Jom klik

kENgkaWAn

Friday, January 18, 2013

Ana bukan nak susu tapi ana nak kencin laa

Accchuummmm!!! Sroootttt!!! Achhummm!!! Beginilah nasib diriku yang sakit, selsemaaaa.. tak boleh bersenang senang.. Huwaaa..

Dah 2 hari ni selsema.. nasib laa anak tak jangkit balik.. Aku amik penyakit depa, jangan depa amik balik penyakit aku dah la.. Aku sakit takpe, anak sakit susah... Depa kecik lagi kan...

Mood ari ni down gile. Dengan tak cukup tidonya, dengan aircond kat sini gila-gila sejuknya lagi.. Badan aku dah tahap menggeletar ni. Nyesal pulak tak pegi klinik mintak ubat dan mc.. Bab tak cukup tido sebab malam tadi...

Pukul 2.30 pagi, Hakimi kejutkan aku mintak susu. Ingatkan mengigau rupanya tak.. Aku pun dengan kepala tingtong sebab sebelum tido dah makan ubat selsema gerak ke dapur buatkan susu. Eqal bangun mintak susu ok lagi sebab sua je susu ibu, yang ni terpaksa la menapak.

Alih-alih aku tengok si Kimi ngikut aku dari belakang. Bancuh susu pun sambil buka mata kecik-kecik je. Belum pun sempat susu nak siap, Kimi cemas, mama, mama nak kencing katanya. Aku terus la suruh dia buka seluar masuk bilik air. Sekali, baru separuh cubaan menanggalkan seluar, dengan seluar kat kaki lagi, dia cakap.. "Ala mama, dah kencing dah.. tak sempat". Aku jerit la.. kenapa tak pegi bilik air??????? Bukan sikit dia kencing, banyak weh.. Kalau setakat yang tak tertahan je keluar ok, ni dia kosongkan terus pundi kencing dia.

 Rupanya dia bangun tengah malam tu lebih kepada nak kencing bukan nak susu pun.. sebab dah sampai dapur terus tak tahan.. Hailaaa anakkkkk... Paling terbaik, elok-elok dia pancut tu atas karpet dapur. Dok tengah-tengah pulak tu, so kena 2 karpet sekaligus.. Bertukar jadi raksasa la mama dia malam tadi. Mulut pot pet siap cakap suruh tido luar.. terus dia melalak pagi-pagi buta tu.

Tak pasal aku kena basuh karpet dan cuci lantai pagi-pagi buta. Aku siap basuh semua tu tengok jam dah pukul 3 pagi. Arrrghhhhhh!!!

Tengok muka hubby, amboiii bahagia yer bang tidooo macamkan takde ape berlaku.. Aku tanya pagi tadi tau tak ape jadi time dia tido tu, boleh pulak dia cakap tak sedar pun apa berlaku. Haihhhhhhh!!! Tido mati ke bang?

12 comments:

eima said...

hahaha standet la tu ..perkara biasa klu anak yg dah tak pakai pampers ni tambah memalam plak gelap ..hahhaha

Tukang Karut said...

hikhikhik... soalan sama suri aku bagi..hikhikhik...

bunga_rose said...

eima:
aduiii masalahnye dah lama dia free diapers.. geram aku sbb aku tak sihat, klu tak takde la dia kena marah teruk sangat ihihihi

bunga_rose said...

tk:
ko pun??? haihhh laaa.. lain kali cakap kat suri, suruh dia bisikkan yasinnnnn kat telinga ko, mesti otomatik ko bangun hahahahah

Fida Ghazi said...

saya sudah mengalami perkara ini lama dulu. basuh kencing tengah2 malam.. kekadang siang2 siap hangkut karpet sorang2 sidai kat gate. TAkpa...tak sakit ati pon..anak kecik lagik kan...yang sakit hati rasa nak sepak bontot ialah..di kala maknya tungkos lumos tetonggeng2..kuar peluh jantan uruskan itu semua.. bapaknya tido macam tiada apa yang berlaku..


rasa nak jentik je kan bahagian tetentu laki sendiri!!

bunga_rose said...

ahahaha.. ok yang ni lawak kak wehh...

azli cakap.. biasa laa.. abang kan lelaki, kena buat cam lelaki biasa buat haahhaahah.. ok finee!!!!

klu nak tengok depa susah payah pun time kita sakit je kak ihhihihi

Ratu Hatiku said...

hehehe.....rajin basuh carpet pg2 buta ya... sabor jelah

pena rozie said...

Hehehe....

amir rofie said...

Moga cepat sembuh.

Oh Rojak said...

hehe..macam2,
menarik blog awak.
i followw you

bunga_rose said...

ratu hatiku:
hahah.. terpaksa, klu tak maunya bau hancing satu rumah... tu bergantung lagi karpet tu, tak tau nak letak balik ke tak kat dapur tu takut terkena lagi haahah..

pena rozie:
ihihiihi ^__^

amir rofie:
amin.. terima kasih

oh rojak:
terima kasih.. i follow u too

Kesuma Angsana said...

kena sabar byk2 kalau bab2 anak2 ni kan