Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, January 22, 2013

Cerita

Cerita 1:
Aku jalan berlenggang kangkung dari bilik menuju ke toilet ofis.. Tiba-tiba ada aunty cina yang ada kes depan bos aku tanya,

"Awak tinggal sini ya?"
"Sori, apa?"
"Awak tinggal sini?"

Erk!!! Hanya disebabkan aku jalan ke toilet dengan berselipar jepun dan membawa berus gigi, ubat gigi & pencuci muka, dia cakap aku tinggal kat ofis ni.. Aiyarrkk Aunty, adakah ai kelihatan begitu selekeh sehingga terpaksa tinggal di pejabat? Aiyaaa...



Cerita 2:
Semalam keluar makan tengahari dengan hubby. Hubby tunggu aku bebetul depan tangga lobi, kebetulan aku turun lif dengan kawan-kawan ofis.

Balik dari makan tu member usik.. Amboi romantiknya, suami siap tunggu depan tangga..

Aku tercengang sebab tak terfikir tu salah satu cabang romantik. Romantik ke camtu erk? Hahahahaahh...



Cerita 3:
Lagi 15 minit nak rehat, member call ajak dengar ceramah Maulidur Rasul. Disebabkan rohani aku dah lama tak diisi dengan ilmu keagamaan so, nak join la lagipun habis sebelum pukul 2, dalam 1.45 camtu.

Sekali ustaz tu terlewat sampai pukul 2.05petang. Masuk ofis pukul 2.20 sebab gi tapau kat kantin kejap. Rupanya bos cari, kata office mate aku.. siap tanya kenapa tak minta kebenaran dia untuk pegi dengar ceramah.. Aduuu mana nak tau habis lambat, lagipun time rehat, takkan apa aku buat masa rehat nak kena bagitahu, kebetulan ceramah tu habis lambat.. Itu pun turun dari tingkat 5 guna tangga, lepas tu beli nasi ayam je, simple tak nak amik masa lama kan..

Sekarang otak tengah merangka ayat-ayat simpati, abis kes dia ni kena laa mengadap dia bagitau sebab kenapa tak boleh masuk pukul 2 ke pejabat.. Errr doakan mood bos aku ok erk.. Biasa klu kes dari pagi sampai petang ni, mood dia berangin sikit.. Hohoho..

7 comments:

♥cikmOt♥ said...

hohoho...angin sepoi sepoi bahasa kut...hehehe

Imaan09 said...

haha.. yang first tu kelakar..

Ratu Hatiku said...

hehehe lawak btl...
alamak xkan setakat msk lmbt beberapa minit pun bos marah...alahai bos...
xpelah smoga semuanya ok ya.. :D

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

hehehe...a'ah la...yg first tu klakar...hihi...sabo jelahh

eima said...

hmmm kerek betui boss ko kan ..lain kali sms die bila dah dekat pukul 2 tu kate ko pi ceramah ...

bunga_rose said...

cikmot:
ahahaha.. sepoi2 taufan ngeeee

imaan & ym:
hihihih... tu laa.. selekeh agaknya smpai dia ingat takde rumah nk duduk

ratu hatiku:
haah dia tanya tadi, bila explain dia cakp, ok! huhuhu..

eima:
ermn.. jarang sangat dia panggil aku ngadap dia weh.. tu yg aku tak sms tu.. kerek? errr ko try la keje sini, ada lgi bos yg lagi kerek

~aYu~ said...

cerita 1 : huhu.. mestila pegi toliet pakai selipar jepun kan.. sama la ayu mesti pakai selipar gak.. tp, kelakar la pertanyaan unty tu..

cerita 2 : romantikla tu tunnggu depan lobi.. kalau tak, tunggu kat kete je..

cerita 3 : mmg skrg kalau ayu nak kemana2 yg tentu amik masa lama skit mesti bgtau bos.. takdela jadik apa-apa nanti.