Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, November 28, 2012

Rupanya kucing tu..

Haku dah agak..

Tadi hubby call. Aku tanya la pasal kotak-kotak depan rumah dan gak kucing tu. Sekali hubby cakap kucingnya dah takde.. Tapi ada kesan darah dalam kotak. Whatttt???

So kucing tu memang dah beranak kat depan rumah aku.. Eauwwww... aku tak dapat gambarkan perasaan aku.. Aku geli wehh!! Padan la garang semacam je kucing tu bila aku halau dia dan gak cam pukul-pukul kotak tu. Rupanya ada anak dia kat situ.

Rasanya kucing tu beranak masa kitorang balik kampung last week. Herannya, takde pulak aku dengar bunyi anak kucing kat situ.. Ermnn pandai anak-anak kucing tu berlakon erk bila aku ada kat luar rumah huhuhu..

Tanya hubby dah basuh ke darah, then katanya tak basuh sebab darah tu dalam kotak je. So dia jual kotak-kotak tu termasuk kotak yang ada darah tu.. Eeee... sebbaik aku takde kat situ.. Klu tak mau aku pengsan.. Aku tak boleh...

Tapi hairan yer, aku ada gak intai-intai dari cermin bilik aku, tak nampak pun anak kucing tu.. Mana depa menyorok ek... Ahh tak kisah la, janji kucing-kucing tu tak muncul dalam laman rumah aku lagi.. Aku tak boleh blah.. Aku geli. Geli tu satu hal la.. klu kucing-kucing tu berak, kencing merata.. haaaa memang nak kena la kan..

Ok, tak kisahlah, janji masalah dah settle.. kotak dah dialihkan so aku takde la dihantui kucing-kucing tu.. Yerr aku memang takut kucing.. bukan tu je.. Ibu ayam yang ada anak-anak kecik pun aku takut.. Nama je orang kampung kan, tapi takut dengan semua tu.. Hahahaahah..

Klu balik kampung, nak kuar rumah ke kereta, pastu ada ibu ayam dengan anak-anak ayam mula lah aku menjerit panggil mak aku.. mintak halaukan ahahahah... Tu dulu sebelum kawin, dah kawin, hubby la yang jadi mangsa.. Nak kutuk, kutuk la.. janji aku tak kena kejar, tak kena patuk dengan ayam or tak kena gigit or cakar dengan kucing..

Sekian kisah kucing beranak di halaman rumah ku..

Fobiaku pada kucing

Sejuknye.. beku rasa kat tempat aku ni.. Selamat pagi semua... Dah sarapan ke belom? Aku pagi tadi kelaparan sebab malam kengkonon diet cuma makan sup sayur dengan ayam goreng *erkkk diet ke makan ayam goreng haahah* so pagi ni terus gigil lapo..

3 hari adalah hari untuk merempit.. Cam biasa hubby akan berada diluar kawasan.. So kenalah aku ni berdikari balik cam biasa merempit anto anak pastu merempit jugak pegi keje.. Sebbaik musim cuti sekolah, so tak la banyak sangat kenderaan kat jalanraya kan.

Jumaat nanti nak amik cuti, merehatkan minda dengan shopping. Dah cakap kat hubby, mintak dia amikkan aku kat ofis lama aku nanti.. Pagi nak pegi sana gosip2 pastu tengahari nak ajak sobat lama aku pusing2 Jalan TAR.. Owhhh Jalan TAR, I miss you so much.. Dulu situ laaa lepas gian shopping dekat bona dengan rumah dan gak ofis kan.. Sekarang... hailah bercinta laa nak sampai sana.. kena amik cuti bagai. Nak bawak anak? Lagiiii la tak boleh, memang tak jadik shoping namanya, jadik acara mengejar dan melayan kerenah anak.

Bonus masuk bulan 12 kan? Cepat laa bulan 12 masuk.. banyak menda nak buat dengan duit bonus tu.. salah satu nak bayar yuran taska Kimi.. mahal kot yuran dia, almost 1k.. So sila bergolok gadai yer.. Demi anak, ape saje kami korbankan.. Ecehhh!!

Korang tau, kat rumah aku sekarang ada 2 ekor kucing, selalu sangat lepak kat tempat parking tu. Ermnn.. sebelum ni memang depa selalu merayau masuk kawasan rumah aku tu, tapi sejak hubby letak kotak2 untuk dijual, tapi tak berkesempatan lagi nak pegi jual, kerap pulak depa bertenet kat situ.. Hubby kata kucing tu kawin kat depan rumah kitorang.. mana dia tau ntah hahahaah..

Tapi garang kot kucing tu, aku dah la penakut kucing.. Itu hari masa aku tak sihat tu, aku mc kan, aku halau dia pakai penyapu, boleh pulak dia menyeringai kat aku balik.. Takut aku ok, terus dok dalam rumah, tak berani keluar dah. Hatta jemur baju pun dalam rumah padahal kat luar tu panas terik.

Yerrr aku memang sangat takut dengan kucing..tapi takde la tahap fobia. Kalau kucing tu cuma lalu tepi aku tak kacau ape takpe, tapi aku pantang kucing yang selalu berkeliaran kat kedai makan. Kadang-kadang ada yang berani sampai panjat peha aku.. ok, aku melompat lari ok.. Takut sangat.. dah la hubby jenis pemurah, penyayang dengan kucing ni.. Asal ada kucing datang je, dia kasik la kucing tu makan. Penah dia suarakan kat aku nak bela kucing, haha memang tak mungkin laa. Siap aku cakap, pilih nak kucing ke nak isteri ekekeekek... Takut weh.. aku tak suka kucing.

Bukan la benci kucing, suka je tengok kucing yang comel-comel, bulu tebal tu, tapi untuk pegang memang tak mungkin... aku geli sangat.. Pastu takut kena cakar.. Mungkin la sebab masa kecik aku penah kena cakar dengan kucing, so ketakutan tu sampai ke beso tak hilang.

So, perjanjian dengan hubby, sebelum dia pegi keje kena clearkan depan rumah.. aku takut nak tau ape di sebalik kotak dengan rumah tu.. Kalau dia dah beranak pinak kat situ tak ke jadik satu masalah pulak.. Klu kencing berak pulak kat situ.. haihhhhh memang tak laa aku nak cuci.. Memang hubby laaa haahah.. Dia suka sangat kan kucing datang, katanya risiko tikus or apa2 binatang lain, takde sebab kucing jaga rumah.. tapi risiko isteri takut nak keluar rumah pulak tu sape nak jawab tu hahhah...


Tuesday, November 27, 2012

Senggugut dan hormon

Hai korang.. Dah besiap nak kuar lunch ke? Aku tunggu bos tekan tombol kunci pintu je ni, pastu nak gi kantin tapau lunch.. Perut dah berbunyi mintak di isi.. Almaklum.. sejak 2 menjak ni selera makan bertambah-tambah.. Adooii laaa..

Semalam MC, puncanya sakit perut yang teramat. Terasa cam nak membuang hajat, tapi bukan, terasa nak muntah, tapi tak keluar. Kalau posisi duduk, tak boleh nak berdiri, kalau posisi baring, tak boleh nak bangun.

Puncanya aku rasa sebab dia datang seminggu lewat dari tarikh biasa.. Eceh, padahal baru je 3 bulan konsisten lepas bersalinkan Haiqal hihihi..

Ape 'dia' tu? Bulan yang selalu mendampingi wanita laa.. teman setia setiap bulan ngehehehe... Cuak kot, last week bulan tak menjengah2.. haihhh lewat seminggu dah.. Pikir punye pikir, rasanya takde kantoi lagi kiraan ecehhh kiraaaaa laaa sangat kannn..

Sekali otw balik kampung dia menjengah, elok2 aku baru siap solat Asar jamak sekali dengan Zohor... Jauh woo perjalanan aku Sabtu lepas.. Dari Shah Alam ke Bentong.. wooo tengok durian sepanjang perjalanan gilaaaaa menceceh air liur, harap je memang lepas tu nak balik kampung.. Dari bentong, patah balik KL, gi kenduri kawin kawan ofis lama.. Then, balik perak. Kol 10 pagi kuar dari rumah, kol 7.30 malam baru sampai Sungkai, Perak.. Wohhh perjalanan yang amat memenatkan..

Ok sambung balik.. Aku sakit senggugut ni start Ahad malam tu. Memang serba tak kena dah malam tu, berapa kali aku terjaga tengah malam sebab tahan sakit.. nak kejutkan hubby mintak carikan ubat cam tak gamak, sebab kecian dia penat.. Sabtu dah seharian memandu pastu ahad tu, pagi lagi dah tolong jiran sebelah kenduri kawin. So pagi tu bangun, iron baju hubby, then tentiba perut cramp balik.. Aduiii, terus sms kawan ofis bagitau masuk lambat sebab nak gi klinik.

Sampai klinik doc cakap tak boleh buat ape sebab menda ni berkaitan hormon.. Mungkin sebab aku baru lagi bersalin even dah setahun pun hormon blom stabil. Ok.. fine. Kesimpulannya, senggugut adalah kerana hormon wanita or kalau nak lebih pasti, doc suruh buat ujian hormon, tapi mahal katanya.. takpe laa.. Takpun scan, takut ada fibroid. Errrrrr.. tengok laa uhuhuhuh. Doc bagi ubat tahan sakit & mc sehari dia suh rehat je kat rumah. Sms bos bagitau mc, balik rumah sambung tido hahaah...

Hari ni alhamdulillah, takde la rasa sakit sangat... Bisa2 cam tu.. Still boleh gelak, buat keje semua. Sekian cerita semalam saya ngeeee

Thursday, November 22, 2012

Bila anak mula persoalkan kasih sayang kita

Hai semua, kabare? Warasss??? Harus la waras kan, klu tak waras, takkan boleh buka internet ni kan..

Ermnn... hari nak minta pendapat, nasihat or pandangan ibu-ibu semua. Masalah aku ni adalah anak teruna yang sekarang sangat kerap merajuk. Merajuk bukan tahap biasa sebab dia akan keluarkan perkataan-perkataan macam:-

Mama dah tak sayang kimi?
Kenapa mama marah kimi? Mama tak sayang kimi?
Huh!!!! Mama niiii, selalu marah kimi.
Alaaa mama tak sayang kimi la tu..
Jangan la marah kimi, mama selalu tak sayang kimi.

Biasanya ayat-ayat macam ni jadik sebab dia suka kacau adik dia nak tido. So kena marah dengan aku or aku kunci pintu bilik tak bagi dia masuk sampai adik tido baru aku buka atau dia tak nak dengar cakap, sepahkan barang, tak simpan balik, atau buli adik dia tahap cam orang wrestling tu.

Kalau aku tegur cara lembut, tak jalan.. Tegur cara marah pun tak jalan.. Semuanya akan buatkan dia cakap aku tak sayang dia.

Ada tak apa-apa nasihat or petua cara nak didik anak? Aku rasa kadang-kadang loser sebab anak selalu cakap yang aku ni, mak yang lahirkan dia, tatang dia cam minyak penuh ni dikatanya tak sayangkan dia. Memang la bukan setiap kali aku marah dia akan cakap camtu, tapi selalunya itu ayat yang keluar.. merajuk, pastu cakap aku tak sayang dia...

Yer aku tau memang dia kecil lagi.. baru 3  tahun setengah tapi..aku tau semua ni ganggu tumbesan dia. Well memang nampak benda ni isu kecik, tapi kalau setiap hari itu ayat yang dipersoalkan pada aku, aku tertanya. Tak bagi makan aiskrim hari2 pun cakap tak sayang, tak bagi kacau adik pun cakap tak sayang, lambat buat susu pun cakap tak sayang, marah pun cakap tak sayang, apa lagi kalau aku cubit dia.

Tapi tak tau ke anak-anak yang kita marah ni tanda sayang? Kita nasihat tu tanda sayang? Sukarnya aku rasa dalam mendidik anak zaman sekarang.. Makin maju sesebuah negara, makin sulit aku rasa untuk mendidik anak.Kalau dulu dengar ayah berdehem pun masing-masing dah kelu, membisu, sekarang siap melawan cakap ayah adalah..

Moga anak-anak kira semua terdidik sempurna dengan ilmu agama dan ilmu dunia. Amin... Well, ada sesiapa yang ceritanya sama cam aku, come, share.. sharing is caring right? Hihi...

Wednesday, November 21, 2012

Dating dengan si teruna - AEON, Windmill & Wet World

Cerita ni walaupun berlaku masa akhir bulan 10 lepas tapi sebab aku nak abadikan kat blog ni maka aku nak cerita gak boleh dak? Hahahaah...

Pada hari kejadian, biras aku tiba-tiba sms cakap nak datang tido 1 malam dan dia akan extend 1 malam lagi if aku ambil cuti ikot dia pegi jalan-jalan kat Shah Alam. Kalau aku tak amik cuti, dia nak pergi rumah kakak dia kata Bukit Beruntung. Ugut yer kak hihihi.. Tapi disebabkan aku dah lama gak tak mothers out dengan biras aku, so aku on kan aje... lagipun kebetulan memang bos pun cuti panjang.

So keluar la kami dengan anak sulong masing-masing. Eqal aku saja tinggalkan pada pengasuh. Memang tak terkejar aku sorang nak layan kerenah dua2 anak lelaki aku.. Nak layan peel kimi seharian tu pun dah cukup memenatkan ahhaah..

Mula-mula perancangan nak pergi Wet World Shah Alam.. Yer, tempatnya sebelah ofis lama aku tu je tapi tak pernah-pernah masuk dalam pun lagi. Tapi plan tak jadi sebab tengok cuaca mendung. Terus ke AEON Bukit Tinggi melayan anak-anak main playground dalam tu. RM8 keluar masuk tanpa had untuk sehari. Tapi kejap je budak2 ni kat dalam tu.. Mainan tak banyak pilihan, so tak sampai sejam diorang dah sibuk request nak keluar.

Fine, masa tuk mak-mak lak shopping.. tapi tak shopping mana pun sebab takde saiz untuk kasut kimi.. Yang lain aku tak berkenan, yang berkenan tu laa takde saiznya.

Then belanja biras makan kat Windmill. Amik lunch set.. Ok la harga dia mampu bayar hhihihhi.. Rasa pun sedap.


Sedapppp Chef Micheal buat hidangan ini hahaah.. Mushroom soup, sedappp!!!
 Kimi yang lupe mama bila ada sepupu gorgeous dia dak comel Qistina.. Jangan tak tau diorang ada nama manja tau.. Kimi panggil qis "SYINA" dan Qis panggil kimi "AIMI".. Sweet kan hahaahahahh
 Gambar makanan? Hahaahah.. dalam fb laa... sini tak leh buka fb so tak leh nak download la kekdahnye. Next time la aku tunjuk erk... tapi aku nyer sedap.. Biras aku nyer menu tak sedap. Dia amik lemon chicken chop klu tak silap aku.
Ni je gambar terbaik aku dgn kimi yang ada.. payah benoooo nak tangkap mamat ni..


Lepas siap makan, keluar dari AEON tengok cuaca cerah, terus shoot ke Wet World. Gambar takde sebab masing-masing takut hp masing2 hilang kalau bawak so tinggal je dalam kete.. Hahahah..

Tapi mandi kat Wet World tak happening sangat sebab takde suami masing-masing kan.. Biasa klu ada hubby aku akan main semua game yang adventure sebab tau aku ada penyelamat, tapi sebab takde hero aku tu, maka berendam dalam kolam je.. Tak pueh ati bayo RM20 tuk aku & RM15 tuk kimi tuk berendam je.. Hahahah...

Sekian cerita dating saya. Yey ada 2 entry ari ni hahaahah...

I'm back, again and again ^_^

Janji tinggal janji je kan aku ni.. cakap nak update blog hari2 la kengkonon kan.. Padahal senduu je blog aku ni.

Sebenonye tengah pening2 lalat pasal perpindahan ofis aku ni.. Dah pindah dari 4 November tapi pindah dalam keadaan semuanye belum lengkap.. Kunci pintu takde, tombol rosak, aircond tak berfungsi, telefon takde, komputer takde dan kalau nak senaraikan lagi memang panjang la list ni. Aku rasa the worst ever episod perpindahan selama aku keje gomen ni...

Well, ni dah nak abis minggu ke 3 aku kat pejabat baru baru semalam ada aircond kat tempat aku & bos. Cuma yang herannye tempat bos tak sesejuk aku, still my bos kena pakai kipas, sedih tak? Hahaahah.. aku mampu gelak jela..

Dan minggu ni setiap hari aku kena balik lambat sebab kena tunggu bos balik dulu untuk kunci pintu utama dia sebab kunci blom dapat lepas dah kunci semua pintu baru la aku boleh balik dengan aman.. Tu pun semalam kol 5.30 petang dah mencicit aku lari takot hahaahah.. Well kata orang bangunan ni terlalu banyak sejarah lampau nye.. So kena balik sebelum 'group lain mendominasi tempat ni.

Cerita dari mover, diorang pindahkan barang-barang kami hingga pukul 2-3 pagi.. Tapi 1 malam tu, masa pindahkan barang ke wing kiri tiba-tiba lampu padam sendiri. Bila cek kat suis utama, takde yang rosak & kotak2 tiba-tiba jadik berat gila.. Angkap 3,4 orang pun tak boleh. So diorang terus tinggalkan semua barang2 kat tangga sayap kiri tu.. Ye la macam ada yang menghalang.. Balik tu habis anak-anak buah dia demam katanya. Woooo.. misteri sungguh..

Dan aku, baru hari ni dapat kerja dengan tenang sebab dah dapat komputer, tu pun pasang sendiri, telefon pun dah dapat, tapi kontraktor tu cakap bukan keje dia untuk set up no kat tepon.. Takkan la bos aku asiknye nak dial no aku banyak kali kan.. Memadai dia tekan 1 no then terus sambung ke tepon aku..

Malas la nak cerita, klu ikotkan memang banyak sangat problem dengan perpindahan ni... Kalau tak, takkan sampai kena boikot ke ape perkataaan sesuai untuk kontraktor2 yang terlibat dengan perpindahan kami ni..

Bos pun ada kes dari pagi sampai petang so.. takde la nak panggil aku sangat.. Satu kelegaan hihihi..

Ok, insyaallah nanti aku update lagi.. macam tak berani nak janji je sebab kang aku mungkir janji cam dulu lagi haahahah.. Sampai bersawang abis blog aku ni... tah ada pengunjung lagi ke tak pun tak tau.. Tapi ramai komen pasal suami vs isteri.. well, hanya isteri memahami isteri dan suami memahami suami.. Right? Heheheh...