Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, January 23, 2013

Demam batuk selsema bergabung, meletop

Susah hati.. Anak teruna sulung tak sihat.. Nak ambik cuti kecemasan kang takut bos bising.. Sebab Isnin baru ni odeli dah amik cuti kecemasan, dia tanya, EL lagi? Ermnn so boleh agak la dia tak kenan EL, EL ni..

Tunggu panggilan dari sekolah je ni.. Aku dah bagitau cikgu dia, kalau nampak dia teruk sangat demam call aku, aku balik..

Sebenarnya si Kimi baru baik dari batuk dan selsema 2 minggu lepas, then lepas dia jalan-jalan dengan keluarga angkat dia baru ni, maybe dia ada makan benda sejuk like aiskrim or air sejuk dan tido pasang aircond so batuk dan selsema yang baru pulih tu datang balik. Biasa la antibodi budak bukan kuat mana pun kan..

Semalam cikgu cakap muntah kat sekolah. Malam tu lepas makan ubat, minum susu, muntah jugak.. Kesian aku kat anak sulung aku tu.. Dia kalau tak sihat, mendadak terus la badan menyusut...

Pagi tadi, aku cek suhu dengan tangan je rasa cam dedar, terus bagi ubat demam... Semalam aja ada 5 ubat doktor kasik, selsema, batuk, kahak, antibiotik & demam. Sukatan pulak dah 5 ml.. Kesian aku tengok anak kena paksa telan macam-macam jenis ubat.

Yang batuk dan selsema 2 minggu sebelum tu aku tak bagi ubat, cuma bagi dia telan madu dan untuk selsema aku sapukan air dari kunyi hidup, aku sagat kat lesung batu tu. Mujarab gila, 2,3 hari dah kering selsema dan batuk. Cuma kali ni aku terus ajak hubby cari ubat sebab risau, penyakit yang sama bertandang kan.

Harap-harap Kimi ok, kerja sekolah teacher bagi pun dia tak siapkan sebab tidur awal malam tadi, penangan ubat kan.. Harap teacher bagi dia rehat je kat sekolah tu..  Sebbaik esok cuti.. boleh laa aku jaga dia dengan tenang...

3 comments:

~aYu~ said...

moga kimi cepat sembuh yer sayang...

Ratu Hatiku said...

la ksiannya...semoga dia cpt sembuh ya...
kdg2 susah jugakkan dpt bos yg x memahami nie...

eima said...

fahim pun ngadu yg die sakit tekak risaunye tonsil die bengkak balik kompom high fever menyerang ...

dah la esok nk pi berjalan