Hari ni hari pertama hantar Kimi ke sekolah dia. Sebenarnya sekolah mula 7 Januari, tapi sebab aku hantar dia untuk transit sekali, so dah boleh hantar mulai 2 Januari lepas.
Cuma yang aku agak ralat ada sorang cikgu kat sana bagi kat aku maklumat yang salah. Dah 3 kali aku pergi kat sekolah tu untuk tanya itu ini pasal sekolah, untuk daftar dah amik baju. Dan pernah call pun tanya pasal sekolah ni bermula. Masa call tu pengasas dia cakap 3 Januari dah mula, so aku dah plan baik dengan hubby sape cuti, sapa keje.
Tiba-tiba 31 Disember 2012 tu aku pergi bayar yuran, cikgu situ cakap 7 Januari 2013 baru mula. Bila aku tanya bukan 3 Januari ke, dia bertegas cakap 7, so disebabkan hubby dah cuti 2hb tu jaga anak, sebab pengasuh Haiqal ada urusan pendaftaran sekolah anak dia yang baru masuk 5 tahun. So untuk 3hb aku la kena amik cuti pulak.
So bila aku pergi semalam untuk amik baju, baju blom ada stok katanya. Lepas tu cikgu tu siap tanya, ni airel kan.. Kenapa tak hantar untuk daycare sebab aku dah bayar yuran. Aku pelik, lepas tu explain cakap cikgu yang terima bayaran aku Isnin lepas cakap semuanya 7hb. Dia kata takde la, untuk daycare dah boleh hantar seawal 2hb lagi.
Ok mak tensi sebab kalau tau, 2hb tu hubby dah boleh mula hantar dia slowly halfday, bagi dia adapt suasana kat situ, aku pun 3hb tu boleh hantar dia sama. Dan boleh pulak, baru semalam gak bagitau aku kena bawak tilam dan bantal untuk kegunaan anak aku nanti. Hailaaaa... sebbaik laaa Shah Alam ni senang nak cari toto bagai... Kalau 7hb nanti masa aku daftar Kimi untuk sekolah baru aku tau, tak tau laa tido atas apa anak aku tu.
Aku sebenarnya bukan kisahkan cuti sangat, cuma, kalau nak apply cuti tu kena ada cara, bukan hari esok nak cuti baru hari ni nak apply. Aku apply cuti untuk 3hb masa 2hb. Masa cuti tu tak dapat kelulusan pun lagi, cuma sokongan je.. Tapi aku cuti juga sebab bos aku dah benarkan, tu pun sebab aku explain dari A to Z. Dan sebbaik gak dia ada anak-anak kecil lagi, so faham situasi aku.
Ok, tutup la cerita tu. Tadi pagi-pagi hantar Kimi pergi sekolah tu. Makan hari gak la nak pujuk dia sekolah. Sebab dia ni kejap kang nak sekolah, kejap kang tak nak. Aku bagitau dia ada banyak mainan dan kawan kat sana, baru dia nak. Tu pun terpaksa belikan aiskrim, tab murah-murah tuk pujuk dia.
Dan masa hantar tadi, belom ada kawan yang datang, so aku suruh dia main kat playground depan pintu pagar tu lepas tu terus pecut kereta, takut dia ubah fikiran tak nak stay situ.
![]() |
| Test baju sekolah, tapi terlebih besar, kena tukar, tapi takde saiz, kena tungu stok baru |


5 comments:
31 januari ke 31 disember ni...hehehe...
belajar rerajin ye bang kimi...
Hikhik.. nampak je u kak.. Dah betolkan dah.. ngeeeee macehh
Senin baru start sekolah kak.. harap dia ok, mak yg riso lebih ni hahah
nasib haini anak aku tak nangis.. aku tunggu lam kete, suh lynn anta kat dalam. huhu
anak aku biasa pi taska tu pun kemain melalak pepagi..sabo je la
belah ptg dah beli otomen pun pg buat hal lg
hensem qimi dgn baju nih
nmpk dah beso sgt :)
Post a Comment