Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, October 31, 2012

Suami vs Isteri

Saja nak share citer yang aku baca kat FB.. sebelum ni pernah baca, tapi hari ni nak share kat sini hiihhii..

********

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.


Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....



BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini REAL MADRID kalah. SIALLLLL!!!
 
**************** 
 
 
Sebagai seorang isteri, well aku akui cerita di atas.. memang aku selalu rumit tak macam hubby simple hahaah.. korang pulak camne, sama ke lain skit hhihhi...

Monday, October 29, 2012

Eqal dah mula berjalan yey!!!!

Fuuuhhhh, puhhhhhh...tiup blog yang berabuk kekdahnye haahahah... Gila lama aku tak update blog kan... Cerita ada, tapi mood tu tak maliii maaaa.. haihhhhh!!!

Oleh kerana bersempena Eqal dah mula mengorak langkah 3,4 tapak berjalan, maka aku pun rajinkan gak la diri ni menaip untuk meng'update' kan blog yang dah suam2 kuku ni hahaaha...

Ok, buat permulaan tepek gambar tuan tanah dengan anaknye yang baru mengorak langkah tu je dulu erk..
Aku yang semakin tembam.. arrrgghhhh!!!

Budak yang semakin banyak ragam

Tunjuk gigi yang suka gigit semua benda

Konon2 manja pandang si papa

;)
Budak niiiii...sangat cepat tangannye mencapai apa saja.. Sangat agresif.. Semua perangai dia terlebih dari abang dia masa kecik dulu. Aku & hubby kena lebih bersedia disebabkan sikap agresif Haiqal ni.

Tapi yang aku seronok, Eqal dah mula bertatih 3,4 langkah pastu duduk.. Comel.. Tak tau la kebetulan ke ape, Sabtu tu aku embunkan kaki dia kat rumput depan rumah mertua, then Ahad tu terus dia start berjalan. Teruja sungguh tengok dia seronok nak berjalan bila kita sorakkan dia pandai ahahah...

Kimi dulu pun camtu gak, lepas aku jejakkan kaki dia kat embun rumput, 2,3 hari lepas tu dah jalan.. Cuma dia dah start mengorak langkah masa umur 1 tahun.. adik dia ni lambat sikit, nak masuk setahun sebulan baru nak mula jalan hihihi...

Tak sabar nak jumpa Eqal petang ni, nak ajar dia jalan lagi hhhihihi.. Owh, ada cerita jugak pasal Kimi yang manja tu, nanti kita update pasal abang lepas ni erk.. Nak jalan2 kat blog korang dulu.

Tuesday, October 9, 2012

Sambutan hari lahir Eqal di Kuala Woh

Selamat pagi semua.. Dah sarapan? Aku sarapan bihun sup homemade je, alhamdulillah kenyang dah. Lama betul tak jenguk blog sendiri, berabuk abis dah ni.

Last week pergi picnic kat Kuala Woh, Perak. Kononnye sempena sambut birthday budak kecik ni yang baru je masuk setahun 2 Oktober lepas.
Ko tengok siap angkut baby seat car lagi kt tepi sungai hahaah...
Masa mula-mula sampai tu, cuma ada 1 keluarga je yang tengah berbeku. Macam pelik la kan sebab biasa pukul 11 dah ramai orang. Aku pulak baru teringat pasal virus kencing tikus, tu pun sebab terbaca kat pondok tepi sungai tu. Katanya mandi atas risiko sendiri.. Setakat ni takde lagi kes kt Kuala Woh, tapi risau jugak la..

Baru je letak2 barang..

Buat benteng, takut haiqal terjun ^_^

 Tapi lepas je pukul 12, makin ramai pulak pengunjung yang sampai, so rasa la cam lega sikit haahaha..

Menu homemade
 Antara menu, nasi putih, kari ayam, sayur buncis goreng, ayam bbq (sedappp rasa cam satey dah ahahah*sebab yang perap me & hubby ^_^), mee goreng, cup cakes, kerepek, goreng pisang, jagung & bubur untuk Eqal.

Ni la sepupu paling rapat dengan Kimi, ko tengok siap main buai lagi..
Buai askar hadiah dari pakngah
 Budak 2 orang ni, tak lepas dari mak uda, asiknya berebut mak uda diorang tu, so aku dengan hubby tinggal layan Eqal jela hihihihi... Bagusss...
Budak baju biru penakut nak masuk sungai, tp klu kolam, dia paling hebat

Eqal pun sama, nak main air tp nak duduk atas mama adeiii..
Cubaan tidurkan beday boi tak berjaya sebab abg kimi datang kacau..

Suka tengok gambar ni, ceria beno dak kimi


Kek batik 1st try, yummih not bad.. boleh buat lagi sebab semua pun cakap sedap.. mekaceh resepi yg aku google kt internet hihihi...

Owh, last but not least, cup cakes for birthday boy. Amboiiii bulat mata dapat makan cup cake ek adik? Hihihii... Kecik lagi tak sambut sangat la... Tunggu umur 2 tahun nanti baru sambut ye sayang...


Lepas tu kami gi Ipoh pulak, haaaa sambung sambut kat sana pulak ok ihhihi...

Wednesday, October 3, 2012

Mood & penat

Apsal erk... Cam takde mood plak nak berblogging sekarang.. Mood mati terus. Mungkin 2,3 minggu ni agak sibuk dengan kerja.. eceh, maknanye sebelum ni tak sibok la yer hahahah...

Bulan ni last dok kat bangunan sewa ni, bulan 11 dah kena pindah dok kat bangunan kajaan.. Jauh sudah dengan shopping complex...

Owh ok.. sungguh ni takde mood.. Nak buat birthday wishes untuk anak bujang kedua tu pun tak terbuat post... Just post kt fb je.. Tengok la ada kerajinan mama buat erk sayangku Eqal..

p/s: Badan penat dok kemas buku bos yang tebal n berat..  baru 2 siap packing 2 kotak.. ada beratus lagi buku-buku bos untuk masukkan dalam kotak tu.. adeiiii..

p/s: & gak badan penat sebab merempit 2 hari.. Hubby gi Raub senin dengan selasa lepas, so merempit la dengan anak2.. FUhh sebbaik Eqal dah pandai berdiri naik moto, klu tak berpeluh gak omak kamu ni haa..

Ok, dah abis ps..