Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, December 26, 2012

WW: KFC & Anak-anak

Gambar masa makan-makan sempena birthday aku ari tu..


Budak yang makan apa aje yang mama dia suap

Dinner plate for hubby & Nasi + ayam utk aku & anak-anak

Kemain suruh mama amik gambar dia makan
Tunggu papa beli pampers, ada sale

Ape aje laaa diorang main kat belakang tu...


p/s: Hari yang sangat membosankan.. Bos takde, tak tau nak buat keje apa.. Biasa memang hanya akan buat kerja yang dia bagi je, dia takde, motif aku datang keje pun aku tak tau.. Nak balik boleh tak???? Tapi kira keje hahahahah.. Harap je takde sapa nak jaga bilik ni kalau ada call masuk tau dakkk, klu tak dah lama aku fly balik rumah.. Haihhhh!!!

Bandar Kuantan Banjir ~ Hari ini dalam sejarah

Hujan kat Kuantan non-stop dari Sabtu sampai aku balik Selasa semalam. Hujan paling teruk dalam sejarah sepanjang aku balik kampung. Tak boleh keluar ke mana pun sebab hujan tak pernah seminit pun berhenti.

Isnin tu, niat hati nak pergi jalan-jalan kat bandar Kuantan, nak pergi ECM sebab nak bagi anak-anak main kat playground kt ECM tu, so pagi tu tanya hubby jadi ke tak nak jalan dia cakap tak kisah. So bila bagitau mak nak kuar tengahari, mak cakap pegi la lepas Zohor, at least tak la susah nak cari surau solat Zohor dan sempat makan tengahari dulu kat rumah. So, ok la, kitorang ikut cakap mak.

Tiba-tiba dalam kol 11 lebih tu abang aku call, katanya air naik kat jalan Beserah dan sesetengah tempat kat bandar Kuantan. Bila bagitahu ayah, ayah macam tak percaya, yela, tak pernah kot Kuantan banjir. Tapi sebab risau, aku dengan hubby tangguh dulu niat nak pergi ke bandar, tunggu berita lain. Pukul 1.45, kakak ipar aku call tanya tengok tak berita kat tv3, pasal banjir kat Kuantan. Woh, memang serius rupanya.

Selasa tu, beli paper tengok-tengok berita muka depan Metro gambar ni ha..

Terkejut aku tengok gambar tu. Tu bangunan depan Mega Mall, dan belah kanan atas sikit gambar tu East Coast Mall yang kitorang nak pergi tu. Woooo memang keje gila kalau kitorang gerak pukul 11 pagi Isnin tu. Sure tak balik lagi Shah Alam. Kete sure dok dalam bengkel, sure duit bonus habis camtu je.

Syukur, sebab terselamat dari banjir kilat tu. Semalam nak balik Shah Alam pun, kitorang lalu ikut jalan Kuantan by pass. Tak berani nak lalu jalan Semambu or bandar even kata orang air dah surut pukul 6 petang hari yang sama. No, no no, tak berani amik risiko.

ps: Owh, kampung aku pun air naik.. nanti aku upload gambar tu, ada dalam hp hubby.

Friday, December 21, 2012

Kaitan 20.12.2012 dengan aku

20.12.2012, tepat 4 tahun, 4 bulan dan 4 hari Ulangtahun pernikahan aku dan hubby. Kata orang Cina nombor 4 tak ong ek, takpe, aku orang Melayu Islam, kitorang tak percaya sama itu ong ke tak ong haahaha..

Semalam cuti sebab pengasuh ada hal so senin lagi dia dah mintak aku amik cuti. Tapi bos pulak nak kena apply cuti hari Khamis gak, so aku cakap kat bos, takpe la saya datang sekejap just untuk mohon cuti dia. Datang ofis kejap tu pun dah rasa cam huru hara ofis ni. Dengan si Eqal patahkan pembaris panjang pastu meraung, time tu aku kat dalam bilik bos, terima arahan dia. Kimi bising nak tengok Youtube.. dia ingat takde sekatan internet macam kat ofis lama mama dia. Stress aku. Tak sampai setengah jam pun, siap keje terus mintak diri hahaah..

Jalan-jalan kat JJ, eh dah tukar AEON kan.. jalan dengan anak-anak je. Nak cuba, boleh tak shopping dengan anak je, tanpa suami. Permulaan memang ok, semua terkawal kecuali dak kimi jela sebok nak mainan, lepas dah beli dia diam la, siap ajak balik sebab nak main kete yang baru beli tu adalah.. Kete flash and dash katanya hahah...

Pergi kat Ground Floor tu tentiba tengok Polo buat jualan untuk jam tangan lelaki. So, teringat la jam tangan hubby rosak, so terus la belikan dia konon sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan ke 4 tahun, 4 bulan dan 4 hari hahaahh... Dengan ucapan "Terima kasih sebab menjadi suami dan papa yang terbaik buat Ida dan zuriat kita, love u" Kihkih... datang mood romantik camtula, siap balut2, tulis kad bagai.. konon buat hadiah surprise.. Klu takde mood romantik tu, aku bagi camtu je haahah.. Kalau dia? Takde, dia cuma cakap, pilih la nak apa, abang bayar. Takde makna nak buat surprise ni, tak pandai katanya.. Takpe, i paswahh ahahaah..

Tengok pulak sebelah tu sale cermin mata. Tanya salesgirl tu original ke sebab aku tak pernah dengar jenama Salsa. Tapi sebab sale 50%, aku terbeli gak 1. Tapi yang boleh pakai untuk lelaki dan perempuan. Khas untuk memandu time panas terik, sebab cermin tu ada UV protector. Bukti dia suruh aku tengok 1 kertas, tanpa cermin cuma nampak jalanraya dan pokok, tapi pakai cermin mata tu, nampak 2 biji keje.. Pakai pun selesa, so terus beli. Bila try pakai masa drive, yup! memang banyak beza dengan cermin mata yang aku selalu beli harga RM10 tu hihihih.. Hubby siap tanya kenapa tak beli untuk dia sekali, menda tu kan kena test, kang beli tak sesuai dengan muka membazir je duit ai tau.

Masa nak bayar 2 barang ni, stress aku sebab kimi dah mula nangis, nak makan KFC. Bila aku lalu kat KFC, ramai pulak orang, so pujuk dia cakap beli aiskrim, tengok kat MC D semua cina je yang makan situ, segan aku nak beli walaupun sekadar aiskrim dan nasib baik sangat Kimi tak perasan Kiosk aiskrim McD tu. Kalau tak sure dia ngamuk pulak kat situ. Masuk JJ beli aiskrim kat situ je.

Sebbaik la Eqal sangat tertib.. Takde langsung buat hal. Elok je duduk dalam troli tu. So next time kalau nak gi jalan better bawak Eqal, Kimi tinggal dengan pengasuh hahahah.. Kejam tak mama? Tu la banyak akal lagi nak itu ini tu pun sebbaik nak duduk dalam troli, kalau dia takmo duduk dalam troli sekian hal aku kena kejar dia lari sana sini.

Tapi walaupun aku rasa penat macamkan aku penat lepas upacara lari 50km tanpa henti, dan kat FB aku kata aku serik, tapi sebenarnya aku seronok. Best gak jalan-jalan dengan anak je.. Kalau ada hubby mesti hubby sibuk nak ajak balik je.. Ate dia tak suka window shopping, bini suka window shopping hahah..

So kesimpulannya mama tau, Eqal ikut perangai mama, Kimi perangai papa.dalam bab shopping.. Sebab lepas beli mainan tu dia cakap, ok mama, yang ni murah, kita beli yang ni je ok hahaahahah.. Sekian cerita 20.12.2012 aku. ^_^

Wednesday, December 19, 2012

Tips hentikan tabiat anak suka mengamuk minta aiskrim dari penjual motor

Hai, nama saya Kimi. Ingat Kimi lagi tak? Lama dah kimi tak men'azwan ali' kan kat sini kan. Ok kali ni nak gosip pasal aiskrim dan kimi, baca ye ^____^
Tengok gigi saya cantikkann.. ^_^

Kimi adalah peminat/penggemar aiskrim tegar. Setiap hari akan ada motor aiskrim tak kira bangsa india, bangla owh 2 bangsa aje akan datang ke kawasan perumahan jual aiskrim. Bila diorang datang Kimi akan berlari-lari masuk dalam rumah mintak duit dengan mama sebab nak beli aiskrim.

Kalau mama tak bagi, Kimi akan menangis macam orang kena dera. Pernah je Kimi berguling dekat tempat parking kete sebab mama kunci pagar, tak bagi keluar beli aiskrim. Nakal kan Kimi ahahha.... Tapi sebab keciankan Kimi dan gak mama malu jiran-jiran tengok macamkan mama sengkek takde duit, mama bagi gak Kimi beli aiskrim.. yey!! Kimi menang, mama kalah.

Tapi, sebab hari-hari Kimi mintak mama belikan aiskrim, kadang-kadang aiskrim moto pun Kimi nak, aiskrim yang ada lagu "MAT COOL MAT COOL MAT COOL MAT COOL..." pun Kimi nak jugak. Mama memang hangin la sebab Kmi tamak haloba. Alaa Kimi mintak aiskrim yang RM0.50 je, bukan yang mahal, tu pun mama kedekut, huh!!!.

Tiba-tiba 1 hari  tu mama cakap tak boleh beli aiskrim dari bangla moto tu, mama kata aiskrim tu buat Kimi sakit perut. Memang la, ada satu hari tu Kimi asik berak-berak dalam tandas, pastu mama cakap sebab makan aiskrim banyak. Bila Kimi tanya, eskrim mat cool boleh mama? Mama pandang papa, pastu nampak papa angguk, pastu mama cakap boleh. Sukanyaa Kimi dengar ^______^

Sejak hari tu Kimi beli la aiskrim mat cool je. Aiskrim pakcik bangla tu buat perut Kimi sakit, tak mau beli dah..

Tapi, kejap je boleh makan aiskrim mat cool =____=. Petang tu, Kimi mintak aiskrim dengan mama lina (pengasuh) pastu mama lina cakap ada lipas dalam tong aiskrim tu. Bila petang tu mama datang amik Kimi, Kimi tanya mama betul ke dalam tong aiskrim mat cool tu ada lipas mama cakap betul.

Eeeee... Kimi tak nak la makan aiskrim mat cool dah. Kimi bukan takut lipas, kimi geli je tengok lipas. Sekarang, kalau aiskrim mat cool lalu Kimi tak beli dah, kalau ada orang beli Kimi tengok je, eee geli laa...

Mama cakap, kalau nak aiskrim, mama boleh beli, tapi kat Giant ke Econsave, Tesco je boleh beli. Haaa kedai pun boleh, tapi kalau dari moto tak boleh.

Oklah, kimi nak main 'ketbol' ni, semalam mama tak bagi kimi hp mama, kecian kimi, kimi nangis sampai tido. Mama buat tak tau je.. Papa cakap mama demam, cian mama, tapi kecian gak kat Kimi sebab tak dapat main hp mama. Ok babaiii nak main 'ketbol'  ^_____^


Kimi & Mama ^___^

p/s: Mama suruh taip, yey mama menang, Kimi kalah sebab mama berjaya psikokan Kimi.. Ape ek maksud mama? Ermnnn....


Anak musang terkulai ditangan si kecil

Aktiviti Sabtu lepas, pujuk hubby ajak beli cik musang.. Tak menahan hari-hari aku lalu jalan tu tengok orang dok jual doyan. Dapat 4 biji RM70. Superb sedap!!
Musang king RM10 je 1kg
Tak menahan nak makan sendiri

Tapi musang kali ni lain macam laa.. kuat sangat sampai demam aku dan hubby dibuatnya.. Sebbaik anak-anak rileks je makan.. Eqal dekat 2 ulas gak rasanya.. Kimi 3,4 ulas. Biji kecik isi tebal.. 3 hari baru abis makan sebab tak tahan panas hahahah..

Ni, contoh akibat selepas makan doyan... Tido dalam kete ber ekon pun kena buka butang baju sebab berpeluh kepanasan.. Hahahah
Aauuuu.. Cekci anak bujang mama ni ^_^

WW: Jom Shopping

Jenjalan kat AEON Bukit Tinggi, teman papa beli baju keje.
Adik ni, takmo pandang pulak

Gaya agogo

Peace Yo!!

Errr third yoes!! Hahaah.

Ternganga je mulut awang ni

Nama papa ni... lamanya pilih boxer hahahh..

Jom balik
p/s: Badan rasa sengal sebab 3 jam sembang dalam bilik bos, berdiri.. Argghhhh!!! Nak kena urut balik kang..


Tuesday, December 18, 2012

Girlz outing @ KRR

Jumaat lepas kuar jenjalan dengan gepren kat ofis. Ajak depa teman aku, nak beli hadiah untuk officer aku. Kitorang tong-tong duit, so aku tukang beli la. Stress oh nak beli hadiah yang ok, memenuhi citarasa orang..

Sebelum peningkan kepala fikir nak beli hadiah ape, kita soru dulu..

Me & Kashah
Muka makyong kelaparan.. sabar yer baby hahaahah..

Again me & kash ^_^
 Menu for that day!
1/4 black pepper chicken & salad for me

Macaroni cheese for Ct

1/4 black pepper chicken and whip potatoes  for Kashah
 Mementang makan kat Kenny Roger Roaster terus feeling cam mat salleh, speaking bagai ek puiiii hahaahah...

Seronok betol muka birthday mum.. Kash 12 & aku 9hb Disember

Sorang putih betul, sorang putih bedak, eh aku la tu hahaahah
Chocolicious for me & kash and in between is for Ct
 Muffin coklat dia sedap gila okeh.. Kalau tau budak berdua tu tak abis pun makan, aku mintak je dengan diorang seketul terus, 1 biji tu baik depa share je berdua hahhaahah...

Ayam dia, errr... tak sedap.. muak.. aku rasa kat The Mall better. Lebih terasa kesedapannya, tapi muffin kat The Mall tak sedap hahaah... Tapi, tak sedap tak sedap pun, memasing licin je pinggannya hahaah..


Dan hadiah yang jadi pilihan untuk officer kitorang mendalah ni... diskaun 70%.. wow!!!!

Rasa cam nak beli gak untuk katil sendiri, kimi asik rebutkan selimut mama je, kalau buat selimut takpe, ni buat atas tido... cakit ati kite.. haahha

Monday, December 17, 2012

Turkish Indulgence Cake from Secret Receipi

Sejuknya... Kat sini hujan kemain lebat. Dah la lebat, aku yang dok kat tingkat 5 ni, tepi tingkap boleh dengar bunyi angin bertiup masuk ke celah-celah tingkap bilik ni ha. Bunyinye agak sereeemmmm hhaah.. Dah la pagi tadi driver pegi cerita pasal anak sedara dai yang baru masuk kuarters polis kat Kangar, masa ambil gambar lantai & dinding rumah, tertangkap gambar makhluk cam alien. Kepala bulan, kaki tangan halus.. Haihhhh!!! Saje tauuuuu bikin ai penasaran.. Sebbaik la dok dalam bilik ni berdua, klu sorang maunya aku ketaq lutut hahaahah..

Ok, abaikan cerita seremmm di atas. Pagi tadi bos aku & Ct nak belikan kek sebagai buah tangan untuk tuan rumah yang jemput kami gi jamuan makan tu kan. Tentiba teringat kat kek Turkish Indulgence yang aku tengok masa nak beli kek untuk birthday suami Ct beberapa bulan lepas.

Then ajak la mak yong tu share, beli kek tu pastu makan sama-sama.. Then, tentiba bila kek tu depan mata dia boleh cakap, tak payah bayar la, Ct belanja. Wahhhhhh!! Ni ape ni Ct kek sempena birthday akak last week ek? Hhahahaah... Alhamdulillah, murah rezeki..

Turkish Indulgence Cake
Masa mula-mula makan tu, perut memang tengah lapar, so rasanya dia amboiii sedap sungguh. Siap dalam kepala ni dah rancang, birthday hubby bulan 3 nanti nak beli kek ni la kat dia. Memang aku menikmati sungguh-sungguh walaupun Ct cakap manis, tak leh nak terima..

Pastu petang tadi nak habiskan la baki kek tu.. Tentiba ya ampunnn baru terasa manis kek tu. Melekat-lekat rasa tu kat tekak. Aneh, kenapa rasa dia dah tak sama.

So sekarang confuse, sebenarnya sedap ke tak kek ni hahaahaha..

Anyway, thanks dak Ct, belanja akak mu ini kek. Yummihhhh... Kira amik perasaan sedap masa makan tengahari tadi jela erk.. Petang dah tak sedap sebab manis dia melampau.. Maybe kek ni sedap masa sejuk kot..

Tapi, klu sapa suka kacang-kacang, coklat, marsh mellow dan jelly, boleh la cuba kek ni. Confirm tekak ko rasa sedap.

Jamuan Hari Natal

Baru balik dari makan-makan kat jamuan sempena Hari Natal. Burrppp!!!! Ok, kenyang gila-gila.. Solat pun belum ni.. nak kena tunggu makanan turun bawah dulu.. haahha.. takde la kena tunggu office mate masuk, takde sape nak jaga tepon.

So, just enjoy the picture la yer. Tu pun tak nampak sangat menunya.. al maklum, amik gambar lepas perut dah kekenyangan.

Patung yang dak ct cilok dari kek krismas
 
Comel kan cawan teh tu..

Sini dia letak 3 kek secret resepi.. bos aku & bos ct sponsor kek lobak tu... Owh, ada kambing & ayam bakar juga.. Roti & gak jagung

Ada tosai, capati, nasi goreng, ayam masala, ayam err tak tau nama, brinji eh yeke.. kuah dal, kari ikan, spegeti.Pencuci mulut ada puding roti dan gak buah-buahan campur.

Sini ada vadee, salad buah & salad kekacang, sayur celup tepung errr tu je kot.. Salad buah setappp
 Dan bukti makanan tu semua sedap tengok je gambar pinggan kami kat bawah ni.. Untuk 2 & 1/2 orang makan je yer.. Setengah tu pasal dak ct mengandungi bayi dalam perutnya haahaha..

6 pinggan total kami berdua kedarah
Haaaa ko... Balas dendam nampak kan.. almost 2 weeks tak boleh nak balun karbohidrat, sekali hadap, hilang 2 minggu punya diet.. masuk balik lemak jahat, lemak tepu ahahahahah...

Muka orang sukati sebab perut full
2 orang lagi muka sukati sebab kenyang makan free ahaahahah
Sekian cerita jamuan Hari Natal anjuran Dr. P yang telah kami pergi. ^_____^

Masak makan masak makan

Aku dah tak makan SDII sebab kecian kat Eqal, susu badan jadik kurang dan buatkan aku stress. Bila aku stress, berat takkan turun.. So, sila stop makan, sebab bazir je. Yang aku nak kuruskan pun perut yang buncit, bukan badan ekeek.. Alasan seorang loser yang tak turun pun berat badan lepas makan SDII tapi jeles tengok orang-orang yang beli dengan dia berat turun lebih dari 10kg sorang huh!!!!

Ok, sebab dah lama tak makan nasi, maka silakan masak-masak ok mama bunga.

Petola bersiram telor sukati

Ayam masak merah sukati
Masakan adalah sukati je taruk nama.. Lepas masak terus je balun tanpa rasa bersalah memakan karbohidrat hahahahah...

Ok, dah lapar, nak pegi jemputan rumah terbuka Hari Krismas.. Ni pun aneh, mula-mula jemput semua staf pastu tentiba tukar jemput SU je.. Haihhh.. Cian staff yang lain sebab aku dah inform awal..

Ok, dah lapo.. jommm makan

Senda pagi

Adoiii pagi-pagi lagi dah ada orang buat lawak. Sakit perut aku tergelak.. Ceritanya..

Tengah aku cek emel bos aku tiba-tiba dengar bunyi bising kat luar. Aku cam, apsal ni ek. Dengar betul-betul rupanya ada orang mintak tolong. Risau gak takut ada kebakaran ke, kecederaan apa-apa ke.

Aku buka pintu bilik aku, sebelah laluan bilik aku ni tandas lelaki.Pastu aku dengar,

"Jurubahasa.. tolong..tolong.. Mana orang ni aduuuhhh"
"Kenapa ni?" 

Nak kata pintu tak boleh bukak, tengok tangan dia terkeluar dok ketuk-ketuk pintu, tarik perhatian orang nak suruh dengar dia.

"Air takde.. boleh tak suruh sapa-sapa bukakan air. Tolong laa"
"Air memang takde hari ni.."
"Haaa??? Takde? Alaaa macam mana ni???"
"Jap, jap"

Kebetulan jurubahasa aku selalu letak air masak dalam jug yang bos aku tak habis minum, letak dalam botol air mineral. Aku pass kat dia.

"Terima kasih ye"

Masuk je bilik selambak aku gelak. Ni mesti kes tak tahan sangat ni nak membuang sampai tak cek ada air ke tak dalam bilik air.

Moralnya, sebab tu setiap kali aku masuk bilik air, menda pertama aku buat mesti cek ada air ke takde.. Bahaya weh.. kalau buang air kecik tu ok la lagi, boleh guna wet tisu, tapi kalau dah air besar cam mamat tu? Haaaa sendiri mau ingat laaaa hahahah...



Friday, December 14, 2012

Terkenang~ Cinta monyet/skandel: Part 3



Ok, sambung cerita erk... Nak baca par yang sebelum ni klik je sini PART 1, PART 2.

Lepas aku putuskan untuk tak lagi seakrab dulu dengan Ustaz tu, member baik aku minat pulak dengan sorang abang senior ni. Orangnye well not bad, putih, tinggi, muka lahai lembut, baik je. Vokasional gak, Course ekon kot.. lupe dah aku..

Aku pulak pantang dengar member minat, pastu mesti nak tolong kenenkan hahahah... Abang ni satu kelab dengan aku, Kelab Sejarah. OMG Bunga masuk kelab Sejarah???? Hahaahh.. ni akibat pengaruh rakan sebaya la ni. Member aku kesian dengan kelab ni sebab takde sapa nak join, so dia ajak la kami join gak.. Ok fine.. Ahli tak sampai 10 orang aku rasa haahah... sedehhhh!!

So, misi untuk kasik member baik aku ni rapat dengan abang senior tu bermula. Aku selamber je pergi kat abang tu, cakap member aku berminat nak kenal. Weiiii bila aku kenang balik, ape ke ngek sungguh aku dulu kan. Berani tak bertempat dan juga tak tau malu aku ni kan hahaahahaha...

So, abang tu pun cam ok la. Tapi abang ni, ok aku namakan abang A la.. Dia pun cam malu-malu, tapi setuju, pastu kenakan syarat, aku kena jadi adik angkat dia.. Pulak??? Ok, fine.. demi member baik, aku ok kan aje laaa.. Tapi dia ni pulak selalu dengan sorang mamat ni. Yang ni aku namakan S, budak Pekan. Mamat S ni pun pemalu gila. So bila lepas abis kelas Sejarah, kami akan balik bersaing ke asrama masing-masing, member baik aku jalan dengan abang A dan aku saing dengan S. So, aku suka la sakat si S ni, dah pemalu sangat kan. Dia pulak aku perasan suka sangat tenung aku bila dalam Kelab Sejarah tu, tapi bila aku balas tenung dia balik, dia tunduk malu-malu.. Haahahah.. comel sungguh.

Owh, walaupun S ni senior aku, tapi aku tak panggil pun dia abang.. Well mungkin sebab dia sedang-sedang je, tak tinggi tak rendah, muka comel so aku tak sampai hati nak panggil abang.. haahah boleh tak camtu?? Eh semua dalam cerita aku ni muka comel2 kan.. Owh abang A & S ni muka ala Chinese look, memang ala2 citarasa aku untuk jadikan stok2 boipren laa hahahaha... dasarrr!!!!

Dipendekkan cerita, aku pun baik la dengan S. Tapi start rapat pun lepas diorang habis SPM. Dia selalu contact aku. Kalau nak balik Kuantan or nak naik sekolah balik lepas cuti, aku selalu amik bas lompat, so aku boleh jumpa dia kat Pekan. Sanggup ok, dia naik bas even dia ada moto semata-mata nak jumpa aku, naik bas dengan aku sampai dia turun kat simpang rumah dia or hantar aku sampai Kuantan dari Pekan & aku pulak samada teruskan perjalanan ke rumah or Rompin. Ok, ni pun semua atas permintaan dia, sebok rindu konon nak jumpa. Ok, aku layankan aje hahaah.. Tapi kami jumpa, tak pernah la bersendirian, semuanya berteman. Mana aku berani jumpa sorang-sorang, aku ni jenis penakut, & susah percaya lelaki.

And guess what, masa semua ni berlaku, aku masih memegang status sebagai makwe si Y, budak Sungai Buloh tu. Ape, dia ingat dia sorang boleh pasang banyak??? Hahaahah... S, dia serius dengan aku, tapi aku pulak, sayang tapi tak bagi hati aku untuk dia. Belajar lagi kot masa tu.. errr ke ada ramai sangat pilihan sampai tak tau nak pilih yang mana hahaahah aku tak percaya pada cinta..aku tak pecaya pada cinta.. Aku tak percaya C-I-N-T-A.. ahaa.. Sekali lagu liyana jasmay kuar..Hhahaah..

Aku kawan dengan S lama gak.. dari hujung tahun 2000 sampai aku masuk Poli.. Dia pulak keje kat Pekan, sesekali turun Kuantan, jumpa aku pun berteman, tak pernah berdua, tu pun tanpa pengetahuan mak ayah ahahhahaha.... Ayah aku halang dia dari call aku. Masa tu takde hp, so hubungan tersekat camtu jela.. Ayah aku garang ok, dia tak suka lelaki call anak pempuan kesayangan dia ni.. Huhuhuu.. So lepas ayah potong talian telefon, antara aku dengan dia terus terputus hubungan. Surat, kad pun dia dah tak utus.. klu tak ada aje kad cinta aku terima setiap kali raya or hari lahir. Dia dah kawin ke belum aku tak tau.. Memang terus terputus hubungan. Tapi faktor utama, aku rasa dia merajuk dengan aku... ermn.. dia selalu ungkapkan sayang, tapi aku tak penah balas... Soriiii ek S walau di mana anda berada.. Sayang tu ada, cuma mungkin sebagai kawan.. tak lebih, tak kurang..

**********************
Owh, abang A.. Still contact.. ada dalam friendlist fb. Tapi antara aku dengan dia kekal sebagai abang dan adik angkat. Dia la yang selalu contact aku kat kampong, melalui kad, call. So, bila aku dah ada hp, silaturahim tak putus camtu je. Last jumpa dia masa aku buat open house raya kat rumah, err tahun 2009 kot. Dia bawak sekali isteri dia, owh, isteri dia bukan kawan baik aku, tapi kakak tu 1 ofis dengan dia hiihi.. Dan.. aku dah tak rapat dengan dia cam dulu sebab pakwe aku masa tu aka hubby aku, tau aku ramai kawan lelaki so tak suka aku rapat dengan mana-mana lelaki hahahah.. Kuat jeles betol hubby ni taoooo.. Hahaah.. Hubby, awak tau sape abang A tu..

 **********************

Owh, lupa. Dengan ustaz tu, aku kawan balik dengan dia.. Status.. ermnn aku tak tau nak labelkan sebagai ape.. Teman tapi mesra kot antara aku dengan dia.. kami tak penah declare apa-apa.. tapi hati masing-masing je rasa ape yang ada kat hati masing-masing.. well I guess like that la kot..

Teringat scene jumpa dia kat dalam kelas. Dia nak sangat jumpa aku, so petang tu aku gi sekolah dengan Elly.. Elly jumpa abang angkat dia tu dan aku jumpa dia. Duduk atas kerusi berdepan, cuma meja yang jarakkan kamu, bertentang mata... tak cakap ape, hanya mata berbicara.. pastu sebab aku tak kuasa nak tentang mata lama-lama, aku baling tisu kat muka dia. Woo aku rasa masa ni romantik gila kot.. siap si Elly & abg R mengekek tengok gelagat kitorang, katanya romantik gila ahhaahah...

Pastu ayat yang aku takkan lupa, dia cakap.. Tak pernah sebelum ni, dia buat menda-menda macam dia buat dengan aku, sanggup datang kelas petang hari sebab nak sangat jumpa aku.. Gila kalau ada warden lalu memang kena tangkap kami berempat hahaahh.. dulu pergi surau tumpu pada ceramah, lepas kenal aku, mata asik meliar cari mana aku dalam surau tu hahaah.. So aku penyebab dia jadi macam tu.. Tapi, dia tak nyesal, sebab dia bahagia kenal aku. Boleh tahan gak ek ustaz di umur 17 tahun mengayat pempuan erkk!! Wanita itu merrrbahayaaaa hahah..

Last jumpa Ustaz ni.. owh, aku memang panggil dia ustaz tiap kali jumpa, sampai la dia suruh aku panggil nama dia je A.... So last jumpa masa hari senior2 kitorang ni amik result SPM. Tu la kali terakhir jumpa dan yang pasti, dia tak pegang pada kata-kata dia lepas jumpa tu. Sebab dia yang menyepikan diri.. bukan aku. Maybe memang dah tertulis bukan dia jodoh aku, walau masa tu aku rasa antara kami ada satu perasaan yang boleh tahan laaa hahaahh... Tapi perasaan tu on off la, ada bila dia ada & takde bila dia jauh..

 Mungkin la ianya on off sebab masa tingkatan 5 pulak, aku dilamun skandel lagi hahahhaha... Kali ni dengan star sekolah.. Wowww!!! Ikutinya di episod akan datang... Wahh cam telenovela pulak..

p/s: 
Wei, sapa cakap zaman sekolah tak best, best laa.. Muaahahhaah.. Cerita ni bukan untuk up diri atau malukan sesapa, sebab aku takde mention nama lelaki2 yang pernah rapat dengan aku tu.. ianya cuma sekadar coretan di hari tua aku nanti.. Cam sekarang semuanya dah lebih 10 tahun berlalu tapi bila diingat balik, aku rasa semuanya antara memori yang indah untuk dikenang balik dihari tua nanti.

So, klu ada yang tak suka baca atau rasa loya tekak bila baca cuma tekan butang pangkah di atas hihhi.. Takde paksaan untuk baca haahahaha..

Ulasan aku bagi perlawanan Piala Suzuki AFF 13/12/2012

Hari ni aku nak buat ulasan permainan malam tadi. Tu yang post tadi tu baru permulaan eceh.. ni baru nak ulas.. Ulasan dari seorang penyokong pasukan kebangsaan yang sangat patriotik.. sebab aku hanya tengok bola bila melibatkan perlawanan Malaysia lawan negara luar. Kalau liga perdana ke liga super ke aku tak suka tengok, apa lagi kelab-kelab luar.

Ok, semalam adalah malam yang penuh emosional bagi aku, bukan aku sorang aku rasa, seluruh penyokong Malaysia pun emo. Separuh masa pertama tu, terang-terang pengadil dari Korea tu berat sebelah. Semua kesalahan pemain Malaysia dia nampak even kecik je pun, tapi asakan pemain Thailand dia buat tak nampak je. Bukan sekali 2 menda ni jadi, banyak kali.

Dan aku tengok bila dah pemain Thailand yakin, pengadil dipihak diorang, tanpa segan silu diorang guna kekerasan pada pemain kita. Mana keadilannya??? Panas punggung aku malam tadi. Hubby aku diam je. Dah la dia tak sihat, tambah tak sihat bila tengok pengadil bias camtu.

Yer aku tak nafikan, memang corak permainan Thailand malam tadi lebih  bagus dari pemain kita, tapi tak bermakna pemain kita tak boleh nak score. Paling aku dukacita tengok mat yoe dah dekat dengan kotak penalti, tapi tiba-tiba dia kena halang, dan ada body contact, tapi pengadil b oleh buat tak tau je? Sikit pun tak tiup wisel. Padahal Malaysia boleh dapat sepakan percuma kat situ. Tapi bila pemain kita asak sikit je pun pemain Thailand, wahhhh terus dapat sepakan percuma. What the ****??? Haa kan dah ada sensor word kat situ.

Tambah buat aku dukacita lagi tergamam bila Fadhli kena kad kuning ke 2. Ref buat keputusan tanpa tanya dulu penjaga garisan. Nampak sangat bias gila-gila kat situ. Ulang tayang kat tv tunjuk Mat Yoe dijatuhkan pemain Thailand, aku memang bajet kita dapat free kick dah kat situ, tiba-tiba insiden kad kuning pada Fadhli pulak yang jadik. Terus mulut aku maki ref haahahah... Emo gila aku. Kad kuning tu memang tak patut dan ref tu malukan diri dia sendiri dengan tindakan dia tu. Sepatutnya dia bagi amaran, bukan terus bagi kad, ngok!!!! Eh, dah 2 ayat tak elok dah aku keluarkan kat sini.

Ko tak tengok fb aku semalam, lagi banyak perkataan tak elok aku keluarkan.. Memang ref kena sumpah gila2 malam tadi. Eh, bukan aku je, rata-rata penyokong Malaysia pun sumpah ref bias tu.

Belum habis separuh masa lagi aku dengan hubby dah pasrah.. Memang susah Malaysia nak menang kalau atas padang Thailand ada kelebihan 12 pemain berbanding Malaysia 11. Pulak tu, tiba-tiba bukan takat 12 lawan 11, dah jadik 12 lawan 10 pulak.

Masa separuh masa kedua ko cam sedar sikit ek ref yang ko tu terlebih sudahhh biasnya so ko slow down kan skit bias ko ek. puiiii!!! Ko tau ke tak yang ko dah jatuhkan moral pemain Malaysia dengan terkeluarnya Fadhli. Fadhli antara pemain pertahanan terbaik malam tu weh, apsal ko buat camtu??? Kalau Fadhli tak terkeluar, aku jamin, perlawanan semalam mesti terikat seri.

Tu si jurulatih Thai ape nama tu Schafer, puihhhh!! Kemain bila suruh komen pasal layangan kad merah tu dia cakap, saay tak tau, saya tak nampak dan tak boleh komen. Sama seperti di KL, saya tak tau kenapa saya diarahkan meniggalkan bangku simpanan. Muka kooooo eeeee benci aku tengok ko tau!!!!!!! Dah pegi sana, pegi main jauh-jauh!!!

Dah la bagi padang latihan kat pemain Malaysia cam haprak. DKRG sampaikan tak leh nak rancang strategi, tak boleh nak uji pemain yang cedera... Pandai korang pysiko pemain kami ek.. Ni la ibarat madu di beri, racun dibalas.. Malaysia tatang punya baik masa korang kat sini, tapi sampai sana, layan pemain kami cam sampah. Weii sakit ati wehhhh!!!

Ok fine!!! Aku terima kekalahan semalam, tapi kemenangan korang tak dapat respect di mata penyokong Malaysia. Main penuh dengan taktik kotor, dasar tom yam gung sungguh!! Ref pulak dasar nak kena opah GANYANG kang!!! Huh!!!

Buat pemain Harimau Malaya, SELAMANYA..SELAMANYA..SELAMANYA HARIMAU MALAYA..  Aku tetap sokong korang. Takpe, korang dah buat yang terbaik, dapat mara sampai separuh akhir pun aku dah cukup bangga.. Tahun 2014 cuba lagi ok.

Buat Fadhli Shas, takpe... bukan salah kamu pun. Merah berkaca mata kamu malam tadi buat mata aku turut berkaca.. Tapi ada baiknya sebelum keluar padang tu bagi free kick kat bebird ref tu baru puas hati skit kami sebagai penyokong tengok muaahahahahah.. Ok tak lawak!

p/s:
Maafkan saye kalau ulasan ini berbaur emosi.. Hanya sekadar luahan seorang penyokong wanita yang patriotik. Sekian.

Lee Min Hu, pemain ke 12 Thailand Piala Suzuki AFF 2012

Lee Min Hu... aku dendammmm!!!!

Lee Min Hu ngok!!!
Ni biodata pemain ke 12 Thailand semalam
First name:            Min-Hu
Last name:            Lee
Nationality:           Korea Republic
Date of birth:        14 September 1979
Age:                     33
Country of birth:   Korea Republic

Dan dengarnya dia cikgu Bahasa Inggeris kat Korea sana..
 
Ko punca utama kekalahan Harimau Malaya. Sebab ko moral pemain boleh down. Sebab kau banyak pemain HM kena gasak sampai boleh cedera ko buat tak tau. 

Ko dah kena bomoh Siam ke ko dah kena sumbat banyak duit kat poket ke, ko dah kena ugut dengan gangster Thailand ke ape doh?? Boleh tak kalau kau nak berat sebelah tu tak payah nak nampak terang-terang sangat. Mat Yoe  dijatuhkan ko tak nampak, tu Fadhli Shaz bergeser dengan pemain Thailand, tu pun aku tengok pemain Thai tu yang provoke dia, ko nampak je kan. Semua pun ko cakap salah Malaysia. 

Tu kaki pemain Thai punya tinggi angkat pun ko buat buta kan, pemain HM kena siku pun ko tak nampak kan.. ko memang buta kan? Nak sangat ek buta? Meh aku cucuk mata ko dengan garfu.
 
Huh!! Sebbaik aku google tak jumpa gambo muka depan ko tau tak!!! Dan aku sendiri tak kuasa nak tengok gambo engko. Cukup sekadar tunjuk gambar belakang ko aje!
 
Weiii!!! Sebab ko gak, aku akan boikot filem atau drama Korea. Gangnam Style pun aku dah benci nak dengar lagu  tu ko tau!!!

Arrghhhhh!!! Kalau boleh aku turun padang semalam, aku nak je jerit kat muka ko.. You are fired!!!!!!!!!! Damn you ref!!!

Thursday, December 13, 2012

Operator vs Interpreter

Semalam odeli ofis bercerita, katanya last week time aku dah cuti or aku dah balik, katanya ada call masuk. Dia jawab la cam biasa.

"Hello,boleh cakap dengan operator?"
"Eh, ni bukan operator, tadi yang encik call la operator" Tepon kami takde direct line, semuanya melalui operator
"Oh, sorry"

Pastu telefon berdering lagi.

"Hello, boleh cakap dengan operator?"
"Ni, bukan operator, kalau nak cakap dengan operator cal 03-5510****"
"Saya dah call, tapi kenapa dia sambung ke sini? Ok sorry"

Tak lama lepas tu bunyi lagi..

"Hello, boleh cakap dengan operator?"
"Encik ni nak cakap dengan sapa sebenarnya? Ini bukan tempat operator" Dah mula hangin.

"Saya nak cakap dengan operator la, dia sambung ke sini." Tinggi suara jugak peguam tu.
"Encik nak cakap dengan operator ke interpreter?"
"Eh, operator ke interpreter yer jurubahasa ni?" Suara perlahan dan malu.

Muahahaahah.. apeee dahhhh!!! Firma mana laaa agaknya tu. Camne jadik firma peguam kalau operator dengan interpreter pun dah tak boleh nak beza. Tak pasal nak marah orang yang angkat telefon. Sebbaik bukan aku yang angkat, klu tak aku taruk sini nama firma tu ekekeekek.. 

Korang dah tengok video budak india kena dera?

~Aku baru tengok malam tadi.. Kalau korang nak link aku tak leh nak kasik, sebab sini tak boleh buka fb. Ko try la google ok. ~

Semalam tido lewat sebab tak boleh nak tido lepas tengok video budak india dalam lingkungan umur Kimi kena dera dengan bapak dia ke bapak tiri ke pak sedara ke aku tak tau. Tapi yang pasti lelaki tu memang bangang tahap lembu (cian lembu, dia gak dipersalahkan hahaha).

Aku rasa mungkin la budak tu ada buat perangai nakal, tapi normal la budak umur 3,4 tahun memang la tengah nakal. Tapi tak payah la ko sampai nak angkat dia lempar atas kerusi, sepak-sepak, tampar-tampar, ketuk kepala guna senduk bagai. Ko bodoh ek???? Dayus sungguh. Ko memang takde telor sebab sanggup buat budak sebesar tu tempat ko lepaskan amarah.

Tu mak dia ke sape tah tukang rakam tu.. Awal video tu aku dengar ayooo kadawaleeee... Tu je ko boleh buat???? Mana perasaan keibuan ko? Mesti ko ada pertalian darah dengan budak tu kan? Klu aku, sanggup aku kena belasah dengan mamat bangang tu daripada rasa or jadi loser, tengok je budak tu kena belasah. Wei, tulang budak tu mungkin boleh patah doh! Mungkin boleh berlaku kecederaan dalaman.

Budak tu dah elok duduk diam tak nakal, eh ko panggil dia suruh ngadap ko, pastu angkat tangan cam sembah tuhan. Mangkuk laa ko ni. Tak cukup tu, ko tolak dia sampai terjelepuk jatuh. Weh tenaga ko klu ko rasa slow pun, tapi bila tolak budak kuat la ngok!!! Bukan sekali dua, banyak kali. Amboii jari tu kemain panggil budak tu suh ngadap ko balik kan??? Eeeee aku rasa nak je ketuk kepala ko tau tak??

Terketar-ketar badan aku tahan sakit hati, marah bila tengok budak kena dera camtu. Tu yang kita nampak, ada yang rakam dan tunjuk kat kita, yang bersepah lagi yang dera anak tapi kita tak tau tu.. yang kena cucuh dengan puntung rokok, setereka? Weiii tak dapat bayang betapa sakit, sengsaranya diorang weh!!!

Aku dengan suami aku pun bukan tak pukul anak, tapi berpada. Bukan sampai jadikan anak tu punching bag. Rotan kaki tanda sayang, supaya anak tak buat nakal lagi (walaupun tetap nakal, baik kejap je pun). Dan kalau aku nampak laki aku menyinga, aku cool kan laki aku tu.. Aku akan back up anak aku tu.. Nak pukul, pukul je aku, bukan anak.. Tapi biasa menyinga dia pun dalam bentuk muka & suara je, jarang la nak angkat tangan kat anak.. yang selalu tangankan anak tu aku..

Aku cuma harap ada yang buat laporan kat polis, bio kena tangkap mamat ngek tu. Pastu biar banduan kat penjara nanti pulak buat menda yang sama kat dia. Bio dia ingat sampai mati, jangan pernah sesekali dera anak.

Dan gak aku berdoa agar, tak ada insan kecil yang comel ni semua kena dera dengan mana-mana makhluk yang takde hati dan sifat keperimanusiaan ni tak kira kat mana pelusuk dunia anak kecil tu berada.. Amin..

Wednesday, December 12, 2012

Happy bornday my sweet friends



Alahai, apsal la internet ofis ni jap on jap off. Hilang mood nak buat keje tau..

Hari ni 12.12.12 kan.. Silap laa tak buat auto post jap 12.12.12pm tadi. Kalau tak boleh jadik hari ini dalam sejarah.

Oye, tujuan utama post ni sebab nak ucap Selamat Hari Lahir buat sahabat aku Pn. Nurul Shahida aka Kashah pada hari ni dan gak belated untuk Cik Bismi pada 10.12.2012.

Diorang berdua ni, memasing pernah dikatakan adik beradik atau kembar dengan aku. Dengan Kashah ni, dulu kami serumah, so kalau keluar dengan budak-budak rumah, mula la orang sangkakan kami ni kembar atau adik beradik.

Dak Kashah
Dengan dak Bismi pulak masa kat JKR dulu, selalu orang sangkakan aku dia dan dia adalah aku. Comel sungguh. Padahl dengan budak dua orang ni, jauh perbezaan dari segi fizikal dan rupa.

Me & Bismi
Si Kashah putih, tinggi dan kurus. Bismi pulak muka dia kecik comel je dan rendah skit dari aku muaahaahah.. nak gak tinggi skit tu Hahahah... Persamaan kami bertiga hanyalah muka bujur sirih.

La ni, kat ofis baru ada pulak yang asik tertukar aku dengan dak CT. Ok tu lagiii lucu. Budak tu dah la putih, tinggi, ramping.. camne leh tertukar dengan aku yang rendah dan tak putih ni (tak nak ngaku itam hahaahah).


Ok, ape pun buat sahabat aku berdua ni.. Selamat ulangtahun ke 28 yer. Moga korang berdua dipanjangkan umur dengan kesihatan yang baik, diberikan rezeki yang melimpah ruah, sorang dipercepatkan jodoh, sorang lagi dipercepatkan menambah ahli keluarga ahahaha..

Moga persahabatan kita utuh, kukuh, kekal hingga akhir nyawa.. Love both of you ^_^