Jom klik

kENgkaWAn

Thursday, January 31, 2013

Kisah hantu asrama

Baru je habis baca blog-blog dan gak mana-mana pautan pasal hantu kat UITM Lendu.. Weii betul ke kisah-kisah tu? Ada yang cakap betul, ada yang cakap tipu, dan ada yang cakap memang ada tapi takde la seteruk cerita yang tengah bertebaran merata tempat sekarang..

Terdetik untuk cari pasal kisah ni sebab tengah baca akhbar BH tadi, ada tajuk, Kisah hantu Lendu sampai ke London.. Kawan dia katanya tanya dia betul ke kisah hantu Lendu tu.

Sebenarnya menda ni boleh jadi, sebab kat dunia ni bukan manusia dengan haiwan je yang tinggal, ada lagi makhluk lain yang kita tau tak rupe bentuk kejadian yang sama-sama tinggal kat bumi Allah ni.

Aku pun pernah duduk asrama masa sekolah kat Sekolah Teknik Rompin, 2000 sampai 2001. So ada jugak la cerita misteri yang kami dengar dan lalui. So aku kongsikan yang aku ingat k.

Cerita 1:
Kitorang tinggal kat asrama yang kami panggil aspuri. Masa tu aku dah senior, tingkatan 5 la kan. So aku kat aras 1. Kawan-kawan asrama aku kat aras 2 ke 3, aku lupe sebab cerita ni aku dengar dari mulut ke mulut. Tapi cerita dia lebih kurang camni la..

Budak ni dia mekap cam hantu, pastu pakai kain sembahyang, usik kawan dia. Masa tu baru habis prep (study malam) kalau tak silap. Kecoh la malam tu dengan gelak ketawa diorang sebab dapat kenakan kawan sebilik kan. Tiba-tiba malam yang sama, ada roommate dia nampak budak yang menyamar jadi hantu ni dekat aras lain, ke aras yang sama dengan budak tu tapi yang pasti bukan budak tu sebab 'benda' tu lebih seram, lalu pulak tepi tingkap ke masuk dalam bilik terus ek, aku lupe  laa... Ngeee.. tapi tetap seram dengar weh.. Demam kot budak yang menyamar jadi hantu tu huhuhuu...

Cerita 2:
Aku duduk sebelah katil anak tok imam dan dia ni agak alim dan pandai ubat orang. Malam tu tiba-tiba dapat tau ada budak aspuri kena histeria. So, sebagai AJK surau kawan aku ni kena la turun padang tengokkan budak tu.

Sebelum pergi, dia cakap dia tak sedap hati, dia pandang aku lepas tu dia cakap, "aku rasa tak sedap hati, macam ada sesuatu, mari sini, aku pagar kau. Kau jangan keluar dari bilik ni selagi menda ni tak settle". Aku tak tau kenapa dia pagar aku, mungkin sebab aku kawan baik dia or dia rasa aku lemah semangat dan ada sesuatu nak kacau aku.

Lepas sejam dia balik ke bilik. Budak kena histeria tu dah ok. Tapi masa dia masuk, muka dia nampak resah, tak menentu. Mata dia meliar. Aku dengan kawan-kawan dah pelik, bila tanya dia marah, katanya jangan tanya, jangan dekat dengan dia. Tak sampai 10 minit, dengar dia menangis. Haaa sudah, rupanya dia pulak yang histeria.

Nampak dia struggle cam cuba lawan 'benda' tu kawal dia. Tapi agak seram la bagi aku yang kali pertama tengok orang kena gangguan ni kan. Kawan sebilik panggil warden dan ustaz. Ada yang cuba ganggu dia rupanya.

Malam tu, kitorang 1 bilik tidor tak lena.. siap 1 katil tu tido dua orang berhimpit-himpit sebab takut, dah la katil aku tepi tingkap yang menghala ke hutan hohoho..

Pagi esok kawan aku cerita, masa keluar dari bilik atas dewan makan, dewan makan tu berhadapan dengan asrama kami, ada 'benda' pandang dia. Lepas dah balik dari tolong sembuhkan orang histeria tu, benda tu ada lagi, pandang dia, mata merah, marah sangat kat dia. Lepas tu dia tak sedar dah. Then dia cakap, nasib baik dia pagar aku sesiap, kalau tak menda tu mungkin akan jangkit.

Wooooo.. sangat menakutkan ok.

Ok, habis dah cerita.... Hahahaha.. Tapi ada gak kisah hantu lain yang aku dengar, antaranya.

Hantu tandas:
Kita pergi tandas sorang tengah malam, amik tandas nombor 3. Sekali tengah sedap memerut dengar orang kira pintu. 1, takde orang, 2 takde orang, 3...,3....,3.... Pastu mengilai. Ko dalam tandas ke 3 tu tak ke rasa kejung terus kat dalam..

Hantu bilik:
Semua orang dah tidur, ko je mata terkelip-kelip tak boleh nak tido. Tiba-tiba dengar bunyi macam orang buka pintu. Kira katil. Satu, dah tido, 2 dah tido, 3 dah tido. Katil ko nombor 4. Tentiba dia cakap, 4 tak tido hahahaha.. ngilai lagi.. Kencing dalam seluar terus la jawabnya.

Tapi lagi haru kalau ko baca surah tunggang langgang pastu dia boleh sound ko, salah baca tu... Ngeeeeeee... pengsan terus kalau aku hahahah..

Banyak sebenarnya cerita-cerita seram kalau duduk kat asrama ni. Tinggal ko berani ke tak, semangat kuat ke lemah. Lemah semangat pun tak boleh, terlebih berani pun tak boleh. Ko cool je dah cam aku ni haa.. *Cool laaaa sangat kan ko*. Tapi ahamdulillah aku tak pernah alami dan tak pernah nampak.. Memang mintak sisih laa dari nampak sesuatu dari alam lain ni wehhh..

So, korang ada ke cerita misterrriiiii, share aarrrr

10 comments:

mama ila said...

eeeeee....serammmmmmm....time2 belajar dulu mmg byk criter2 hantu nie..tapi alhamdulillah..ila xpernah alami or nampak lagi benda2 ghaib nie..mintak selisih lah =)

bunga_rose said...

eee.. mmg mintak selisih la jumpa benda-benda macam ni kan.. takut tak mampu nak tengok hihii

...mommy jue... said...

kann... ko ingat tak cite dewan besar teknik? malam kita belajar silat.. ada yang menjenguk. pastu ada skali tu kes orang minyak.. ramai giler la budak aspura menyinggah aspuri dok jaga aspuri kengkonon.. pastu peristiwa 13 mei kalau tak silap, semua berjaga2.. kenangannn..

eima said...

aku tak penah dok asrama kecuali kamsis A polisas tu la ... tp aku tak penah kena pepe kecuali dgr2 dan nampak sikit2 ada la ... alhamdulillah

bunga_rose said...

Mommy jue:
Kannnn.. ko tau kan sape budak yang nyamar jadi antu tu hahaahah.. Kecut perut wehh nak tido..

Haah pasal orang minyak.. takut wehh, nak gi tandas pun berteman, nak tido malam, yasin wajib tepi kepala, baju pun siap pakai terbalik haahaha...

Budak aspura jaga keee aspuri tu??? Hihih..

Weh masa berlatih silat ada yang menjenguk? Pasal apa ek? Aku tak ingat laa.. aku silat gak dulu..

bunga_rose said...

eima:
Weiii kira ko penah nampak gak la tu.. aku alhamdulillah weh, tak penah nampak dan tak penah nak nampak mendalah tu.. mintak sisih la wehhhh

Anonymous said...

Aq kat hostel dulu pun banyak dengar cite2 seram ni..tp y aq penah berdepan tu cuma histeria la...serangan sampai 1 mngu plak...dah la mse tu aq baru je masuk asrama form 1...mmg rasa nak kojol la...eh, ko ade dengar pasal green lady x???hehe

Anonymous said...

Msa bpak aku hntar ke skolah omputeh pernak gak rsa seram kt hostel...hntu orang putih

Anonymous said...

seram larr.. dah la sy baru jer belajar duk kat asrama.. tahun pertama duk asrama..

Anonymous said...

Rasa cm hantu tndas n hntu bilik tu cm bohong jerr??? Jgn marah tanya ja