendiri akan contact that doctor.

Adei, harap-harap mood bos bertukar tengahari or lepas lunch nanti. Takut weh... Aku yang mengantuk sebab tak cukup tido ni pun terus segar sebab takot haahahaah...

Monday, May 14, 2012

Haiqal di usia 7 bulan

Elok je masuk umur 7 bulan, 1 hari, Haiqal ada skill baru untuk dia tunjuk pada mama

Buat ape tu dik?

 Nak kata sujud, lulut tinggi beno.. Nak kata pose merangkak, pun lutut tak jejak lantai ihhiihi...
Close up sikit: Menonggeng??? Hahahahah...
Abang pun join, ikot je adik buat ape.. sat gi adik merangkak, dengan dia sama naik merangkak gamaknye hihihi...
Lama tau dia buat aksi ala-ala menonggeng tu.. Sampai aku naik risau.. Post kat fb.Sekali pengasuh dia komen, laaa aksi baru ke, ingatkan dah lama, sebab cam expert dia pose camtu petang tadi, lama pulak tu kata pengasuh dia.

Ni elok-elok baik demam dia buat pose gini.. Semalam, aku perasan, gigi atas dia nak tumbuh lagi.. total lepas ni 2 bawah, dua atas la.. jadu rabbit hihihhi...

Oh bulann enggan melayan diriku lagi...sampai ati ko bulan!!

Sesaat kau datang, sesaat kau hilang, kemunculan dirimu penuh misteri..
Kau mendekat kau menjauh, kau tinggalkan diriku
Sesudahnya kau menghilang mencampakkan aku....

Ok, lagu ini aku tujukan khas buat period aku. Semalam ada darah secoet, punya happy aku semalam. Tapi tu petang semalam yer. Malam dah takde darah, siang hari ni pun takde..

Maka, penuh tekad pergi farmasi beli pregnancy kits jap lagi... hope negatif. Kesan operate masih terasa ngilu, keja gila kalau ada isi lagi.

Owh bulan, mengambang la dikau, aku tekad, ko mengambang kali ni aku makan pil... bio gemuk pun, janji sihat.. Huwaaaaaa

Saya mengantuk sebab...

Dari sampai kat ofis pagi tadi, sampai sekarang, kerja aku menguap je. Nasib la keje kat sini tak perlu jumpa pelanggan ke, orang perseorangan ke, tetamu bos ke, kalau tak memang menerima kutukan la aku hahahaah...

Mengantuk sangat. Semalam baru balik dari Perak, kat Perak memang tak buat keje ape pun. Tapi, sampai je rumah terus bekerja. Kemas rumah, basuh baju, kemaskan dapur, jemur baju, sapu sampah, kemas bilik, iron baju, packing baju hubby untuk out station. Tu belum bab suapkan anak makan, bagi susu, layan kerenah anak.

Hubby demam selsema dan juge batuk start Jumaat lepas. Tu sebab aku kena buat semua sorang-sorang tu. Pulak tu, Kimi tengahari semalam tiba-tiba suhu dia naik, demam pulak. So kena monitor dia pulak. Bagi ubat, layan ape juga permintaan dia, asalkan dia nak makan, dia nak telan ubat. Dengan si adik Haiqal merengek, ajak tido dia tak nak, nak main. Itu pun hubby tolong tengokkan sementara aku bertungkus lumus kemaskan rumah. Yela bila rumah bersepah,orang yang sakit makin sakit kot hahaah...

So, itu adalah sebab-sebab kenapa saya mengantuk pada hari ini dan sipi-sipi je nak ponteng kerja tadi. Kalau kat ofis lama selamba je aku EL, tapi keje sini tak boleh suke hati nak EL, kang tak pasal kena warning letter.. tapi aku takut tak sempat warning letter je, terus sampai transfer letter je gamaknye haahahah...

Sekian entry frust sebab mulai hari ni hubby akan kerap keluar out station, tinggalkan bini dia. Maklumlah, sejak dapat cemerlang ni, makin bertambah beban tugas dia.. Sobb..sobb.. Anak-anak, sila jangan buat perangai dan tolong jaga kesihatan masing-masing ok, kesianla pada mama klu korang sakit..

Pstt!!! Sebbaik Hakimi dan kebah... dari malam tadi sampai pagi tadi aku cek suhu dia lingkungan 36 je, syukur.. kalau tak, mengagau la aku sensorang nak jaga dua budak ni..

Thursday, May 10, 2012

Kuch kuch hota hai

Sape tengok cerita Kuch-Kuch Hota Hai semalam? Tengok? Tengok? Eleh, ada lelaki yang tak ngaku tengok erk? Hahahah..

Semalam gigh hubby masuk bilik bagitau aku, 'cube teka ada cerita apa malam ni? kalau tau mesti suka punye'. Hahahah sebab aku dah tau, aku buat muka tak berapa nak excited, jawab, tauuuu KKHH kan. Ilang seri muka hubby sebab kemain nak tengok aku jerit suka, sebab dia tau aku memang layan abis la cite hindustan ni ihhihihi..

Tapi muka tak excited pun tetap jugek pukul 10malam dok depan tibi kihkih.. layan dengan hubby sebabnye dia kata seumur hidup tak penah tengok cerita ni penuh, dari awal sampai habis. Biasa tengok dah part last la camtu. So semalam ajak dia layan, sebab aku cakap rugi woh tak tengok coz cite KKHH ni sangat best. Aku paling tangkap cintan dengan lagu-lagu dia.. Kebanyakan aku hafal hahaahah..

So, ada la part mula-mula tu kan Tina nak mati lepas bersalin. Even dia tau berisiko tapi sebab katanya Rahul nak anak, so dia nak teruskan juga kandungan tu. Then aku saje usik hubby, tanya dia. Kalau tau isteri mengandung dan kandungan tu berisiko, kena pilih antara anak atau isteri, pilih yang mana? Hubby diam, tak paham soalan ke pikir ntah. Pastu aku tanya lagi, pilih sape, dia jawab 'pilih sayang la'. Aku lak yang sangsi, yeke? Sebabnye lambat beno bagi jawapannye tau..

Eeee u ni sayang ai ke tak ni yang oi??? Hahahahah... Tapi kalau korang, korang rase hubby masing2 pilih sape agaknye??? Ermnnmmmmmm.....

Eh ni kalau je tau, kalauu... Ish, mintak sisih la dari jadik kat kita semua.. Saje nak tengok hubby berbelah bagi semalam hahaahah...

Apepun memang best gilak laaa KKHH.. nanananana nanana duduuduu.. cheater!!

Owh, hubby ambe semalam, berapa kali ambe kejutkan suh dia tengok cite ni, asiknye terlelap, mencik tau!!

Wednesday, May 9, 2012

Ada rupanya BE

Selama ni aku tak tau pun yang aku ada dapat Metered Earning (ME) dengan Buffered Earning (BE).. Sebab aku log in dalam nuff nang tu dalam versi Bahasa Melayu. Sekali ari ni cube tukar ke versi English. Lorrrr baru tau, aku dapat la BE haahahaha...

Walaupun jumlah pendapatan tak banyak pun, tapi aku seronok, at least sangkut gak rupanye BE tu kat aku.


Terima kasih DIGI sebab beri kepercayaan kepada blog picisan ini.. harap-harap kamu bertahan disitu ye ihiihhihi, kasik la can merasa duit hasil blogging sikit ye haahah... Ni buat semangat nak blogging lagi ni hikhik

Wordless Wednesday : Comel

Kimi dengan abang Afiq dia

Comel kan dak Afiq ni ^__^ pandai melukis tau

Nak nyelit gak mamanye ahahah
Gambar masa balik kampung last 2 weeks, pergi rumah my sis..

Runsing sungguh

Kerunsingan ni.. Badan penat-penat je sejak 2 menjak ni. Nak kata buat keje-keja berat, tak pun, tapi badan penat cam bermarathon pulak. Bangun pagi pun asiknye tunda-tunda jam.Hubby pun camtu jugak.

Natijahnye, hari ni tak sempat nak masakkan bubur untuk Haiqal, bangun pukul 6.40 pagi.. biasa pukul 6 dah tanak bubur tuk Haiqal. Kecian anak mama, makan nestum bubur merah tula jawabnya.

Ok, sambung, kerunsingan aku tadi adalah sebab... Dulu masa mengandungkan Hakimi & Haiqal, aku dengan hubby akan sama-sama rase penat badan, dalam tempoh 2 minggu la..Lepas tu, cek positif pregnant. Aduiii... period tak teratur ni, jadi tak pandai aku nak mengira tau dak..

Kalau... kalau termengandung macamana ni???????? Alaaa bukan menolak rezeki, tapi belum bersedia dari segi fizikal, mental juga kewangan.. Arrrghhhh Miss P cepat la datang kibarkan bendera merahmu!!!!! Runsing sungguh ni...+__ +

Tuesday, May 8, 2012

Homemade chicken chop again

Dinner malam tadi.. bertungkus lumus kat dapur sensorang. Hubby balik lewat, anak2 lak memasing nak mama.. lari dari dapur ke bilik.. penat gile...

Hasilnya... tadaaa... Chicken chop, coleslaw, mashed potato & french fries. Semua homemade.. Hnssshh hinshhh.. bangga sat tengok plate. Owh, french fries Ekonsave's made haahaha..

De presentation ^_^

The yummy coslow
 Ok, sangat dicadangkan untuk korang cube resepi coslow ni... Lebih kurang rasa coeslaw kfc.. errr ke lebih sedap erk haahahah.. Aku cilok resepi kat sini 'CARA MEMBUAT COLESLAW YANG SEDAP'. Insyaallah tak nyesal kot haahahah... Tapi semalam bahan-bahan dia aku main agak2 je.. malas nak sukat bagai.
The crispy chicken chop
Ceritanya sabtu lepas beli belah kat Ekonsave, sekali hubby amik ayam punye big size, aku tengok peha dia punye gebuz, terus teringin nak buat chicken chop lagi. Ari tu aku buat ala-ala grill, so cam juicy-juicy gitu. Yang ni aku goreng minyak dalam kekdahnya.. so rangup ler... Kuah cam tak berapa nak umph!! Sedap lagi kuah rekaan aku dulu ahahahah..

Ok. mashed potato adalah fail. Tak lalu tekak aku nak telan.. aku follow resepi tu betul2 dah, tapi ntah tak jadik.. Tapi heran aku tengok hubby telan sampai licin plate tu haahahah..

Petang ni nak buat bihun sup aja.. Hubby dah pesan, jangan masak sedap2, nanti dia teringin nak makan, pastu makan tak leh sikit mesti nak banyak, dah makan banyak sure la badan dia macam kena pam.. Makanya aku kena la masak makanan yang tak memenuhi piawaian selera dia.. Sup2 dia kureng huhuhhu... Ernn lusa nak pose la.. tinggal 5 hari lagi.. adeiii..

Tahniah!!!

Tahniah buat incik hubby sebab dapat anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2011. Ni dah naik pentas ke blom ni, ke majlis dah habis dah ni hihihi...

Lagi terror dari ai la u erk. Ai keje 3 tahun baru dapat cemerlang, u keje 2 tahun terus dapat cemerlang. Tapi u deserve it la.. Tau sangat cara u keje, tak penah pandai nak menolak kalau orang mintak tolong kan.. Kadang-kadang bini u kat rumah lak yang ajar camne nak tolak permintaan orang, tapi tetap.. tak jalan.. Tetap buat gak huuhhu..

Ok, lastly.. sila belanja ai dengan anak2 makan best yer dapat duit nanti.. Raikan kejayaan u kekdahnye hihihi

Monday, May 7, 2012

Kes pecah rumah lagi

Pagi yang tak berapa nak pagi buat semua. Mengatuk la.. Bos masuk lambat hari ni sebab pergi ke hospital, so aku ambik kesempatan lelapkan mata dalam 10 minit.. Hujan kan, memang syiok sangat la dapat tido. YAng bestnya siap boleh termimpi-mimpi dalam tempoh lelap tu hiihhi..

Just nak share cerita kat kawasan perumahan aku. Baru 2 hari lepas digemparkan lagi dengan kejadian hampir pecah masuk. Yang bestnya penceroboh ni bukan aim 1 rumah je, tapi 4 buah rumah dia panjat pagar dan intai-intai apa yang ada kat kawasan parking kete tu. Dan semua rumah yang dia panjat or jenguk-jenguk dari luar pagar tu, semuanya rumah yang pasangkan lampu depan rumah.

Kitorang syak mat pet aka penagih dadah yang buat kerja ni. Lebih kurang pukul 5 pagi la menda ni berlaku. Yang bestnya, jirang kitorang yang ternampak mat pet tu telefon 2,3 orang, ajak kejar mat pet tu. Tapi, agaknya dia dah biasa dengan kawasan keliling kampung tu, so dapat lolos.

Yang kelakarnya pulak, masa diorang tengah kejar tu, ada la sebuah kereta datang dari arah bertentangan, perempuan yang drive. Diorang cuba tahan sebab nak tanya ada nampak tak lelaki yang lari tadi tu dari arah perempuan tu datang. Sekali perempuan tu tak stop, lagi pecut adalah. Yela, memasing dengan pegang parang panjangnya, tahan kete. Kalau aku pun tak stop kot. Takut la kang kita plak yang kena belasah kan. Hahaahaha... padahal diorang just nak tanya ada nampak tak kelibat orang lari dan ke mana arah orang tu lari.

So kesimpulannya, jenayah sekarang dah tak kisah target dan kat mana. Kawasan perumahan orang berpendapatan sederhana ke rendah ke, janji dapat Rm50-100 diorang akan pecah masuk. Dulu yer la aim rumah orang kaya je, tapi kalau kes mat pet aku rase, diorang dapat jual kasut sukan kita or apa-apa barang berharga yang boleh diorang dapat depan rumah pun dah berbaloi, janji dapat beli barang kekdahnya kan. Tak tau la kaedah macam mana lagi boleh dibuat untuk halang pencuri dari pecah masuk. Dan aku rase kalau diorang pecah masuk rumah cam kitorang ni tak berbaloi, apa sangat la ada pun.

Paling aku takut kalau pecah masuk then mengapa-apakan keluarga. Sebab tu aku pesan kat hubby, kalau la jadik pada kitorang (mintak sisih sangat) jangan la melawan, just bagi apa diorang nak, asalkan diorang tak apa-apakan keluarga, nyawa first. Barang, duit boleh cari, nyawa takde galang ganti. Ape pun moge kita semua dijauhkan daripada kes-kes pecah rumah or rompak or pukau dan apa-apa yang seangkatan dengannya, aminnnn...

Friday, May 4, 2012

Jumpa kawan lama kat Ganu kita

Masa balik Terengganu last week sempat singgah rumah x-house mate kat Chendering. Kitorang dok serumah start mula-mula kerja kat KL tahun 2004 sampai la aku kawin tahun 2008. Rapat sangat, dah macam adik beradik dah. Even dia muda 19 hari daripada aku, tetap dia lagi matured dari aku. Hihihihi...
Kimi, me, Wani & adik Eqal
tergelak dengan si kimi yang pantang nak amik gambar cepat je dia lari dok sebelah kami.

Ingat nak bergambar berdua je, tentiba Kimi lari kat kitorang, nak menyelit lagi

Peace yauw!!
 Akhirnya sampai gak rumah kawan aku nan sorang ni. Banyak jasa minah ni kat aku. Masa mula-mula beli motor dulu, dia la yang temankan aku gi keje.. takut kan naik moto sorang-sorang, bawak pulak ke jalan jem cam KL tu huhuhu...

Klu tekak terase nak makan menda-menda yang aku tak pandai nak masak, dia la salah sorang tempat mengadu tuk tolong masakkan. Hihihi.. air tangan dia memang sedap, terbaik.. tu pasal hubby dia pun aku tengok makin 'sihat' hihihihi..

Gambar makanan yang dia hidang lupe lak aku nak snap. Ada bihun goreng, buah-buahan, kopok keping, kek milo & air teh straberi.. Sumer sedap-sedap..Bertambah-tambah aku makan. Hihihi.. rindu masakan member kekdahnya hhahaah..

Next time nak gi Terengganu nak request dia bawak kitorang jalan-jalan, pergi kedai yang jual kain murah-murah haahahaha.. Wani, klu ko bace ni sila take note, survey kedai murah-murah k hahhahah...

Thursday, May 3, 2012

Dugaan silih berganti

Lepas satu-satu dugaan mendatang, tapi aku tau sebenarnya dugaan ni kecil je kalau nak dibandingkan dengan dugaan yang Allah beri pada kawan-kawan lain. Tapi sebagai manusia biasa, aku mengeluh juga.

Bermula dengan Qimie yang hampir lelah, dan syukur lepas 1 minggu, batuk, kahak dan selsema dia hilang.. tapi start semalam ada bunyi-bunyi batuk balik.. ermnn.. Kemudian, Khamis lepas, dapat panggilan daripada ayahanda yang bagitau Tok Wan aku meninggal dunia. Gegas amik half-day dan cuti kecemasan untuk Jumaat tu. Niat nak terus ke Terengganu, tapi dapat panggilan daripada ayah yang adat orang Terengganu, tak mau lewat-lewatkan kebumi, diorang putuskan terus kebumikan lepas Asar. Anak-anak yang lambat sampai, cucu-cucu yang jauh macam aku ni tak sempat la jumpa.

Oleh kerna kalau terus balik Terengganu pun aku tetap tak sempat tatap jenazah buat kali terakhir, maka ayah suruh kitorang singgah Kuantan hilangkan penat badan, then Jumaat baru balik Terengganu. Ralat sangat tak dapat tengok jenazah buat kali terakhir... rasanya last aku jumpa arwah masa Qimie umur setahun... Sekarang dah nak masuk 3 tahun Qimie.. Jarang sangat balik Terengganu, ada je aral yang melintang. Tapi at least aku dapat ziarah kubur arwah dan sempat sedekahkan Yasin & Al-Fatihah kat kubur arwah. Kata mak muka arwah tok wan macam tengah tidur, tenang je. Meninggal pun atas pangkuan anak-anak. Ayah aku pun tak ralat sangat kot, sebab selalu dia balik tengok arwah mak dia. At least, sempat la berbakti sebelum mak ayah menutup mata.

Dan hari ni pulak, Eqal pulak demam. Belum habis penat badan berulang alik Shah Alam - Kuantan - Terengganu, anak-anak pulak dilanda demam, batuk. Kecian sangat tengok Eqal. Mulut dia merah, pecah-pecah. Mungkin panas sangat. Semalam aku dah perasan bibir dia merah, tapi tak sangka hati ni dah terus pecah-pecah. Susu pun dia tak nak minum sangat. Sampaikan pengasuh aku cakap dia tengok Eqal dah susut. Yela, biasa pantang aku sua susu badan, sure dia tangkap, minum sampai kering stok. Tapi semalam dia lebih banyak merengek, kalau aku paksa, dia akan gulingkan badan dia ke arah bertentangan, marah sangat sebab aku paksa. Dan dia rela tidur ditepuk, dipeluk daripada menggombeng.

Sedih tengok keadaan dia tadi. Aku memang pecut tadi, kuar ofis kol 12.15, pecut ke ss18 sebab kat situ klinik panel dan anak-anak serasi dengan ubat kat situ. Layanan doktor pun puas hati.. Pada yang nak tau, klinik tu Klinik Nik Ishak. Setakat  ni jarang mengecewakan aku sekeluarga.

Dapat ubat demam, antibiotik dengan ubat sapu untuk mulut. Nasib la doktor cakap bukan penyakit tangan kaki dan mulut tu sebab dia cek kat tangan dan kaki takde. Dan bukan juga kurap susu katanya, cuma terlalu panas cuaca sekarang.

Aku ni, masa Eqal ada sekali dalam kereta, rileks je leh drive, yela risau kan. Lepas je hantar dia terus, tekak rase perit, mata berpinau. Panas terik cuaca hari ni, aku pulak puasa kan.. Nasib la Allah masih sayangkan aku, takde la pulak aku rase cam nak buka pose or haus gile, masih dapat bertahan hihihi..

Cuma ingat satu je, Allah takkan menduga manusia diluar kemampuan dia. Eh, tadi mengeluh, sekarang bersyarah plak ahahah.. Ok, nak BW.. dah lama tak BW

Bila anak meragam

Hai korang, dah sarapan? Aku insyaallah puasa setakat ni.. Jangan dah dekat waktu berbuka kang bendera merah datang udah la hiihi..

Mengantuk sangat rase mata ni, badan pun penat. Mungkin aku tak cukup rehat sebab start Khamis lepas bercuti sampai Selasa, jadual padat. Nasib baik esok dah Jumaat, then Sabtu boleh rehat.. Rumah pun dah kembali bersepah, tak sempat lagi nak kemas baju-baju balik kampung itu hari.

Owh, aku mengantuk hari ni sebab anak teruna sulung buat hal. Bermula malam tadi, dia terkencing dalam seluar, ingatkan kat seluar je, sikit je terkucilnya. Sekali aku masuk bilik tengok selambak tepi tilam. Sakit ati, bukan nak bagitau. Kena marah, merajuk, tak nak kawan mama katanya.

Tengah malam sikit, eh, bukan dalam pukul 11 camtu, dia cakap, "mama, nak berak!!" Aku cepat-cepat la mintak hubby bawak dia masuk bilik air, takut tercicir atas lantai kan. Menangis-nangis tak mau, mintak pakaikan pampers juge.. Tapi kat seluar dah terkena, aduiii... membasuh lagi aku. Susahnya nak ajar dia buang air beso dalam tandas, ada petua tak???? Hubby cakap, malam-malam pakaikan la pampers, aku tak nak sebab sampai bila kan.. anak kita, kalau bukan kita ajar, siapa lagi. Katanya kesiankan aku sebab penat-penat balik kerja nak kena basuh itu, mop ini. Takpela, janji anak pandai berdikari. Lagipun tak sampai 1 bulan lagi Qimie free diapers. Aku kena sabar...

Ok, settle bab mop & basuh seluar dia, tido.. Tup-tup, lebih kurang pukul 3pagi, dia kejutkan aku. Suruh buka baju, basah katanya. Aku pelik la kan.. Sekali, dengan bantal dia, dengan selimut aku sekali basah kena kencing dia. Owhhhhhh anakkuuuuu... Cek pampers, kosong ok. Ni harus dia ingat dia kencing kat tandas, keluarkan bebird dia pastu pancut je, padahal atas tilam. Bebel kat dia, klu tak pakaikan pampers terkencing boleh dimaafkan lagi, tapi berpampers pun boleh kencing atas tilam.

Sudahnya, aku, Eqal & Qimie tido la atas toto. Dah tempat kencingnya tengah2 tilam, memang takde harapan la nak bersesak2. Owh, Eqal pun terjaga time tu sebab Qimie menangis bila aku paksa dia masuk bilik air basuh badan sebab dah terkena air kencing dia kan. Elok dua-dua lena, aku buat milo, makan dengan roti aku beli semalam. Ingat nak layan tv, nak iron baju bagai sebab mata dah tak mengantuk. Sekali keluar si Qimie nangis-nangis ajak aku masuk tido. Aduhai.. mana-mana pun nak mama jugak ada sebelah, peluk. Sanggup dia tunggu sampai aku habiskan roti dengan air milo semata-mata nak tido dengan aku. Sabo jela..

Pukul 5.50 pagi, si adik pulak merengek. Aku rase dahi dia, belakang badan dia. Panas la pulak. Cari-cari jangka suhu nak cek suhu tak jumpa. Ni mesti keje Qimie ni, mana ntah dia sorokkan. Padan la merengek dari malam tadi. Bibir dia pun merah, tanda nak demam. Aku just bagi ubat Qimie, ubat klinik kerajaan banyak sangat sekali telan 5.3ml, ubat abang dia aku main agak je 1ml... Sebab sebelum ni doktor ada bagi sukatan untuk ubat alergik Eqal 1ml, aku ikut yang tu jela. Sebelum hantar ke pengasuh tadi, suhu dia macam dah turun. Hope takde la demam.

Kalau demam pun aku rase sebab penat berjalan jauh. Shah Alam - Kuantan - Terengganu - Kuantan - Shah Alam. Aku dengan hubby yang dah besar ni pun sakit-sakit badan, ni kan pula dia yang kecik lagi.. Lagipun, semalam dia cukup 7 bulan. Mungkin demam beralih bulan bab kata orang-orang tua kan.. Tak pun nak pandai sesuatu.. macam dah nak merangkak gayanya.. Gigi pun cam ada putih2... Nak tumbuh lagi 1 la tu.. Nak cukupkan 2 bawah, 2 atas.. Qimei pun batuk-batuk balik..

Budak ebab mama

2 buah hati kesayangan mama

Ermnn... cepat-cepat sihat ye anak-anak mama... Tak senang duduk dibuatnya bila anak-anak tak sihat ni..

Wednesday, May 2, 2012

Aktiviti petang-petang

Setiap petang camni la aku anak beranak... Melayan kerenah si abang yang nak main basikal, pastu si adik yang nak amik angin petang.

Tu aweks sepermainan dia, tiap petang tunggu kat depan pagar rumah, nak main sesama hikhik

Seronok adik dapat amik angin petang

Susahnya nak amik gambar budak yang rase diri dah beso sangat nih!!! Candid dari jauh jelaa

Bagi mainan, tak nak, kunci tu seronok lak dia mainnye..
Sambil-sambil tengok anak-anak beriadah, mamanye pun turut sama beriadah dengan jenjiran.. tapi guna mulut jela hahaahaha...