Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, July 31, 2012

Cara aku banyakkan susu badan yang kering & stop anak menyusu badan

Hai korang, dah nak masuk tengahari baru boleh bersiaran. Siapkan surat-surat untuk bagi peguam, kang lambat sampai bising depa huhuhhu...

Tak berapa nak ada mood hari ni.. Bibir kering secara total, ngeri tengok bibir sendiri. Ulcer kat lidah pun tak pulih-pulih lagi. Padahal aku dah beli ubat untuk sihatkan balik bibir & ulcer tu.. Beli orrepaste, ke korang ada petua lain untuk lembapkan balik bibir ni, nak cakap pun sakit, so hari ni aku pilih untuk lebih berdiam diri.

Alhamdulillah pasal derita dunia semalam tu, pasal mahkota tu kan, syukur, dah ok sikit. So Haiqal dapat la minum susu macam biasa. Takde la sembuh sepenuhnya, masih sakit, tapi masih boleh tahan demi keperluan anak. Yela, aku rase semua ibu pun macam tu kan, tak kisah la kita sakit janji anak sihat.

Cerita pasal susu ibu, teringat aku masa mula-mula Hakimi lahir. Susu badan sikit sangat, anak asiknya meragam sebab susu tak banyak keluar. Aku di psyiko oleh jiran-jiran, mak ayah supaya bagi susu formula sebab takut anak tak cukup.

Sedih, pilu di hati tak payah cakap la sebab aku dah niat dari awal mengandung nak susukan anak aku ni, kalau boleh sampai 2 tahun, even tak sepenuhnya pun, tapi yang penting bila dia dengan aku, dia hanya dapat susu badan, bukan susu botol. Masa mengandung pun siap bagitau baby, minum susu mama, minum susu mama...

So bila semua orang push aku, aku rase stress so hari ke 4 tu aku relakan je anak aku disuap susu botol, tapi baby kan bijak, dia kenal mana puting asli dan tiruan, so dia refuse susu botol. Bila tengok anak camtu aku jadi bersemangat dan nekad yang  aku boleh lakukannya. Aku boleh beri anak aku hak dia, susu ibu.

Aku mula mintak mak aku buatkan sup sayur lobak putih, aku makan kurma, badam, kismis. Aku mandi guna lulur, masa tu aku guna mustika ratu, memang lepas letak je serbuk tu susu kuar masa ko tengah mandi, dasat penangan sebuk tu. Aku panggil orang urut.

Bila bagi susu, aku pandang muka baby penuh kasih sayang, aku fikir positif yang aku ada susu, ada rezeki untuk anak aku. Then aku rileks je, tak nak fikir pasal pendapat orang lain suruh bagi susu tambahan takut-takut tak cukup ke ape. Orang lain nak cakap aku tak cukup susu sangat kan, so aku akan buktikan yang aku ada susu untuk diberi pada anak aku. Aku tak kisah even anak aku akan kerap menyusu sebab pengaliran susu badan aku tak banyak pada permulaan aku ok je, tak kisah, janji anak kenyang, dapat susu eksklusif tu.

Dan alhamdulillah, berkat kesabaran, dalam masa 1 minggu, susu badan aku makin banyak. KAdang-kadang siap aku boleh pam untuk simpan. Dan syukur juga, Hakimi dapat hak penyusuan eksklusif tu, (even tak sepenuhnye, sebab dengan pengasuh aku bagi susu formula, awal-awal je bagi susu pam lepas tu malas nak pam hhaahah.. kejam sungguh) sampai aku disahkan mengandung. Lebih kurang 1 tahun 9 bulan dia minum susu badan.

Tapi aku terpaksa pisah susu badan dari dia bila kandungan aku dah masuk ke 4 bulan. Susu aku kering, bila dia minum, aku akan sakit, sebab dia akan sedut kuat sebab nak susu banyak-banyak masuk tekak dia hahaah.. So, cara yang aku guna adalah dengan letakkan kopi or nescafe kat kawasan puting bagi dia rase pahit, aku letak asam jawa supaya dia rasa macam, aku letak sirap then cakap kat dia dah luka, berdarah, tak boleh minum. Tapi tetap, dia isap sikit2 sampai dah ilang rase pahit, then dia minum sampai dia lena aahaah... lawak pulak bila teringat balik.

Tapi lepas hampir sebulan aku cuba, Hakimi pasrah, sebab memang susu dah takde dan kecian bila mama dia asik menjerit sakit bila dia sedut kuat. Di samping malas nak bersihkan dulu kawasan keliling puting dari nescafe, asam jawa dan sebagainya..

Sedih ke tak? Sumpah sedih.. Perasaan bercampur baur bila tengok muka anak yang masih perlukan susu ibu, tapi dinafikan hak sebab nak dapat adik. Muka Hakimi memang buat hati aku meraung, tapi aku terpaksa, susu aku dah tak banyak, hampir kering bila mengandungkan Haiqal. Memang kena cekalkan hati untuk pisahkan anak dari susu badan dan daripada susu badan sikit, nak banyakkan.. terpulang pada cara masing-masing kan..

Well tu cerita tentang aku yang kira kategori tak berjaya sangat la banding ibu-ibu yang betul2 susukan anak diorang secara eksklusif, pam kat ofis, buat stok. Aku memang tak mampu, sebab tu aku sangat tabik dengan mama, mummy, ibu, mak, umi dll yang sangat tabah buat semua tu. Korang memang terbaik, ibu terbaik. Tengok la kalau aku rase aku dah mampu, anak ke3 nanti ke aku fully bf kan anak.. siapa tau kan... Hihi..

So tu bakal-bakal ibu, just set minda secara positif yang kita nak bagi yang terbaik untuk anak kita, then insyaallah Allah akan bantu.

Eh, kenapa tiba-tiba entry ni jadi serius? Haahaha.. tapi ok la kot perkongsian ilmu tu bagus kan.. Ok, nak kena pergi kelas BI sekarang... Hari ni last day, yeyyy!!!

Monday, July 30, 2012

Demam akibat mandi kolam?

Weekend minggu lepas balik kampung hubby. Tiap kali balik kampung hubby mesti akan pujuk biras & abang ipar balik sama kat kampung, ramai-ramai baru meriah kan.. Lagipun si Hakimi dah rindu sangat dengan sepupu dia si Qistina.

Then bila dah balik kampung, semua pun ada, harus la aku bawak kolam tuk bagi depa mandi, termasuklah adik Haiqal...
Kolam kesayangan sebab tak payah tiup cam dulu hihihi..
Dan, Haiqal bila masuk kolam, dia la yang paling excited. Abang dia tak lencun lagi, dia dah abis lencun satu badan. Dok main tepuk2 air, merangkak dalam air, main kejar2 alligator ijo tu dalam air. Tapi aku bagi dia berendam kejap jela takut gak demam sebab sebelum ni tiap kali mandi kolam mesti badan dia dedar or terus demam esoknye tapi masa tu macam tak pasti sangat sebab biasanya tiap kali mandi kolam dia macam tak cukup tido or berjalan jauh untuk hari yang sama.

Sekali, sah! Petang tu tangan dia dah start panas, perlahan-lahan, suhu terus naik sampai 37.4. Dia pulak dah start merengek, tak boleh aku jauh langsung dari sisi dia. Aku dah risau. Takut kalau panas dia naik lagi, kat kampung hubby mana ada klinik swasta, nak pergi hospital jaraknya lebih kurang 48 km. Ubat pulak aku lupe langsung nak bawak.

Bincang dengan hubby, terus pergi Hospital Slim. Keluar pukul 9.15, 9.45 baru sampai. Sebbaik dapat doktor lelaki muda yang alahai udahla tomey, layanan pun mesra. Tanya elok2, bagi jawapan pun memuaskan. Tengok kat jari, ada inai hikhik.. baru kawin ghopenye, mesti isteri tengah mengandung... kott ahhah.. memandai je speku.

Oleh kerana perjalanan dari kampung ke hospital lama, suhu Haiqal turun sikit, tak sepanas kat rumah. Tapi bila cek kt bilik rawatan tu, aik, naik pulak.. .Kat rumah 37.4 je, kat hospital 37.6. So doktor bagi ubat, katanya makan 3 kali sehari, tapi kalau demam tinggi sangat, bagi 4 kali. Okies.

Sampai rumah dah pukul 11, aku tengok Hakimi tak tido pun lagi, asyik main hp aku. Tu perjanjian supaya dia tak ikot, aku bagi dia main hp aku hhuhuhu... Dah cam hp dia dah, asik dia je pegang...

Sampai rumah terus bagi ubat dan alhamdulillah, esoknye dah cergas balik. Badan pun dah sejuk macam biasa. So, dengan ini confirmla si Haiqal tak boleh berendam lama dalam air... sebab 3 kali bagi mandi, 3 kali jugak dia demam.

Esoknye dia jadi penonton jela, tengok abang Hakimi dan kak Qistina mandi kolam haahahah.. Tu pun kemain dia meronta nak masuk kolam sama hiihih.. Sori sayang, mama tak boleh bagi, untuk kesihatan anak mama juge..

Moge anak2 kita semua dijauhkan dari mara bahaya dan penyakit.. aminnn..

Derita dunia

Selamat berpuasa buat hari ke 10 kengkawan... Dah ada ke yang terpaksa tinggal puasa? Yang sengaje tinggal puasa? Or yang buat-buat lupa dah masuk bulan puasa? Hihihi... Klu ada yang buat-buat lupe dah masuk bulan puasa memang nak kena itu orang, masuk van mayat, silaa hihihi..

Puasa ke 7 sampai ke 10 ni, aku menderita.. errrr sikit jela menderita tu bandingkan kesengsaraan nergara luar cam Palestin, Syiria dan lain-lain yang derita akibat perang tak berkesudahan kan.. Derita aku ape?

Bibir aku dah merekah 4, bukan satu je. Makanya sangat la menderita nak senyum nak cakap, nak gelak apatah lagi. Lidah aku pulak ulser.. Bukan 1 tapi 2 bijik dia tumbuh betul-betul kat lidah depan sekali. Mula-mula kecik je, tapi makin hari makin membesar pulak.. Ni kes sebab tak tahan tengok hubby minum air tebu.. aku balun 2 cawan je pun... Terus serik, tak penah minum dah sejak lidah tumbuh ulser, nak cakap pun takde mood.

Derita yang.. adeiiii sangat laaa sakit juge. Mahkota aku yang sangat digemari Eqal.. Bukan rambut tapi tempat susu original keluar tu hiihhii.. Dua2 luka teruk. Sampaikan aku meraung setiap kali dia minum. Tak kasik, kecian. Tu pun aku dah campur-campur bagi susu formula. Memang la niat tak nak campur susu formula bila Haiqal dengan aku, tapi ni kes dah tak tahan sangat dah ni.

Ni pun aku nak tunggu luka tu sembuh baru nak bagi Haiqal menyusu balik, harap susu tak kering.. Kecian anak, hak dinafikan, tapi kalau sampai mama sakit, takde nikmat gak dia nak minum, susu mesti tak nak kuar banyakkan, sebab mama dia stress tahan sakit.

Harap dalam 2 hari dah boleh sembuh la, tak lengkap hidup ni tanpa susukan anak-anak tersayang.

Eh, ada ke yang dapat sakit dunia cam aku ni? Huhhuu.. adat la kan, puasa, cuaca pulak terik gile.. Moge kita semua dapat habiskan puasa dan beramal di bulan mulia ni.. >_<

Thursday, July 26, 2012

Cuci mata tercuci purse

Hai semua, mesti mana yang balik 4.30 dah tercongok depan punch kad tak pun dah sibuk2 kemas beg, turn off computer, nak balik kannn..

Aku pun dah nak balik ni.. Tapi nak cerita gak, tadi ajak kawan court sebelah pi cuci mata kat (Plaza Alam Sentral) PAS. Wei banyak gile baju cantik2.. memang rambang mata aku tadi weh... Hahaahahah...

So nawaitu awal just tengok2 adalah tidak menjadik, aku telah sambar sepasang baju kebarung, baju jenis kain chiffon err kott, kain lak songket.. Murah uollss.. Harga asal Rm150, pastu akak tu jual Rm100, goda2 lagi dia kata ok laaa akak bagi Rm80.. Harus la aku rembat kan... Warna merah, so tema tahun ni, merah, boleh tak hubby? AHahahah... tak penah lagi hubby melaram merah hihihi..

Pastu masuk The Store tersambar baju2 & seluar2 dalaman wanita, abis pulak RM70 untuk 4 barang je.. haihhhh takpe, janji aku try tadi best, sejukkk je haahahh...

Owh, dah dekat sangat pukul 4.30 ni, nak kemas beg, nak tutup pc.. Dah nak balik dah ni.. Wiu2... hubby takde, so nak masak ketam la.. errr tu pun klu kedai kat perumahan aku tu ada jual ketam laa.. kalau takde, takpe, aku nak masak keli bersambal aje.. yummihhhhh!!!

Selamat berbuka uolllzz!!!!!

Gaduh manja di bulan puasa

Malam tadi gaduh dengan hubby. Bulan-bulan pose pun nak gaduh laki bini kan.. Hahahah...

Puncanya dia nak berbuka puasa dengan kawan-kawan masa belajar dulu hari ni, tapi tak boleh bawak aku sebab berbuka kat KL, harus jem klu nak patah balik Shah Alam amik aku. Jumaat pulak berbuka kat KL Tower, member dia belanja, belanje dia je, takde untuk anak bini. Gila tak sakit hati bila nak kena tinggal, berbuka sorang-sorang dua hari berturut2.. Terus la aku lancar mogok.

Dia balik dari terawikh, aku buat muka ketat, muka boikot haahahah.. Tapi, bila muhasabah diri, cam.. ermnnn ape la, bukan selalu pun dia keluar dengan kawan-kawan, pasal KL Tower tu pun, bila lagi nak merasa kan.. So...

Aku mintak maaf guna WhatsApp je.. Hahaahah... ko mampu mintak maaf dengan suami pakai mesej-mesej je, tak berdepan? Aku mampu.. Haahahahah.. dasar sungguh..

Lepas 2,3 kali mesej pun tak sejuk lagi hati dia, cuak aku, kang klu aku tido, pastu dah takde nafas malam tu gak, kan ke mati dalam murka suami, haaa tau takut kan ko perempuan hahaahh.... Tapi bila hubby balas, "ai mana ada orang minta maaf pakai mesej je, macam jauh sangat nak kuar dari bilik tu" aku dah tergelak sebab aku tau hati dia dah sejuk terus aku tido dengan lena. Entah bila hubby dengan dak kimi masuk tido pun aku tak sedar, kata lena kan haahahh...

Memang hubby marah laa, dia cakap aku jawab sepatah2, pandang muka dia pun tak.. memerap je dalam bilik, kata protes kannn haahahah...

Alaaa gaduh2 manja.. malam tu gaduh, malam tu gak settle.. Eh, tapi pagi tadi sebelum dia kuar keje masa salam aku aku cakap kat hubby... cowiiii, hubby gelak je.. hahaahh...

Korang gaduh dasat tak? Aku tak penah gaduh lebih dari sehari.. biasa 2,3 jam je pastu settle.. gaduh manje katanya, tak gaduh tak feel berumahtangga khenn haahahah...

Wednesday, July 25, 2012

Batman The Dark Knight Rises ~ terbaikk

Semalam, lepas check up Eqal, hubby ajak tengok Batman. Aku cakap, alaa macam malas je.. sebab aku tak layan sangat cirita-cerita camtu, tapi sebab hubby cakap, tak nak pegi udah, dok rumah, dia pegi sorang.. Haiihhh mana dapat... terus jela setuju, lagipun bukan kena kuar duit pun kan.

So cerita Batman The Dark Knight Rises ni boleh aku simpulkan sebagai WOWWWW!!! Memang best giler.. Tak rugi beli tiket mahal-mahal cuma tak berapa bagus tengok masa bulan puasa haahahaha patut buat amal ibadat kann haahahah...

Tapi betul, cerita Batman The Dark Knight Rises ni lagi best dari Spiderman sebab korang memang takkan terfikir siapa sebenarnya dalang kejahatan. Cara diorang berlawan, teknik2 diorang buat bagi nampakkan kota tu memang nak jahaman, nak meletup memang real.

Moto Batman paling kelakar bagi aku, tayar dia siap boleh golek2 lagi haahahah... Comel sungguh. Heroin pun lawo.. hero dia.. errrr biasa2 je kihkihkih... Haaa tapi si Robin hensem aahahaha...

Weiii kalau rase nak tengok wayang, siang hari je ye, malam pegi terawih memang aku cadangkan la tengok cerita ni, takkan rugi duit korang labur tu.. Bukan tak nak sokong filem tempatan, tapi lebih puashati kalau tengok filem aksi dari luar.

Sipnosis dia? Meh aku letak.. aku jumpa kat SINI

*****

Warner Bros. Pictures’ and Legendary Pictures’ “The Dark Knight Rises” is the epic conclusion to filmmaker Christopher Nolan’s Batman trilogy.
It has been eight years since Batman vanished into the night, turning, in that instant, from hero to fugitive. Assuming the blame for the death of D.A. Harvey Dent, the Dark Knight sacrificed everything for what he and Commissioner Gordon both hoped was the greater good. For a time the lie worked, as criminal activity in Gotham City was crushed under the weight of the anti-crime Dent Act.
But everything will change with the arrival of a cunning cat burglar with a mysterious agenda. Far more dangerous, however, is the emergence of Bane, a masked terrorist whose ruthless plans for Gotham drive Bruce out of his self-imposed exile. But even if he dons the cape and cowl again, Batman may be no match for Bane.
Leading an all-star international cast, Oscar(R) winner Christian Bale (“The Fighter”) again plays the dual role of Bruce Wayne/Batman. The film also stars Anne Hathaway, as Selina Kyle; Tom Hardy, as Bane; Oscar(R) winner Marion Cotillard (“La Vie en Rose”), as Miranda Tate; and Joseph Gordon-Levitt, as John Blake. Returning to the main cast, Oscar(R) winner Michael Caine (“The Cider House Rules”) plays Alfred; Gary Oldman is Commissioner Gordon; and Oscar(R) winner Morgan Freeman (“Million Dollar Baby”) reprises the role of Lucius Fox. The screenplay is written by Christopher Nolan and Jonathan Nolan, story by Christopher Nolan & David S. Goyer. The film is produced by Emma Thomas, Christopher Nolan and Charles Roven, who previously teamed on “Batman Begins” and the record-breaking blockbuster “The Dark Knight.” The executive producers are Benjamin Melniker, Michael E. Uslan, Kevin De La Noy and Thomas Tull, with Jordan Goldberg serving as co-producer. The film is based upon characters appearing in comic books published by DC Comics. Batman was created by Bob Kane.

******

Selamat berbuka semuaaa....

Demam Campak

Wahhh bersawang sudah blog aku ni ha.. 1 minggu menghilangkan diri kann... Nak up cite guna tepon asiknye tak lepas.. so biokan jela dari aku sakit hati taip kemain panjang pastu at the end, tak dapek nak post hiihihi...

Ape kabo semua kawan-kawan, puasa tak? Alhamdulillah, aku still pose takde tanda lagi bendera merah nak berkibar iihhihi...

Sebab aku amik cuti lama adalah kerana budak kenit ni 

 Kan dari Ahad tu dia asiknye demam je kan.. tak mo kebah-kebah, then hari rabu tu aku amik la cuti kecemasan sebab pengasuh cakap dia asik merengek, nak nangis je, dia kesian. So Rabu aku el. Jaga dia kat rumah. Rabu tu memang dia ok la, takde suhu naik ke apa, cantik je bacaan dia.

So oleh kerana dia ok, malam tu aku tinggalkan dia kejap dengan pengasuh sebab nak amik hubby kat KLIA, aku bawak dak kimi je. Masa dalam kete tu pengasuh call tanya kenapa muka Eqal naik bintik-bintik merah cam ruam, aku tak perasan pulak masa siang tu..

Then malam tu lepas amik Eqal, aku nampak la ada cam ruam sikit kat muka, memang tak banyak pun, so takpela mungkin ruam sebab panas dalam, kan dah 4 hari demam kan.

Tapi pagi esoknye, aku bangun nak bersiap pergi keje, Eqal pun bangun sebab dia membuang. So masa nak bersihkan dia, tengok kat kepala, badan, muka kaki semua dah ada bintik2.. Terus kejutkan hubby. Ajak dia pergi hospital pagi tu jugak. Takut Eqal kena jangkitan lain.

Sampai hospital terus nurse suruh pergi kecemasan. Nasib la orang tak ramai, duduk sekejap dah kena panggil. Kata doktor campak. Tapi yang tak teruk la. Tapi kena asingkan la sikit, takut jangkit kat budak lain. So aku amik la cuti sambung Khamis sampai Selasa (semalam).


Bintik2 merah, balik dari hospital terus amik gambar.. hhihhi..
Petang tu juga aku bagi Eqal minum air kelapa muda 2 sudu dan terus mandikan dia dengan air kelapa tu. Malam tu & esoknye keluar lagi banyak. Pastu sabtu tu dah kurang.. Ahad terus takde..

Heran sungguh. Isnin tu ada check up dia ke 9 bulan, so terus tanya nurse, dia pun pelik, sebab cepat sangat hilangnya. So dia suspek cuma ruam lepas demam je, mungkin doktor salah tengok. Ok takpe la.. Huhuhu..

Selasa, pulak aku gi hospital, ada temujanji pakar Eqal. So tanya pakar gak, katanya maybe campak mizer ke ape tah dia sebut hahaha.. aku bukan faham sangat terma-terma kedoktoran ni, belajar biologi dulu pun 2 bulan je lepas tu masuk sekolah teknik hhuhuhu..

Dan hari ni, masa hantar Eqal, dia takmo dengan pengasuh, yela 1 minggu dok bawah ketiak mama je hihihi.. Pastu pandang aku sayu je.. Alahai anak.. petang nanti mama amik adik dengan abang ok.. takmo sedih2 hihihi..

Tuesday, July 17, 2012

Nasi Beriani Gam Johor kat Shah Alam

Wahhh ni dah 2 hari berturut2 lunch ditaja ni..

Semalam KFC, snack plate, Odeli Court ni belanje sempena dapat KWSP dia haahha.. aku paksa dia belanje.

Ari ni saje2 order nasi beriani gam JB punyerr guna duit peti cash court aku yang aku simpan.Err ni peti cash sendiri2, bukan gomen punye tau..kang ada yang salah paham kang hahaahah...

Nasi beriani ayam


Sedap gile okeh, sila la torai.. Ayam gedabak beso, kuah dia sedap sungguh.. manis tapi bukan cam masakan kelantan, tapi manis yang alaaa.. tak tau nak describe, tapi kira menepati selera aku laa..

Tengok kat resit, nama kedai tu Tirai Ratus, betul ke tak nama kedai tu aku tak tau haahah... Tanya tukang beli, errr, tak ingat nama kedai haahaha.. saboo jela.

Tapi katanya kalau sapa2 nak pegi dia ada kat belakang Mc D Seksyen 3, Shah Alam, dekat dengan kedai mamak Khalifah.. Alaaa Mc D yang dekat dengan bulatan Wet World tu, dekat dengan tasik Shah Alam tu... Ha tau?? Tau?? Hihih..

Harga untuk set nasi beriani ayam RM11.50, set beriani kambing RM12.50. Air jus pulak RM4.50 segelas. So worth to try too for those love or enjoy eating ngeh..ngeh...

Nasi Beriani Arab Seksyen 7, Shah Alam

Hari yang sama aku pekena Yazid Burger tu, aku pekena Nasi Beriani Arab juge. Wah besar perut ko kan bunga nak telan macam2 haahah..

Niat asal memang nak pekena Yazid Burger tu tapi cam aku cerita kat entry ni maka terpaksalah kami order menda lain uhhuhu.. Tapiiiiiiiiiiii.. memang tak nyesal la order Nasi Beriani Arab ni, sedap woooohhh..

Kasik tunjuk gambar dulu okies..

Set untuk 3 orang makan, roasted chiken & lamb
Makan dalam talam ramai-ramai baru feel makan makanan arab..
Oiii obvious nyee aku lagi gelap dari hubby citttt

 Dan terima kasih daun keladi pada BIL sebab sudi belanja.. Patut kami yang belanja orang jauh datang, terbalik pulak dah ahahahah...

Errr.. worth to try too.. Kedai ni di bawah satu bumbung dengan Yazid Burger itu..

Mama dan anak-anaknya

Kepala ting tong.. pusing.. Pening.. Dah 2 malam tak cukup tido ni..

Bila anak tak sihat, mama walaupun tak sihat otomatik kena gak sihat untuk pastikan anak-anak sihat.


Tapi malam tadi cukup menguji kesabaran aku. Dengan hubby takde kat rumah, nak handle sorang anak yang demam, melepek je. Sorang anak sakit perut, cirit, tapi aktif terlebih. Aku bertukar menjadi incredible hulk semalam huhuhu..

2 kali si sulung menangis. Kali pertama aku pujuk, ok la kejap je nangisnya. Kali kedua nangis, aku dah hangin. Suruh tido nak main hp, buka you tube bermakna pukul 2,3pagi la baru mamat tu tido. Dah la masa tu dah pukul 1 pagi. Menangis, melolong. Aku kuar bilik kemaskan ruang tamu, bagi dia nangis puas2, dah penat nangis senang sikit tidonye.. Kejam tak?

Dah la si sulung tu jenis nangis takkan stop selagi kita tak pujuk dia. Klu 30minit taku pegi pujuk, 30 minit la dia melalak.. risau gak aku kang tiba2 tak sedar sebab menangis melampau kan.. Lepas hilang marah aku, aku masuk bilik peluk dia, pujuk dia. Terus sedu2.. tersentuh hati aku. Ya Allah, si sulung aku kecik lagi, tak patut aku biarkan dia nangis lama2.. tapi hati tengah panas kan... setan kuasai minda.. 


Sebbaik la adik tido tanpa sebarang gangguan.. penat + mengantuk sangat la tu kot.. Itu pun puas aku lap-lap badan bagi turun suhu.. Nyaris aku nak gi klinik tengah malam buta  tu sebab suhu si adik jap 38+, jap 39+ , jap 37+... camtu la turun naik, turun naik suhu dia, pastu merengek-rengek. Sebelum tu dah kena kacau tido dia sebab si Abang dok lompat2 atas katil. Jerit-jerit, panggil nama adik, nak suruh adik bangun, stress aku.. Pastu kalau ada bunyi moto kat luar, jiran buka pagar rumah diorang pun sebok dia jengok kat tingkap, mama, papa balik ke mama? Mama,  bila papa nak balik ni mama? Eh papa balik laaa.. Papa keje jauh, jauh? Jauh kat mana mama? Esok papa balik ye? Eh papa balik laaa.. kejap lagi papa balik.. Alahai.. papa.. camne laaa bulan pose nanti, tiap-tiap minggu pun papa kena outstation kat luar, tak sahur kot mama papa oii...


Aku rase tu 1 daripada nafsu perempuan kan, nafsu untuk menjaga anak, mengasihi anak, merawat anak. Walaupun kepala aku rasa macam nak pecah, pening, mata aku nak rabak sebab tak cukup tido, badan aku lenguh2, tetap aku bertahan. Aku takut kalau badan si adik panas melampau, aku takut anak-anak boleh sawan.

Tapi last-last, aku kalah jugak, aku tak sedar bila masanya aku terlelap, sedar2 eqal merengek nak susu, aku cek suhu dah turun 37.2 then tengok jam dah 6.30 pagi.. Bingkas la bangun, sebab bubur untuk Eqal belum tanak lagi..

Pastu sampai ofis ngam-ngam pukul 7.55 pagi.. fuhhh.. Ada 3 hari lagi sebelum papa balik.. Bertabahlah mama...

Monday, July 16, 2012

Yazid Burger Seksyen 7 Shah Alam

Sabtu lepas janji dengan biras, nak pekena Yazid Burger (YB) kat Seksyen 7, Shah Alam. Tengok kat blog YB ni katanya buka pukul 11 pagi sampai 11 malam. Sekali kami sampai tu pukul 3 lebih, aik, tak buka lagi... hampa sungguh, terus la order makan nasi arab kat tempat yang sama..

Owh, kalau korang yang nak tau macamana nak pergi ke kedai YB ni, landmark dia UNISEL. Ala tempat yang macam syurga makanan tu, kedai makan aje kat situ tau. Kedai YB ni ada kat dalam bangunan Anjung tu. Bangunan yang sama dengan Restoren Bisik-bisik yang penah masuk JJCM (masa Qi jadi pengacara). Korang jangan ingat kedai YB ni kat luar-luar bangunan je, dalam bangunan ok, cam kat food court tu.

Kami pun meraban gak cari, sebbaik jumpa kawan hubby yang memang expert jalan or kedai-kedai kat Shah Alam ni, dia la yang bagitau.. Mulanya memang kecewa la sebab ingat tak dapat pekena YB ni kan. Sekali, baru je lepas order nasi arab, nampak diorang buka gerai dioarang. Waaaa melompat kegumbiraan tengok kedai dah buka.


Aku dengan biras terus la pergi amik order. Oleh sebab baru buka so tak payah beratur cam dalam JJCM tunjuk tu kan. Siap orang ke 2 yang order. Makan 4 orang , budak tu cadang amik yang setengah kg. Aku tanya gak, kenapa tak buka pukul 11, sebab dalam blog buka pukul 11, katanya sebab terlalu awal so permintaan kurang, sebab tu dia buka pukul 4 petang. So dah siap order, janji pukul 8.30 malam nak pergi amik burger tu sebab kami rushing abang ipar nak pergi dinner kat KL, tumpang kawan dia so kena balik rumah.

Malam tu kol 8.10 aku gerak dari rumah, tepat 8.35 sampai sana. Biras aku yang amik YB tu. Katanya orang beratur panjang kemain. Masa dia pergi tu pelik, sebab orang keluar dari food court tu ramai yang bawk kotak kek, siap tertanya pehal ramai beno beli kek, padahal ada bege beso dalam kotak tu haahah..

Dan, korang tau, YB tu dah sold out dah. Pukul 8.30 dah tarak burger. Dan orang beratur punye laaa ramai. Semuanya tunggu nak order or order siap. Sebbaik kami order awal, tak payah penat-penat nak beratur kan..

OK2, tau korang nak tengok YB tu kan.. Ni aku tunju gambar YB dengan model2 cilik haahaha..
The burger

Seronok kimi... dia makan pun roti tu je pun, isi tadenye dia nak makan..

Perbandingan dengan tangan.. alaa nampak tangan lagi besar kan.. adala beso 2 tapak tangan dirapatkan.
 Masa untuk model cilik beraksi....

Ops! Tercekci lak si syina, hiihih

Pakwe makwe ni....haahha...
 The best part..
Hasil bedah siasat
Rasa dia???? Ok mengikut pandangan biras aku, sedap gila2.. puas hati makan katanya.. dia makan hampir setengah daripada burger tu.. Gila suka sampat tersendat perut ahhahah...

Pandangan aku.. oklaa, not bad..cuma mungkin sebab daging dia tebal sangat so aku cepat muak.. tapi sos dia sedap laa, worth to try kata mat salleh.. hihhhhi...

Berbaloi untuk dicuba... yela kalau tak sedap takkan orang sanggup beratur panjang.. Gilaaa aaa meriah situ kooo...

Owh, 1/2kg RM20, tambah 3 keping cheese, RM 23 totalnya..

Aku dah cuba, korang bila lagi??? Silaa..silaa...

KLIA @ 5.45am

Huarrrgghhhh!!!!!!

Mengantuk weiiii...  Kol 4 pagi dah bangun bersiap nak anto hubby gi KLCC eh, KLIA.. Nak fly sabah, tinggalkan aku lagi.. sob..sobb...
Ni first time hubby naik flight, tanya dia debo tak, tak mo fikir katanya haahahah.. cuak la tu... Macam-macam tanya aku hikhik.. aku last naik pun sebelum kawin, tahun 2008.. Pi Sabah pun baru 2 kali...  Lupe dah ape perasaan naik flight hiihi...

Kirim keronsang dengan hubby, katanya kalau bos dia bawak jalan, sebab dia pegi kali ni dengan pegawai yang bukan kaki jalan, tak tau aa tu katanya.. U, u tak beli, ai tamo amik u kat KLIA Khamis ni, balik jalan kaki k hhaahah... Terus masuk neraka, sebab ugut laki kehkeh..

Ok, 3 malam tido takde teman sembang, teman gaduh, bosan okeh..

Friday, July 13, 2012

Aku idolanya

Pagi tadi dalam kereta, nak hantar anak2 ke rumah pengasuh, aku lepas stereng sebab betulkan baju, kereta masa tu perlahan je sebab dalam kawasan taman kan. Sekali kereta macam nak ke tepi dan kebetulan kat bahu jalan tu ada lelaki tengah berjalan.Sekali dak Kimi tegur aku;

"Isk ape la mama ni, asik nak langgar orang je"

Tergamam aku kejap, pastu aku gelak besar.

Laaa... dia perhati rupanya cara aku bawak kete selama ni. Selalunya time nak hantar dia aku mesti tersempak jiran2 yang naik moto baru balik dari hantar anak-anak ke sekolah kan. So aku selalu buat2 macam nak langgar diorang. Acah-acah gitu kan.  Tapi tak sangka pulak dia faham menda tu bahaya & tak boleh buat main.Dan tadi dia ingat aku sengaja nak main-main acah-acah langgar orang, padahal takde pun niat tu.

Lepas tu baru aku perasan sesuatu. Kalau main basikal, Kimi selalu buat-buat macam nak langgar aku. Owh, aku tersedar.. aku yang salah beri didikan, dah jadi ikutan dia apa yang aku buat kat jalanraya selama ni..

Antara contoh lain, kalau ada kereta ke orang ke yang cuai, contoh tiba2 pintas aku secara berbahaya or tiba-tiba buat sesuatu yang buat aku bebel, sekarang tak sempat aku nak bebel, mulut dia dulu yang bunyi
"Isk, apa la orang tu kan mama"
"Hei tepi laaa, bahaya nanti langgar baru tau"
"Ape la orang tu kan mama"
"Tepi-tepi"
"Hoi!!!"

Erk!!! Semua bahasa aku guna masa aku bawak kete.. takde pun bahasa papa dia yang kuar hahahahah... Anak tengah membesar, semua benda yang kita buat pun dia nak ikut kan. Yang baik tu takpe, yang susahnya biasanya ikut tang yang kurang bagus tu huhuhuh...


Ok, aku munasabah diri.. Perlu hati-hati dalam berbicara.. Anak dah semakin membesar, kalau tak elok perangainya, kita pulak yang malu kan. Ibu bapa la idola anak-anak masa kecik2 ni kan.. cam kimi, aku la idola utama dia.. sebijik perangai ikot aku okehhhh!!

Eqal berbuai

Aksi Eqal bila takmo tido dalam buaian.



 Eh, tentiba ada gambar abang buat peace.. Suke beno kacau adik dia..

Mamat ni boleh tido dalam buai time dia mengantuk sangat or, aku dah tidokan dia, then angkat masuk buai.. kalau tak gini la jadinya..

Saje letak dalam buai bagi dia tido lama sikit, senang aku nak buat keje haaahah...


Nota:
Kena siapkan nota keterangan jenayah ari ni gak.. Minggu depan bos dah masuk.. Kang tak fokus lak kang.. haihhh..
Rehat lak nak balik rumah, nak kemas, esok ada tetamu nak datang

Thursday, July 12, 2012

Tomyam dan komen masterchefku

Buka puasa semalam... tomyam gong hikhik...


Sejak tengok master chef selebriti ni hubby ngade2 nak komen.. Ko tau dia cakap ape..

"Tomyam kamu biasa-biasa saja"
"Kalau buat pedas sikit dan masam sikit lagi, saya rase lebih sedap"

Ngade2 kan.. Komen tu pun lepas dah hirup abis 1 mangkuk tomyam... sebenarnya memang aku tak nak buat pedas dan masam sangat, aku buat secukup rasa je sebab:-
1. aku tak suka pedas.
2. aku nak buka pose, jenis perut aku klu perut yang kosong pastu ko masukkan makanan masam terlebih dan pedas terlebih.. sure aku sakit perut, sakit kepala..

Ceee siap letak alasan tu ahahah.. ahh janji tomyam tu sedap di tekak aku sudeee...

Pagi tadi tak terjaga untuk sahur, sedar-sedar tengok hubby bangun nak mandi.. Alaa... dah terlepas nak sahur tomyam malam tadi.. sekarang dah teringat2... takpe, takpe.. dugaan.. moge perut aku tahan laaaa sampai petang karang..

Wednesday, July 11, 2012

Dulu lebam je, sekarang darah pulak si Eqal...

Ini budak semalam dapat hadiah.... Semalam bateri hp aku abis terus so tak bajet pengasuh ada sms aku.
 
Sampai je  kat pintu rumah pengasuh, akak tu buat muka takut. "Baca sms dok" dia tanya. "Bateri abis", aku gelak-gelak. Pastu dia amik Eqal.. Dia tunjuk kat bawah hidung Eqal
 Ia jatuh tadi.. marah abang-abang amik mainan kat tangan dia.. Keliling dia pulak ada block mainan.. Elok dia hentuk muka dia pada blok tu.. Akak kat dapur, buat susu kejap.. Kejap je tinggal..

Aku tengok.. lorrr ada kesan pengkak kat bibir sikit dan darah bawah hidung tu..
 Dan aku tak salahkan pengasuh tu, sebab aku tau camne Eqal kalau dia mengamuk.. Itu hari baru je aku buat entry pasal dia lebam bawah hidung tu.. Baru 1 minggu lebih kejadian tu jadik pulak... Ari tu hidung belah kanan.. la ni kiri pulak dah...

 Adik..adik... boleh tak control sikit amarah tu.. Rasanya masa mengandung mama takde pulak ngamuk sampai hantuk kepala pada lantai sayang oiiiiii...






Eksiden di LKSA

Warga Shah Alam or Klang yang lalu LKSA hari ni confirm akan lambat sampai ke tempat dituju. Sebabnye? Meh aku kasik story.

Keluar je tol RM1.20 or RM0.60 tu terus je semua kereta perlahan. Heran gak aku takkan sebab hujan renyai-renyai dah hujan sejauh tu. Aku amik lane paling kanan. Tengok lepas simpang pertembungan 2 tol tu lancar je. Sah laa ada eksiden.

Yang buat jemnye dari 3 lorong jadik 1 lorong dan semuanye nak pandu perlahan nak tengok eksiden tu. Masa lalu kat kawasan eksiden tu, dah kebetulan kereta depan pun bawak slow, aku pandang la kat kereta tu. Wahh memang remuk teruk depan tu.. Dan aku rase pemandu tu tak dapat dikeluarkan pun lagi, aku syak kaki dia tersepit.

Orang berkerumun, moto seberang jalan pun banyak yang berhenti nak tengok kemalangan tu. Kat depan kereta tu berair, aku rasa minyak, nak kata darah bukan, sebab dia warna hitam cair je. Punca kemalangan aku tak tau, tapi aku rase mungkin dia bawak laju then nak elak sesuatu kemudian terlanggar divider jalan eh ke ape nama mendalah tu ntah. Jenis kereta aku tak sempat nak tengok, ate tengah drive kan.. tapi warna silver.

Kemudian jalan lancar, dan macam biasa jem lite2 kat depan CIAST tu. Masa tu aku tengok ada bomba dari arah bertentangan, mesti nak keluarkan mangsa kemalangan tu aku rase..

Dan akhirnya aku sampai lambat ke ofis, 8.05 minit.. tu pun gara2 Avanza depan aku ni takmo bawak laju, dia trauma agaknye tengok eksiden tu.. Habis semua kete pun pintas depan dia, haihhh.

Sekian berita dari Cik Kiah Propa kahahkah..

Tuesday, July 10, 2012

Dah pandai merajuk

 Budak ini sudah pandai merajuk..

Pagi tadi aku lambat siap. Biasa lepas basuk uk uk dia kalau aku tak lewat nak gi keje, aku susukan dia dulu, tapi tadi, sebab aku dah lambat, lepas basuk uk uk dia *ok, tiap-tiap pagi dia akan bangun dah uk uk antara pukl 7 - 7.20 pagi.. sebab tu aku selalu lewat gi keje* aku letak dia dalam walker. Sekali dah lama sangat kot, aku dah pakai tudung, nak siapkan bubur dia dengan beg, sekali dia nangis. Panggil mama..mama.. kihkhi.. aku gelak laa.. sebab comel sangat, aku teruskan keje.

Dia bengang gamaknye rayuan suruh dukung tak dipedulikan, dan takut kena tinggal sebab mama dah pakai tudung dah hahah... Terus dia kalih muka dari tengok muka aku. .Ahahahaha.. sooo comel.. Bayangkan aku panggil nama dia "Adik.." dia pandang aku pastu kalih ke tepi macam orang merajuk tu laa gayanya.. Tergelak sakan aku.. Pakkal aku nak cepat je tadi, kalau tak aku amik dah video.

Dah la sabtu dengan ahad lepas teruk pu**** aku dikerjakan.. Sebelum ni luka je kan.. Minggu tu, amik ko berdarah terus. Hubby pun gerun tengok kihkhihkh..

Akhirnya aku bagi susu botol, lepas tu masuk buai.. Eh, tido lena pulak? Hari tu kat kampung jual mahal dengan buai. * tapi aku try malam tadi, takmo dah buai, nak menggombeng juaaa*
Lena kan.. dari pukul 5.30 pm - 8.30 pm tido nyee

Amuk di JPM

Aku tengok banyak blog cite pasal kes amuk kat JPM tu. Pagi ni aku buka paper utusan, kat muka depan pun ada cerita pasal lelaki yang mengaku Imam Mahadi ni.

Arwah ni pun ada blog, aku ada lawat blog dia tadi, tapi aku tak faham ape yang cuba dia sampaikan.. Lagi pening kepala aku bila baca ada lah.. Ni blog dia kalau ada yang nak jenguk http://jayanegara1234.blogspot.com/. Baru lagi beroperasi ni.

Aku ada tengok kat ruangan komen, ada pengomen nama 'manusia gila' dan diorang ada cakap pasal anak 2, anak 1. Tentiba aku rase 'manusia gila' tu suspek perempuan tu huhuhuh.. Gamaknye laa.. Kalau salah sori...

Tapi, aku rase cam kerja sia-sia je mengamuk kat JPM tu, tak pasal-pasal nyawa melayang.. Tapi tak baik cakap lebih-lebih pasal orang dah tak ada kan.. Kita doakan aje moge rohnye tenang di sana.

Al-fatihah..

Monday, July 9, 2012

The Amazing Spiderman

Petang jumaat tu hubby call, dia tanya nak tengok citer Spiderman tak, kawan dia kasik tiket free 2 keping. Wahhh haruss laaaa nak. Eh, jap... Boleh ke anak2 berkelakuan baik sepanjang 2 jam lebih dalam panggung nanti erk? Takpe, kalau kena kuar pun takpe sebab masuk free haahah...

So hari Sabtu lepas pergi The Curve, semangat pukul 11 pagi dah gerak dari rumah sebab takut jam kan. Ingat nak park kat TESCO je so free parking tapi pusing-pusing takde kosong, so park la bawah The Curve tu. Ceh murah je rupanya, maximum RM6 sehari.. Ok la tu, kami nak lepak sana pun lama kan..

So, tempat pertama tuju panggung tu la, cebab takut nanti tak tau mana tompeknye. Aku ni dah sebok2 nak ajak hubby gi IKEA. Dah 2 kali pergi sebelum ni, tak berpeluang nak masuk tengok dalam tu. Di samping tu aku nak rase meatball dengan karipap IKEA.. Dah lama gile teringin, tapi tak dapat2 pun. So pergi kali ni dengan harapan menggunung nak makan dua menda tu.

Tapi, sekali nengok, punyee la ramai umat. Mana datang semua2 tu? Hahahaha... masa tu aku dengan hubby dah kelaparan, nak beratur malas, sebab panjang, tempat duduk pun tak banyak, Eqal mengaruk nak tido, Kimi lak lari sana sini. Aduiii, terus aku ajak hubby makan tempat lain. Setentang ada MC D. So bermekdi la kami untuk lunch tu.

Sementara tunggu papa order, bergambar dulu okies.
Susah nak amik gambar anak teruna ni sekarang..

Ralit beno tengok kete lalu lalang..

Good boy in panggung..
 And the food arrive, yeahhhh!! Lapoooo... Ermnnn IKEA, next time aku cube menu ko erk.. Hubby dah janji nanti dia nak bawak pegi time weekdays hihihhi...

Bubur tuk aku, eqal & kimi. Spicy ciken tuk aku sorang hahahah..

Foldover & oreo mc flurry tuk hubby
Terpaksa bagi Eqal makan bubur Mc D je sebab tak sempat masak bubur *ok, fine, sebenarnya malas nak bawak bekal haahahaha... kejam sungguh mama, banyak msg dalam bubur tu kan.. huhuhu..*

Ok, lepas abis makan, tengok baru pukul 2, ada masa lagi. So pujuk hubby masuk IKEA balik. Aku nak tengok showroom dia. Tak beli ape pun takpe. Then kecian kat bini dia ni ha, hubby setuju haahah... Sukee..

Ok, memang menarik deko dia kan.. Aku dengan hubby sama2 teruja. Sebab aku nak buat kabinet dapur kat rumah tu & kalau ada duit lebih nak buat wardrobe kat dalam bilik. Dulu masa masuk rumah tak buat ape sebab tak cukup simpanan kan.. Pastu aku tak sabar nak masuk sebab tak larat turun naik tangga rumah kuarters tu kan.. So ada la some idea dapat dari sana.

Dah pusing2 1 IKEA tu, masuk balik dalam The Curve pusing2 kejap sementara tunggu pukul 3.  Tengok orang main piano. Best wooo dia main.. gambar lupe tangkap, kaki dah penah sangat. Then hantar stroller, menapak pergi kat panggung.

Masuk awal sebab nak pilih tempat. Kami dok belakang sekali dan kanan sekali supaya senang aku nak susukan anak aku dan takde la segan kalau anak tiba2 nanges ke, jerit ke hihihi.. Rupenyeee ramai yang bawak anak tengok.. lorrrrr...

Mulanya aku dengan hubby takut Eqal yang buat hal sebab selama ni Eqal sgt takutkan bunyi muzik yang kuat, sekali, eh terbalik. Eqal sangat behave, si Kimi yang buat hal. Eqal siap tido, cuma time bunyi muzik kuat untuk aksi gaduh jela dia cam terkejut2, aku tepuk2 dia tido balik.

Tapi kimi... mula2 muzik, dia dah tutup telinga. Lepas tu dah tanya mana spiderman. Lepas tu baling selipar dia kat bawah kusi. Pastu dah stat mintak susu. Lepas tu cam dah bosan, mintak hp aku nak main. Pasang lak muzik kuat, takut la orang terganggu kan, aku marah dia wat tak tau, sekali aku gi cubit. Tindakan rekfleks. Nangis terus.. alamat, aku dah gabra hahahah.. Marah hubby sebab cubit anak dia. Terus pegi sebelah papa dia.. owh, tiket je ada 2, tapi kerusi sebelah kitorang 0, so tiket 2 tapi dapat 4 kerusi kehkeh.. selesa gile...

Dah kena cubit, takmo dengan aku.. sabooo jelaa.. Lepas dah bosan main hp, dia nak main2 pulak. Sebbaik dok seat belakang, so dia main kat tepi seat aku.. aku risau dia turun tangga je.. sebbaik dia main sorok2 belakang kusi aku je.

Time spiderman dah kuar, baru la dia exited nak tengok wayang.. Semangat sokong spiderman masa adegen lawan tu.. Lepas tu, dah bosan balik, ajak balik.. Haihhhh...  Lagi 10 minit nak habis cerita, adik dah bangun. Sebbaik laa tak nangis, terbuntang mata tengok cerita lagi ada laa..

Lepas abis je cerita terus balik. Tak larat dah.. So rasanya nak bawak lagi tak anak tengok wayang? Aku rase tak.. sebab kecian anak bosan.. Kalau cerita kartun mungkin laaa..

Tapi sampai ke semalam sebok si Kimi ajak tengok cerita Spiderman lagi.. haihhh.. Idok laa mama dengan papa nak bawak lagi nak oiiii.. Hikhik..

Friday, July 6, 2012

Makan batu, pasir

Semalam, tengah aku lepak-lepak sembang dengan jiran-jiran kat kawasan rumah, tiba-tiba Kimi datang, "uwek, uwek". Terkejut la aku. Ingatkan dia main-main, sekali tengok-tengok dia muntah.

Terus la tanya, kenapa. Dia tunjuk kat tangan dia batu kecik2 dengan pasir.
"Kimi makan ni" dia cakap. Aku pun ada dengar bunyi cam dia gigit-gigit sesuatu.

Terkejut aku. Terus la bagi Eqal kat jiran mintak pegangkan, balik rumah suruh dia kumur dan muntahkan balik batu dengan pasir tu. Dia boleh gelak je bila aku marah dia. Haihhhh!!

Geram betul aku. Sebelum ni dia cuma kutip batu-batu kecik tu pastu buang kat dalam longkang depan rumah. Tiba-tiba je buat hal makan pasir dan gigit-gigit batu tu. Tak sangka la pulak dia nak buat macam tu. Dah umur 3 tahun, aku ingat dah tak payah pantau apa dia masukkan dalam mulut, rupanya kalah si adik. Adik pun takde nak masuk apa2 dalam mulut, cuma sekarang je dia dah start gigit mainan sebab gatal gusi.

Hai laa abang Kimi, lapar sangat ke sayang? Mama tak bagi makan ke sayang? Ke otak budak-budak tengah membesar memang macam tu, nak cuba, nak tau apa rase batu, pasir yang dia selalu main tu. Mama nampak, mama marah la main batu, pasir tu, tapi kalau dia main jauh sikit dari mama, sape nak halang?

Malam tu aku bagitau kat papa dia, terus la kena marah. Papa cakap, nak ke ada cacing dalam perut tu? Kimi gelak2 je pastu dia cakap tak nak, main-main tau... Hai laa sayang mama ni...

Thursday, July 5, 2012

Asyiknyeeee

Ape yang diorang asyik sangat tengok tu???







Tiap-tiap petang, balik je rumah terus buka channel 611 tengok kartun sampai lebam, pukul 6.40 alih ke 119, Upin Ipin lak.. Mama tak boleh konker tv okey, children time okeh

Ni yang diorang asik sangat ni rasenya tengok cite Dragon Ball, eh ke Ultraman Tiga eh, ke Kampung Boy? Alaa lupeee sebab maknye sebok main fb kat empon haahaha...

Owh, yang kelakar, masa aku tengah basuh botol Kimi kat dapur dengar adik Eqal menangis, eh apsal pulak.. Rupenye dia tak boleh nak ubah kedudukan badan dia.. Dok keras camtu je, nak rebah ke depan ada bakul, nak rebah ke belakang tak boleh.. ahahahah... Last2 nangis mintak tolong mama haahahah...

Kemain aku gelakkan dia, dia sengeh je ahahaha...

Wednesday, July 4, 2012

Belated birthday celebration

Actually, dak Kimi dah masuk 3 tahun pada 10 Jun lepas.. Tapi tak sempat2 pun nak celebrate. Kebetulan sepupu dia punye hari lahir pun bulan Jun, so bincang dengan biras untuk sambut sesama kami aje.

Lepas pergi Zoo Taiping, owh, nanti baru upload gambar Zoo, tunggu incik hubby upload kat fb.. bila ntah.. Ni dari kamera hp sendiri aje..

Baskin robbin's cake..
 Cinonet je kek tu rege RM55, lepas gomen tax jadik RM58.20. Sebbaik rase sedap dan memang dah lama teringin nak rase camnee kek aiskrim BR ni hahaaha..

Kimi seronok orang nyanyi kat dia..
Tiup jangan tak tiup..
Susah nak potong sebab keras aiskrim hahah...

Nak nyebok sama.. Eqal pandang mama pelik nape sayang?? Hihi...

 Aku share dengan biras aku untuk belanja keluarga MIL kitorang ni. Celebrate kat JJ SS18 Ipoh, Perak nun..

 
Alorr tutup pulak ayam tu..
Haaa.. ni aku amik set ni.. jimat, cukup untuk semua, siap lebih 2 ketul ayam. Makan untuk 7 dewasa 2 kanak-kanak 1 baby haahaha...

Gambar masa makan takde.. kalau ada pun dalam kamera hubby..

Birthday boy & girl dapat baju sepasang sorang, yang diorang pakai tu dari mak uda & opah diaorang. Hamper dari opah dan kereta ape ek namanya tu dari maklong dia. Untuk birthday girl, aku bagi baju je. Gambar semua hadiah lupe nak amik, hahahaa.. tak larat, dah penat jalan2 kat Zoo..

Tapi seronok la sebab dapat celebrate birthday anak dengan keluarga kan.. Hadiah dari mama dengan papa Qimie.. errr.. errr... entah.. Aku bagi baju jela pun.. mainan memang selalu pun beli kat dia.. Tengok la ingat nak cari jugak, tunggu mama dapat duit kutu k sayang...

Tuesday, July 3, 2012

Bendera berkibar di angakasa..

Pagi tadi, gigih bangun pukul 4.45 pagi. Masak nasi, kuarkan ikan dari esbok, siang, pastu goreng. Potong bawang, potong sawi, lobak, buat sawi goreng.

Dah siap, buka tv, makan sahur sorang-sorang. Bancuh air milo, tak dan nak abis dengar Eqal dah nangis dalam bilik. Cepat-cepat minum air masak, masuk bilik, susukan & tidokan dia dan dengan aku2 sekali tetido..

6.40 pagi terjaga, tengok hubby tengah solat subuh. Bangun, tanakkan bubur untuk Eqal, solat. Basuh berak Eqal, then masuk bilik air, nak mandi. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiii!!!

Pasrah... Tinggal lagi 2 minggu kot tinggal untuk ganti puasa. Tiap kali nak ganti tu la bendera merah mesti berkibar megah. Apsal erk??? Padahal baru je 2 minggu lepas aku period dengan banyaknye.. hari ni dia mai lagi.. tapi cam sisa-sisa gitu.. Ermnn....

Harap-harap ari ni dengan esok je, Khamis boleh aku start puasa balik, tak suka laaa last minute camni... Dah la tak ingat lagi 3 ke 4 hari.. Terpaksa la buat 4, janji selamat kan.. Buat 3 kang tentiba 4hari, tak cukup pulak..

Terus malas masak balik ni hahahah...

Slot seram TV3 ~ Waris

Slot seram tv3 setiap Khamis pukul 10 malam memang antara rancangan kegemaran kami suami isteri. Pukul 10 malam je sure kami tecongok depan tv sebab tak mo ketinggalan episod seram tu. Walaupun Kimi berpuluh kali ajak aku masuk bilik sebab dia takut, aku buat taktau haahahaah.. kejam gila kan..

Akhirnya Kimi pasrah, duduk belakang kerusi meja makan main game kat hp aku kihkhihki.. Tiap kali hari Khamis, mesti ajak aku masuk tido awal, macam tau-tau je cerita seram tu nak start jap lagi..

Ok, sekarang kami tengah addicted dengan cerita WARIS tu.. Sambungan pada KEKASIHKU SERU. Gigih aku google ni, untuk bagitau pada sesiapa yang tak tengok tu untuk tengok sebab besttt!! Memang seram woooo hihihih

Webmaster TV3 06/06/2012 10:50:00
“Maaas....” Suara yang telah menghantui hidup mereka sudah kembali... Kebimbangan Mas Suri tentang kebangkitan Waris akhirnya menjadi kenyataan dan dia perlu bertindak pantas untuk melindungi keturunannya daripada ancaman Waris. Terbaru di slot Seram, drama bersiri 13 episod, WARIS terbitan Filmscape Sdn. Bhd. yang bakal menemui penonton TV3 pada 14 Jun 2012, setiap     hari Khamis jam 10.00 malam merupakan sekuel kepada Kekasihku Seru (Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2009). 

Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama seperti Datin Paduka Umie Aida (Mas Suri), Emelda Rosmila (Marisa), Fizz Fairuz (Rashad), Hairi Othman (Waris) dan Kuza (Mas Ayu), drama 13 episod terbitan Filmscape turut menampilkan Liza Shadan (Aida), Mozalfa Faisa (Fariz), Syamiem Alnisa (Sarah) dan Fadzrin Danial (Amar).

WARIS merupakan buah tangan terbaru daripada pengarah berbakat besar, Kabir Bhatia dan garapan skrip oleh Mira Mustaffa, Tommy CT Loh dan Nik Naemah. Sekuel drama tersebut mengisahkan kehidupan Rashad dan Marisa selepas 10 tahun yang tenang bersama anak lelaki mereka Amar. Waris menjadi igauan ngeri bagi Marisa pada suatu ketika dulu kerana dia merupakan mangsa kepada Waris yang memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan. 

Marisa bersyukur kerana dapat memulakan kehidupan baru bersama suami tersayang dan anak lelakinya yang sangat ceria dan aktif. Kadang-kala dia akan berasa sedih apabila terkenangkan anak kembarnya yang sudah meninggal dunia pada hari kelahiran. 

Rashad dan Marisa telah membawa Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh secara kejam dan meninggalkan anak perempuannya yang masih kecil, Sarah. 

Marisa menjadi panik apabila Amar hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan. Namun, doktor mengesahkan keadaan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu, Amar berubah menjadi murung dan cepat marah. Buntu melihat perubahan anak mereka, Rashad dan Marisa telah membawanya pulang berjumpa dengan Mas Suri, Ibu kepada Marisa. 

Mas Suri mula berasa bimbang jika masalah yang sering membelenggu fikirannya selama ini telah menjadi nyata. Dia risau jika Waris telah bangkit semula. Mas Suri terpaksa membuka rahsia yang anak kembar perempuan Marisa masih hidup dan berada di bawah jagaan Rokiah. Mas Suri terpaksa memisahkannya daripada Marisa kerana dia tahu Waris akan kembali memburu anak perempuan keturunan mereka. Rokiah yang dipertanggungjawabkan menjaga anak perempuan itu telah menyerahkan anak tersebut kepada sepupunya kerana menganggapnya sebagai beban.

Marisa seakan tidak percaya mendengar pengakuan Mas Suri. Tergamak Mas Suri melakukan perkara yang sama dia pernah lakukan pada Marisa. Mas Suri memohon maaf daripada Marisa kerana dia tiada pilihan lain bagi melindungi cucu perempuannya daripada ancaman Waris. Selama ini, Mas Suri sedar bahawa Mas Ayu tidak akan berputus asa dan dia akan menyeru semula Waris. 

Amar menjadi sasaran baru Waris yang terdesak untuk mencari Tuan baru kerana keadaan Mas Ayu yang terlalu lemah dan sedang nazak. Waris perlukan badan baru untuk berkuasa semula. Walaupun masih marah terhadap ibunya, Marisa perlukan bantuan Mas Suri untuk menjejaki anak perempuannya, Sarah yang kini dijaga oleh Aida dan suaminya, Fariz. 

Sarah membesar dalam keadaan yang daif tanpa belaian kasih sayang. Selepas ibu angkatnya meninggal dunia, Aida telah mempelawa  Sarah untuk tinggal bersama. Tanpa disedari, Aida telah mengundang bahaya dalam kehidupannya. Sarah yang dipengaruhi oleh kuasa jahat telah memberi ancaman nyawa kepada ahli keluarga barunya.

Sempatkah Mas Suri dan Marisa menjejaki Sarah sebelum Waris? Apakah muslihat Waris akan berjaya pada kali ini? Berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya daripada ancaman Waris buat selama-lamanya?

Jangan ketinggalan untuk menonton WARIS bermula 14 Jun 2012, setiap hari Khamis jam 10.00 malam di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikan WARIS boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Kredit pada web portal tv3.

Setakat ni dah 2, ke 3 episod ek, aku lupe la plak haahah... kata peminat tegar, tapi dah lupe episod ke berapa kan haahahah, tapi aku rase baru episod 2 kot. Tapi kan memang hebat la budak pempuan yang nama Sarah tu berlakon, menjadik muka psiko dia tu. Dan betul tekaan hubby aku yang Sarah tu anak Marisa. Tapi mana pergi Mas Ayu erk... ermnn... Lama dia menghilang tu...

Ok, lusa kena tengok lagi.. untung hubby out station biasanya Isnin sampai Rabu je, so ada teman tengok setiap Khamis tu.. Kalau tak, errrr tengok gak, tapi volume tv slow la haahhah...


Errrr... korang suka layan slot seram ni tak???

Monday, July 2, 2012

Posisi dalam kereta ~ tidur

On the way balik dari kampung opah ke Shah Alam..

 Dua-dua tumbang lepas kuar dari simpang Besout.. mama dengan papa boleh bercinta dengan tenang hihihhihi....

Tomeynye anak mama tido...*puji anak sendiri tak salah kan haahah*
 Baby seat ni baru je beli, RM89 je offer kat TESCO ari tu.. Time Kimi dulu guna pengasuh punye, la ni nak pulangkan dah baby seat tu so kena la cari lain untuk anakanda Eqal ni...

Posisi suka hati
 Kimi tak tido tengahari tu, so sama naik tumbang dengan adik.. aku pandang belakang, tengok dia dah tido camtu. Kejutkan suruh dia tido elok tak dilayannye.. ngantuk sangat la gamaknye...

Happy tido dari kuar sampai balik
Ok loceng punch kad dah bunyi, nak balik daaaaa..

p/s: Syukur, pengasuh cakap Eqal tak demam dah.. Yey!!!! Nak balik peluk, cium anak2 manje mama..