Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, January 15, 2013

Hasil tangan Kimi ~ Kolaj

Semalam, aku sampai je kat sekolah Kimi, tengok cikgu dia tengah kelam kabut cari kasut Kimi. Pastu Kimi datang kat aku lari-lari tanpa kasut.. haihhh gitu sokmo budak sorang ni, tak sabo-sabo nak peluk mama.

Datang cikgu beso dia tanya Kimi, mana kolaj Kimi? Tunjuk kat mama. Datang cikgu kecik pulak cakap, dia dah renyuk2 letak dalam poket seluar... tak sempat nak lipat, laju sangat dia simpan.

Bila aku mintak tunjuk, dengan bangga dia kuarkan kertas yang dah direnyuk dari poket seluar dia cakap, mama Kimi buat kolah. Aku dah blur ape tah kolaj tu hahaha.. lama dah tinggal sekolah la katakan..

Rupanye mendalah ni dipanggil kolaj..

Kolaj dah renyuk dalam poket haahh..
 Ololoooo comel sungguh hasil kerja tangan anak mama ni ha.. Elok tampal dalam gambar epal tu, takde terkeluar.

Pastu, sepanjang dalam kereta exited la cerita dia koyak-koyak kertas tu, pastu guna gam tampal bagai.. Ermnn.. tak sia-sia laa aku sekolahkan dia seawal 4 tahun ni ha... Sebab dia nampak berminat betul untuk belajar.. Harap-harap konsisten la yer nak..


Ni gambar pagi tadi.. Tetiap hari dia galas beg ni la.. Baju dengan susu je kat dalam beg tu. Buku sekolah belum lagi. Habis bulan ni rasanya baru diorang start belajar.. buku pun tak dapat lagi.. Dah start belajar nanti 2 beg la aku kena usung setiap pagi.. Sebbaik cikgu dia jemput sampai ke kereta.. pagi-pagi kan aku selalu lewat nak gi kerja.

Yelah, layan si adik yang nak tengok tv dulu klu tak memang habis dikerjakan rumah tu. Kimi yang nak minum susu dulu sebelum gi sekolah. Cuma aku bersyukur sangat, Kimi ni senang sangat nak dikejutkan dan mandi, tak banyak songeh, ikot tanpa bantahan. Cuma klu ngantuk sangat, lepas mandi dia sambung tido sementara aku bersiap.. tak pun dok depan tv layan Disney Channel.. Sebbaik ko wujud channel disney, takde laa aku pening nak aturkan anak aku suruh dok diam pepagi hihhihi..

Eh, anak korang yang sekolah, senang tak nak kejutkan dia bangun pagi, dah start belajar ke? Seronok kan dengar cerita anak2 kat sekolah.. Ni petang ni ntah ape pulak cerita dia..

p/s: Hari-hari ngadu kat aku kawan dia sebut perkataan bodoh.. Haihhhhh... Sebbaik aku dah ajar anak aku yang tak baik sebut bodoh, Allah marah.. tu jela yang dia cakap kat kawan dia bila kawan dia sebut bodoh.. Ermnnn tah ape lagi perkataan baru dapat kat anak aku nanti tah...

6 comments:

eima said...

anak aku liat ..hari2 nangis time nk mandi ... pastu naik nk lari balik ....letih haih mak ni

bunga_rose said...

manja.. fahim mandi air sejuk ke suam? kimi sebab aku mandikan dgn air suam tu yg ok tu.. cer mandi dgn air sejuk maunya dia takmo mandi sampai sudah haahah

♥cikmOt♥ said...

bagus bagus...cam ginilah yang kita nak...

Kesuma Angsana said...

he he budak2 gitulah

azievee said...

Pandai Dak kimi, anak sy masih pakai pampers & pelat lagi...

Tukang Karut said...

boleh la tuh...