Jom klik

kENgkaWAn

Wednesday, January 30, 2013

Eqal dan mild lelah

Hooo cakkk!!!! Mengantukkkkk!!!! Huarrggghhhh!!! Huarrrrggghhhhhh!!! Menguap dari pagi tadi lagi.

Eqal adalah demam malam tadi, so aku adalah tak cukup tido.. Kol 12 terjaga bila tersentuh badan dia rasa hangat, terus buat air asam jawa, lap-lapkan badan dia, pastu aku terlelap. Kol 2.30 dia merengek, aku terjaga lagi. Elok dia buka mata, aku bagi dia ubat demam, risau gak kan. Lepas je kol 2.30 tu, dia tido on off on off sampai pukul 5 pagi langsung dia tak tido-tido sampai aku gi keje tadi.

Oh, semalam aku cakap nak cuti kan.. Tapi alhamdulillah, nampak Eqal ok tadi, dia demam pun malam je, siang ok. Lagipun, sebab petang semalam dah amik nab, so dia dah oleh bernafas elok, tak laju dan terlalu menekan perut masa bernafas tu.. Kesian weh bila tengok anak tak bermaya.. nampak penat even bila nampak je abang dia sebok wrestling abang dia, tapi kejap je boleh main pastu dia penat balik. Dengan kimi sekali kena bagi amaran jangan ajak adik main wrestling, lari lari atau apa saja yang boleh buat adik penat.

Kahak dia memang banyak sangat-sangat sampai doktor tukar ubat kahak ke ubat lelah. Ada mild lelah kata doktor. Lelah yang hanya muncul bila dia batuk dan selsema.. aduiii dah risau aku kat situ.. Tapi memang dari usia seminggu dia ada bunyi kat tekak tu cam ada kahak tapi doktor cakap biar dia baik sendiri...

Tapi memang lega la pagi tadi bila aku tengok demam pun dah turun, bernafas pun dah tak seksa, tak tercungap-cungap, bergelak ketawa cam biasa. Cuma, doktor cakap jangan bagi dia lasak sangat, takut dia penat. Tapi aku tau, pengasuh dia sangat menjaga Eqal, semalam pun dia tak bagi Eqal banyak bergerak, duduk dalam baby court je.. Tido situ, main dalam tu..

Aku suka pengasuh Eqal sebab kakak tu baik sangat. Dia sayangkan Eqal macam anak dia sendiri, aku boleh nampak dan rasa. Sebab tu aku tak risau sangat nak tinggalkan anak aku pada dia. Kecuali memang anak aku tu teruk sangat demam, memang dia sendiri pun akan advice aku jaga Eqal sebab setiap anak yang sakit perlukan perhatian dan belaian ibu sendiri dan aku sendiri pun tak sampai hati nak pergi keje kalau tengok anak nampak tak sihat.

Jadi, oleh kerana aku tak cukup tidur, potensi untuk aku kerap terlelap adalah tinggi selepas ni. Dan yang tak best bos takde kes so ada dalam bilik dia tu ha.. tak boleh la aku nak lelapkan mata sesuka ati.. kang dia buka pintu panggil aku tengok, tengah tido memang mendatangkan amarah dia la tu kang hahaahah...

Owh, terima kasih kawan-kawan atas doa korang, sebab Eqal pun dah nampak sihat sikit pagi ni berbanding petang semalam. Jasamu dikenang. ^_^

7 comments:

P.A. said...

musim skrg mmg cuaca xmenentu...kami kat perlis ni pun ramai yg kena demam & the gang nieee

eima said...

hmmm pengalaman aku waktu fahim kecik dulu gitu la ...sokmo sakit .. tak tido aku ... dah la mmg ade mild asma ...semoga eqal cepat sembuh ..kesian klu budak2 lelah ni ... mkn pun diorg tak lalu

Ratu Hatiku said...

La ksiannya Eqal... semoga cepat sembuh ya..

♥cikmOt♥ said...

hurmm...anak sakit, ibu memang tak tenteram weii...adehhh

♥ ROS ♥ said...

sabar ye kak.. skrg ni cuaca panas terik..:) jga diri yer..eqal cpt sembuh ye cyg..cian mama...

bunga_rose said...

PA:
sana pun musim hujan ke as? alaa camne nak g langkawi minggu depan ni huhuhu

eima:
mild asma tak seteruk asma betul kan manja? tapi eqal makan tetap laju wehh.. so sumbat la ape pun semua dia ngange je mulut tu haa..

Ratu hatiku:
Tula.. time kasih doakan..

Cikmot:
Kan.. memang tak boleh nak lelap, tapi sebab ngantuk terlelap gak kengkadang huhu..

Ros:
thanks atas doa ros.. amin.. ^_^

Kesuma Angsana said...

moga semuanyer ok ye. get well soon anak2