Jom klik

kENgkaWAn

Tuesday, January 8, 2013

Kes pecah rumah datang lagi

Hariku harus dipenuhi dengan kerisauanku sayangku
Fikiranku hanya dipenuhi dengan ketakutanku uuu..
Alangkah indah jika dunia ni tiada pencuri di tamanku
Berikan kami hanya tenang hanya ketenangan papapararappapa...

Risau weh... Malam tadi hubby balik lewat, sebab kena set up video, audio untuk video conference ofis dia esok. Aku pulak kepenatan so, pukul 8.30 dah ajak anak-anak tidur, tidur dengan keterpaksaan anak-anak malam tadi sebab mama lembik cam ke ape, tak larat nak masak, nak layan.

Tiba-tiba aku terjaga cam ada yang kejutkan. Tengok jam pukul 12. Bangun, tengok ada cahaya lampu motor, eh hubby baru balik? Ingat nak baring balik, tiba-tiba terdengar bunyi hubby start kereta. Eh apahal pulak, nak lari dari rumah ke suami aku ni.. ape pulak salah aku ni?

Bingkas bangun ke pintu, dia nampak aku, aku buat isyarat, tanya nak ke mana, dia pandang aku, diam je, muka serius. Weiii apsal ni, aku ada buat salah ke? Owh, rupanya dia nak masukkan kereta dalam tempat parking dalam rumah.

Masuk je dia tanya, "Tidur ke? Abang bagi sms tak balas".  Rupanya dia dah balik pukul 11.30, then tengok ada meeting kat pondok taman. Ketua kampung bagitau Kampung tu sekarang tak aman. Ada kes pecah rumah dan curi kereta. Kereta yang diorang aim wira aerobek pulak tu. Woooo.. padanlaa hubby masukkan terus kereta kat dalam.

Sebelum ni memang park kereta kat dalam, tapi sebab ada ampaian kain dan nak selesa kitorang letak kereta kat luar. Huiii bahaya... Rumah ketua kampung aje dah 3 kali kena pecah masuk, kereta sebiji hilang. Taman sebelah depan 2 biji rumah kena pecah, taman lagi sebelah 2,3 biji kereta juga kena curi dan gak pecah cermin ambil barang dalam kereta.

Risau weh.. apsal laa manusia ni hati kering sangat, tak takut dose, tak fikir susah orang lain? Nasib la taman aku ni cam ok skit, diorang meeting semalam cakap nak buat rukun tetangga. 4 orang berjaga setiap hari malam sampai ke pagi.. So takde la risau sangat. Cuma bila turn hubby kena bertugas kesian la sebab dia kan keje kat KL, tidur sejam 2 je lepas tu gegas nak kena gi keje.. Ermn...

Ya Allah, selamatkan la kami semua daripada menjadi mangsa manusia yang pentingkan diri sendiri dan mengaut untung atas kesengsaraan orang lain ni. Harap-harap hubby tak pergi mana-mana untuk outstation 2,3 bulan mendatang ni.. Takut...

7 comments:

J.Syazwana said...

takutnya.
ari tu tumah akak senior saya pon kene pecah. hampir 10k jugak la hilang. sedih. hati2 kak. huhu

eima said...

bahye nye .. aku harap ko dan keluarga dalm keadan senantiasa selamat

P.A. said...

Bahaya kan skrg nie....kes jenayah mkn menjadi2

Ratu Hatiku said...

Takutkan.... sng btol org nk cr duit skrg nie menyamun je kejenya.. geram betol...
Inshaa Allah xde apa..jgn takut eh..

azievee said...

Takut jugak....kalu masuk time kita ada takut diapa-apakan...bukan boleh kira penyamun nie..

lurun namzar said...

hati2 akak.

Kesuma Angsana said...

alamak hati2 ye