Jom klik

kENgkaWAn

Friday, June 29, 2012

Melawat Taiping

Dalam perjalanan balik kampung hubby kat Gunung Besout, Sungkai Perak.

Esok nak pirgi Zoo Taiping, sempena birthday boy (Kimi) & girl (Qis) bulan Jun. Dah lama janji dengan kimi nak bawak dia pergi zoo... dari umur dia setahun, tapi selalu tak berkesempatan.

Lani, sempena ulangtahun ke 3 ni, moh le mama bawak anak mama sayang pirgi itu zoo tinguk sumer binatang yang ada.

Pernah tengok entry dak Kay pasal zoo Taiping ni so ada la juge info yang aku dapat. Errr Mr.K, pinjam mykad ko, nak dapat harga tiket masuk murah gak haahahah...

Ada sesapa ke jalan2 ke Zoo Taiping esok?? Jom ngedate jom hiihihi...

Abang Kimi

Ni pulak budak yang dah pun masuk umur 3 tahun pada 2 Jun lepas.. Mama tak buat sambutan apa-apa pun sebab tak berkesempatan lagi.. Kecian anak mama ni..

Tapi bila mama tanya kimi nak hadiah ape, katanya nak jagung aje haahhah.. comel kan.. Jagung je dia mintak..

Budak abang sekarang sangat pandai amik hati mama. Kalau mama sakit kaki, tolong picitkan kaki mama, kalau kepala pictkan kepala, kalau luka, cepat-cepat amik minyak then sapukan... Comelkan..

Kalau nak sesuatu, contohnya nak main hp mama, sanggup buat apa saje yang mama suruh, asalkan dapat main hp mama. Kalau mama cakap tolong buangkan pamper adik dalam tong, cepat-cepat buangkan, amikkan remote, cepat2 amikkan.
Tapi, kalau kita marahkan dia, rajuknya haihhhh!!! Pandang mama or papa penuh dendam, lepas tu jeling . Tak cukup tu, tak mau dipujuk, larikan diri.. Tapi kejap je, buat tak layan, dia datang balik kat kita then buat cam tade apa-apa berlaku.

Kalau dah buat salah, then suruh dia salam & mintak maaf, ayat dia seterusnya ialah 'MAMA JANGAN BUAT LAGI YE OR PAPA JANGAN BUAT LAGI YE... CIAN TIMI' hahahaha... bukan kita yang  nasihatkan dia jangan buat lagi, tapi kita pulak dinasihatkan, adeiii..

Susah nak amik gambar dia, kalau nak bergambar dia akan tutup muka dia. Tapi kalau ada mood nak bergambar, jari musti tunjuk PEACE hiihihi...

Dah free diaper. Untuk tido malam pernah try 2 malam, selamat, tapi malam ke 3 dia terkencing atas tilam.. Sejuk econ bangkali, tapi aku tak marah just suh dia tido toto sorang-sorang sebab sendiri punya salah kan.. Dia akur.. Lain kali aku cakap jangan buat lagi..  Tapi lepas malam tu tak berani dah free diaper time malam, tak larat kot nak basuh tilam hari2...
Owh, buang air besar masih dalam pampers.. kat rumah pengasuh je dia pandai buang dalam tandas... Dengan mama banyak alasan.. haihhhh...

Selalu sangat buli adik, tak bagi adik buku dia, tak bagi adik tengok dia main game... Tapi sekarang kerap pulak kena buli dengan adik, terutama pagi2 time tido adik tarik rambut, cakar muka.. Haihhh adik punnn...

Suka gelak besar-besar, kadang aku tak faham ape yang lawak sangat..

Suka buat bising bila tengok adik tido... nak jugak kejutkan adik.. sajeeee jeee, dah la adik telinga  pantang dengar suara abang, celikk je matanya...
Tak suka pakai baju.. asal peluh or panas je "MAMA BUKA BAJU TIMI MAMA, TIMI PELUH-PELUH DAH NI" adeiiiii  malu kalau dia kuar rumah tak pakai baju huuhuhuh...

Sangat pantang tengok berus gigi, mesti nak gosok gigi.. aku pulak naik rimas... tapi memang gigi dia sangat cantik..

Banyak sangat mulut.. kadang-kadang tak terlayan mama dgn papa...

Jeles sangat kalau tengok mama dengan papa baring sebelah2... mesti nak duduk tengah.. potong betul tau hahaahahah...

Hantu durian.. tak boleh jumpa, mesti mintak papa belikan.. "emnnnnn sedapnye durian mama...."

Ape lagi erk.. dah panjang dah ni, nak balik dah nanti update lain..

Yang paling penting, abang Kimi dah pandai jadi seorang abang yang baik pada adik, dah boleh diharap untuk suruh buat apa-apa.



Apepun sayang Abang Kimi ketat2 banyak2.. Muah..muahhhh!!!! Tibe-tiba rase abang Kimi dah besar... sob..sob... lepas ni mesti dah tak mo manja-manja dengan mama dah kan.. dah beso, mesti malu kalau mama manjakan..  Cepat je masa berlalu...

JJ Bukit Raja

Nak pergi JJ Bukit Raja sat lagi ni... nak cari hadiah tuk sambut birthday dak Kimi dan sepupu dia Qistina...

Jom ngedate kat JJ Bukit Raja..

Aduiii lapo la plak perut ni..

Pizza Hut - 3 viva regular pizza for only RM35

Semalam, sembang dengan dak Zue. Tentiba sembang-sembang dengan mak buyong tu teringin plak nak makan pizza. Eh, bukan mak yong yang teringin dulu, tapi mak ebab ni yang tingin makan haahahah...

So, nekad. Balik je keje drive laju2 stop kat Pizza Hut Kemuning. Aku aim RM30 je untuk 2 pizza. Sebab aku tau, biasa pizza hut ada promosi untuk take away.

Tengok-tengok ada 2 promo yang bagus. Satu tu 2 regular pizza untuk RM28.90 kalau tak silap dan yang lagi satu 3 regular pizza untuk RM35. Beza pada harga dan roti dia je. Yang RM28.90 tu roti dia tebal macam biasa la dan yang 3 regular pizza tu roti dia nipis sikit, tapi bukan yang jenis crunchy tu tau.

So, aku amik la set 3 regular pizza tu. Aku tengok nama set tu Viva Pizza ke ape tah. Tapi ada 4 topping yang dia kasik untuk pilih, viva beef, viva chicken, viva seafood dan viva vege (ni tuk orang vegetarian).

So aku pilih ni
 Set pizza viva dan juge chicken soup untuk anak teruna tersayang. Mamat tu memang antu sup tu..

Oh, aku suka take away je kalau Pizza Hut ni sebab jimat duit untuk service tax tu.. Mahal weh service tax dia, tak baloi laa takat nak dilayan amik order & anto makanan.. baik aku makan kat rumah, bukan kena basuh pinggan pun sebab pizza memang aku hidang dalam bekas dia je hihhihhih...

Suke beno buat peace abang Kimi ni
 Aku bagi pengasuh 1 pizza, rasenya bagi kat diorang chicken viva, sebab masa aku buka tu bau sosej ayam semerbak. So 2 pizza untuk kami berempat, eerrr tapi benonye untuk aku je.. hahahh.. Kimi makan sup ayam tu je, hubby lak rasenya dia makan 4 keping je.. Adik plak takat rase-rase udah..
Viva beef pizza ~ banyak wooo dia punye cheese...

Sedap-sedap, yang ni tak kedekut topping & cheese gak
 Sudahnye kenyang sampai ke pagi hadap mendalah ni aje ahahaha..

Beef & seafood
 Pagi ni pun sarapan pizza lebih tu. Ada 3 potong, aku makan 2 potong, kasik kat SU sebelah ni sepotong..

Burppp!!! Alhamdulillah... Korang2 pi la beli pizza ni, murah, sedap & berbaloi la pada aku.. Hihih... Akhirnya lepas satu hajat.. hhiihi

Thursday, June 28, 2012

Budak yang....

 
Budak yang minggu depan dah masuk 9 bulan.. tapi malas merangkak.. Setakat 2,3 tapak, pastu jatuhkan badan pastu menyusur...

Budak yang pantang orang amik apa2 yang dia tengah pegang kat tangan, kalau amik akan melalak hayunkan kepala kadang2 sampai kena lantai, lantas benjol..

Budak yang kalau nak apa-apa akan sebut mama..mamamam...mama... semalam sebut bah pulak.. papa la sayang oiiii...

Budak yang berageh nak berdiri, dah berdiri belagak lompat2kan badan.. kengkadang jatuh ke belakang.. wajib standby bantal kt belakang kalau dia berdiri pegang sofa or katil..

Budak yang pantang nampak mama, akan nanges nak pergi kat mama...
 
Budak yang dah pandai kalau takmo susu, tenung lama-lama pastu tarik puting mama sampai mama jerit, lepas tu gelakkan mama.. haiihhhh bertuahh!!

Budak yang tetiap pagi musti buang air time mama dah loklaq nak pi keje.. sebab tu mama sokmo ngam2 kol 8 baru sampai ofis..

Budak yang cengeng sekarang, tak boleh tinggal sorang, nak ada orang teman, klu tak 'mamama... cari mama or pengasuh sampai ke dapur

Budak yang dah pandai panjat tangga rumah pengasuh... kat rumah takde tangga aku tak tau..

Budak yang dah pandai turun katil sendiri.. Tapi agak scary cara dia turun tu kadang-kadang..
Budak yang selalu kacau abang tido or main game..

Budak yang selalu buatkan muka mama berparut sebab dia cakar, lepuk2 muka mama...

Budak yang pantang tengok mama baring, mesti nak panjat atas badan mama..

Budak yang selalu mama, papa & abang kimi rindu...

Budak yang bernama Muhammad Arief Haiqal... Sayang mama oiiii lagi 4 hari nak masuk 9 bulan, kenapa takmo merangkak lagi ni.. malu aaaa dengan aweks2.. like Alisha, Iris & kat rumah tu.. sumernya muda 1 bulan dari Eqal tau.. Sila jangan malas okeh sayang..

Wednesday, June 27, 2012

Almond Gold menang GA

Senyum, tak perlu kata apa-apa..


Ate ko sorang je yang join GA Tukang Karut. Terpaksa la dia beli hadiah yang aku mintak.. Aku mintak coklat yg beso cube2 tu je, sekali dia kasik yang beso 1 tapak tangan aku tu haaa.

 Memang terbaik la  Tukang Karut, Lepas  ni buat la lagi yer.. Aku suka coklat2 ni hahaahahh...

Owh, time kasih sebab susah payah deliver dengan tangan sendiri ke ofis aku ni.. Takpela, at least sampai juge ko ke ofis aku kan.. hiihihi.. suram tak??? suram tak??? Banyak entiti tau kat sini haahhaha...

p/s:
Hadiah teka teki untuk kak Lida Rahim still tak berpost... Ni payah ni, mintak tolong incik hubby, ingat dah pos, rupenya dok dalam beg dia lagi.. Esok dia post katanya.. Sori ye kak Lida ...

Ok, nak habiskan nota, tak abis2 lagi taip arrrghhhh!!!!

Tuesday, June 26, 2012

Bahayakah sakit telinga??

Actually aku tengah sakit telinga sekarang. Bengkak dah telinga sebelah kiri aku ni.


Bermula dengan tabiat yang pantang jumpa cotton buds, akan meroyan macam dapat makan KFC kalau nampak cotton buds. Pastu akan korek telinga dengan syoknye walaupun baru je pagi tadi korek, or baru je semalam korek.


Akan korek sampai kadang-kadang berdarah sebab tak tahan gatal.. Lepas kawin dengan hubby, terjangkit dia punyer alahan pada seafood.. padahal sebelum ni ok je.. Adeiiiii... So memang telinga ni akan merenyam semacam lepas makan makanan yang gatal.


Then diikuti dengan telinga masuk air 2 minggu lepas. Dan membawak kepada bengkak dalam telinga aku dari minggu lepas, Jumaat sampai la ke hari ni.. Dah 5 hari makan ubat tak baik-baik lagi ni...

Tak leh hidup tanpa ubat tahan sakit.. pain killer tu.. Takde dia tak leh tido aku sebab bila datang sakitnya tu, memang ko akan menangis jelaaa.. Ntah bakteria or kuman ape ntah tengah buat rumah dalam telinga aku tu adeiii..


Tepaling sakit bila anak-anak ajak bergurau then tersepak, tertampar tang telinga, nangis jela mama boleh buat.. nak marah, budah bukan tau ape.. sobb..sob...


Nak kena pergi jumpa pakar kot.. Sebab memang rase berdengung ni ha..Kadang-kadang nak bagi pendengaran aku clear sikit, aku kena goyang2kan cuping telinga aku supaya air or apa2 yang ada dalam telinga aku ni tak tutup saluran pendengaran aku..


Bahaya kan.. Padahal menda ni dah kali ke dua jadik kat aku. Tapi aku still tak dapat nak buang tabiat fanatik dengan cotton buds.. Ni pun, kalau bukan sebab sakit bila korek dengan cotton buds, mau je aku korek.. tapi sebab sakit so biar je telinga ni kering sendiri..


Tapi sekarang dah takut rase, sebab dah makan banyak hari ni, tak sembuh2 gak.. ubat pun dah habis.. ermn.. kena pergi jumpa pakar gak kot kan.. Tapi takut arrrgghhh!!!!

Kolam murah

Last week pergi TESCO, hajat nak beli baby seat untuk adik eqal dan kolam untuk Qimie.

Murah sesangat sebab babyseat tu baru RM89, brand otomo.. Cantik gak designnye.. So sambar... Gambar lupe nak snap, nanti rajin aku snap la erk..

Kolam ni pla rege RM15.90 sajok.. Biasa harganya RM20++, aku lupe plak berapa. Sebelum ni takde yang jenis ni, ada yang jenis tiup, dua. Dan dua2 tu dihadiahkan oleh orang untuk dak Qimie tu, nama papa dia nak beli nan ado ni pun mama berkeras nak belikan ahahahaah...

Air letak sikit je sebab si kenit ni sebok nak join sama

Awwww... dua2 buah hati mama yang seksi..
Syarat untuk mandi kolam adalah pada hujung minggu sahaja, tak dibenarkan pada hari biasa.. Mama malas nak kemas haahahah.. Eh, padahal yang kemaskan papa kahkakhaah..

Nota:
1. Sibuk la minggu ni, nak habiskan nota keterangan.. berderet dah firm yang mintak nota... masalahnya judgment tak siap lagi acane??? Ko bagi la surat peringatan 4, 5 kali pun, tak jalan pun hahaah..


2. Mood suka sebab papa balik hari ni yeyyy!!!

Friday, June 22, 2012

Infra-red Ear Thermometer

Tengah rajin menaip, tentiba datang mamat poslaju. Untuk bunga katanya..

Pelik, aku takde lak order apa-ape online.. Sekali tengok, wahhhhhhh!!!! Dah sampai dah!!!!

Ape yang dah sampai??? Ini barang laaa...
Sukeeeeee bangetttt!!!!!!
 Tapi, lucu, dok tekan2 butang on, tak kuar apa pun... Takkan bateri dah abis kot.. Terus ym orang penting dalam misi pembelian ini, kehkeh.. rupanya kena cabut plastik bateri kat belakang tu.. Hihihi.. dah tengok dah plastik tu, tapi dasar pentakut, kalau tarik plastik tu kang takut rosak, maklumlaaa huluuuu hahahaahahah...

Terusss laaaa cek suhu sendiri..
Aku demam....
Tak sabar balik kang nak cek suhu anak-anak termasuk hubby juga hahaahah.. Mudah, cepat, dan murah.. tu yang aku suka tu..

RM65 sajok termasuk kos pos laju. Kalau farmasi aku rase Rm100++ gak kan.. So jimat kan??? Aku beli dengan kakak ni, dia sokmo la dapat beli barang murah2.. ari tu buku untuk penyediaan masakan baby - toddler pun aku beli dengan dia. Murah-murah sokmo dia dapat cari, yang bagusnya tak lokek, share dengan kawan-kawan.

Tq CIK MOT, len kali sila share lagi yer menda-menda best lagi murah ni haahahahh...  Owh, kalau korang nak beli gak, sila tanya terus pada tuan blog ek, tak tau dia ada lagi ker thermometer ni..

Thursday, June 21, 2012

Kerja..

Bos aku adalah bagus.. Dia pandai menggunakan komputer, maka aku tak banyak keje nak taip, lepas je bos dah abis taip, aku just edit ikut layout yang betul.

Kadang-kadang kawan-kawan pelik tengok, kenapa aku takde keje sangat.. Dah camne nak ada keje kalau judgement bos sendiri yang taip, nota keterangan pun bos dah suruh loyer taip. Aku? Tugas aku betul-betul jaga bab personal bos je.. Syurga dunia kan... AHahhah..

Tapi, sebab kecian dengan adik sebelah court aku ni, asiknya terkejar-kejar nak taip nota.. walaupun loyer pun taip nota, tapi tetap, ada nota yang bos dia suh taip, dengan judgement pun dia yang taip, dah siap taip kena edit berkali-kali sebab bos tak puas hati dengan judgement sendiri, so aku cakap ok laaa, akak tolong.. so, akan kebizian sekejap.. hihik.. Menda yang boleh masyuk dalam poket, jangan ditolak.. Setiap taipan adalah berbayar kihkihkhhi...

So, balik rumah nanti baru jenguk blog.. Udah la internet jap ada jap tade ni.. dari aku stress baik aku taip sesuatu yang mendatangkan duit.. tapi blogging pun boleh buat duit kan.. tapi dah BE tak berkubur semalam.. nak dapat BE baru pun aku rase kompemmmm lambat dan ntah bila ntah... Maka, baik dulukan yang kompem dapat pulangan lebih dari berblog haahahah...

Will update & bw.. but at night kot.. Hope anak-anak2 behave ini malam, so mama buleh bw kihkhihki...

Kimi & pengasuh

Pengasuh baru je sms aku tadi pasal dialog dia dengan dak Kimi;

Kimi:
Mama, tanak dah karipap ni timi dah tenyang..

Pengasuh:
Makan laa abiskan sikit je lagi, tak baik buang nanti dosa..

Kimi:
Dosa? Mana ada dosa timi baik je

Pengasuh:
*Terdiam terus hahaahahah...*

Selalu tau buat kita speechless...

Wednesday, June 20, 2012

Wrestling - who will win?


Si abang suka sangat buli adik... Angkat adik dari kiri ke kanan dia.. Peluk adik lepas tu golek-golek dengan adik, lompat-lompat atas adik.. Pijak belakang adik.. Agah-agah adik, pastu gelak sama2...

Wrestling, heaahhhhh!!!!!

Tapi, kadang-kadang, si abang tido or leka buat sesuatu, si adik pulak yang buli si abang.. Tampar muka abang, tarik rambut abang haahha...

1, 2, 3.. tingtintinggg!!!! Yey, adik win!!!!
Tapi walau camne masing-masing membuli satu sama-lain, tetap, si abang tak boleh takde adik dan si adik tak boleh takde abang.. Mereka saling memerlukan dan saling menyayangi.

Love them both... Takde makna hidup ni tanpa 2 jantung hati mama ni..

Tuesday, June 19, 2012

Ada ular kat kawasan perumahan aku

Aku sebenarnya kerisauan. Baru-baru ni kecoh kat taman aku. Belakang rumah aku & jiran-jiran, ada ular sawa.

Yerrr ular sawa. Akak yang selang 3 buah rumah dari aku tu nampak, katanya boleh tahan la besarnye.. dalam besar lengan orang dewasa yang badan dia berisi. Owh... takutnya..

Belakang rumah aku tu ada kilang kabel. Mungkin ular tu memang dok situ dah lama, then tiba-tiba dibina perumahan kami kat situ kan so mengganggu habitat dia. Sebabnya, akak sebelah rumah aku ni pernah jumpa anak ular sawa tu. Maknanya memang depa ada keluarga la, bukan la ular sesat or ape kan..

Udahla kat belakang tu, aku selalu gak lepak-lepak dengan jiran, nyembang itu ini, bertukar juadah. Gunting rambut anak pun kat belakang tu. Kalau masak, selalu buka pintu belakang, tingkap pun seluasnya.

Sekarang dah tak berani dah. Aku masak pun tutup tingkap, hadap la satu rumah bau tumis haahahaha.. Dah tu, takut tengah-tengah masak kang tak pasal je muncul uhhuhuhu...  Aku memang tak leh dengan ular ni, meremang bulu roma kalau sebut pasal dia.

Jiran ada tangkap ular tu, tapi dia tak melawan, so takut juga kalau bukan ular betul, takut ada yang merupa je sebab kata jiran, kucing sebelah dia pun dia tak usik, lalu je sebelah kucing tu. Ermn... menakutkan..

Tapi risau juga sebenarnya, sebab kawasan belakang rumah tu budak-budak selalu lalu lalang. Main kat situ. Kalau aku  tengah masak kat dapur memang dengar la suara budak-budak bertempik main kejar-kejar la, lalu dengan basikal la. Aku yang dalam rumah ni pulak yang kerisauan.

Harap sangat ada sesuatu dibuat oleh AJK taman. Tak nak la hidup dalam ketakutan. Kena report pada bomba la kot kan kalau terjumpa sebelum apa-apa buruk jadi. Entah berapa ekor ntah ada kat sarang dia tu gamaknya, eeeee seriau... Dah la hubby selalu outstation. Minggu depan awal-awal dia dah kasik tau dia nak kena gi Melaka... nak je aku ikot tau aduuuiiii...

Black out satu taman

Ok, sambung cite tadi. Jumaat malam tu aku dah rase sihat sikit sebab tengahari tu dah kena paksa makan ubat dengan hubby kan. Cuma badan jela penat. Pukul 9 lebih aku tiba2 rase lapar, terus goreng ikan yang MIL dah siap siang untuk menantu dia haahah... Pastu makan berdua dengan Kimi..

Tiba-tiba.. plup!! Lampu padam.. Lepas tu dengar bising2 1 taman.. laaaa black out setaman rupanya. Eqal boleh lena panas2 camtu. Aku teruskan makan dalam gelap, lapo, dok duli orang dah aku.

Rupanya TNB buat kerja-kerja tanam kabel ke ape ntah. Dah tu takde inform kitorang bekalan nak kena stop kejap.. ngek kan.. Siap buat aduan kalau lambat siap nak saman TNB sebab dah sulitkan kami penduduk taman.

Hubby balik, dia cakap, macam lambat lagi nak siap, aku terus ajak dia kuar pusing-pusing Shah Alam. Katanya alang-alang dah kuar, pergi bawa Kimi gi ICT la, dia suka lampu.. Aaaa sudah, dengan sememeh kami 4 beranak nak gi ICT? Adeiii....

Sampai kat parking, aku kuar kete, baru aku perasan aku pakai baju terbalik. Hahahah.. kelam kabut tukar baju dalam gelap, rupanya baju aku yang dah betul, aku terbalikkan haahahaha... Sebbaik malam, orang tak perasan sangat.

Sempat la tangkap 2,3 keping gambo buat kenangan..
Muka tanpa secalit mekap uhu.. pucat
 Nasib tak ramai orang malam tu so dapat la tempat parking dekat sikit dan gak Kimi boleh lari sesuka hati dia, kalau ramai aku memang tak lepas sebab tak nampak dia celah2 orang ramai ni..

Anak-anak pun pakai baju basahan kat rumah je haahah
 Duduk dalam 30 minit je, lepas tu call jiran. Katanya elektrik dah ada balik. Alhamdulillah, terus check out dari I-City, balik tido je terus ahahah... kata penat+tak sihat kan...

Monday, June 18, 2012

Angkat peranakan bagi yang bersalin operate

Nak update pasal lain tadi, tapi sebab tak boleh nak upload gambar tadi, terus ilang mood.

Ok, nak share cerita & mintak pendapat kawan-kawan.

Sabtu lepas, aku pergi berurut. Kakak tu angkat peranakan aku, katanya rahim dah kecut molek, alhamdulillah, berkat menyusukan anak, walau tak sepenuhnya. Tapi, lepas berurut tu aku rase sakit kat tempat dia cengkan dan tolak tu.

Macam yang korang tau la, aku kan operate. Dan tempoh operate baru 8 bulan. Tapi jirna2 aku yang mana pun pernah dioperate katanya 6 bulan dah boleh urut & angkat peranakan. Aku takde pun urut sentuh perut, cuma akak tu angkat peranakan je la.

Dan, Jumaat malam tu, dah ada kuar darah period, pagi tu pun aku perasan dah ada darah merah, sebelum ni, period darah coklat je, cam darah penyakit, lepas 3 bulan baru betul-betul keluar darah merah pekat. Tapi lepas je urut dengan kakak ni, terus darah kuar banyak.

Mula-mula aku cam wah bagus la, lancar period aku. Tapi sekarang aku cam musykil pulak, sebab hari ni dah masuk hari ke 4 period, darah still banyak. Kalau sabtu dengan ahad tu, aku kena tukar pad sampai 5,6 kali sehari dan semuanya adalah penuh.. Pad overnight ok. Untuk hari ni pulak, aku dah nak kena tukar untuk kali ke2.. Dua2 aku pakai overnight juga.

Errr.. normal ke darah banyak camtu ek? Ke sebab dia tekan kat tempat operate aku maka, ada jahitan yang terbuka yang aku tak tau kat dalam dan menyebabkan pendarahan ek? Naik seram aku fikir. Tapi kesan operate kat luar ni ok je.

Sabtu dengan Ahad memang aku tak boleh banyak renyah, sebab rase sakit kat kawasan rahim tu, tapi hari ni dah ok. Ermn... ada sape-sape ada pengalaman operate? Takpe ke angkat peranakan masa dah 8 bulan operate berlalu.. Takut pulak aku...
Hai, lama tak bersiaran. Sebenarnya start Rabu minggu lepas aku tak sihat. SO dia membawak-bawak sampai ke hari ni..

Masa tengahari Rabu minggu lepas, aku dah rase cam tak sedap badan, rase macam tak sedap perut, so cam tak lalu makan. Aku takde la pegi beli makan pun. Sekali pukul 2, ada akak ofis ni muncul dengan set snack plate KFC.. Aku kan hantu KFC, tengok KFC harus la walau takde nafsu nak makan pun aku kedarah gak, tapi seketul pun tak habis. Bawak balik.

Petang tu time drive aku rase cam pusing2, kepala berdenyut, perut mencucuk2, nafas rase pendek tapi still boleh bernafas la. Ingat nak rehat je tapi sebab ada MIL kat rumah segan pulak kalau tak masak. So sinsing lengan baju gagahkan diri nak masak ayam masak sambal. Tapi MIL cakap goreng aje sudah ayam tu. Sayur aku nak buat masak lemak, tapi Eqal pulak amuk nak susu, alih2, MIL yang siapkan lauk hhahaha... Bertuah punye menantu.

Lepas maghrib aku dah rase sakit tahap gaban dah.. Nak baring tak leh sebab sakit tu rase sampai tembus ke tulang belakang. Call hubby cakap sakit, dia suh aku ajak SIL pegi klinik, sebab malas susahkan SIL yang baru je balik dari bercuti kat Korea, aku just telan panadol je. Tido dalam 1 jam sambil berselimut, sebab aku rase sejuk sangat, dan memang aku demam pun.

Lepas dah tido tu baru rase kebah sikit, then baru makan nasi. Tu pun takde selera, tapi sebab lapar, paksa gak tekak ni telan. Esok paginya, sakit tu datang balik. Ikutkan hati nak EL je, tapi senin baru je EL. Paksa diri bangun tapi memang jalan cam orang mabuk la, berpinar je rase.

Pegi keje kejap, then mintak kuar untuk pergi klinik. Jumpa doktor katanya aku demam dan gastrik. Dia tanya nak cucuk ke makan ubat je, aku pilih cucuk sebab aku tak tahan. Nak nafas pun sakit cuma ok sikit berbanding malam tadi. Ubat cucuk tu menyebabkan mengantuk, so aku dapat MC sebab doktor suruh aku rehat. So aku drive balik rumah tu dalam keadaan mamai & teruk aku kena berleter dengan hubby sebab berani tak menempat. Patutnya mintak la SIL or BIL hantarkan katanya.. Hihii.. malas la nak susahkan diorang...

Khamis tu demam aku on off, nasib anak2 tak banyak karenah & tak jangkit demam aku. Lagipun hubby pun dah balik dari jaga kursus. Tempat bermanja dah balik so rase tenang sikit hati.

Jumaat, pagi tu ok, start pukul 10 dah rase lain macam. Ambik, kena pulak cirit. 5 kali aku ulang alik tandas. Tengahari tu balik rumah sebab hubby ada kat rumah, saja nak lunch sama-sama. Tapi, lain jadinya sebab kat rumah sakit tu datang lagi teruk. So melepek dok atas katil sebab penat berulang masuk tandas. Dah macam air paip kuarnya.. air aje.. Ape lagi yang tak kena ntah.


Kena paksa makan ubat dengan hubby then baru ok. Tu pun dia yang hantarkan pegi keje, takut jadi apa2 pulak kat aku tengah jalan.


Adui, dah penat taip, nanti sambung pulak.. Nak baca blog korang pulak dulu ihhihih..

Wednesday, June 13, 2012

Begini Caranya by Shaheizy Sam & Yana Samsudin

Mula-mula dengar lagu ni macam.. ermn... boleh tahan... Pastu asik dengar je time pegi balik keje, eh suke pulak hahaah...

Aku paling suka cara Sam mulakan lagu tu.. yang wouwooo... Ololo.. lunak je kat telinga aku ihhihi...

So lepas berkurun dok suka lagu ni, kali ni aku tempek lirik dia okies.. layan.. nak video? Gi google senirik ahahah...

Begini Caranya by Shaheizy Sam & Yana Samsudin

Wouwo oo...
Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Aku percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

 Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang
Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Begini.... caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Howowo...
 
Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang
Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang
Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Begini.... caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Sumber:
http://liriklagumelayu.net/lirik-lagu-begini-caranya-shaheizy-sam-feat-yana-samsudin/

Playground baru Eqal

Budak bertuah ni dah umur 8 bulan 11 hari dah pun.. tapi masih tak mau merangkak.. Tapi... bab menyusur serah je kat dia.. Tak boleh alpa, ilang dah dia dari pandangan mata.. Bila cek je dia ada kat bawah ni...

Panggil suh kuar, dia pandang je..
 
Gi dapur jap basuh pinggan, tengok2 dah sampai hujung

Punye jauh teroka
Dah tak boleh maju ke depan manggil mamamama.. ihiihi

Adik.. adik... playground baru ye
Camni la sokmo... Memang cukup suka teroka bawah meja, so kena la selalu bersapu, bermop rumah.. dah la abang kimi suka makan sepah-sepah.. aduiii..

Owh, 1 lagi tempat dia gemor tuju tandas.. pantang nampak pintu terbuka, laju je nak pegi main air.. Kalau pintu tutup, dia ketuk-ketuk suruh buka pintu tu hahaahah....




GA Karut ~ Langkawi...

Aku yang sebok suh ko buat GA kan, so aku buat special entry tuk dapat coklat dari ko erk Tukang Karut.
 
Saya suka dengan tukang karut kerana, dia adalah x-office mate saya masa keje kat JKR dulu...

Saya tertarik dengan tukang karut kerana karutan dia dalam blog dia kadang-kadang boleh buat saya faham perspektif atau perangai lelaki yang bergelar suami... dan nanti bakal bergelar bapa. 
*So nanti klu suami lain macam boleh tengok sebab ape hahaahah...*

Saya cinta dengan tukang karut kerana cop2, bukan cinta tukang karut tapi cinta pada sifat dia yang baik ati, suka belanja unit dia makan, pastu kadang-kadang je la dia ingat sekutu dia yang jauh cam saya ni... contoh *domino's pizza yummihhhh* 
*ad bukti dia penah belanje, penah up kt blog aku ni  kat sini walaupun bukan dia sepenuhnya yang bayar hahaahah...*

Tapi, saya menyampah dengan tukang karut ni sebab masa saya jadi office mate dia dulu, dia suka kutuk ketinggian saya, suka sangat nak acah-acah pukul saya.. huh!! Membuli yang lemah ingat bagus ke ha?? 
*Owh, rupanya sebab si suri pun jenis yang kecik-kecik molek, padan leeee suke membuli yang rendah huh!!*

Saya bosan dengan tukang karut bila dia takde post menda tah ape-ape tah, tapi sebab tak tau nak letak komen ape maka malas nak komen, bace cukup!!
*eceh macam aku ada pengisian dalam blog aku hahahaha*

Dan lastly, saya meluat dengan tukang karut klu saya tak dapat ape2 ole-ole dari dia sebab saya dah karang sikit punya panjang karangan ni. Tak menang tempat pertama, dapat saguhati coklat pun jadikla erk..erk.. 
 
Weiii!!!! Aku nak coklat ni..dapat coklat ni pun cukup la takmo coklat lain dah haahah


Err ada sesape nak join? Korang karut je ape2 kat blog korang pastu letak komen kat blog Tukang Karut ni. Mana tau dapat coklat sesedap dari mamat karut ni... Dia ni kadang-kadang terlebih pemurah klu kena gaya hahaha...

Tepaling last, sila bagi jugak aku coklat Almond Gold tu erk.. sedap wehhhhh.. aku suh laki aku beli ari tu, dia salah beli.. sob..sob...

Puding caremel juga resepi

 Akibat terpengaruh dengan kak Asha punyer entry semalam maka terhasillah ini puding caremel.
Pandangan atas
Walaupun ada kawah terbentuk, namun, rasenya tidak terjejas sama sekali okeh.. Sodapnye hingga menjilat jari haahah...
Pandangan sisi

Terbaiklah kak Asha punyer resepi, sedap je masuk tekak aku ni ha. Korang nak resepi ke? Gi je kat blog kak Asha ni, takpun meh aku tempek sini skit resepi versi kak Asha tapi aku alter sikit, errr takpe erk kak Asha hihii..

Bahan-bahan:
1/2 cawan gula , sebab aku tak suka manis, klu suka manis tambah jadi secawan
6 biji telur
1 tin susu cair
1 sudu esen vanilla

Aku blend gula dengan telur sekejap, (malas nak kacau dengan tangan kekdahnya aahaaha) pastu tambah susu dengan esen, blend lagi sekali, jap je jugak tau, kang lelebih kang jadi kek pulak hahaha..

Dah siap letak tepi. Buat gula hangusnye pulak.

Bahan-bahan:
1/2 cawan gula
1/2 cawan air suam

Korang masak je gula tu sampai perang, pastu tambah air suam. Klu nak masak dengan air sekali pun boleh kot, tapi letak sikit-sikit la air tu. Aku masak terus je gula tu dalam loyang kukur tu sebab malas nak basuh banyak bekas hiihhi...

Dah mesra air dan gula perang tu, tuangkan je hasil blend tadi dalam loyang gula perang tu untuk kukus.

Kukus untuk 30-45 minit.. Semalam aku kukus sampai 30 minit je, dah siap.

Tunggu sejuk tau baru telangkupkan pada piring, kang tak pasal pecah..

Makan masa sejuk adalah sangat sedap, maka, sila letak dalam esbok bagi caremel ni dingin, then baru makan... Owhhh nikmatnya dunia haahaha...

Sekian main masak-masak aku semalam semata-mata keinginan tekak orang puasa haahaha..

Sepotong untuk aku makan lepas berbuka semalam



Tuesday, June 12, 2012

Gendang gendut perut berbunyi

Ari ni pose.. maka, perut asikla berdondang sayang mintak diisi.. Al maklum lama gap sebelum sambung pose balik.. Bila pose ni, semua menda pun nampak sedap kat mata aku ni..

Mula la teringat makanan yang selalu aku makan kat sini...
Nasi kukus ayam berempah RM4.50

Nasi ayam hainan katanya RM5.50

Mee rebus.. err yg ni aku sendiri buat hahaahah..
Balik ni nak berbuka dengan ape erk??? MIL ada datang petang ni, esok nak amik adik ipo kat KLIA, dia pi Korea.. Syoknye muda2 dah jalan tengok negara orang.. aku bile ntah hahah...

Owh, MIL cakap dia nak bawakkan lauk dari rumah, sampai rumah aku hangatkan aje katanya hiihih.. hikhik.. ni sayang mertua ni hahaahah...

And the winner goes to....

Ok, tak payah tunggu pagi esok dah pun.. pemenang sudah ada da punn hiihi..

Jawapannya betul, memang MARIO.. Mario Bros tu.. Hahahaahah... Tahniah kepada Kak Lida Rahim dan gak member aku Ziera (budak ni takde blog, tapi selalu bace blog aku & juga dia gigih kasik jawapan kat wall fb aku ahahhah)

Ok, Kak Lida, bagi alamat erk.. Nanti saya hantar hadiahnye hhhihihi...

Ziera, sat gi aku pm ko mintak alamat erk!!! FB leh buka time lunch hour je hihihih..

Klu MAYO

Sori korang, semalam cuti mencemaskan diri, so tak sempat nak bagitau pasal MAYO tu hahaah...

Ok, dah tengok jawapan korang, tapi semuanya salah.. dekat2 pun takde.. acana nak bagi hadiah ni?? Klu ada yang dekat-dekat jawapan tu boleh gak consider pemenangnye hihihih...

Actually MAYO yang Kimi maksudkan adalah sebuah game, game popular zaman mak dia kecik2 dulu. Tah camne dia boleh mintak nak tengok pun aku tak tau.. pulak tu ada yang rajin upload game tu kat you tube.. So sebok la nak tengok MAYO..

Untuk makluman juge, ia bukan sejenis makanan, maka yang cakap MAYONIS memang salah la sesangat ahahah...

Nak teka lagi ke ni? Klu nak teka aku kasik can sampai pagi esok.. Pagi esok aku buka blog balik, klu ada yang jawab betul maka adalah pemenangnya, klu takde.. nan ado, macik tak dapek nak nolong eh hihihi...

Ingat, klunya adalah game yang glemer zaman aku kecik dulu.. zaman 80 an ke 90 an gitu... Sekian...

p/s: Kira contest ni dibuat sebab meraikan birthday dak Kimi Ahad lepas la kiranya hihhihi... dan kalau mood ai ok, ai bagi lebih sikit key chain tu or, tambah hadiah lain ke.. tengok la camne nanti ihihih..

Sunday, June 10, 2012

Sape dapat teka dapat key chain

SAtu petang kat rumah ku syurga ku...

Papa, nak tengok mayo *sambil hulur hp yg dah dia bukakan page youtube*
Mayo? Ape tu?
Mayo la. nak mayo..papa tolong la carikan
Mama, ape mayo yu?
*Gelak2*.. ntah, dah banyak kali mintak.. mama pun tak faham..
macamana lagu mayo mi?
Eee..ermn.. ala papa mayo laa.... nak mayo

Korang rase ape maksud MAYO dia tu? Sape dapat teka, dan paling cepat aku bagi salah 1 koleksi ke chain aku.. overseas punye.. hihi... Tarikh tutup... errrr ikot cam cik mot laa... Klu aku rase aku nak tutup aku tutup aje hahhaha..

Friday, June 8, 2012

Confirm aku meme...

Aku pasti aku dalam keadaan stress bila mana;

Aku mencari handphone aku dalam handbag, dalam laci, atas meja.. Sedangkan semasa itu aku sedang bercakap dengan hubby menggunakan handphone yang aku cari tu. Siap tanya hubby aku, mana handphone aku..

Ok memang stress kan? Mood ke laut.. Tengah fikir camne nak anto anak ke pengasuh minggu depan sebab hubby nak guna kete gi outstation.. Klu kejap takpe, ni 4 hari.. Argghhh!!!

Eksiden lagi sekali kat depan rumah je punn

Hai korang, selamat pagi. Dah sarap? Aku bantai bihun+telo mata+ air kopi tarik. Sorgaaa dunia. Niat nak makan oat je, sekali lupe, mug dah bawak balik rumah kehkeh..

Ok, hari ni aku adalah serba tak kena. Jalan nak gi keje pun kaki seret-seret. Fikiran kosong. Mulanya dengan pagi tadi...

Aku nak undur kereta, mata tak pandang dah belakang ada blok ke ape kete ni, sebab selama ni ok je kan. Sekali, terase langgar sesuatu. Arggghhh!!!!! Keluar kete tengok, pagar rumah kemik skit. Tengok bumper belakang ada sedikit kesan tekanan. Sekali cek atas sikit, tengok lampu belakang belah kiri retak dan ada pecah sikit.

Matiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii laaaaaaaaaaaaaaaaa akuuuuuuuuuuuuuuuuu!!! Baru je ari tu aku buat ONAR pada pintu pemandu, sekarang lampu belakang pulak. Aduiiiiii... Memang nak mintak cercaan dari sang suami la ni.

Abang aku cakap, ape la nga ni.. baru je ari tu jadi, apsal tak ambik iktibar.. lain kali nak undur tengok la belakang betul-betul.. Owh lupe nak cakap, abang aku ada kat rumah, malam tadi dalam pukul 2 dia sampai. Tumpang bermalam sebab dia dari Kelantan, nak hantar barang ke KL, then baru balik Kuantan balik.

Ok, aku perasan, menda ni jadi bila ada orang lain dengan aku. Cam kes sebelum ni, ada adik ipar aku, time ni pulak ada abang aku. So aku cam cuai, diorang takde salah ape pun, aku jela yang cuai. Bak kata hubby, kenapa asik cuai dekat tempat yang tak sepatutnya boleh jadi eksiden camtu.. Kat rumah je pun, kat jalan hebat bonar.. (Konon laaa ahaahah.. padahal penah je kena langgar belakang.. student langgar masa tu, katanya ngantuk sangat, nak tekan brek, tertekan minyak. Sebbaik aku & baby dalam perut, masa tu mengandungkan Kimi, dah 7 ke 8 bulan dah masa tu).

**** tiba-tiba aku blank nak taip ape, sebab stiop jap, ada keje kena buat kejap tadi.

Ok just nak tanya je la, ada sapa-sape tak yang jual aksesori kereta
- jenis Wira Special Edition
- lampu kereta belakang belah kiri
- nak murah2 hahaahah...

Kalau ada sesapa yang ada kenalan jual barang tu plez bagitau, sebab dah janji dengan hubby, kali ni aku yang bayar, sebab salah aku.. errr padahal ari tu salah aku gak, tapi hubby yg bayar hahaahah...

Ok, kembali ke mood sedih.. Pleasee korang.. erk.. erk.. Yang aku tau satu set RM300++.. mana nak mampu mak.. duit nan adoo.. huwaaaa

Wednesday, June 6, 2012

WW: Sama tapi tak serupa


3 hero kesayangan. Dua2 pun banyak dari gen papa.. adeiiii

Kepulangan yang dinanti

Schedule post...

Tuan tanah tengah berkursus kat Palace of Justice Putrajaya...

Last week pergi kenduri kawin kat Cheras.. Bertiga je, anak sulong bercuti dengan kuarge angkat dia kat Klang kan...
Bertiga je,takde pemceria suasana

Sangat-sangat terase kekosongan bila salah sorang anak takde. Tak tau nak describe camne perasaan tu, tapi rase kehilangan, so buat ape, pegi mana pun tak rase happy.

Sepatutnya Ahad diorang dah hantar, tapi tiba-tiba still ada kuarge belah sana tak jumpa lagi Kimi so hold sehari lagi. 

Then janji hantar semalam, tapi diorang tanya si Kimi nak balik rumah ke tak, boleh anak bertuah ni cakap tak nak.. balik esok je. Budak beso tu, ape tau kan.. mana orang layan dia cam raja, situ la dia suka duduk.. Ok, aku dah stat sedih malam semalam... nangis kat bilik sorang-sorang sampai tetido..

Hari ni akhirnya diorang hantar, tapi hati aku sedih sangat sebab anak yang aku kandung selama 9 bulan 
18 hari ni tak nak balik, katanya nak ikot korge angkat dia tu jalan-jalan lagi.. Bila aku tanya, tak sayang mama ke, sanggup dia cakap tak sayang sebab nak ikot. Tuhan je tau perasaan aku.

Adik mak angkat dia sampai lari senyap-senyap kuar dari rumah sebab tak nak dia ikt, nangis ke.. Mula-mula dia merajuk, tak mo cakap dengan aku, sebak hati seorang ibu, hanya ibu2 yang tau kot.. Anak sendiri macam nak jauhkan diri, macam dendam dengan mak sendiri.. pilunya hati aku...

Hubby pujuk-pujuk aku, tapi aku tak dapat tahan, nangis gak aku, sedih.. Sebak, kecewa, semua bersatu.. .selama ni tak pernah dia buat hal macam ni. Dia pandang je aku.. aku tau tak patut ambil hati dengan budak umur 3 tahun, tapi dia anak aku... sayu hati anak buat camtu tau... Hubby cakpa bagi dia masa, 4 hari tak jumpa, 4 hari dilayan macam raja, dia je anak kecil kat sana, sini semuanya kena berkongsi dengan adik.

Tapi alhamdulillah, tak sampai 10 minit pun, dah manja balik dengan aku.. Aku peluk dia, rindu sangat, Tuhan je tau perasaan aku.. Mungkin aku terlebih emosi, tapi sumpah, aku sebak. Aku tanya dia sayang mama tak, dia ckap sayang..Bila tanya kenapa tak nak balik? Ok kimi tak pegi dah katanya. Aku cakap, janji dengan mama, tak tinggalkan mama lagi.. dia cakap janji..

Malam ni, tak sekali pun lagi aku or hubby tinggikan suara, tolak kemahuan dia, aku nak dia tau yang kami sayangkan dia.. Marah bukan beerti tak sayang, tapi ingin mengajar wahai anakku.. Moge besar nanti Kimi baca balik blog mama dan fahami bahawa mama terlalu sayangkan anak-anak mama, tak penah nak bezakan anak-anak. Tapi mungkin tanpa sedar mama lebih berikan perhatian pada adik kerna dia masih kecil, tapi tak bermaksud untuk beza-bezakan kasih sayang pada anak-anak mama.. 

Anak-anak adalah segalanya pada mama selain papa.. Mama sayangkan kalian lebih dari nyawa mama sendiri.. kalau apa-apa nak menimpa kalian, mama relakan diri mama jadi galang gantinya.

Ape pun sayang, ketahuilah, kepulanganmu malam tadi amat papa, mama dan adik gembira.. memang mengharapkan kepulanganmu tadi sayang... We glad you home, sebab dengan kehadiranmu barulah hidup mama, papa dan adik terase lengkap..

Lapang rase dada ni lepas dah curahkan pada blog yang aku umpamakan macam diari aku untuk aku kenang dan untuk tatapan anak-anak bila aku takde lagi suatu masa nanti. 

Thanks pada yang sudi baca =_=

Monday, June 4, 2012

Dah tak kosong perasaan itu

Dah tengahari rupenye, patut la perut aku ni macam ke ape berkeroncong. Ingat awal pagi lagi, pergi bancuh oat, konon nak alas perut sebelum lunch. Huhuhu... bizi skit lepas bos masuk tadi.

Ok, alhamdulillah.. Mood bos ari ni cam ok je dah. Syukur la.. cuma takde la cam mesra cam biasa. Gamaknye dia tak nak terlalu baik dengan staff, kang buat salah lagi kot hahaaha... Ok, fine!! Janji bos tak moody2 sudah la yer bos..

Esok nak kena kursus kat Putrajaya.. baru je semalam jalan kat Alamanda.. ingat tersempak mana blogger-blogger yang bermaustautin sana, tapi takde... Kihkih.. Pegi Alamanda sebab dah tersilap naik highway MAX eh MAX ke MEX ke ape ek? Biolah lantak pi sana haahahah... Ok la pegi sana dapat beli drpers murah, rege RM31.90 kot.. lupe aku.. Sambar 2 beg, sebab kat rumah ada lagi 4 beg, buat stok kekdahnya kihkhi..

Semalam juga sambar ayam panggang kat carefour tu.. Haihhhh ingatkan sedapla, rupenye.. indah rupa dari rase.. Padanla murah je RM8.90 saje sekor.. tipah tertipu sungguh. So ada lebih dari separuh ekor lagi dalam esbok tu... balik ni nak alter la rasa dia hahahaha...

P/s:
Mood happy sebab pengasuh call tadi cakap anto Kimi malam ni.. yey, bantal peluk mama sudah maliiii... Marah-marah mama kat Kimi sokmo pun, Kimi tetap mama sayang lebih dari nyawa mama sendiri nak oiiii

Perasaan yang 0

Pagi semua.. dah sarapan? Aku takde mood nak sarapan. Rase jiwa ni kosong.. Anak sulung takde, dah 2 malam tak tido peluk aku.. Sedihnyee rase.. Ada si adik takkan sama macam ada si abang bersama-sama..

Tadi nak gi anto Eqal ke rumah pengasuh, rase sangat sunyi dalam kereta.. biasa riuh dengan soalan si abang. nyanyian si abang.. ari ni, dengan adik eqal pun cam murung, sebab takde abang dia. Owh pengasuh lama, tolong lerr anto Kimi balik malam ni... Korang takkan faham perasaan ibu yang melahirkan berpisah lama-lama dengan anak dia..

Ermn.. dah la lepas je kejadian amarah bos last week, aku jadi takde mood nak gi keje. Rase kosong je weh. Ape perasaan ko kalau pergi  keje, nak kena hadap bos yang tak suka kat keje kita. Sebab satu kesalahan je sampai berhari-hari nak marah aku. Ni, hari ni dia tak masuk lagi, ada check up, tak tau la camne, still marah cam last week ke tak.

Rase sangat beza, dulu keje kat tempat lama, tak penah kena marah, selalu dihargai ada la. Kalau bos nak tegur pun dengan cara berhemah & diplomasi, bukan main tengking-tengking. Owh, betapa aku rindukan suasana di ofis lama. Kadang-kadang dan selalunya aku rase nyesal sebab mintak tukar. Yer, memang mudahkan aku sebab dekat, apa-apa berlaku pada anak aku, aku sempat sampai awal, tapi tekanan kerja, suasana kerja tak selesa, tak suka.

Tempat dulu seronok, sangat kekeluargaan, owh, really miss my x-colleague damm much!!! Kalau la masa boleh diulang, aku takkan mintak tukar...

No, bukan aku tak boleh terima teguran, atau marah seorang bos... cuma perlu la ada cara, bukan sampai buat kita makan dalam. Tapi ape boleh buat, dah dia bos kan..... Hadap jela hari-hari mendatang dengan perasaan kosong kat tempat kerja..

Erm.. ada sesapa nak tukar suka sama suka dengan aku tak??? Hhahaahah....

Friday, June 1, 2012

Durian, mee goreng basah for dinner

 Semalam, sebab sakit jiwa sebab kena marah haahahahah.. aku meroyan nak makan durian. Ajak hubby gi beli. Dapat la 3 biji. Satu tu 2 biji RM10, se lagi beli timbang.

Yang 2 biji RM10 tu memang sedap. So ingatkan yang timbang tu super sedap la kan.. sekali mangkar.. dia peram yang dia jolok gamaknya.. sakit ati.. ko tengok la gambar bawah tu, dia pandai belah tepi je tunjuk konon isi bagus. Seksa kami laki bini nak kopek sebab keras.
Tengok la tengan kimi, menadah tak sabar nak doyan, sekali yang besar ni tak sedap...
Isi doyan tu..
Sayang tau... doyan tu sebenarnya sedap, tapi sebab peram dia cam tak berapa nak enjoice makannya. Tapi isi memang tebal pon.. biji kecik je.. Tu yang sayang tu... tapi tetap je habis kami satu famili makan hahaha..

Tapi, sebab tak puas makan doyan, aku langgar lagi pantang, gi dapur, buat mee goreng basah. Hahahahah.... Lagi terbaik aku rase.. sedappppp!!! Puji aku kepada diri sendiri.. Hubby? Ermnn tak payah tanya dia la, semua masakan aku pun sedap bagi dia haahahah..

Mee goreng basah, home made.. Delicious wooo kihkih
Mee goreng yang aku main campak-campak je bahan dia kihkhi
Korang untuk dinner makan ape???

Pizza Papa John, Shah Alam

Update laju2... dah 2 hari tak boleh nak bercanda di blog.. sedih..sob..sob.. Ada masalah dengan bosh.. nanti laa klu ada hati, ai cite ek pasai pa haahah..

Lunch tadi pukul 12.40 baru gerak dari ofis. Ajak dak Kashah temankan aku mengubat hati nan lara sebab dah 2 hari berturut-turut kena marah dengan bos.. ingat dah surut pasal kes semalam, rupanye dia ungkit lagi.. haihhhh!!!

Ok, mula-mula pegi pizza, tapi tengok menu mahal, takde promosi, caiitt sungguh. Dengan slumber angkat kaki, blah.. sebab staff situ punye laaa lambat nak amik order. Terus pegi ke plaza masalam.

Dak Kashah cakap Pizza Papa Johns ada buat promosi. Laju-laju masuk PPJ tu.. Pukul 1.30 sampai, sebbaik kebetulan ada parking.

Kami pilih promosi ajer....
Promosi dier

Tak sampai 10 minit pun dah sampai air dengan mushroom soup. Aku cam.. wah bagusnye
Sedap ice lemon tea ni
Gila creamy weh.. cedok je mushroom, cedok je mushroom.. sedapppp!!!
 Belum pun habis aku hirup sup ni, spaghetti sampai. Klu pizza hut, huh... sempat kering dulu mangkuk sup tu haahah..
Errrr.. tak sesedap pizza hahaahah..
 Tak lama lepas tu, pizza plak sampai..Wahhh memang tiptop la servis, cepat sungguh.

Super papa's beef pizza

 Pizza ni sedap weh. Tak kedekut topping. Lembut rotinya, memang puas makan.

Muka orang puas dapat lepas hajat haahah...
Ni la dak Kashah.. malu katanya sebab tak sihat hahaahh

Gambar aku yang semakin gumuk lagi haaah..

 Ok, promosi tu, kalau tambah singgit dapat aiskrim.. Harus la kami tak lepaskan haahah...
Vanilla flavor. Yummy sedap gak 2 scoop
 Gambar setelah semua makanan masuk perot yang makin memboyot sebab gemuk, bukan sebab ada baby hahaahah...


Sekian promo makan tengahari saya.. Korang makan ape???? Next time tak tau nak lunch kat mana, nampak Pizza Papa John, korang try okeh, tak rugi.. Sedappp!!!