Jom klik

kENgkaWAn

Friday, September 21, 2012

Cemas tak cemas laa

Semalam aku amik cuti kecemasan. Si adik malam tu tiba-tiba muntah dengan banyak. Ceritanya bermula kelmarin.

Petang balik kerja, biasa dia akan melekat kat aku mintak susu, tapi petang tu bila aku sua susu, dia tak nak. Ok aku agak mungkin dia kenyang. Tapi sampai ke malam, still dia refuse nak minum susu, pelik la aku kan.

Masa aku tengah kemas-kemas dapur, dengar Eqal nangis & suara hubby marah Kimi, katanya kenapa tolak adik. Pastu aku dengar Eqal batuk & dengar Kimi cakap adik muntah. Hubby bawak Eqal ke dapur, suruh aku tengok ada lebam or benjol tak sebab dia tak nampak. Jatuh pun dari atas tilam ke lantai, rendah je, bilik aku takde katil, aku pecat takut anak jatuh. Aku cek, takde & nampak dia ok je.. so aku teruskan sikit lagi keja aku then aku masuk bilik susukan dia.

Mata Eqal dah tutup sebelum tiba-tiba baju aku basah kena muntah dia. Aku dirikan dia, tengok dia nak muntah lagi. Cepat-cepat bawak dia masuk tandas. Habis semua susu dia minum keluar. Aku agak susu baru sebab tak bau busuk. Masa dia muntah atas lantai tu aku nampak ada gelang getah. Aku tak sure dia muntahkan gelang getah tu or memang gelang gerah tu memang ada kat situ & dia muntah elok2 atas gelang getah tu. Sebab Eqal sekarang pantang nampak ape2, semua pun dia masuk mulut. Aku pernah tengok ada kulit kuaci dalam najis dia, pengasuh pernah nampak serpihan plastik jugak dalam najis dia. Marah betul aku & salahkan diri sendiri sebab tak make sure lantai betul-betul bebas dari serpihan or sampah apa2. Tapi kalau gelang getah ni aku takut dia amik masa dok merangkan pegi dapur, situ semua pun ada.. Ermnnn...

Dah siap muntah tu, tukar baju, dia merengek2. Aku dah risau sebab takut kot-kot effect dia jatuh dari atas tilam tadi. Tapi tetiba tengok abang. mata dia segar balik & dia aktif je main dengan abang dia. Aku tukar baju & kemas kat luar pulak. Then buatkan susu formula kat dia sebab mahkota aku tu still tak ok, sakit kalau dia menyusu time susu tak penuh, kan tadi dia dah minum banyak kan so tak penuh la susu badan tu.

Bagi susu, tengok dia dah layu, aku sendawakan dia, tak sendawa2 gak, baringkan balik tiba-tiba dia muntah balik susu tu. Kali ni memang abis la cadar & bantal. Cepat-cepat tadah dengan tuala & suruh hubby bawak dia ke bilik air sambung muntah sana. Habis kuar muntah ikut hidung, tengok dia cam susah sangat sebab cam abis isi perut nak terkeluar kan.

Berdebar abis aku. Terus ajak hubby gi klinik. Dalam kereta, elok je Eqal tido, tak perlu minum susu, tak perlu bertepuk, lena terus, penat + ngantuk kot. Sebab masa tu dekat pukul 10. Sampai klinik tanya doktor, takut2 dia tercekik apa2 ke. Doc cakap tak mungkin, sebab kalau tercekik, dia memang takkan boleh bernafas, pastu muka dia mesti kebiruan, ni kat kerongkong takde apa2. Kalau sebab jatuh pun sebab rendah takde effect sangat, lagipun dia tak pengsan & aktif. So oklah, puas hati dengan penerangan doc, kami balik. Adik cam biasa, masuk kete je terus lena. Sampai rumah dia tersedar, aku susukan sikit, terus tido..

Pukul 12 malam pengasuh sms tanya anak-anak muntah2 tak. Aku cakap la ada, Eqal la, kenapa. Rupanya anak-anak pengasuh pun muntah-muntah teruk. Macam keracunan, tapi puas dia fikir makanan apa yg sebab kan keracunan tapi tak ada. Sebab aku memang tau pengasuh aku ni bab kebersihan  & makanan dia cukup jaga. Tu yang tak tau punca. Then aku cakap takpela, esok aku tak hantar anak-anak sebab dia pun cakap nak pergi klinik bawak anak2 cek kan. So aku pun boleh la pantau sikit Eqal.

Tapi tak lama Eqal tido, dia bangun, muntah balik. PAstu menangis-nangis. Aku peluk tak nak, aku dodoi tak nak, aku tepuk pun tak nak. Aku memang tak tido la... Tengok hubby dah lena sangat dah. Antara kecian hubby & kecian anak.. Aku kejutkan hubby bila Eqal muntah teruk balik. Kali ni pun muntah kuar ikot hidung. Aku ajak hubby gi hospital sebab doc cakap muntah kerap kali, terus bawak hospital. Pukul 12.20 malam gerak ke HTAR, bahagian kecemasan.

Boleh dia kategorikan anak aku tak kecemasan hanya kerana dia tak demam, so bagi tag hijau. Tunggu nak mendaftar aje sampai 30 minit, padahal nak bayar RM1 tu je dengan daftar kat komputer. Masa siap daftar tu dah 2.30. Aku tunggu punye tunggu 2.45 baru kuar no 4001, no aku 4019. Jenuh ni aku fikir. No yang asik dia panggil kepala 5000 & 1000. Pukul 2.55pagi baru naik pulak no 4002. Dah tu pukul berapa nak naik 4019? Maunya pukul 4,5 pagi baru panggil nama.

Aku tengok Eqal pun cam ok, nampak dia letih & mengantuk sangat. Memang kecian la nak tido kat kawasan yang banyak wabak penyakit ni. Yela nama pun bahagian kecemasan kan. Dengan Kimi yang dok lari sana sini, seronok sangat di tengok ramai orang kat situ. Tak boleh jadi ni, sms hubby, dia aku suh tido dalam kete sebab esok dia kena jaga audio untuk perhimpunan bulanan. Hubby cakap terserah aku. Terus balik jela.. geram gak, patut bagi la keutamaan pada baby kan.. ni tak, kena tunggu bak kata sesetengah orang la, klu nak mati tu mati dulu laaa ermnn...

Balik rumah, Eqal tido tak sedar-sedar dah. Sedar pun dah dekat pagi, minum susu & aku tengok dia tak muntah cuma cam ala-ala nak muntah tapi dia telan balik susu tu. Pastu sambung tido. Aku terus sms bos & kawan2 ofis cakap EL. Buka fb, tanya pendapat kawan2 apa pendapat diorang kes cam anak aku ni. Ramai yang respond, terima kasih banyak2 sebab ambil berat.

Tapi aku tak pegi pun jumpa pakar, sebab aku tengok perkembangan dia pagi tu alhamdulillah, takde muntah-muntah dah. Cuma ada la cam nak termuntah tapi tak keluar muntah tu. Makan bubur pun ok. Siap nak susu botol lagi.. Abang dia minum susu botol dia nak rampas ahahaha.. sabarr jela. Minum, main semua ok, tapi tak nak tido. Puas jugak aku tepuk, peluk, dodoi, tak jalan. Dia tido la kejap-kejap, pastu bangun. Tapi ok la at least tido dia kejap2 tu ada la 1jam jugak setiap sesi.

Then sebab tengok perkembangan dia ok sampai ke malam, tak jadi la bawak jumpa pakar. Aku agak mungkin terjangkit sikit keracunan makanan or sebab angin. Ni pagi ni aku tengok dia ok je then hantar la cam biasa. Harap pengasuh ok la sebab katanya anak dia yang keracunan tu demam pulak start petang semalam. Dah bagitau dia kalau tak boleh nak jaga anak2 dia dalam masa yang sama nak kena layan anak aku lagi, just sms la aku balik halfday je.

Ermn.. harap-harap diorang semua cepat la sihatnya. Aminnn

Wednesday, September 19, 2012

Mee Ketam Seksyen 7, Shah Alam

Lunch hour tadi, pergi hantar surat akuan penerimaan kad YAWAS Haiqal kan. Then sebelah tu ada la KFC. Teringin pulak nak makan KFC, tapau snack plate. Tentiba makyong yang neman ni tak lalu nak makan KFC, so pusing Seksyen 7 jap cari ape nak di makan. Almaklum tekak mak yong tak sedap, asik mual nak muntah. So aku cadangkan gi makan mee ketam memandangkan aku sendiri pun blom pernah try.

Dah sampai tu order la mee ketam untuk aku & nasi + ketam masak cili untuk mak yong. Lama tak lama la tunggu, dalam15 minit baru sampai apa yang kami order.

Nasi putih dia banyak gila

Ketam  masak cili.. makyong suka bebeno, sedap katanya

Mee ketam mabeles untuk aku
Berbaloi la tunggu sebab rasanya memang sedap sungguh. Mee dia pun punye banyak, ada ketam sekor,  crab stick, fishcat, tauhu, telo separuh . Aku punya Mee Ketam & Sirap Limau RM9.50. Makyong punye nasi putih dengan ketam masak cili & air limau ais RM7.50. Ok la tu.. Sebab kenyangnye sampai ke tekak. Mee tu aku tak habis.. banyak weh...

Dah siap makan baru teringat Haiqal alergik.. lahaii harap2 takde la terkena kat dia... Ermnnn.. balik ni makan ubat alergik la jawabnya sebab aku sendiri pun dah rasa cam gatal2 ni.. Huhuhu..

KFC? Owh, bawak balik makan kat rumah jela dengan anak-anak.

Kedai Mee Kari Ketam ni dah penah masuk Jalan Jalan Cari Makan, paper & majalah pun banyak kuarkan artikel pasal menu2 dia. So, kalau sesapa yang rasa teringin nak makan tu, kedai dia sebelah kedai bisik-bisik, bangunan yang sama dengan YB Burger Bakar tu. Insyaallah, berbaloi la rasanya sebab sedap.

Sekian laporan dari Kiah tak berapa nak propa ngeeee...

Riang ria raya di ofis

Jumaat lepas kitorang buat sambutan raya kecik-keciklan kat ofis. Tema dia potluck.. Aku rancang dengan dak ct dan odeli2 court. Saja nak bawak kemeriahan kat ofis lama aku ke sini.. Tak kisah la kitorang cuma ada 14 orang je lepas campur 2 court, janji adoo haahah...

So menu utama Nasi Dagang, Nasi Mandi Arab & Laksa Sarawak. Menu sampingan Ketupat palas & Rendang, Nasi Impit & Kuah kacang, Capatti & Sambal Sardin, Pasta Goreng & Pasta Linguini. Pencuci mulut pulak ada Domino's Pizza, Puding Cocktail, Puding Trifle & Aiskrim. Air Ribena & Nescafe.

Mula2 plan nak buat kat laluan ke ofis kitorang je. But then tukar plan. Court aku takde kes bicara dalam mahkamah, dalam kamar je, so buat je la dalam tu. Takde pilihan sebab takde dewan or ruang yagn luas kan. So, lepas je kes dalam kamar abis, aku & the team buat la persiapan.

Aku dengan tokey laksa sarawak

Aku dengan tokey nasi dagang

See the menu

Pantang jumpa kamera haahaha...

The menu again.. sampai hujung nun..

Kak azmah, tokey pasta goreng & kak jes tokey capatti bersama mummy to be

Tokey rendang & ketupat palas.. Sedapp wooo boleh orfer kalau mau

The comelz PA ngeeee...

Tetamu ambik nasi arab..

Kengkonon buat muka takut coz ada bos kat belakang *over haahaha*

Mamam eskrem
Dan acara kemuncak bergambar beramai-ramai...


Ok dah-dah.. cite sikit2 sudah.. Raya pun dah habis kan hihiihi..

Sekian, terima kasih. Nak pergi I-City jap lagi.. nak hantar surat akuan terima kad YAWAS... Kad dah dapat, surat aku tak kasik2 lagi huhuhhu.. Maapkan sayee

Tuesday, September 18, 2012

Sunquick itu, pecah..

Cuti baru ni, aku tak ingat hari ape, aku masa tu kat dalam bilik, tidurkan dak Haiqal.. Tentiba dengar suara hubby tegur Hakimi suruh simpan botol, nanti pecah. Tak sampai 5 saat, prangggg!!!!!!! Masin sungguh mulut hubby, pecah sudah..

Ape yang pecah? Ni ha...


Yang sadisnya, pati tu baru guna suku botol. Bayangkan sunquick yang botol besar pastu siap ada bonus berapa ml tah, bazir camtu aje..

Melalak la mamat tu kejap menangis, takut.. Berlari kat aku nak mengadu aku bolayan, lagi kuat dia melalak..

Tak pasal aku kena mop lantai memalam buta.. Hilang mengantuk aku.. Anak...anak... Lepas siap mop baru aku panggil dia, peluk dia.. Ololooo cian dia dah teresak2 nangis...

Lepas tu baru hubby cerita, Hakimi dahaga, dia ingat botol tu, botol air oren, so dia nak suruh papa tuang, bawak la ke depan, sekali pati.. Oloooo sayu hati aku dengar anak dahaga.. Usap kepala, pujuk, tanya nak air ape, mama buatkan..

Tak sampai 5 minit, eh dah lupe diri balik.. Dah happy macam biasa, dah takde simpan sedih or dendam.. Mudahnya jadi budak ek.. Jap je episod sedih diorang, dah dipujuk, dibelai manja mak bapak happy balik dah.. Nak mood cam tu gak boleh tak???

Akhirnya berjaya

Ini budak...


Manyak pandai.. Akhirnya lepas berumur 3 tahun 3 bulan, dia telah free diapers sepenuhnya. Tido malam dah tak pakai, jalan-jalan ke pasaraya dah tak pakai, paling penting, nak buang air besar pun dah tak pakai.

Hati mak bapak sangat gumbira sebab dah dapat jimat banyak $$$$ kat situ hahahaa..

Sebenarnya Hakimi dah lama free diapers kat rumah pengasuh, cuma dengan aku je dia manja terlebih. Sebabkan aku tak tahan nak bau najis dia tu tiap kali buka pampers lepas berak, aku terus nekad, tegas dengan dia.

Malam tu aku warning dia cakap ni last pakai drypers untuk buang air, lepas ni kena masuk tandas klu hajat tu datang. Dia buat tak tau je aku cakap. Aku tak puas hati, aku cakap lagi sekali depan muka dia,
"Mama serius ni mie, kalau nak berak lepas ni masuk tandas. Tak mau pakai pampers lagi. Mama tak nak bagi dah pada Kimi. Kat rumah mama Lina boleh je berak dalam tandas, kat rumah sendiri mengada-ngada nak berpampers bagai. Ingat tu!!"

"Baik mama.." Pastu lari gelak-gelak.. haiihhhhh.. Dia ingat aku main-main.

Esoknya tengahari dia lari-lari..
"Mama, Kimi rasa nak berak la, cepat mama pampers"
"NO!!! Nak berak masuk tandas"
"Alaaa.. mama, tolong laaaaa"
"No! Meh sini cepat, mama temankan"
"Taknak la... Takpe la mama, dah tak nak berak dah.."
"Kimi ingat, mama memang tak nak bagi dah pampers. Kalau kimi berak kat lantai, siap kimi, kutip sendiri taik tu, pastu basuh lantai bersih-bersih. Ingat tu!"
"Kimi tak nak berak dah laa mama"

Ko tengok, sanggup dia tahan tu... Tapiiii, lepas tu tak sampai sejam dia lari-lari balik kat aku..
"Mama, mama.. nak berak.. nak berak"
"Haaa, cepat-cepat buka suar, masuk tandas..."

Tak sampai seminit, dah settle. Membasuh punggung dia pun tak seksa sebab najis tu tak melekat dah kt punggung...

Wohhhhhh!!! Seronok gila aku rasa sebab aku berjaya hahahaahah....

Tapi, lepas tu harus la di puji anak itu. Kan ke dia dah buat sesuatu yang bagus, membanggakan ibu bapak hihihih..
"Waaaahhhh!!! Anak mama dah pandai laa.. bagusnyaaa dah pandai berak dalam tandas.. Haaa macam tu la anak mama, pandai, dengar cakap, hensem.."
Terus tersengeh2, kembang lobang idung, jawab "Mestila.. Kimi kan pandai mama..."
E,eh... lebih-lebih pulak hhaha...

Walaupun kamu free diapers sepenuhnya lepas umur 3 tahun.. *walau kat rumah pengasuh dah free diapers sepenuhnya masa 2 tahun lebih, mama consider kamu free sepemuhnya 3 tahun 3 bulan laaa sebab dengan mama minggu ni baru pass berak dalam tandas* namun pencapaian itu sangat membanggakan mama sebagai ibumu nak!! Keep on good job! hahhah..

Lepas ni mama nak ajar basuh berak sendiri pulak yerrr.. Yerrrr, basuh sendiri.. Sokmo geli kan klu mama suruh basuh sendiri.. we will see... muntah ke tak muntah kamu nanti yer nak... Next month mama mula latih yer.. haahhahha...

Tuesday, September 11, 2012

Pagi 1 Syawal

Ragam anak-anakku di pagi Syawal


Macamana nak pakai songkok ni ye?


Mama, tengok adik tu pakai songkok!

Salah tu dik, meh abang betulkan


Pandai kan abg Kimi betulkan songkok adik



Adik, tengok mama cepat


Abg : Peace
Adik: Berat la kepala pakai ni

Hahahaahah... sekian dialog di pagi syawal 

Monday, September 10, 2012

Jane Jamilah ~ terbaik!!!

Baru je habis tengok cerita Jane Jamilah, Sabtu lepas tak sempat tengok, penat berjalan open house, tido awal...

Kesimpulan... cerita yang sangat, sangat sangat dan sangat perlu ditonton oleh semua wanita bekerjaya.. yang mana kadangkala lupa peranan kita sebagai isteri dan jugak ibu.. dan bagi aku sendiri, well, ada jugak sesuatu yang aku macam tersedar dari lamunan lepas tengok cerita ni.. Ape benda tu bak kata Jamilah, biarlah rahsia hahahah....

Tapi, aku suka Amyza dalam cite ni, I okey je!! Ahahaahah.. comel sungguh watak dia...

Ermnn.. dialog yang aku suka "I perlukan seorang isteri, bukan hadiah yang boleh dibeli" Wow, makan dalam tuuuu hahhahaah...

Kesimpulannye *eh dah 2 kali kesimpulan ek?* Ermn... kadang-kadang masalah yang berlaku dalam rumahtangga, tak boleh kita nak salahkan sebelah pihak je, masing-masing kena muhasabah diri, adakah kita dah beri or dah cuba beri yang terbaik untuk pasangan masing-masing.. tepuk dada, muhasabah diri..
 
Sape2 yang blom tengok tu sila la tengok, sangat best cerekarama ni sebab mendidik penonton supaya tak terus leka dengan duniawi.

Sekian motibasi tengahari hahaah...

Musang king

Minggu ni aje penuh jadual dengan open house.. Sabtu aje dah 5 jemputan, Ahad pulak 2 jemputan, so memang tak berasap pun dapur aku.

Oleh kerna masa on the way nak pergi open house dekat Jalan Bukit Indah semalam nampak orang jual durian kat tepi jalan, terus la Kimi bisik kat papa dia cakap nak makan durian dan disokong oleh mama Kimi hahaahah...

Balik je dari open house kat Seksyen 8 Shah Alam semalam, terus singgah Taman Sri Muda, beli mendalah bawah ni


Yang bernama baby raja musang
 Kitorang memang kalau beli durian tak pandang dah yang longgok2 RM10 tu, memang akan beli timbang. Bukan la nak tunjuk eksyen kamen nak beli hak mahal kononnye tapi dah banyak kali sangat terkena dengan longgok2 ni.. Errr tapi kalau takde duit, pastu teringin nak makan beli gak aahahahah...

Haa tengok la sendiri camno isinye..


Bebaloi baloooiiiiiii....

Kuning mabeles

Lemak manis pearrgghhh!!!
Efek sedap sampai pejam mata haahaha...

Biji doyannye, kecik bona
 Dan gambar seterusnye..



 Owh, budak ni, makan doyan memang tak toleh2 dah haahahah... Hantu doyan sungguh laaa



Tak dan nak taip ape dah ni.. Bos dah bagi tugasan untuk buat. Ada masa nanti i jalan2 ok. D






Thursday, September 6, 2012

Nab again?

Mengantuk.. dah 2 kali ketiduran ni.. TU tido yang betul2 tido.. terlelap seminit dua belom amik kira lagi tu...

Puncanya makan ubat batuk dan gak budak ni..

Tiba-tiba tak sihat.. Elergik dengan makakan laut.. saluran pernafasan bengkak.. Ada lendir sikit.. kahak pun ada kat dlm dada tu... Tak sangka still ada alergik dia. Makan ketam last week, tentiba baru 2 hari ni kesan dia timbul...

Nyesal bagi makan seafood & aku sendri pun nyesal makan tak hingat dunia.. Dapat ketam fresh dri pakcik masa balik kampung ari tu.. Tapi masa wat balik tu dah usia 4 hari ketam tu ditangkap baru masak kat rumah.. Memang still fresh, manis, tapi kalau orang tu ada alergik sama gak kan.. Still tak boleh.

 Ok2.. lepas ni say no to seafood for son sake..

Nak sambung tido.. tak cukup tido ni.. Anak merengek aje malam tadi kan.. tambah2 aku dok koh keh koh keh batuk, makan ubat... ermmnn memang pakej la untuk tido ni. hihihi..

Wednesday, September 5, 2012

Kena tangkap basah

Gambar suspek yang telah ditangkap basah di kampung baru-baru ni.

Scroll  bawah kalau nak tengok siapa





Scroll lagi..


















Lagi....



















Lagi....Suspek didapati hanya memakai tuala dan basah semasa dijumpai.. Ish ish ishhhh












Jeng jeng jenggg....


















Awwwww... cekci anak mama... Hahahahahaha terkona.. terkona...


Tuesday, September 4, 2012

Akhirnya makan menda ni hahah..

Semalam, kan aku ada tanya pendapat sesapa yang tau tempat makan yang best kat Shah Alam,ada kawan-kawan yang respon..

 Dan tertarik dengan komen qasehraihan. Serambi Corner, pernah dengar tempat tu tapi kalau nak pergi time weekdays ni memang tempah masalah la tu. Situ kawasan jem hhihii.. Tapi, nak gak try tempat tu 1 hari nanti.. Thanks bagi cadangan yer semua.

Ok, tapi semalam.. *banyak  pulak tapi aku hari ni haahah..* Sebabkan malas nak tempuh sesak kat kawasan seksyen 7 apalagi seksyen 27, aku ajak hubby cari kedai-kedai kat area Kemuning aje. Ermn... pusing banyak kali pun still tak tau nak pilih kedai mana.. Aku ajak hubby makan kat D'One Corner, dia cakap tak sedap.. Macam laaa dia pernah makan kat situ, haihhh..

Last-last pusing punye pusing, tapau Domino's jelaaaa huhuhu.. Fast food jugekkkk!!!

 
Tapi, oleh kerana ni kali ketama hubby melayan kerenah aku nak makan Domino's so aku order kek yang aku teringin sangat nak makan.. Wahhhh memang setapppppp!!
Lava chocolate cake kott nama dia. tapi sedappp still panas masa aku makan tu..
 Kek ni, aku makan sorang2 je haahah... Hubby rase 2 sudu, Haiqal takat rasa2 je ihihihhi.. puasssss!!!

Crunchy chicken ape tah, original.. Nak amik yang hot n spicy takut Hakimi tak boleh makan lak kang...
 Yang ni pun sedapppppp.. Isi ayam aje, bukan cam nugget tu..


Dak Hakimi dok zikir kat telinga aku nak aiskrim nak aiskrim, so kasik laaaa
 Hak ni, sekali tengok rege dia RM12.90, telah liur aku hoohoho.. Kalau kat luar tak sampai RM10 aku rasa.. Nasib baik memang terbaik sedap dia...

Extravaganza
Yummih.. sedapppppp!!!! Tak kedek sangat topping dia dari pizza hut.
Amik yang cheese punye.. wooooohhh memang sedapppp
 Tadi sahur aku telah piza ni sekeping & cicah roti ape tah, dia kasik free, eh bukan free, pakej dia la tu.. Pun sedap.. lupe nak snap roti tu.. Makan plak panas2, memang terbaik laaa...

Sekian entry di pagi hari pasal makanan.. Errr ada yang lapo ke? Gi sarapan gi.. aku pose takpe hahaah...

Monday, September 3, 2012

Tolong bagitau kedai makan best kat Shah Alam ni

Aku sekarang tengah gila cari kedai makan yang best2 menunya area shah alam.. Orang pose memang camni kot haahahah... Ada sapa2 ada cadangan tempat yang best2 tolong2... bagitau.. Nak buka pose kang.. malas nak masak.. masak untuk sahur nanti udah laa hahaha..

Ok, sekali lagi.. tolongggg suggesttt!! Kepala aku berpinar dah tengok kedai2 ni.. Banyak yang citer pasal kedai2 kat seksyen 7.. aku tengok Nasi Ayam Gemas.. Nampak cam sedap.. maklumkan penggemar nasi ayam macam aku ni, pantang tengok nasi ayam.. semua pun boleh menjejeskan air liur aahahah...

Nak kedai makan besttt tapi harga berpatutan, tak kisah menu. Sekian.

Gambar raya ~ studio malii

Ok, nak upload gambar raya kat Perak.. Walaupun tahun ni giliran raya kat kampung aku, tapi sedih, takde 1 pun gambar ambil kat kampung aku.. Sebabnya adik beradik yang lain semua pakat beraya kat kampung mertua, so takde sapa nak tolong amik gambar.. Mood raya pun tak maliiii.. Sedih..

Ok, lupakan aje.. Hari Jumaat raya ke 6, balik kampung Perak, semata2 untung photo-shot gambar keluarga. Diorang nak print besau-besau, gantung kat rumah mertua.. Aihhh tak bestlaaa kalau takde gambar aku sekuarge kat frame tu.. So gegas balik Jumaat, Sabtu tu berposing sakan.. Errr takde la sakan mana pun sebab mood berposing tak mali masa tu..

Tapi, aku seronok tengok gambar Haiqal dalam semua gambar ni.. Ololooooo comel2 aksi dia.. Puas suruh dok diam hahaahah...


Suke tengok Hakimi senyum gitu hahha.. comey anak mama.

Haiqal nak lari hahah.. Hakimi pulak nampak cam muka tak puas hati ;)

Free style

Songkok Haiqal tomey hahaahh

Tengok Haiqal hahaah...

Rapat-rapat semua

Gambar rasmi untuk frame & gantung kat dinding