Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, January 29, 2013

Bila anak demam, punch kad pun merah

Hari ni lambat lagi.. Kali ke 3 untuk bulan ni aje. Hebat sungguh... Tapi, kali ni bukan lewat yang sengaja, cam dua kali sebelum ni, silap sendiri sebab bangun lewat tapi kali ni...

Pukul 7.20 aku dah nak capai semua beg nak masukkan dalam kereta, tiba-tiba Kimi panggil, "Mama, kimi rasa nak muntah" Tak sempat aku nak angkat dia bawak masuk bilik air, dah muntah terus atas katil. Kena cadar, selimut, baju sekolah dia.

Great!! Baju sekolah ada 1 je, so kena basuh tempat yang kena muntah lepas tu iron bagi kering. Arrghhhh!!! Aku just lap je cadar yang kena muntah *baru je tukar cadar aduu*, amik selimut masuk dalam bilik air. Jirus muntah kat dalam bilik air, basuh baju yang kena kotor, terus iron. Siap semua tengok jam dah 7.30. Ok confirm akan lewat, tak payah laa ko nak tergesa-gesa bunga...

Hantar Eqal, pesan sepatah dua dengan pengasuh.. Eqal pun tak sihat.. Kahak terlalu banyak, ingat kalau tak ok gak nak gi bawak dia amik nab, klu tak tengahari, petang nanti. Ingat nak bawa pagi tadi, tapi pengasuh cakap biar dulu, sebab Eqal baru makan ubat, so dia nak tido dah tu. Kecian sangat sebab asal minum je muntah, kalau bagi susu badan je ok. Tapi susu badan dah tak banyak, kesian anak aku tu..

Hantar Kimi gi sekolah, cikgu dia tanya tak ok lagi ke, sebab ada sikit hingus kat hidung Kimi, haihhhh dah suruh lap, dia cakap takde tadi.. Katanya kesian kat Kimi sebab asyik bersin dalam kelas minggu lepas. Comel, cikgu dia yang ni, cakap pun sopan je. Tapi Kimi dah much better than last week. Batuk dah kurang, selsema pun takde la berair je.. Kadang-kadang je keluarnya cam pagi tadi sebab muntah.

So, sebab dah tau memang takkan sempat punch sebelum pukul 8, aku bawak kereta dengan tenang. Punch card pukul 8.14 pagi, selamba, lantak laaa.. nak kena surat ke ape, nak buat macam mana, benda tak boleh jangka..

Kalau ikutkan hati aku, nak je cuti, tapi tengokkan Haiqal ok, aktif je pagi tadi, demam pun malam je, tu pun still ada hati nak bangun, main dengan aku, cuma kahak dia jela membimbangkan.... Tambahan aku fikir, kalau laa ada benda lain yang lagi memerlukan cuti aku, baik aku simpan untuk standby. Tapi, kalau laa, pengasuh call cakap Eqal nampak teruk, aku memang EL or halfday jela hari ni. Anak lebih penting dari segalanya.

Please kawan-kawan, doakan anak aku cepat sembuhnya, 2 minggu dah kot aku tak cukup rehat, minggu lepas merawat si abang, minggu ni si adik.. Minggu depan papa pulak kena rawat mama gamaknya haaahahah...

4 comments:

SYANI said...

Biasa la.. bila anak sakit, memang mak la yang tak cukup rehat..

Ratu Hatiku said...

Ksiannya... yalah kalau ank2 x sht kita yg susah hati kan. Semoga Kimi & Haiqal cepat sembuh..Amin

mama ila said...

haah...camni lah kalau dah ada anak..macam2 hal lah kann..saya pun selalu gak terlambat...hihihihi.. ada gak 2 3 kali sbb x sedar alarm bunyik..sedar2 jer dah kul 8...hambik ko..huhuhuhu..

salam kenal..ila follow sini #239

bunga_rose said...

syani:
tula kan... tapi peliknya kita ni masih mampu utk bangun dan bersengkang mata kan.. hihhi

ratu hatiku:
terima kasih atas doa tu.. hargai sangat2...

mama ila:
biasa suami yang kejutkan, hahaahah.. so kalau jam sendiri tak bunyi, suami sebagai jam utk kejutkan pagi2, boleh?hahahah