Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, August 16, 2012

Persiapan raya

Weh, ari ni dah 27 hari kita berpuasa erk? Lorrr kejapnye masa berlalu... Esok dah nak balik raya rupanya.. Baju anak je baru siap kemas malam tadi, baju kami je blom.. Malam tadi pegi beli pampers kat Giant, ate dia jual 31.89, grab la 3 pek. Sekali lalu bahagian songkok nampak songkok budak.. Test2 eh muat pulak.. Grab juge.. ate 1 baru 9.90 kan.. beli ler tuk budak berdua tu.. comelllnyeee anak2 mama pakai songkok hahaah...

Songkok kemain beli, padahal baju melayu tuk diorang takde pun kami belikan.. Sekali pagi tadi dapat sms daripada kakak kat Johor... "Along dah beli baju untuk anak2" Yeyyy!!! Aku ada call kakak aku minggu lepas, mintak dia belikan baju untuk anak-anak aku kalau dia blom shopping lagi.. Tau kenapa? Baju melayu kat sana dia lelong Rm10 je sepasang.. Kain elok, sejuk.. rugi laaa kalau lepaskan peluangkan... Sini aku tengok rata-rata paling murah pun RM30 ke atas, sana RM30 dah dapat 3 pasang hihhih.. So berbaloi sangat la beli songkok hikhik...

Ok hari ni misi untuk cari baju untuk diri sendiri.. Hubby amik warna lain, so kena la aku cari baju kaler yg sama.. anak2 dah dapat dah warna yang sama dengan papa diorang.. takkan tiba2 mama diorang warna lain, mak tiri ke apa kann ahahaha...

Errr.. korang dah cukup ke semua keperluan raya? Aku tinggal baju untuk aku dengan kuih raya je.. nak bawak balik kampung kekdahnye... dapat3 jenis cukup la.. dengar-dengar sebelah PKNS ni 3 bekas RM45.. nak terjah laaaa....

Sekian...

Tuesday, August 14, 2012

Beli kat The Store je, takde Sogo-sogo haihh ngee....

Alkisah, semalam baru nak rebot-rebot dengan orang lain untuk belikan baju anakanda-anakanda tercinta.. Sabtu lepas pergi, tak boleh nak beli sebab terlalu ramai umat kat Plaza Alam Sentral tu, so kami surrender.. ahahhah.... Kat sini pun dah beribu umat, aku tak tau laaa kat Sogo camne.. huuhu..

Lepas puas bertumbuk, bergaduh, bergusti dengan diri sendiri, akhirnya dapat la baju2, suar2 cam gambar tertera kat bawah ni haa...

Walaupun semua jenama tengah sale tapi aku beli hak tak dak jenama gah pun, sunbaby udoh, sebab yang jenama takde yang sama warna, saiz tuk buah hati aku dua orang tu..  Itupun, dah harga RM432.20, sebbaik lepas diskaun dapat RM216.10.. ate semua aku pilih yang 50% haahahaha....

Pastu dapat free beg bawah ni ha.. Ok la tu... leh letak bekas susu, bekas air panas, botol susu tuk anak, tak payah bawak bakul gedebe beso tu dah hahahah...

Ok, gitu laa alkisah aku shopping semalam, pastu lepas berbuka, kemas apa yang patut, tido tak sedar diri haahhahah... Owh, sedar-sedar elok pukul 10, tengok Masihkan Ada Ramadhan.. eh, jap yeke tu tajuk dia? Tapi memang best gila drama tu.. Versi Teganu kita, tapi sarat dengan pengajaran dan nilai kekeluargaan..

Ok, marathon siapkan nota ni.. kang bebel loyerr ahhhaha.. daaaaa

Errr.... tak tajuk... rindu kot~

Lamanyaaa tak buka blog.. rinduuu...

Keje sejak2 nak cuti ni kemain banyak pulak aku dapat.. Adeiiiii...

Ni pun curi masa sikit update.. Mintak maap la kawan, tak dapat nak lawat blog korang...

Tak tau nak sembang ape, tempek gambar anak-anak dah la erk hihhi..

Gambar hari yang sama BR buat makan free.. tapi kami makan kat Mamak aje...

Silau flash haaah...

Nak capai hp


Si abang yang susah beno nak amik gambar, adik mengelak n buat muka.. Haihhhh

Errrr... pasaipa atas gambar abang kt atas tu sama mimik dengan gambar adik ni? Haahhah....
Nasi goreng paprik gillleeee banyak.. aku makan suku je.. Maklum laa tak pose time tu.. eh!!!!

Teh 3 lapis... tak sedappppp!!!!!!
Ok, sekian.. nak keluar sat, teman member pergi  cari salon nak treatment rambut... aku nak rebonding laaa... rambut kasarrrr gileee kottt.. adeiiii

Bye korang... *Mood lemau nak raya*

Thursday, August 9, 2012

Baskin Robbin percuma, korang pergi ke?

Haiiii... rasa mcam dah lama tak jenguk blog sendiri... blog kawan-kawan ape tah lagi.. Agak sibuk kejar deadline, cehh deadline tuu..untuk cari kes rayuan dari tahun 2006 sam,pai 2011. Yang bestnya aku tak baca borang betul-betul then pegi cari kes rayuan sampai 2012.. Lagi 3 surat nak complete, baru perasan dia nak sampai 2011 je.. Cehhh bazir masa sungguh.

Semalam kan ada 1 scoop free from Baskin Robbin kan.. Ada sape2 terjebak tak dalam sesi beratur panjang tu? Hhahahaah..

Ok, nak terus terang, aku adalah salah sorang yang hampir buat keje gila nak rebut peluang makan aiskrim percuma. Kemain ajak hubby berbuka kat luar *lebih kepada malas masak ahahah* pastu pergi BR tuk aiskrim percuma. Kitorang pergi kat BR Kota Kemuning je, dengan harapan tempat orang-orang kaya, takkan la ramai orang kaya nak pergi makan BR percuma kot, kan diorang banyak duit, setakat 1 scoop tu, golongan sederhana cam aku ni je yang kegilaan nak merasa hikhik...

Sekali, sampai sana... jalan agak sesak tapi masih boleh gerak & tengok orang beratur.. gileeee.. kemain panjang wohhh.. Tergelak besar aku dan hubby sebab tak sangka ramai yang nak makan aiskrim tu free. Tapi disebabkan memikirkan ada 2 anak yang confirm tak terjaga kalau nak beratur panjang dan jugak barisan yang beratur, aku rase lebih dari 2km sebab dah jadi beratur mengelilingi bangunan kedai BR tu dan masa tu dah pukul 8.20 malam, so kitorang cancel je impian tuk makan eskrem free tu.. Bayangkan deretan kedai yang ada lebih 10 kedai dan orang beratur sepanjang2 deretan kedai dan membentuk pusingan U.. Dasat penangan BR nih..

Hubby ajak pergi JJ Bukit Raja, tengok view kat sana pulak camne.. tapi aku tolak.. Malas laa.. kawasan orang kaya pun dah berderu orang serbu, and mostly Chinese inikan pulak JJ Bukit Raja yang ada pelbagai golongan yang pergi sana. Wuiii tak sanggup den..

Gambar tempat kejadian dirakan guna hp hubby, so tak dapat la aku nak upload sini.. Tapi memang best la tengok scene semalam, dah macam pesta dah hihihi.. Last2 kitorang pergi makan kat mamak Kg. Jawa je.. Ok, kenyang, burrppp!!!

Aiskrim tu? Hakimi dok berzikir sepanjang jalan mintak aiskrim, last2 aku beli aiskrim kat luar Giant tu, baru singgit berskop2 Hakimi dapat makan dan tak payah beratur pun kehkehkeh... Ok takpe, hubby dah janji, len kali dia bawak aku gi makan aiskrim tu yeyy!!!! Sesia je kan, dah tak dapat hubby gi terawikh sebab nak penuhi hasrat hati isteri kesayangan dia.. kesayangan? Eh cam banyak pulak isteri hubby aku ni haahah..

Tuesday, August 7, 2012

Balik Kampung

Salam 18 Ramadhan semua.. Puasa dak ari ni? Masih penuh? Alhamdulillah....

Selangor dapat cuti semalam kan? Alhamdulillah jugak, cuti yang aku dapat tu dimanfaatkan sepenuhnye dengan balik kampung aku. Yeyyy!!!!

Ceritanya, petang Jumaat abang aku call tanya tak nak balik kampung berbuka kat sana ke. Then aku saja acah kat dia, nak sangat, tapi hubby tak dapat cuti Isnin, tambahan dia nak servis kereta Sabtu tu. Tak sangka abang aku offer nak amik aku dari Kuantan.

Mintak izin dengan hubby dan alhamdulillah hubby izinkan. Lepas 4 tahun kawin, eh blom2.. minggu depan baru masuk 4 tahun ahhaahah... ni la kali pertama aku nak balik kampung sendiri tanpa suami yang hantar. Rasa bersalah sangat dengan hubby sebab nak tinggalkan dia berbuka sorang-sorang, bersahur sorang-sorang.. Tapi sebab kesihatan mak kat kampung pun tak berapa nak ok, cekalkan hati nak balik kampung jugak. Sebab aku tau, mak aku deman on off sebab rindukan anak bongsu dia ni hehehheh...*>_<*

Pukul 12.30 pagi abang aku bertolak, pukul 3.30 pagi dah sampai. Gilaaa la cepat. Aku tak tau laa dia bawak camne sampaikan boleh amik masa 3 jam je dari Beserah ke Shah Alam. Aku dengan hubby sendiri pun amik masa lebih 4 jam.. err tapi banyak berhenti laa haahhah ++ jem..

Tapi, tak mustahil kot, sebab pukul 4.00 pagi bertolak balik dari rumah aku, pukul 7.20pagi aku dah selamat sampai kat kampung huhuhuh.. dasat sungguh. Tapi, dalam perjalanan kat highway LPT tu, kabus tebal sungguh, dari Jengka sampai la ke Gambang.. Aku sendiri tak berani nak tido sebab risau ayah tak nampak apa2 halangan kat depan.

So, bergumbira la aku kat kampung, mak masak gulai ayam kampung, ikan talapia masak merah, sup sayur, serawa durian dengan pulut, makan ikan-ikan fresh yang baru beli dengan nelayan baru balik dari pantai... maniss woooo..

Tapiiiiiiii, niat asal nak berbuka dekat kampung punah, sebab aku dah period dari hari Sabtu tu lagi.. Tapi, aku tak makan pun, nak gak feel berbuka dengan mak ayah. Lagipun, aku tak nak kecewakan mak ayah yang nak berbuka dengan anak bongsu dia ni hihihihhi... Aku tipu diri sendiri takpe, janji mak ayah bahagia haahaha, buleh?

Tapi puas hati sebab dapat makan kuih-kuih yang aku nak makan kat sana.. Kuih kat Shah Alam dengan Kuantan beza yer kawan-kawan dari segi rasa, bau nak nikmat makannye hihihi... Antaranya bubur lambuk*tak sama dgn kl or Selangor, jauhhhh beza*, akok, kole kacang, asam gumpal *yummihhh* dan lain-lain laa..

Si Hakimi pun kemain seronok balik kampung, sebab bebas ke sana sini. Sepupu-sepupu dia pulak datang nak main dengan dia, kemain laaa tak tido petang, malam baru terbungkang tak sedar diri.. Tu nak balik semalam pun dia boleh cakap, kenapa nak balik mama? Esok kita balik kampung lagi ye mama.. Macam dekat je kampung kamu ni yer Hakimi.. Owh, Hakimi lahir kat Kuantan, so consider tu pun kampung dia la.. adik je lahir kat Selangor...

Ni pun, mak dengan ayah bertolak balik lepas sahur tadi. Masa call pukul 8 tadi dah sampai tol Karak, sekarang aku rase dah sampai Temerloh or Maran, ate ayah aku tu bawak kereta kemain laju.. Aku rasa ada 130 - 140 dia tekan semalam.. Kalau tak, takkan gerak dari rumah pukul 10 pagi, belum pukul 1.30 petang dah terpacak depan rumah aku dah.. Dasat aa ayah.. adik tabik springgg!!!!

Semoga, selamat perjalanan pulang mak dengan ayah... Ermnn dah terbalik kan dunia... Mak ayah rindu anak, mak dengan ayah yang bawak anak balik, anto anak balik uuhhuhhu... Tentiba rase macam si Tanggang... Tapi ni first time ni lepas 4 tahun, eh hampir 4 tahun kawin, pergi balik tanpa suami.. Kalau tak, memang takde pun nak susahkan mak ayah..

Tapi teringat dialog ayah aku masa aku tanya nak hantar balik Ahad or Isnin.. Kata ayah.. "Ooooo.. kalu ikot ayoh, takyoh balik aaaa, dok sini je.." Hahaahah... ada maknaaa tu...

Friday, August 3, 2012

Buka dengan KFC sudeee

Pening kepala cari menu baru kfc.. Balik ni nak drive thru je.. Buke sorang-sorang buat aku malas nak masak.. Kihkih...

Mana hubby ambe? Ermnnn ari tu ada cakap dia nak berbuka kat KL Tower kan.. Cancel minggu lepas, minggu ni tarikh bebenonye.. dia salah tengok...

Maka ber iftar bertiga dengan anak.. Beli KFC sudah. Amik anak-anak dulu then singgah KFC, drive thru yeyyy!!! Mudah dah cepat kehkeh..


Selamat berbuka semuaaaa

Ending Dejavu di Kinabalu puas hatikah?

Dengar topik kat hot fm pagi tadi tentang ending cerita Dejavu tu. Fafau tak puas hati sebab ending dia habis macam tu je.. Yup aku setuju..

Aku sebenarnya tak layan cerita ni, tapi sebab tiba-tiba dapat tau minggu ni minggu akhir cerita tu so layan jela kan.. sebab minggu akhir biasanya best. So kalau aku yang tak berapa nak layan cerita ni pun tak puas hati dengan ending, apatah kalau yang tiap2 hari dok tercongok depan tv tengok cerita ni kan..

Bagi aku la, tak kisah la kalau sape ek nama untuk watak Tiz tu? AHahahah.. ntah tak ingat, tak kisah la kalau dia nak pilih Bazli pun tapi biarlah yang derma jantung tu Amar (eh nama watak untuk pelakon lelaki ingat pulak yer hahaahah..). Sekurang-kurangnya takde la adegan kat airport tu.. Jumpa siap nak pegang2 jantung.. haihhhh ko kawin dengan Bazli tu ikhlas ke tak? Adeiii...

Patut matikan je watak Amar, takde la rase sakit hati. Tapi member aku ada tengok versi Tiz pilih Amar, Tiz mati katanya dan sedih gila ending tu. Fafau sendiri cakap dia menangis tengok ending tu kat Tonton tu..

Pelikkan watak untuk Nadira.. haaa nama watak Tiz Nadira kan?? Dia macam playgirl lak, mainkan hati 2 lelaki.. sayang Bazli tapi cinta Amar.. haiihhh..

Eh, jap..jap.. apsal aku pulak terlebih emo ni? Padahal aku rasa aku tak penah tengok mana-mana episod sebelum ni dari mula sampai akhir, minggu akhir je tengok betul2 haahah.. Ok sudahla.. Cerita je pun, tak payah emo haahahah... Err.. ke ada yang emo ni haahah.. tak dapek nak nolong >-<

Thursday, August 2, 2012

Nuzul Al-Quran ~ Yeayyyy cutiii

Eeee.. Isnin minggu depan cuti kan??? Cuti ape? Korang tak tau ke? Cuti Nuzul Quran laa.. Ape? OOoooo korang tak dapat cuti ye? Hhahaahhahah.. sape suh keje kat KL, Putrajaya hiphiphip...

Syoknyeee rasa cuti dari Sabtu sampai Isnin. Actually, kat kepala aku ni ligat fikir nak balik kampung.. Walaupun hubby tak dapat cuti Isnin tu, ingat nak balik je dengan anak-anak.. Tapi bila fikir balik, cam tak sampai hati pulak... Sape nak siapkan sahur untuk hubby nanti.. Berbuka ok la lagi, dia boleh beli kat param je.

Dan paling utama harusla aku takkan dapat kebenaran dari hubby ahahaha.. Bertuah badan laa kalau dia kasik aku balik kampung sensorang. Dari start kawin sampai anak 2 ni ha.. Tak pernah aku balik kampung sorang-sorang. Ada keyakinan nak drive Shah Alam - Kuantan, tapi takde keizinan tak dapek la kan..

Pastu kat otak ni, sebab tak boleh balik kampung, rase macam nak ajak hubby gi Jalan Tar je Isnin ni. Alaa dia kuar la time lunch hour hahaahah... Dapat shopping kejap pun jadik la.. Tapi fikir lak, boleh ke aku nak handle si Haiqal dalam kereta nanti.. Kang dia amuk nak susu, pastu jem lak tu, camne.. Hakimi lak, kang dia lari sana sini, tak terkejar aku sorang kan.. camne? Hilang nak cari baju, hilang anak pulak nanti.. Aiii tak sanguup aku...

Maka, semua hasrat dalam otak aku tu terpaksa la dikuburkan aje.. Hubby ada ajak gi Jalan TAR 1 minggu sebelum raya, tapi nak amik cuti tu laa.. kasik ke bos aku tu????? Dah la baru2 ni amik cuti sampai 5 hari.. Tentiba bos naik hangen kuskus kang menanah telinga nak tadah marah dia haahaha..

Ok... pasrah... Shopping jelaa kat Plaza Alam Sentral(PAS).. kenapa bukan PKNS? Owh, aku dah compare... Lagi syok dan murah barang-barang kat PAS dari PKNS.. Lagipun tak la sesesak PKNS, PAS privasi sikit laa.... ate sebelah ofis je pun khennn ketiak pun tak berpeluh klu menapak haahahh...

Sekian entry luahan otak yang tak kesampaian... Hahaah...

Wednesday, August 1, 2012

Serba tak kena

Aku tak tau ape kena dengan aku ari ni..

Dok prepare kad raya bos nak hantar kat kengkawan hakim, aku pegi cop nama dia terbalik.. sebbaik sekeping je..

Pastu pada sampul kad tu pulak tah camne nak balik cepat sangat semalam, setting print alamat pada sampul surat tu lari bertempiaran.. Sultan Selangor aku dah print baik punye... Sekali tak perasan, masa tengah print untuk bagi pada PM, rupanya masuk yang Almarhum Sultan Selangor.. Kan nama Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj. Ok, dia cuma keluar start dari Almarhum Sultan. 

Bos aku call, tanya, kenapa Ros hantar kad raya pada orang dah meninggal? ERk!!! Dah kena tabiah, lain kali cek betul... Sebbaik dia gelak2 dan senyum je... Tapi aku tau, senyum bos tu senyum ada makna tuuu... Sebab dia memang tak suka mistake... Huhuhu... Ape tah aku hari ni, semua-semua pun tak betul, kalut semacam je.. haihhhhhh!!!!

Errr... ke sebab tak sahur? Terjaga pukul 5.50, elok bangun dah dengar azan.. Bising hubby sebab tak letak hp sebelah dia.. Bini dia ni tido mati klu dah penat sangat hahaahah... Hp hubby lak off sebab dia cas.. Errrr tapi memang selalu pun hubby yang kejutkan pun tuk siapkan sahur or suh mandi pegi keja hahaahah,..... 

Err korang, sape yang bangun dulu pagi2?